BAB 30

Romance Completed 3910

Amirul masuk ke biliknya semula dengan perasaan keliru. Petang tadi perkhemahan mereka tiba-tiba dibatalkan. Dia pulang ke rumah ketika azan Isyak sedang berkumandang. Rumah mereka sunyi sepi. Amirul mencari ummi dan walidnya tapi tidak berjumpa. Dia memberanikan diri menjenguk ke bilik Nurul, gadis yang dibenci dan masih menyimpan perasaan dendam juga sakit hatinya. Pintu tak berkunci, dia membolos masuk perlahan-lahan. Nurul sedang tidur pulas di atas katil. Tubuh Nurul direnung atas dan bawah. Bibir Nurul dipandang penuh bernafsu. Perasaannya memuncak tiba-tiba. Segala adegan ranjang yang ditonton selama ini tertayang di ruangan mindanya.

Perlahan-lahan Amirul naik ke atas katil, wajah Nurul yang sedang tidur diperhatikan, nampak sangat cantik dan menawan dengan rambutnya yang tak pernah dilihat Amirul sebelum ini. Dalam samar lampu bilik mengundang darah muda Amirul memberontak. Amirul tidak dapat mengawal perasaan. Bila bibirnya ingin menyentuh bibir Nurul, gadis itu membuka matanya dan mula meronta. Amirul tidak peduli lagi dengan persekitarannya. Dengan semangat yang membara Nurul diperlakukan sesuka hati. Amirul tidak mendengar segala rayuan Nurul, yang didengarinya hanyalah suara hatinya, yang menyuruh agar dia meneruskan segala keinginannya. Bila keinginannya dilampiaskan, Amirul seolah tersedar dari mimpi yang panjang.

Selepas memakai semula pakaiannya Amirul meninggalkan Nurul yang masih menangis. Amirul berlari ke biliknya. Rambutnya dikusutkan. Dia jadi keliru dengan diri sendiri. Dia sendiri tidak menyangka, dia akan terpesong jauh begitu. Ketika ini barulah segala perilakunya tadi terbayang. Rasa nikmat dan menyesal itu bergabung menjadi satu. Dia memang merancang untuk membalas dendam tapi bukan dengan dendam yang begini. Mengapa dia tidak dapat mengawal diri, dia sendiri tidak pasti. Ya Allah! berdosakah aku?Lagi mau tanya Mohd Amirul Mukminin? Amirul berdialog dengan hatinya.

''Argghhhhh,.'' Amirul bertempik kuat. Tiba-tiba dia tersedar, dia dah berbuat dosa dan menganiaya Nurul. Habislah kalau ummi dan walid tahu!. Amirul baru terfikir semua itu, ketakutannya berdepan dengan Haji Alyas yang tegas mula membuatkan tubuhnya mengigil. Takut dengan Haji Alyas saja ke Amirul? Dengan Allah kau tak takut ke? Amirul berdialog lagi dalam hati. Perbuatannya semakin memakan diri dan malam ini sekali lagi Amirul tidak dapat melelapkan mata. Allah tahu perbuatannya dan perilakunya malam ini pasti akan terbongkar sama ada lambat atau pun cepat. Amirul pasrah, dia harus tanggung walau apa pun yang bakal terjadi. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Nak syok hanya beberapa saat tapi natijahnya akan ditanggung seumur hidup. Bagaimana kalau Nurul mengandung? Arghhhh,.Amirul stress bila persoalan itu pula yang timbul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience