BAB 5

Humor Completed 1046

" Hei , tepilah . Jangan kacau aku ! Wargh .. ! " Darlia terjatuh
selepas ditolak Farid dan Hairul . Donat - donatnya bertaburan . '
Macammane adik aku nak makan ni . ' getus hati Darlia . Air matanya menitis .

" Farid ! Hairul ! Jangan kacau Darlia lah ! " Jerkah Lisa cuba untuk
mempertahankan Darlia . Dia berang apabila rakannya diperakukan begitu .
Bukannya sekali perkara ini berlaku . Farid dan Hairul lantas pergi
tanpa menuturkan perkataan maaf kepada Darlia . Selamba badak sahaja .

" Atin , kau okey tak ? Lah , donat kau . " ujar Lisa prihatin .

" Kalau aku cedera takpe . Ini , donat dah tak boleh makan . adik aku
nak makan apa ? " jawab Darlia dengan suara serak basah kesan tangisan .
Dia bimbang adiknya akan merajuk .

" Emm , aku ada bawa duit lebih . Kau pakailah , ya . "

" Eh , takpelah . Aku taknak susahkan kau . Dah cukup kau tolong aku
tadi . "

" Tak boleh . Kau kena ambil juga . Kalau tak , kau susahkan aku . "
pujuk Lisa . Darlia mengangguk perlahan . Dicapai wang itu lalu ditaruh
ke dalam kocek baju Darlia .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience