Bab 78

Romance Completed 207871

Caden yang baru tiba terkaku seketika. Tajam pandangan Intan padanya. Ah.. payah ni. Perlahan pintu bilik ditutup rapat. Plastik di tangan di bawa ke meja kopi di tepi bilik kemudian kaki diatur menuju ke arah Intan yang dah macam singa menanti masa untuk membaham mangsa. Liur ditelan kesat.

"Sayang" panggil Caden pada Intan yang tegak berdiri di tengah bilik. Aduh.. kenapa garang sangat ni..

"Urm.. sayang, abang ada bawakan burger. Abang minta Carlos keluar belikan tadi. Burger crispy" kata Caden mahu memancing Intan bercakap tetapi Intan masih sama seperti tadi. Tajam sahaja pandangannya. Peluh jantan meleleh di pipi.

"Ni bilik siapa?" tegas soalannya macam Cikgu Dispilin sekolah dah.

"Er.. bilik abang" jawab Caden sangkut-sangkut. Apa pulak masalahnya ni. Ada yang tak kena ke?

"Siapa tinggal dalam ni?" soal Intan lagi. Aduh..

"Sayang.. ni bilik abangkan, dah tentu la abang yang tinggal dalam ni. Kenapa soal pelik-pelik ni.." soal Caden lembut. Jemari Intan dicapai, takut-takut saja mahu mengusapnya.

"Habis tu, baju perempuan banyak-banyak dalam tu baju siapa? Jangan cakap abang ada perempuan lain, nahas abang nanti!" tegang suara Intan. Nafasnya sudah naik turun.

"Hey.. apa sayang cakap ni. Abang tak ada perempuan lain la. Jangan nak merepek okay. Berapa kali nak abang bagitau, sayang seorang saja yang abang sayang, yang abang cinta" terang Caden lalu kedua tangan naik ke pipi Intan. Ibu jari kanan mengusap lembut bibir Intan dan dikucup sekilas walaupun ada rasa ragu-ragu. Bimbang kena cepuk.

"Dah tu, baju perempuan semua tu siapa punya?" soal Intan masih tidak puas hati.

Tercetus ketawa dari bibir Caden.

"Abang! sayang tanya ni.. Jangan nak ketawa-ketawa!" marah Intan.

"Sini.. ikut abang" Caden menarik lembut jemari Intan ke arah wardrobe.

Pintu sliding wardrobe ditolak ke tepi. Diambil beberapa helai pakaian yang bergantung.

"Sayang tengok ni, ini semua pakaian baru. Abang beli untuk sayang. Abang ingat nak bawa sayang ke sini sebelum kita ke Bentong. Ingat tak abang cakap nak bawa sayang honeymoon sambil teman sayang ambil ujian tembak?" soal Caden.

"Abang belikan pakaian ni semua untuk sayang. Cuba sayang tengok, ni semua saiz sayang. Kejap, abang ambil lagi" kata Caden lalu dia tunduk ke bawah dan laci ditarik. Terserlah pakaian dalam yang disusun cantik. Caden tarik sehelai panties dan sehelai baju dalam, renda-renda lagi.

"Nah, ni kan saiz sayang" kata Caden.

Intan merampas dari tangan Caden dan memeriksa label, siap ada tanda harga lagi. Memang ini saiz miliknya. Merah wajah Intan lalu tertunduk. Aduh.. kenapa la dia tak tengok betul-betul. Kan dah termalu.

Tercetus ketawa dari bibir Caden.

"Sayang fikir apa ni.. abang tak mungkin ada yang lain selain dari sayang" ucap Caden lalu hidung Intan dicuit. Caden kemudian mahu membuka langkah menuju ke sofa tetapi terasa bajunya ditarik. Apabila dilihat, dapati Intan yang menariknya dengan wajah tertunduk ke bawah. Alolo.. comelnya dia..

"Ye sayang.. kenapa ni?" soal Caden lalu memusing ke arah Intan. Ditatap wajah Intan yang menunduk. Dagu Intan ditarik agar mendongak melihatnya.

"Abang.. sorry.." ucap Intan. Malu dengan apa yang berlaku.

"Hm.. sorry?" soal Caden sengaja mahu mengusik Intan.

"Macam tu je? Sayang dah syak yang bukan-bukan, say sorry je?" sambung Caden lagi dengan wajah yang sengaja digarangkan.

"Dah tu.. abang nak sayang buat apa?" soal Intan dengan wajah monyok. Iya lah, orang salahkan..

"Hm.." Caden mengetuk dagu dengan jarinya seakan sedang berfikir apa hukumannya buat Intan.

"Abang.. cepat lah cakap. Jangan la senyap" soal Intan sambil lengan Caden digoyang-goyangkan.

"Okay.. abang maafkan tapi dengan satu syarat" kata Caden.

"Apa?" soal Intan tidak sabar.

"Sayang tunggu sini sekejap" kata Caden lalu mendudukkan Intan di sofa lalu dia laju menuju ke wardrobe. Tidak sampai lima minit, Caden sudah kembali dengan sebelah tangannya berada di belakang badan.

Sebaik tiba di hadapan Intan, sehelai pakaian berwarna hitam diletakkan di atas riba Intan. Intan termangu sambil mendongak memandang Caden tidak faham.

"Apa ni?" soal Intan lalu pakaian itu diambil dan diangkat tinggi di depannya. Bulat biji mata memandang.

"Baju tidur? nak buat apa?" soal Intan sambil memandang Caden.

"Kalau sayang nak abang maafkan, sayang kena pakai baju ni malam ni untuk tidur" kata Caden sambil tersengih gatal.

"Hah! jarang ni.. pendek pulak tu. Tak nak lah" jawab Intan lalu diserahkan kembali pada Caden.

"Tak nak pakai, betul ni?" soal Caden.

Intan laju mengangguk.

"Okay, kalau macam tu sayang tunggu kejap, abang nak bagi pada Alice" kata Caden lalu kaki mula melangkah. Belum sempat jauh, laju Intan rampas kembali pakaian tu sambil menjeling.

Terkekeh Caden ketawa.

"Mana burger? sayang lapar. Kata tadi beli burger untuk sayang" soal Intan masih tidak puas hati.

"Ingatkan tak nak." usik Caden.

Plastik diserahkan pada Intan, di dalam turut ada air mineral dan twister oren.

"Sayang.. i'm sorry" ucap Caden perlahan.

Terhenti kunyahan Intan lalu baki burger diletakkan kembali. Tisu diambil dan bibir yang comot dikesat.

"Abang.. apa yang berlaku sebenarnya?" soal Intan. Air mineral dibuka dan diteguk. Caden di hadapan dipadang.

"I didn't shoot Alice, I just wanted to scare her." terang Caden sambil rambut diraup kasar.

"I wouldn't do that" sambung Caden masih menunduk.

"Tapi kalau dia masih nak cuba lagi lepas ni, abang tak janji dia akan selamat" tegak Caden memandang Intan di hadapan.

Intan kemudian bangun dan melabuhkan duduk di atas ribaan Caden.

"Abang, you scared me. I thought you shot her. Sayang dengar bunyi tembakan masa tu" ucap Intan lalu tubuh Caden dipeluk.

Tidak dapat dibayangkan andai Caden betul-betul melakukannya tadi. Tidak sanggup dia mahu memikirkannya.

"Tapi macam mana sayang boleh sampai sini. Abang dah pesan dengan Fahmi.." kata Caden.

"Tak benarkan sayang keluar? Abang ingat sayang nak diam tunggu abang dalam bilik rehat macam tu je? memang tak la.." jawab Intan tidak puas hati.

"Huh, nak kena budak Fahmi ni" kata Caden perlahan.

"Abang jangan nak salahkan Fahmi. Sayang yang paksa dia tapi dia tak nak bawa pun, nasib baik jumpa Rick. Dia yang bawa sayang datang sini" terang Intan sambil terseyum menang.

Huh, Rick pun tak boleh harap.

"Dah.. tak payah nak buat muka tak puas hati sangat. Sekarang ni sebagai denda, abang kemas semua ni. Sayang nak mandi, nak tidur" kata Intan lalu bangun dari ribaan Caden. Belum sempat bagun, Caden dulu bangun sambil Intan berada dalam dukungannya. Menjerit terkejut Intan.

"Abang.. sayang nak mandi la.." kata Intan menolak tetapi tangannya tetap juga memaut erat leher Caden.

Caden tidak peduli, kakinya diatur menuju ke bilik air. Sebaik masuk, Intan diturunkan.

"Sayang mandi bersih-bersih, wangi-wangi lepas tu pakai baju abang bagi tadi, okay" pesan Caden lalu dahi Intan dicium sekilas dan kaki melangkah keluar dari bilik mandi.

Tergeleng Intan dengan ulah Caden. Apa-apa je la abang oi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience