BAB 13

Romance Completed 4031

“Tapi, kalau Shafie ditakdirkan meninggal dunia sebelum aku, macam mana yea?” Kenapa tetiba aku rasa sedih ni. Bisik hati kecil Rania. Otaknya ligat memikirkan perasaannya terhadap Shafie. Sebolehnya dia cuba menafikan perasaannya terhadap Shafie.

“Ah..dia sahabat aku selama-lamanya.” Getus Rania. Lalu dia menekup mukanya dengan bantal dan terus tidur.

“Good morning papa.” Sapa Rania.

“Lena tidur malam tadi?” Dato’ Rashid membalas dengan pertanyaan. Rania hanya mengangkat kening. Tanpa menjawab pertanyaan ayahnya, dia terus menyuap mee goreng ke mulutnya.

“Kamu tak pergi kerja ke hari ni?” tanya Dato’ Rashid selepas dia perasan Rania hanya berbaju t-shirt sahaja. Rania menggeleng sahaja.

“Kenapa?”

“Nia nak pergi jumpa Shafie.” Jawab Rania perlahan.

“Buat apa? Kat mana?” Soal Dato’ Rashid dengan nada yang terkejut.

“Apa tujuan papa tanya Nia soalan-soalan tu malam tadi?” Dato’ Rashid mempamerkan wajah yang kehairanan.

“Nia nak beri jawapan dekat dialah. Bagitau kat papa buat apa.” Cebik Rania sambil menghirup air Teh’ O.

“Positif or negatif?” Dato’ Rashid cuba mencungkil rahsia. Rania hanya tersenyum dan meminta diri untuk menyiapkan diri. Dia perlu cepat kerana dia telah menempah tiket penerbangan ke Perlis pada jam 10.30 pagi itu.

“Rindu kat aku tak?” tanya Rania sewaktu dia duduk berdua dengan Shafie di wakaf halaman rumah nenek Shafie.

“Bukan ke hari-hari kita berbual?” Rania hanya tersenyum sumbing. Malu dengan soalannya sendiri.

“Shafie…”

“Hmmm.”

“Rania, kenapa ni?” tegur Shafie setelah dia melihat Rania hanya mendiamkan diri selepas memanggil namanya.

“Aku..aku..”

“Ya Nia.”

“Aku…aku..sayang kat kau.” Dalam keadaan malu Rania telah mencurahkan isi hatinya kepada Shafie. Shafie tersenyum.

“Aku tau.”

“Bukan sebagai sahabat Sha…”

“Aku tau. Aku pun sayang kat kau. Perasaan kita sama. Rupanya kita saling menyayangi.” Wajah Rania berubah. Dia rasa sangat malu untuk berhadapan dengan Shafie ketika itu. Shafie menolak tayar kerusi rodanya ke hadapan supaya dia berdekatan dengan Rania. Rania hanya tunduk memandang tanah. Kakinya diayunkan-ayunkan ke depan dan belakang.

“Aku tau yang aku sayangkan kau ketika aku hampir kehilangan kau. Aku tak sanggup biarkan kau ditimpa malang. Aku tak nak apa-apa terjadi kat kau. Aku sanggup korbankan nyawa aku asalkan kau selamat.”

“Selama ni semasa kau susah, aku tak pernah teragak-agak untuk hulurkan bantuan. Aku ingat aku buat semua tu kerana kau sahabat aku. Tapi rupanya tidak. Masa kau jaga aku kat hospital, timbul perasaan sedih dan kecewa sesangat dalam hati aku. Perasaan itu adalah kerana aku tak sanggup nak tengok kau susah.”

“Tapi, dalam masa yang sama, aku rasa bahagia. Bahagia kerana kau tidak tinggalkan aku saat aku susah. Kau sentiasa berada di sisi aku. Kerana perasaan itulah aku cekalkan hati dan kuatkan semangat untuk kembali pulih.” Rania hanya mendiamkan diri dan mendengar sahaja setiap butir bicara Shafie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience