"Jangan risau. Aku sentiasa ada untuk kau." ucap Afiq Raihan.
Dia memandang raut wajah isterinya. Anis Raihanna turut melakukan perkara yang sama.
Anak mata mereka berdua bertembung buat seketika. Lalu, Afiq Raihan kembali mengalihkan pandangan.
Anis Raihanna pula tersenyum nipis. Dia makin mengeratkan lingkaran tangannya pada batang leher Afiq Raihan.
"Hana, tolong bukakan pintu kereta. Aku tak boleh ni." pinta Afiq Raihan.
"Ha? Oh cuba kau turunkan aku dulu. Nanti kalau aku lepaskan tangan, takut terjatuh nanti" balas Anis Raihanna.
Afiq Raihan segera menurunkan isterinya dengan penuh hati-hati. Anis Raihanna cuba berdiri.
Tangan kirinya berpaut pada bahu suaminya. Sementara tangan kanannya pula membuka pintu kereta.
Dia melabuhkan punggung diatas seat kerusi kereta. Kakinya diangkat perlahan-lahan. Rasa berdenyut di bahagian pergelangan kaki kirinya.
"Aduhh,sakitnya." luah Anis Raihanna.
Dia hampir menangis. Sesekali dia cuba mengerakkan kakinya namun tidak berjaya. Kakinya pasti akan berdenyut.
"Meh sini aku tengok kaki kau. Yang mana yang sakit?" soal Afiq Raihan penuh prihatin.
Dia mencangkung. Ditilik seketika kedua-dua pergelangan kaki isterinya. Kelihatan pergelangan kaki kiri isterinya mula membengkak.
"Yang kiri ni kan?" soal Afiq Raihan lagi.
"Haah. Jangan pegang sakit." rayu Anis Raihanna.
Afiq Raihan membuka sandal yang dipakai isterinya. Dia menekan beberapa bahagian di pergelangan kaki isterinya. Mahu mengenal pasti punca yang menyebabkan isterinya kesakitan.
"Auuu! Janganlah tekan kuat sangat." marah Anis Raihanna.
Dia mempamerkan riak muka tak puas hati. Tangannya menepuk lengan Afiq Raihan. Dia sedang sakit. Tetapi boleh pulak suaminya menambah lagi kesakitan yang sedia ada.
"Sorry. Aku tak sengaja. Kau sakit dekat sini kan?" balas Afiq Raihan. Dia menekan bahagian yang sama tetapi kali ini dengan lebih lembut.
Anis Raihanna mengangguk tanda mengiyakan. Terkerut dahinya menahan kesakitan.
"Kaki kau terseliuh ni. Aku pergi beli ubat. Kau nak makan apa?" soal Afiq Raihan. Dia bingkas berdiri.
"Kau beli je la buah potong dengan air. Kalau ada gula-gula pudina, beli tau." pesan Anis Raihanna.
"Ha ok. Kau tunggu dalam kereta kejap. Lock kereta. Jangan bagi sesiapa masuk. Faham?" pesan Afiq Raihan pula.
Anis Raihanna sekadar mengangguk. Dia menghantar pemergian suaminya melalui ekor mata.
Seraya itu, dia mengunci pintu kereta dari dalam. Badannya disandarkan ke belakang.
Anis Raihanna melepaskan keluhan kecil. Matanya dipejam buat seketika. Tenang hatinya tika ini.
"Kau kena fikir betul-betul perasaan kau pada dia. Kau layak untuk bahagia wei."
Kata-kata Aira menerjah ke dalam benak fikirannya. Anis Raihanna termenung jauh.
Pandangannya dihalakan ke arah sebentuk cincin perkahwinan
miliknya. Tersarung elok cincin itu di jarinya yang runcing. Dia mengukirkan senyuman.
"Aku bahagia hidup dengan kau, Afiq. Tapi aku tahu kebahagiaan ni takkan kekal lama. Sebab akhirnya kita akan berpisah." kata Anis Raihanna seorang diri.
Dia sendiri sukar menelan kepahitan kenyataan itu. Tapi apakan daya. Dia sendiri yang bersetuju dengan perjanjian yang diikat bersama suaminya.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan di cermin tingkap kereta menamatkan lamunannya
sebentar tadi. Terpacak Afiq Raihan diluar kereta.
Anis Raihanna segera membuka kunci pintu kereta. Seraya itu, Afiq Raihan memboloskan diri ke dalam keretanya.
Beberapa plastik makanan dihulurkan kepada isterinya. Mata Anis Raihanna bersinar apabila melihat makanan yang dibeli oleh Afiq Raihan.
"Wah,mempelam! My favourite! Thank you Afiq!" sorak Anis Raihanna gembira.
"Hurmm..kenapa kau termenung tadi? Kau tahu tak lama aku terpacak dekat luar tadi. Dah la panas." kata Afiq Raihan.
Tangannya mengibas dirinya yang sudah berpeluh. Suhu penghawa dingin direndahkan lagi. Peluh mula merenik di dahi.
"Oh sorry. Aku tak perasan tadi. Aku sibuk fikir macam mana aku boleh terjatuh sebenarnya. Hehe"
tipu Anis Raihanna.
Dia melemparkan senyuman kekok. Tak tahu bagaimana lagi mahu meyakinkan Afiq Raihan dengan jawapan yang diberikan.
"Nak tahu kenapa kau terjatuh?" soal Afiq Raihan. Dia memandang isterinya sekilas.
"Nak!" jawab Anis Raihanna teruja. Direnung wajah suaminya penuh minat.
"Sebab kau tak dengar cakap suami. Simple answer right?" balas Afiq Raihan.
Dia menjeling isterinya. Senyuman sinis terukir di wajahnya.
"Kau tahu tak sekarang ni kaki aku je yang injured. Tangan aku ni elok lagi kalau nak siku kau." balas Anis Raihanna tak puas hati.
"Bak sini kaki kau. Aku nak balut. Nanti masuk angin pulak kang payah." kata Afiq Raihan menukar topik.
Dia mengambil plastik yang berisi ubat-ubatan di bahagian belakang kereta. Dia mengeluarkan ubat sapu dan pembalut.
"Biar aku balut sendiri. Kau bawak la kereta." balas Anis Raihanna.
"Kau ni kan. Keras kepala! Meh sini. Biar aku je yang balut." marah Afiq Raihan.
Dia menarik kaki isterinya ke arahnya dengan berhati-hati. Lalu diletakkan di atas ribanya.
Anis Raihanna hanya menjadi pemerhati. Takut nak membantah apabila dimarah sebegitu.
Afiq Raihan menyapu ubat disekeliling bahagian pergelangan kaki isterinya. Seraya itu, dia mula meratakan ubat tersebut sambil mengurut perlahan.
Anis Raihanna menikmati urutan daripada suaminya. Kesakitan yang berdenyut-denyut tadi beransur hilang. Bengkak di pergelangan kakinya makin surut.
Setelah selesai mengurut, Afiq Raihan membalut pergelangan kaki isterinya. Dia melakukan semua itu dengan teliti. Risau sekiranya sebarang kesilapan akan mengeruhkan keadaan.
"Selesa tak? Ketat sangat ke? Nak aku longgarkan?" soal Afiq Raihan kepada Anis Raihanna.
"Ok dah. Aku selesa je. Terima kasih" ucap Anis Raihanna.
Dia mengelak daripada bertembung mata dengan suaminya. Kakinya dialihkan daripada riba suaminya dengan hati hati.
"Hmm..Suapkan aku sikit buah tu. Aku lapar pulak." pinta Afiq Raihan. Dia mengusap perutnya sedang kelaparan.
"Eh kau ada tangan kan. Suaplah sendiri." balas Anis Raihanna selamba
Dia makan dengan senang hati. Langsung tak dihiraukan permintaan suaminya.
"Kata kaki je yang injured. Tangan kau elok lagi kan nak suap aku." perli Afiq Raihan.
Nak bermanja sikit pun tak boleh ke?
"Ah tak adanya aku nak suap kau. Mengada nak suruh suap apahal? Siku nak?" ugut Anis Raihanna.
Dia menunjukkan sikunya ke arah Afiq Raihan. Senyuman kemenangan dilemparkan.
"Kau tak ingat eh. Tadi aku urut kaki kau guna tangan aku. Mestilah kotor dengan ubat sapu tadi." balas Afiq Raihan.
"Kalau macam tu, tak payah makan. Kan senang." jawab Anis Raihanna.
Dia sengaja menunjukkan keenakan makanan tersebut kepada Afiq Raihan. Gaya slow motion ditayang.
"Tak apalah. Tak nak dengar cakap suami kan. Kalau kaki kau patah pulak nanti, jangan harap aku nak tolong. Huh." kata Afiq Raihan pura pura merajuk.
Dia menyilangkan tangan ke dada bidangnya. Bibirnya dicebikkan. Hodoh gila kalau dilihat. Hilang kekacakkannya.
"Eiii saja kan nak buat aku serba salah. Bukak mulut tu luas luas." kata Anis Raihanna menahan geram.
Afiq Raihan segera membuka mulutnya luas luas. Tak sabar mahu melapik perutnya yang sedang berkeroncong.
Anis Raihanna menyuakan buah ke arah Afiq Raihan. Baru saja, Afiq mahu makan buah itu Anis segera memasukkan ke dalam mulutnya.
Afiq Raihan menayang riak muka menyampah. Anis Raihanna pula galak mentertawakan dirinya.
"Okay, sorry eh. Kali ni aku suap kau betul betul." kata Anis Raihanna sebaik tawanya reda.
Dicucuk sepotong buah mempelam menggunakan lidi. Lalu, disuakan ke arah Afiq Raihan.
Afiq Raihan yang ternganga terliur apabila disuakan buah tersebut. Dia dah berura ura untuk menelan makanan tersebut.
Namun Anis Raihanna menyuakan kembali ke arah mulutnya.
"Ermm,sedapnya!" kata Anis Raihanna. Dia menjeling sekilas suaminya.
Riak muka Afiq Raihan sudah masam mencuka. Anis Raihanna terus menghamburkan tawanya.
"Hahaha. Padan muka kau!" balas Anis Raihanna. Senak perutnya dibuatnya.
Afiq Raihan menjeling tajam ke arah isterinya. Tak puas hati apabila dikenakan sebegitu. Tengah lapar ni. Ada jugak yang kena makan kang!
"Alololo...marah ke tuu. Meh sini aku suapkan." sindir Anis Raihanna. Dia tersenyum mengejek.
Dia melambai lambaikan buah mempelan itu dihadapan Afiq Raihan. Afiq Raihan mula tak puas hati.
"Eh sayang!" jerit Afiq Raihan tiba-tiba.
Dia memandang ke arah belakang isterinya. Anis Raihanna mengerutkan dahi. Sayang? Dia turut menoleh ke belakang.
Ngap!
Afiq Raihan berjaya menangkap makanan tersebut. Dirampas buah tersebut daripada tangan Anis Raihanna.
"Apa ni! Main tipu!" bentak Anis Raihannaa tak puas hati.
"Sejak bila aku tetapkan peraturan hah?" soal Afiq Raihan.
Dia menyambung kembali makan buah potong itu dengan penuh berselera. Cukuplah dapat melapik perut sepanjang perjalanan nanti.
Bukan jauh sangat pun. Lagi beberapa kilometer sampailah mereka di rumah Tok Nek.
"Ha makanlah makan. Mati tercekik baru tahu." perli Anis Raihanna.
Afiq Raihan tak mengendahkan perlian isterinya. Dia sibuk menjamu selera. Lantaklah apa minah tu nak cakap. Janji perutnya terisi!
???
"Hoi!" sergah Amirul kepada Haiqal Iskandar.
Terhenjut sedikit bahu lelaki itu kerana terperanjat. Dia mengusap dadanya.
Sejak mereka menjadi teman rapat, Amirul memang tak reti nak tegur elok elok. Sergah orang je kerjanya. Berpuluh kali sudah ditegur tapi tetap sama. Hmm.
"Kau apahal? Nak aku mati awal ke macam mana?" perli Haiqal Iskandar.
"Alah kau ni. Rilekslah. Kau tu yang termenung jauh sangat. Pikir apa hah?" balas Amirul. Dia mengambil tempat disebelah sahabatnya.
"Tak ada apa. Aku cuma rindu" balas Haiqal Iskandar perlahan. Dia tersenyum tawar.
"Kau nak rindu siapa pulak ni? Tak pernah aku tengok kau keluar dengan mana-mana perempuaan." balas Amirul.
Perasaan ingin tahu makin membuak-buak didalam dirinya. Haiqal Iskandar seperti ada menyorokkan sesuatu daripada pengetahuannya.
"Aku rindu tunang aku" balas Haiqal Iskandar tanpa berfikir terlebih dahulu.
Dia masih berada dalam alamnya sendiri. Wajah Anis Raihanna terbayang difikiran.
Senyuman dan tawa gadis itu membuatkan dia hilang arah. Sungguh dia rindu kepada gadis yang dicintainya sepenuh hati.
"Apa?! Kau dah bertunang? Kenapa kau tak pernah bagitahu aku hah?" marah Amirul tak puas hati.
Tak sangka perkara sebegitu yang dirahsiakan oleh Haiqal Iskandar. Patutlah selalu sangat termenung. Ingat pada kekasih hati rupanya!
"Ha? Bila pulak aku kata aku dah bertunang?" soal Haiqal Iskandar. Aku dah terlepas cakap ke? omelnya perlahan.
"La, baru tadi kau cakap kau rindu tunang kau. Maksudnya, kau dah bertunang kan." balas Amirul.
Haiqal Iskandar menepuk dahi. Macam mana boleh terlepas ni? Haihh. Dia melepaskan keluhan berat sebelum membalas kata kata sahabatnya.
"Ya aku PERNAH bertunang. Tapi aku dah putus dengan dia." balas Haiqal Iskandar jujur.
Dia tak larat mahu menyimpan rahsia daripada pengetahuan sahabatnya lagi. Terseksa apabila terpaksa dipendam seorang diri.
"Maksudnya, kau rindukan bekas tunang kau la ni? Tapi kenapa korang putus?" soal Amirul.
Dia semakin berminat dengan rahsia sahabatnya. Akhirnya, Haiqal Iskandar menceritakan segala-galanya kepada Amirul.
"Tapi boleh aku tanya sikit?" soal Amirul sebaik Haiqal Iskandar selesai bercerita.
"Sejak bila kau tanya mintak izin? Tanya jelah" balas Haiqal Iskandar. Dia memandang Amirul atas bawah.
Amirul tersengih kerang. Dia menggaru kepala yang tak gatal.
"Aku cuma nak tanya, kau yakin ke dia orang takkan jatuh cinta? Lagipun dia orang tu suami isteri tau.
Dalam masa tiga bulan ni apa apa pun boleh jadi. Kita tak tahu perancangan Tuhan. Kau kena bersedia dengan apa yang akan terjadi. Aku tak nak kau kecewa nanti" pesan Amirul sebelum meninggalkan sahabatnya.
Ditepuk lembut bahu Haiqal Iskandar. Dia mahu sahabatnya memikirkan baik buruk daripada keputusannya kelak. Oleh itu, Amirul memberi masa kepada Haiqal Iskandar untuk bersendirian.
Haiqal Iskandar terkedu dengan pesanan daripada Amirul. Otaknya mula mencerna maksud daripada kata kata itu tadi. Sekali lagi, dia hanyut dalam lamunannya.
???
"
Encik boleh saya tahu mana mana pekerja yang baru mendaftar sebulan yang lepas?" soal Fakhrul kepada salah seorang pekerja hotel.
"Oh boleh saya tahu Encik ni siapa? Saya tak boleh dedahkan maklumat pekerja kepada orang awam." balas pekerja yang bernama Muiz itu.
"Saya penyiasat peribadi. Jangan risau saya sedang siasat kes yang pernah terjadi di sini." terang Fakhrul.
Dia memberikan kad perniagaannya kepada pekerja itu. Lantas, kad tersebut bertukar tangan.
"Maafkan saya Encik Fakhrul. Sebenarnya memang ada pekerja baru sebulan yang lepas." balas Muiz.
"Boleh saya dapatkan maklumat peribadi dia? " soal Fakhrul lagi.
Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Entah kenapa, dia rasa seperti sedang diperhati oleh seseorang.
"Boleh, sekejap ya Encik Fakhrul."kata Muiz. Sebuah senyuman dilemparkan ke arah Fakhrul.
Fakhrul hanya mengangguk. Dia masih berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling.
Muiz berlalu pergi ke stor belakang. Telefon pintarnya dikeluarkan dari kocek seluar. Sebaris nombor yang tidak dikenali didail olehnya.
"Hello, aku dah buat apa yang kau suruh. Tolong lepaskan keluarga aku. Dia orang tak bersalah." rayu Muiz.
Beberapa hari yang lepas, seluruh ahli keluarganya telah diculik. Dia telah diberi amaran untuk tidak membuat laporan polis jika mahu keluarganya selamat.
Dia hanya diarahkan untuk menyerahkan fail palsu dan menipu tentang pengambilan pekerja hotel baru di tempat kerjanya kepada mana mana polis yang datang menyiasat. Itu sahaja yang dapat menyelamatkan keluarganya.
"Jangan tipu aku! Aku tahu kau tak bagi lagi fail tu pada polis tu kan? Kau nak aku bunuh yang mana dulu hah? Isteri kau!" balas seorang gadis dengan nada yang tinggi.
"Abang tolong Aini! Abang!" Suara isteri Muiz memenuhi corong telefon.
Muiz menggeletar ketakutan. Nampaknya penculik itu sedang memerhatikannya.
"Baik. Aku akan serahkan kepada polis tu. Pastikan keluarga aku selamat." rayu Muiz lagi.
Panggilan tersebut ditamatkan tak lama kemudian. Muiz mengambil fail yang perlu diserahkan kepada polis itu.
Dia melangkah keluar daripada stor bersama dengan sebuah fail di tangan. Dihulurkan fail itu kepada Fakhrul. Riak mukanya dikawal sebaik mungkin.
"Terima kasih" jawab Fakhrul.
Dia menyambut huluran lelaki itu. Muiz terus beredar dari situ.
Ting!
Satu notifikasi masuk ke dalam telefon pintar Muiz.
Bagus. Keluarga kau selamat dengan aku.
Muiz menghela nafas lega. Akhirnya, keselamatan keluarganya telah terjamin.
Fakhrul membelek isi kandungan fail tersebut. Satu persatu, maklumat dibaca dengan teliti. Tiada satu pun yang terlepas. Fakhrul menyebut nama suspek kesnya.
"Aria.”
Share this novel