78

Romance Series 93217

Seusai solat subuh, Aayra dikejutkan dengan panggilan jururawat yang datang memanggilnya di surau berkenaan. Keadaan juruwat itu dilihat agak tergesa - gesa seakan ada kecemasan yang sedang berlaku. Aayra mula diulit perasaan bimbang. Apakah ada sesuatu yang buruk sedang menimpa suaminya? Jika tidak mengapa jururawat itu sanggup datang mencarinya sehingga ke surau? Memikirkan hal itu, Aayra mula dihimpit perasaan cemas. Tanpa berfikir panjang, Aayra segera berlari - lari anak menuju ke ruang ICU yang menempatkan suaminya.

Sebaik tiba di hadapan pintu bilik itu, jantung Aayra semakin berdegup kencang. Kelihatan beberapa orang doktor sedang mengerumuni katil suaminya. Aayra cuba untuk mengintai - ngintai keadaan suaminya melalui ruang - ruang kosong yang terdapat di antara doktor - doktor itu. Namun gagal. Entah mengapa hatinya seakan tidak tenang selagi dia dapat mengetahui apakah puncanya. Malah sejak tadi tubuhnya terasa menggigil malah nafasnya juga seakan tersekat - sekat. Aayra sedaya upaya cuba untuk bertahan. Akhirnya perlahan - lahan kakinya melangkah masuk mendekati katil suaminya.

“Glad to see you here, Puan Aayra! Alhamdulillah syukur. Penantian Puan Aayra selama ini akhirnya terbayar jua." Ucap Dr. Elayna riang.

“Aa.. A.. Apa maksud doktor? Saya tak faham." Soal Aayra bingung.

Tanpa menjawab soalan Aayra, Dr. Elayna segera memberi ruang kepada Aayra untuk mendekati suaminya. Malah doktor - doktor lain juga turut melakukan perkara yang sama. Aayra semakin bingung namun dia segera menoleh ke arah suaminya yang terbaring tidak jauh dari situ.

“Allahuakhbar!!"

Hanya perkataan itu sahaja yang mampu keluar dari bibir Aayra saat ini sebelum tubuhnya direbahkan ke lantai. Lama Aayra bersujud bagi menzahirkan rasa syukurnya kepada Allah di atas keajaiban yang diturunkan ini. Malah sedikit demi sedikit esak tangis Aayra mula kedengaran di segenap ruang bilik itu. Aksi Aayra itu sudah pasti turut mengundang air mata semua yang berada di situ.

“Sayang.." Panggil Harraz dengan nada yang tersekat - sekat.

Aayra segera mendapatkan suamiya lalu tubuh Harraz dipeluk erat. Air matanya semakin laju mengalir membasahi pipi. Bagi Aayra dia sudah tidak peduli jika dilihat dalam keadaan begitu. Apa yang penting kini suaminya sudah kembali sedar dari lenanya yang panjang.

“Abang.. Alhamdulillah, akhirnya abang sedar juga. Abang tahu tak berapa lama sayang tunggu untuk detik - detik macam ni? Abang tolong jangan tinggalkan sayang sendirian macam ni lagi. Sayang sayangkan abang. Sayang rindu abang." Luah Aayra bersama sebak di hati.

Harraz dilihat seperti masih dalam keadaan bingung namun digagahkan diri untuk mengusap air mata isterinya yang mengalir sejak tadi.

“No. I will not leave you alone again. I'm promise you. I love you too sayang. I love you with all my heart." Ucap Harraz lembut.

Mendengarkan ucapan itu membuatkan hati Aayra semakin diulit perasaan sayu. Betapa dia sangat merindui kata - kata manis dari suaminya. Hampir dua bulan lebih hidupnya terasa kosong. Dunianya sepi dari bisikan - bisikan cinta dari suaminya. Dan kini siapa sangka dia mampu mendengarkannya kembali.

Aayra tersenyum bahagia. Air mata yang mengalir sejak tadi langsung dikesat perlahan. Kini pandangannya beralih pula kepada doktor- doktor yang masih setia berdiri di sisi mereka. Tiba - tiba Aayra dihantui perasaan malu. Malu kerana terlepas laku di hadapan doktor - doktor itu. Tidak semena - mena tawa mereka berderai sebaik menyedari apa yang berada di fikiran Aayra saat ini.

“Tak perlu merasa malu, Puan Aayra. Kami tahu betapa puan sangat merindui suami puan. Sudah lama puan nantikan saat - saat gembira seperti ini kan? Jadi hayatilah detik - detik manis seperti ini dengan baik. Alhamdulillah kami juga turut gembira melihat keadaan Encik Harraz yang sudah kembali sembuh seperti sedia kala. Ini semua adalah kerana berkat doa dan kesabaran puan yang tidak jemu - jemu mendoakan yang terbaik untuk suami puan selama ini." Ujar Dr Wajdi salah seorang doktor pakar yang mengendalikan kes suaminya.

“Terima kasih doktor. Tapi suami saya betul - betul sudah sembuh ke?" Soal Aayra meminta kepastian.

“Mengikut dari pemantauan kami, kesihatan Encik Harraz sudah benar - benar menunjukkan tindak balas yang baik. Malah ketika Encik Harraz sedar tadi pun, dia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda - tanda yang membimbangkan. Namun begitu pihak kami masih lagi perlu memantau beberapa perkara berkenaan Encik Harraz. Jadi untuk beberapa hari ini, Encik Harraz masih perlu dirawat di sini dan kami berharap Puan Aayra boleh bersabar untuk beberapa hari lagi." Tambah Dr Wajdi itu lagi.

Aayra mengangguk setuju. Baginya dia sanggup menunggu untuk berapa lama sekali pun asalkan suaminya sihat sepenuhnya.

“It's ok, doctor. Saya sanggup tunggu untuk berapa lama sekali pun asalkan suami saya kembali sihat semula." Balas Aayra ceria.

“Baiklah, kalau begitu kami minta diri dulu dan sebentar lagi jururawat kami akan membantu Puan Aayra untuk menukarkan Encik Harraz ke wad biasa. Saya rasa Puan Aayra dah boleh inform kepada keluarga - keluarga yang lain tentang berita gembira ini. Pasti semua orang dah tak sabar - sabar nak datang melawat Encik Harraz kan?" Kali ini giliran Dr. Elayna pula menyuarakan pendapatnya.

Aayra mengangguk setuju. Memang itu yang difikirkan sejak tadi. Keluarga mereka harus diberitahu tentang berita gembira ini apatah lagi di saat ini Harraz begitu memerlukan sokongan dari seluruh ahli keluarganya bagi mempercepatkan proses penyembuhannya.

“Sayang.." Panggil Harraz sebaik doktor- doktor itu pergi meninggalkan mereka berdua di situ.

“Ya abang. Abang nak apa - apa ke?" Soal Aayra prihatin.

Harraz menggeleng. Pergerakannya sedikit terbatas dek kerana lehernya masih berbalut dengan alatan khas yang membantu menyokong tulang lehernya yang patah. Menyedari akan hal itu, Aayra segera menghampiri suaminya. Jari jemari Harraz digenggam erat.

“Sayang ok? Ada apa - apa yang effect sayang tak selepas dari kemalangan tu? Maafkan abang sebab tak hati - hati memandu ketika kejadian itu. Kalau abang lebih berhati - hati, pasti semua ini tak kan terjadi kan? Maafkan abang, sayang." Ucap Harraz penuh penyesalan.

Aayra pantas menutup bibir Harraz dengan menggunakan jari jemarinya. Kepalanya digeleng berkali - kali supaya Harraz tidak terus membicarakan hal ini. Bagi Aayra kini bukan masanya lagi untuk mereka bahaskan tentang isu ini. Apa yang penting sekarang adalah kesihatan suaminya sendiri.

“Right now, abang tak perlu fikir soal kemalangan itu lagi ok? Apa yang penting sekarang abang kena rehat betul - betul. Abang kena dapatkan rehat yang cukup barulah abang cepat sembuh." Pujuk Aayra.

“Tapi abang dah lama sangat rehat. Dah dua bulan lebih kan sayang cakap tadi? So bagilah abang peluang untuk berbual - bual dengan sayang. Abang rindu sayang." Ujar Harraz meluahkan rasa hatinya.

Aayra tertawa kecil mendengar usikan suaminya. Dalam keadaan begitu pun Harraz masih gigih berusaha untuk menceriakan hidupnya. Jadi mana mungkin Aayra menafikan rasa kasih dan sayang yang tersemai di jiwanya itu. Baginya Harraz adalah segala - galanya buat dirinya. Jauh di sudut hati, Aayra memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana telah mengembalikan semula suaminya ke dalam hidupnya. Semoga keceriaan ini akan terus berkekalan hingga ke akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience