Bab 53

Romance Series 113896

"Assalamualaikum.." salam diberi Aniq dan Yus lalu melangkah masuk.

"Waalaikumsalam. Ha, sampai pun." jawab Puan Sakina.

"Mama dah nak balik ke?" soal Aniq.

"Nak balik la, diaorang awal tadi lagi dah balik. Tinggal mama, Pakcik dengan adik je" kata Puan Sakina yang sedang sibuk mengemaskan barang.

"Tak nak tunggu makan tengah hari ke?" soal Yus.

"Tak apa la Yus, risau mama dengan rumah tu, lama sangat tinggalnya. Tah macam mana la jadinya dengan ayam, itik tu" balas Puan Sakina. Risau dia pada binatang ternakan, Pakcik pula risaukan kebunnya tu, semak la jawabnya kalau tak ditebas dan diracunnya lalang.

"Kalau dah mama cakap macam tu, ye lah. Nanti ada masa Qib dan Yus balik kampung ye" ucap Aniq.

"Jangan cakap je, sampainya tak" perli Puan Sakina.

"In sha Allah mama, kalau abang tak dapat balik, nanti Yus balik dengan Amy" kata Yus pula.

"Elok juga, Amy tak pernah datang lagi kan. Mesti dia suka kalau ikut Pakcik ke kebun" tambah Pakcik pula.

"Dah, dah. Tolong Pakcik angkat beg masuk dalam kereta. Adik! Cepat, nak balik dah ni. Apa dibuat lagi tu" jerit Puan Sakina. Budak sorang ni, bersiap kalau tak berejam, tak sah. Jenuh la suaminya nanti nak menunggu bersiap lama-lama macam tu.

"Apa mama ni, jerit-jerit, malu pada Kak Yus tau" bebel Wanie sambil menjinjit beg pakaiannya.

"Tau pun malu, tak nak malu, bersiap tu cepat sikit. Kalau tak berejam, tak sah" bebel Puan Sakina.

"Ye.. Ye.." balas Wanie dengan bibir yang muncung. Walaupun Puan Sakina bukan ibu kandungnya, Wanie sayang dan hormat Puan Sakina seperti ibu kandung sendiri.

Setelah semua beg dimasukkan ke dalam kereta, Aniq dan Yus bersalaman dengan Puan Sakina, En Nasari dan Wanie.

Sunyi rumah.. Kalau tidak tu bising dengan suara budak-budak anak abang-abang tiri Aniq. Hai la.. Hm.. Ada anak-anak mesti meriah rumah ni.

"Sayang.." panggil Aniq pada Yus yang sedang sibuk di dapur menyediakan bahan untuk memasak tengah hari.

"Ye, kenapa abang dah lapar ke?" soal Yus.

"Tak..." jawab Aniq lalu memeluk pinggang Yus dari belakang, dihidu wangi syampu rambut Yus

"Dah tu, abang nak apa?" soal Yus yang sedang sibuk membasuh sayur di sinki. Hish, apa-apa la dia ni.

"Nak sayang boleh?" bisik Aniq pada telinga Yus.

"Abang.. Jangan nak buat drama sangat kat dapur ni boleh tak. Sayang nak masak ni kan. Kejap lagi nak makan, lapar dah ni" marah Yus. Payah betul la Aniq ni, asyik nak melekat je kerjanya. Nak bergerak pun susah.

"Abang lapar la ni.." kata Aniq sambil tangannya mengusap-ngusap perut Yus.

"Tangan tu dok diam boleh tak. Dah tau lapar, jangan la kacau sayang nak masak ni.." meleret ayat Yus berbunyi.

"Tapi abang lapar sayang" balas Aniq.

Dia buat dah.. Takkan tengah-tengah hari pun nak. Mati la nakk...

'Pap' lengan Aniq ditampar.

"Tak payah nak merepek ye. Abang tolong sayang potong sayur ni ada juga faedahnya. Dah, dah, shuh shuh.. Abang ambik ni, tolong potong. Sayang nak masak. Sayang dah lapar ni." marah Yus lalu bekas sayur dihulur pada Aniq.

"Ala...." muncung-muncung bibir Aniq.

"Tak payah nak ala.. ala.. Sangat. Tolong sayang masak cepat" marah Yus.

"Kalau tolong dapat upah tak?" soal Aniq sambil tersengih.

"Abang! Ish dia ni"

Ketawa Aniq dapat mengusik Yus. Bising di dapur dengan suara Aniq dan Yus. Macam sepuluh orang, padahal dua orang je pun..

+++

"Sayang dah kemas beg ke?" soal Aniq ketika sedang membantu Yus mengemas meja makan setelah makan malam.

"Belum lagi. Ingat nak kemas lepas ni" jawab Yus yang sibuk mencuci pinggan.

"Nanti kita kemas sama-sama." ucap Aniq yang sudah berdiri di sisi Yus.

Yus menoleh pada Aniq
"Jomlah, dapur dah siap kemas ni"

Aniq dan Yus berjalan beriringan menuju ke bilik tidur untuk mengemas beg. Esok Aniq dan Yus akan bercuti tapi dalam Malaysia sahaja, tak perlu jauh-jauh, yang penting Aniq ada bersama.

"Cukup ke dua beg ni?" soal Aniq.

"Cukup la tu, kita pergi lima hari je kan" jawab Yus yang sibuk melipat pakaian yang ingin dibawa, begitu juga Aniq yang sama membantu.

"Hm.. Abang tanya sikit boleh?" soal Aniq.

Yus hanya menoleh sekilas dan mengangguk.

"Kenapa sayang nak bercuti ke Sabah?" tanya Aniq sambil tangan teruskan kerjanya.

"Sayang dah lama teringin nak ke Sabah, nak ke tempat yang macam New Zealand tu. Kawan-kawan sayang ada yang dah pergi bagitahu cantik tempatnya. Sebelum ni tak berkesempatan nak pergi lagipun tak ada siapa nak teman, kawan-kawan sayang pergi dengan keluarga diaorang takkan sayang nak join. Segan. Sekarang kan dah ada abang, sayang ajak abang la..." terang Yus dengan senyuman manis.

Aniq yang mendengarnya lantas menghampiri Yus yang duduk di hadapan katil lalu memeluknya. Ubun-ubun Yus dicium sekilas.

Yus kemudian mendongak dan dagu terbelah itu dicium.

"Thanks abang" ucap Yus.

"Untuk apa? Papa yang sponser kan, siap duit poket lagi" ucap Yus sambil pelukan makin dirapatkan.

"Ye la.. Kalau sayang tak kahwin dengan abang, tak dapat la sayang pergi" senyum Yus.

+++

Akhirnya sampai juga Aniq dan Yus di negeri di bawah bayu ini. Aniq dan Yus memilih untuk menginap di Kiram's Village, Kundasang. Cantik tempatnya dengan pohon-pohon hijau dan bunga-bunga yang warna-warni. Pemandangannya pula menghijau, sejuk mata memandang, tenang sahaja rasanya.

"Sayang.. Buat apa kat luar ni, tak sejuk ke?" soal Aniq yang lihat Yus berada di beranda. Aniq membalut tubuh Yus dengan kain tebal, cuaca di sini pada waktu malam boleh tahan sejuknya. Dipeluk tubuh itu dari belakang.

"Tak ada apa, saja ambil angin. Tenang rasa kan?" tanya Yus.

"Hm.. Lupa sekejap pada masalah kerja" ucap Aniq lalu merapatkan pelukannya di tubuh Yus.

"Di sini cepat saja gelapnya kan" kata Yus.

"Esok kita nak ke mana?" soal Yus sambil memandang wajah Aniq di sebelah kanannya.

"Urm.. Ada orang tu cakap nak tengok lembu kan. Mooo" Aniq mengajuk.

"Mana ada sayang cakap nak tengok lembu" lengan Aniq ditampar perlahan. Muncung bibir merah Yus merajuk.

Terlepas ketawa Aniq.

"Abang gurau sikit pun tak boleh. Manja" kata Aniq.

"Esok lepas sarapan kita ke Desa Cattle Dairy Farm, lepas tu kita ke Strawberry Garden Kundasang. Okey." tambah Aniq.

"Yeay... Nanti boleh try air krim dengan yogurt susu segar. Hm.. Sayang nak beli strawberry banyak-banyak. Sedapnye.." ucap Yus teruja.

Ketawa Aniq dengan ulah Yus.

"Boleh sayang, tapi jangan banyak sangat. Beli untuk sayang makan saja, nak balik nanti baru kita beli untuk buah tangan orang semenanjung." kata Aniq sambil mengeratkan lagi pelukannya pada Yus.

"Sayang.. Kita masuk dalam lah. Makin sejuk la.." ajak Aniq. Makin malam semakin sejuk cuacanya. Tubuh Yus dipusingkan dan Aniq menundukkan wajahnya rapat pada wajah Yus. Bibir merah itu dikucup perlahan.

"Abang... Orang nampak nanti.." kata Yus sebaik bibirnya dilepaskan.

"Kalau macam tu, kita masuk dalam, orang tak nampak" Aniq senyum gatal.

Malam itu dua hati bersatu dengan penuh keasyikan dan keheningan unggas malam.

Sepanjang lima hari Aniq dan Yus berada di Sabah, banyak tempat menarik yang dikunjungi. Sampai tak cukup tangan beli barang. Yus yang paling gembira, macam-macam aksi gambar yang dirakam, Aniq juga dipaksa untuk bergambar. Layankan je lah..

Sekejap sahaja rasanya, esok dah nak balik. Banyak juga ole-ole yang dibeli untuk ahli keluarga dan rakan-rakan.

Lebih kurang jam enam petang, Yus dan Aniq telah sampai di lapangan terbang dan sedang menunggu Syam.

"Aniq, sorry lambat. Lama dah sampai?" tanya Syam yang berlari mendapatkan Aniq dan Yus.

'Buk'

Seseorang melanggar bahunya, ditoleh sekilas wanita, bila dipandang wajahnya. Fatin? Syam mencari-cari wajah yang dilihat tadi. Gurauan mata atau sebenar-benarnya?

"Syam, Syam," panggil Aniq.

"Kau dah kenapa? Toleh ke belakang tak mau-mau. Muka pucat dah macam nampak hantu, kau nampak apa?" soal Aniq pelik.

"Hah! Tak ada apalah. Aku nampak macam kawan aku tadi. Tapi bukan kot" jawan Syam.

"Kawan kau? Kawan kau, kawan aku la, siapa?" soal Aniq lagi.

"Eh, tak ada apalah.. Macam mana homeymoon, best tak?" soal Syam pada Yus.

"Best... Nanti nak pergi lagi la. Kan abang" ucap Yus sambil lengan Aniq dipeluk.

Syam melepaskan tawanya. Kepala ditoleh lagi ke belakang, mana tahu wajah tadi akan muncul lagi.

Aniq dan Yus selamat sampai di rumah dan Syam telah pun pulang dengan membawa ole-ole dari Sabah.

"Abang.. Thanks.." ucap Yus yang sedang berbaring di sebelah Aniq di atas katil selepas makan malam.

"Tak perlu ucap sayang, abang yang patut ucapkan terima kasih pada sayang kerana sudi terima abang dalam hidup sayang. Walaupun banyak yang berlaku pada sayang, sayang tetap terima abang" ucap Aniq lalu ditarik tubuh itu ke dalam pelukannya.

Semoga kebahagian mereka kekal hingga ke syurga. Amin..

***********************************************************

Terima kasih yang tidak terhingga dari saya untuk semua yang mengikuti cerita ini.

Jumpa lagi dalam novel saya yang akan datang. Tq so much.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience