Aku memerhati sekeliling. Sesekali terdengar bunyi serangga berbunyi dan berdecit. Degup jantungku semakin laju dan tak sekata. Ya Allah, selamatkanlah aku. Hati aku yang tadi berapi api dek perbuatan Shamrin keparat kini jadi kecut kerana berseorangan dalam kegelapan.
Shamrin menghalau aku keluar dari keretanya di sini. Kawasan yang tiada sebarang lampu jalan, maknanya tiada cahaya, hanya mengharapkan lampu alam. Itu memang mencemaskan aku. Bukan cemas tapi lebih kepada takut. Ya, aku takut.
Untuk berjalan seorang diri merentasi lebuhraya, melalui kawasan pokok pokok besar yang berada di sisi jalan aku tak sanggup. Masih teringat minachi tempoh hari. Mana tau kalau kalau dia menyorok diantara pokok itu, kemudian terbang menyergah. Mau aku terkojol kat situ.
Ahh.. takde cara lain. Aku terpaksa menelefon Arif. Tak sampai beberapa kali deringan, suara Arif sudah dapat didengari. Aku memberi lokasi aku berada.
Menanti Arif dengan angin berpuput lembut, di langit tiada bulan mahupun bintang bukanlah satu perkara yang indah, aku mula menyesali tindakan aku. Sepatutnya aku dengar cakap Arif petang tadi. Nasi dah jadi bubur, terima je la Nura. Boleh dikatakan setiap seminit aku melihat waktu di skrin telefon. Untuk bermain game atau melayari laman sosial ketika itu pun aku tak mampu.
Sebuah Subaru Forester putih berhenti beberapa meter sebelum aku. Cepat cepat aku kesat air mata dari terus mengalir, aku kawal pernafasan supaya jadi normal seperti sediakala. Aku cuba untuk berlagak seperti biasa.
Lampu signal ke kiri dinyalakan sebelum pemandunya keluar dari kereta dan menghampiriku. Sempat aku mengerling, dia berkemeja putih dan berseluar hitam. Beberapa butang kemeja terbuka, begitu juga butang pada lengan baju dan sudah terlipat di seperempat lengan.
"Kau ok?". Suara itu tiba tiba menjadi sesuatu yang paling aku tertunggu tunggu selama ini. Suara yang menenangkan jiwa.
Aku yang duduk di atas tembok tepi jalan mengangguk lemah dan mendongak memandang dia. Dia menghulurkan tangan lalu aku menyambutnya. Aku berdiri menghadap dia walau sebenarnya lututku terasa lembik.
Rambut aku yang terjuntai menutupi mata ditolak ke belakang telinga. Dia mempamerkan senyuman "tu la, degil lagi".
Aku mencebik menahan diri dari menangis lagi, "yer, salah saya".
Dia menarik aku perlahan ke dalam pelukan. Maka terhambur semula tangisan yang aku tahan tadi. Rambutku dielus lembut.
"Aku ada ni. Akan sentiasa ada", pujuknya. Nafas panas menjamah ubun ubunku. Bau haruman maskulin dan hangat tubuhnya mendamaikan aku. Perlahan lahan tangisanku reda.
"Dah lewat sangat ni. Aku hantar kau balik".
Sebaik sahaja Arif memandu menuju ke destinasi, aku sudah hilang di alam mimpi.
Aku terjaga bila terasa sudah puas tidur. Entah bila kerusi aku yang tadinya tegak, kini sudah dalam rendahkan ke posisi 60°.
Mataku berkerdip beberapa kali untuk menghilangkan pandangan yang masih kelabu. Aku lihat Arif di sisi sedang tidur lena, kepalanya terlentuk ke arah aku. Penat barangkali. Kesian dia. Sepatutnya dia sudah enak berbaring di tilam empuk dalam pelukan Adella mungkin, tapi kini dia di sebelah aku - tidur dalam kereta.
Aku betulkan posisi badan agar selesa dan terus memerhati wajah Arif dalam kegelapan, hanya ditemani dengkuran halus. Beruntunglah wanita yang menjadi kekasih dan pasangan hidup Arif kelak. Bukan saja prihatin, malah penyayang. Muka saja yang nampak sombong, tak mesra alam.
"Eh, kau dah jaga? Kenapa tak kejut aku?". Tetiba Arif bersuara. Buat terkejut je, nasib tak melatah. Dah ringan sangat mulut ni sebenarnya. Aku baru berkira kira nak mencabut sehelai uban yang terjelir di atas kepala Arif.
"Saya tengok boss sedap sangat tidur", jawabku mengeliat, berpura pura baru bangun tidur cuma awal sikit darinya.
"Penat la malam ni.. Dah pukul berapa?", ujar Arif menyela rambutnya dan mengeliat sedikit bagi melegakan tubuh setelah tidur di dalam kereta. Keadaan yang sangat tidak selesa.
"Tiga setengah", jawabku menunjukkan jam pada dashboard.
"Kau nak naik dah? Aku hantar", tanya Arif setelah menegakkan kerusi dan menyela rambut. Aku pun turut melakukan yang sama.
Aku mengangguk, takkan la aku nak terus berdua dengan dia dalam kereta. Ni kali kedua kami tidur dalam kereta. Pertama kali dulu, sampai azan subuh baru aku tersedar gara gara kenyang makan mee goreng ayam. Dan Arif tak pernah cuba mengapa apakan aku. Cuma jantan keparat tadi je yang gatal... eiiiii, geram betul aku. Di kala aku masih jaga, dia berani buat begitu. Tak terbayang jika aku tertidur, memang jadi lauk.
Setelah mengunci kereta, kami jalan beriringan menuju ke blok kediaman aku sambil menghembus asap nikotin. Suasana sunyi sepi di situ menandakan warga penduduk lena diulit mimpi.
"Nura, aku nak tanya sikit". Arif bersuara.
"Tentang tadi?", tanyaku. Dia mengangguk.
"Ya. Apa yang terjadi?"
Aku menceritakan satu persatu dan mengeluarkan satu alat pewangi kereta berbentuk empat segi dari kocek jaket.
"Ni apa? Hadiah sebab aku ambil kau tadi ke?", soal Arif kehairanan.
"Saya ambil dari dalam kereta mamat gatal tu la", kataku.
"Macam mana kau jumpa?", tanya Arif sambil membelek.
"Saya nampak benda ni berkelip. Lampu merah tu sesekali keluar. Memang takkan perasan sebab bentuk biasa untuk pewangi kereta kan?". Arif mengangguk bersetuju dengan kata kataku.
Aku sebenarnya merasa kagum sebaik masuk ke dalam kereta Shamrin bila melihat ada dua pewangi diletak bersebelahan. Aku dapat rasakan Shamrin seorang yang menitikberatkan kebersihan dan kesegaran kereta. Cumanya dari awal, hanya satu dari pewangi itu mengeluarkan lampu merah. Rasa syak mula menguasai diri ketika itu.
Akhirnya kami sampai di depan pintu rumah sewa, kesian pula aku tengok Arif. Pasti dia kepenatan mendaki hingga ke tingkat 5.
"Boss nak masuk?", pelawaku sekadar berbahasa. Padahal dalam hati berdoa Arif menolak pelawaanku.
"Boleh ke?". Dia tanya aku semula.
"Boleh tu boleh. Tapi kalau kena tangkap, boss mesti kawin dengan saya. Nak ke?", usikku. Berderai tawa Arif. Aku hanya mampu tersengih, tak malu sungguh la aku ni cakap pasal kawin dengan lelaki - dah la itu boss aku.
"Aku ok je. Kau nak ke kawin dengan aku? Lelaki kerja dengan gaji tak menentu. Dah la nampak tua, tak kacak pula tu. Uban pun dah ada. Syarikat aku kecil je, ada seorang pekerja", jawabnya dengan tawa masih tersisa sementara tangan kanan menggosok - gosok tengkuk.
"Ish boss ni. Tolong la jadi setia. Cepat pergi cari awek yang menjadi idaman hati tu. Sampai bila nak simpan perasaan macam ni?", bidasku. Dalam hati ada juga terbit rasa simpati. Di usia begitu, along dan angah aku sudah ada teman tidur. Pasti boss pun sama sunyi macam aku. Ehhh.. ye ke? Ala, ramai je talents cantik yang nak dengan dia, macam la aku tak tau.
"Aku dah jumpa dia cuma sekarang, aku tengah pujuk bonda lagi. Once bonda dah ok, projek kawin pula. Awek tu insya Allah, one fine day aku akan lamar dia", luah Arif tersenyum lebar. Suka la tu bila sebut pasal kawin.
"Insya Allah. Saya doakan kebahagiaan untuk boss".
"Terima kasih, aku memang nak hidup bahagia dengan dia sehingga akhir hayat. Dengan dia saja, tak nak orang lain", tutur Arif masih tersenyum, sempat pula bermain mata dengan aku.
"Beruntungnya dia. Bosssssss.... nak tengok gambar awek boss tu", pintaku berdiri bersandar di pintu rumah yang masih tertutup. Hanya pintu grill saja yang aku buka.
"Mana boleh, ni eksklusif".
"Kedekut", kataku menyampah. Hari tu aku minta tengok, dia kata tak boleh juga.
"Dah, pergi masuk. Berehat. Esok nak kerja. Aku masuk lambat tau esok". Dirapatkan tubuhnya padaku untuk memulas tombol pintu, kami bersentuhan walaupun masing masing masih berpakaian. Itu sudah cukup untuk aku rasa gementar.
Nura, jangan buat pasal. Hatinya sudah dimiliki. Lagipun, itu majikan kau. Hari tu mak nak jodohkan dengan Yusri, kau jual mahal.
*********
"Ishhhh... takkan satu pun takde", bebelku sendirian.
Ruang penyimpanan seluar aku kosong. Tracksuit ada dua helai, seluar pendek ada la. Takkan nak pakai pergi pejabat pula. Nak pinjam dengan Joy?? Tak muat la. Pinggang kami saiz berbeza. Ukuran punggung lagi la. Punggung Joy takde isi. Dia selalu cemburu kalau aku pakai seluar kain lembut. Dia kata punggung aku bulat, menggoda. Aku hanya ketawa je.
Hanya ada baju kurung yang tergantung di dalam almari. Patutnya balik kerja semalam aku basuh baju yang penuh dalam bakul tu. Pagi ni sempat la kering dan boleh aku terus gosok untuk pakai ke pejabat. Ni semua pasal blind date dengan jantan gatal tu. Haaa.. salah aku pun sama.
"Cantik hari ni. Macam perempuan melayu terakhir. Kalau kau pakai selendang lagi lawa. Apa orang sekarang panggil, shawl kan?", sapa Arif sebaik masuk ke pejabat. Aku ketika itu berjalan keluar dari bilik Arif dan dia berdiri di depan pintu, memandang aku. Dia pun nampak kacak dalam busana baju melayu walaupun dipadankan dengan seluar jeans.
Ahh! Sudah Nura. Jangan cari nahas. Ramai lelaki lain kat luar sana.
"Boss!!", ujarku sedikit keras bagi menyedarkan dia dari terus menjamah tubuhku dengan mata. Gatal betul, dah patut kawin ni. Cepat cepat la bonda Arif ni lembut hati dan tak merajuk lagi. Benda dah lama, Arif pun dah bina nama dengan cara tersendiri walaupun tak jadi jurutera. Aku rasa pendapatan tahunan Arif lebih banyak dari jurutera kilang, jika dibandingkan.
"Dating lagi hari ni?", soal Arif. Tah mana la dia boleh dapat tau ni. Pelik pula aku.
Aku mengangguk lalu melabuhkan punggung di kerusi. Jam menunjukkan hampir waktu makan tengah hari.
"Jantan online lagi?", soalnya duduk di kerusi di hadapanku bila aku membuka tupperware berisi makanan tengah hari - nasi goreng kampung dan telur dadar.
Aku menggeleng. Aku memberi telefonku, terpampang foto lelaki yang akan aku jumpa petang nanti pada Arif.
"Mana kenal?", tanya Arif sambil mengunyah nasi goreng kampung, bekal aku. Memang macam ni la perangai dia. Padahal aku masak tak sedap. Dia sendiri kata begitu, siap kutuk masakan aku - masin la, tawar la tak berasa apa langsung. Tapi dia juga la yang akan makan apa saja yang aku bawa sebagai bekal.
"Kawan kepada kawan", jawabku. Ye, lelaki yang akan aku jumpa petang ni, Nazri teman sepejabat Hanim. Pantas minah tu buat kerja bila pagi tadi sewaktu dalam tren, aku ceritakan di chat kumpulan kami apa yang terjadi.
"Hati hati. Nak jumpa kat mana?".
Eh, dah tinggal separuh nasi aku ni. Lapar betul agaknya. Mungkin belum sarapan pakcik ni, tah tah baru bangun tidur.
"Midvalley. Saya nak beli barang sikit", jawabku menyuap nasi yang masih ada ke dalam mulut.
"Bagus la. Tempat ramai orang. Balik naik public transport. Jangan tengok wayang midnight. Aku tau la esok sabtu. Dah, kau tolong simpan beg aku ni. Aku nak pergi masjid belakang", pesan Arif sambil melipat lengan baju dan kaki seluar untuk berwudhu sebelum ke masjid. Aku mengangguk faham.
Pulang dari solat jumaat, Arif terus masuk ke biliknya. Pintu pun dia tutup. Hurmmm... tegur aku pun tak.
Di skrin telefon aku muncul notifikasi dari Arif meminta aku masuk ke bilik. Aku pun menurut perintah. Wajah Arif serius ketika itu. Ahhh.. sudah apa pula kesalahan aku kali ni.
"Kenapa boss?", soalku berdiri di depan mejanya.
"Sini, sebelah aku". Aku mengeluh. Aku takut aku tergoda dengan bau haruman yang dia pakai. Sejak kebelakangan ni, entah apa yang terjadi pada hormon aku. Hahahahaha...
Di skrin laptopnya, ada satu imej pegun. Aku menelan air liur. Sial la... aku nak lupakan wajah lelaki jahanam tu, kenapa Arif tunjukkan pada aku. Mungkinkah lelaki itu kenalan Arif? Atau abang Arif?
"Ni lelaki yang kau jumpa semalam?", soal Arif. Aku berdiri tegak di sebelahnya, memegang kuat belakang kerusi Arif. Aku geram!
"Boss kenal dia?", gumamku.
"Kenapa?", tanya Arif memusingkan sedikit kerusinya agar dia dapat memandang aku. Aku merenung Arif tajam, bibir kuketap kuat. Hidung aku kembang kempis.
"Kenapa pandang aku macam tu?", tanya Arif cuak.
Aku mengepal tangan kanan sekuat kuat hati. Aku nak tumbuk dia, aku nak kerjakan dia. Rasa marah muncul kembali bila terlihat muka Shamrin. Kenapa dia tinggalkan aku kat tengah tengah lebuhraya sunyi tu?????
Share this novel
best kakak! chaiyok