Arjuna memperlahankan kenderaannya apabila dia sudah masuk ke kampung sungai leman.
Matanya memerhati sekeliling kawasan kampung.Dia ternampak sebuah kedai runcit ditepi simpang dan dia memberhentikan kenderaannya.
Dia membuka tali pinggangnya dan melangkah keluar dari kereta.Dia perlu bertanya kepada orang kampung tentang keluarga Ratna.
Kakinya melangkah ke dalam kedai runcit.Dia ternampak seorang lelaki lingkungan 50 an berada di kaunter hadapan.
"Ya Encik ada apa-apa nak beli?"soal Pakcik itu.
Arjuna menggelengkan kepalanya.
"Minta maaf.Saya bukan orang sini jadi saya datang ni nak tanya.Pakcik kenal Makcik Samsiah?" soal Arjuna kepada tauke kedai.
"Samsiah? Setahu pakcik dekat dalam kampung ni dua ada orang nama Samsiah.Sorang isteri tok imam kampung ni.Yang lagi sorang isteri arwah Baharin.Kamu nak jumpa yang mana satu?"soal Pakcik itu semula.
Arjuna bingung.
"Ermmm... Makcik Samsiah Baharin.Dia tinggal dekat mana?"soal Arjuna dengan segera.
Pakcik itu melihatnya atas bawah.Dari segi penampilan memang bukan orang kampung ni.Gaya lelaki itu sangat simple tapi berjenama.
"Kamu ni siapa pada Makcik Samsiah?"soal Pakcik itu lagi.
"Saya saudara jauh.Saya ada benda nak sampaikan pada Makcik Samsiah.Boleh saya tahu rumah dia dekat mana?"ujarnya.
"Rumah dia..... ahh ni anak Makcik Samsiah"kata-kata Pakcik itu terhenti dan menunjukkan seorang gadis muda yang masuk ke kedainya.
Gadis itu memandang wajah Arjuna."Abang Juna kan?"tanya Indah yang terkejut dengan kelibat suami kakaknya itu.
"Awak kenal saya ke?"soal Arjuna semula.
"Mestilah saya kenal.Kak Ratna cerita banyak pasal Abang"ujar Arjuna memandang"adik iparnya itu ".
Arjuna menarik tangan Indah keluar dari kedai."Indah adik Ratna.Mana Kak Ratna?"soal Arjuna tergesa-gesa.
"Akak ada dekat rumah.Dia tak sihat sangat.Indah tak tahulah apa yang jadi?.Tapi Indah harap sangat Abang tak payah kacau dia"ucap Indah.
"Tak boleh Abang Juna perlukan Akak Ratna.Abang nak tebus semua kesalahan Abang pada dia.Tolong Abang Indah.Bawa Abang jumpa Kak Ratna.Please" rayu Arjuna pada adik iparnya itu.
Indah mengeluh berat.Dia bukan tak mahu ajak Abang Juna pergi rumah tapi dia risau Kak Ratna nanti.
********
"Lamanya Indah pergi kedai? Ni mesti menyinggah mana-mana ni."bebel Puan Samsiah.
"Kejap lagi dia baliklah tu Umi.Umi jangan risaulah"ucap Ratna perlahan.
Puan Samsiah menjenguk keluar dari luar laman dia memerhati sebuah kereta berwarna putih memasuki laman rumahnya.
"Siapa pulak datang rumah kita ni?"tegur Puan Samsiah menuruni tangga satu persatu.
Ratna yang duduk di kerusi bangkit dan berdiri di muka pintu.Betul kata Puan Samsiah ada orang datang rumahnya.
Arjuna memandang wajah Ratna yang dirindui.Indah keluar dari kereta dan menuju ke arah Puan Samsiah.
"Kamu balik dengan siapa?"ujar Puan Samsiah pada Indah.
Indah memandang wajah Ratna dan Puan Samsiah bergilir-gilir.
Mata Ratna tidak lepas ingin mengetahui siapa gerangan yang datang ke rumahnya.Matanya terbeliak sebaik sahaja wajah yang dia benci itu ada depan matanya sekarang.
Mati terus senyuman dibibir.
"Assalamualaikum...."sapa Arjuna.Ratna meluru ke arah Arjuna dengan muka merah.
"Kau buat apa dekat sini? Pergi kau dari sini aku tak nak tengok muka kau"marah Ratna memukul dadanya Arjuna dengan kuat.
"Ratna saya datang sini nak minta maaf dengan awak"ucap Arjuna.
"Pergi...pergi berambus dari sini"jerit Ratna sekuat hatinya.
"Ratna sabar...dia masih suami kamu"pesan Puan Samsiah.Dia memegang badan anaknya itu.
"Suami? Kalau dia suami Ratna, dia takkan sakitkan hati Ratna ni.Suami apa dia ni?"jerit Ratna pada Arjuna.
Arjuna menundukkan wajahnya."Saya tahu salah.Saya patut siasat dulu apa yang jadi sebelum saya tuduh awak yang bukan-bukan.Please Ratna bagi saya peluang untuk betulkan semua ni.Umi tolong maafkan Juna.Juna buat salah dengan semua orang"ucap Arjuna mencium tangan Puan Samsiah meminta ampun.
"Kau tak payah nak tunjuk baik dekat sini.Kau pernah fikir apa aku rasa? Kau pergi baliklah"kata Ratna menolak badan Arjuna.
"Tak saya takkan balik.Sebab isteri saya dan anak saya ada dekat sini.Umi Juna takkan balik selagi Ratna tak terima Juna semula"ujar Arjuna mendekati Ratna tetapi Ratna mengelak.
"Abang masih cintakan Ratna.Jadi tolong bagi Abang peluang untuk kali ni"ucap Arjuna pada telinga Ratna.
"Aku tak perlukan kau dalam hidup aku.Anak aku tak perlukan kau pun"kata Ratna pada Arjuna.
Ratna berpaling menaiki tangga ke pintu masuk rumah.
"Ratna... Ratna...bagi saya peluang untuk betulkan kesilapan saya"ujar Arjuna memandang Ratna yang berpaling darinya.
Ratna rasa kepalanya berpusing sebelum rebah.Bunyi dentuman itu membuatkan semua panik.
"Akak..."panggil Indah yang melihat Ratna sudah pengsan di depan muka pintu.Arjuna melangkah laju menuju ke arah Ratna.
Wajah isterinya yang pucat itu dipegang."Bawa dia masuk bilik.Dia tak berapa sihat sangat"kata Puan Samsiah pada Arjuna.
Arjuna mencempung badan Ratna dan dibawa ke dalam bilik.
*******
Indah menghidangkan air untuk Arjuna.Puan Samsiah daripada tadi hanya diam sahaja.
"Indah pergi tengok kakak kamu"pesan Puan Samsiah pada Indah.Indah hanya menurut kata Puan Samsiah.Dia meninggalkan ruang tamu dengan hanya mereka berdua.
"Umi..saya betul-betul minta maaf pada Umi sekeluarga.Saya tahu semua kesalahan berpunca daripada saya bukan Ratna.Saya mulakan semua ni.Jadi biar saya betulkan kesilapan ni" ujar Arjuna memandang wajah Puan Samsiah.
Puan Samsiah mengeluh berat dengan ujian yang melanda keluarganya.
"Saya tahu Umi saya tak cukup baik sekiranya tak ada orang yang nak bagi peluang saya minta maaf tapi saya betul-betul cintakan Ratna.Saya cintakan Ratna seorang saja.Tolong beri kesempatan untuk saya jelaskan pada Ratna.Walaupun dia tak nak maafkan saya sekalipun" Arjuna melutut di hadapan Puan Samsiah.
Puan Samsiah memegang kepalanya.
"Umi boleh redha apa yang berlaku...tapi Ratna yang hadap semua ni.Umi tak sama ada dia boleh maafkan kamu atau tidak.Umi tak nak dia sakit"ujar Puan Samsiah.
"Juna janji dengan Umi.Juna nak jaga Ratna.Izinkan Juna Umi."rayu Arjuna.
Puan Samsiah memandang wajah Arjuna."Kalau kamu sayangkan dia,kamu takkan biarkan dia hadap benda ni sorang-sorang dan kamu biarkan fitnah orang menguasai fikiran kamu.Kamu sepatutnya percayakan dia.Alam rumah tangga mesti ada kepercayaan sesama pasangan.Ni kamu hina dia malah kamu hina anak kandungan dia"suara Puan Samsiah sedikit naik.
"Umi, memang salah saya sebab saya lepaskan apa yang tak sepatutnya.Saya marah sangat masa tu.Tapi dia isteri saya Umi.Tolong Arjuna Umi"rayu Arjuna lagi tanpa putus asa.
"Umi serahkan pada Ratna untuk buat keputusan.Tapi Umi tak halang kamu untuk jaga dia.Satu aje Umi minta jangan paksa dia"pesan Puan Samsiah pada Arjuna.
Arjuna bersalaman dengan Puan Samsiah.Puan Samsiah menepuk bahu Arjuna lembut.
********
"Hai Sayang lama tunggu" tegur Raiqal yang memeluknya dari belakang.Afrina tersenyum manis.
Raiqal duduk dihadapannya Afrina."So how about Arjuna?"soal Raiqal.
Afrina tersenyum sinis."Don't worry about sayang.I will make sure that Arjuna will be a great revenge for you"ujar Afrina.
Raiqal menyandarkan tubuhnya di kerusi.Dia memandang Afrina dengan wajah yang sinis.
"Arjuna Basith kau fikir dunia akan berpihak pada kau.Aku takkan lupa apa kau buat pada adik aku"ujarnya dalam hati.
Share this novel