dua puluh tujuh

Romance Series 207093

"Kau ade tengok En Khalish tak pagi tadi? Cool gile we.. kalah En Muaz.." Intan mula bergosip bersama Lisa dan Yuni di pantri.

"Aah kan.. dalam 5 tahun aku keje sini, first time aku rasa dia menarik do pagi tadi... selama ni aku tak pandang pun dia sebab En Khalish tu nampak boring.. but tadi.. sumpah gempak.. hipster sangat!!" Yuni menggedik. Lengan Lisa ditampar-tamparnya perlahan, excited.

Memang pantang dilihat lelaki kacak, ada saja yang hendak dibualkan mereka. Maklumlah semua tak berpunya dan bujang lagi..

Lisa hanya tersenyum nipis tanpa niat mahu menyampuk. Sudu dikacaukan di dalam cawan kacanya.

Sememangnya Khalish seorang yang kacak dan ideal untuk dibuat pasangan tapi hanya disebabkan penyakitnya tak ramai yang ingin mendekati lelaki itu.

Dan dia salah seorang darinya..

Lisa dan Khalish walaupun pernah menjalinkan hubungan bersama tapi tak ramai yang tahu dan hubungan mereka amat singkat apabila dia ditangkap mengata keburukan Khalish pada rakan sekerjanya.

Dan itu menjadi punca Khalish putuskan hubungan mereka dan tak berhubung lagi.

Tak pernah bertukar salam, menegur mahupun bertatapan sekalipun.. Khalish meletakkan benteng yang teramat besar diantara mereka..

hinggalah kini..

"Untung la kan budak bahagian marketing tu dapat En Khalish. Sape we name minah tu?" Intan bertanya pada Lisa dan Yuni. Ingin tahu.

"Tak silap aku Shira apa tah nama die.. not bad la budak tu.. tak sangka pulak dorang couple kan?" Yuni menjawab.

"Tu la pasal.. tak sangka pulak En Khalish tu couple dengan dia.. Kau Lisa? Melepaslah..tu la kau time die couple dengan kau, kau buruk-burukkan dia.. kan dah menyesal." Intan menambah perisa sambil tersenyun sinis pada Lisa yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Aku tak batak la Si Schizo tu. Aku dah ada Rafiq.. berkali-kali ganda lagi baik dari dia tau. Kacak pun kacak.. baik.. tinggi lampai.. apa je yang tak cukup dengan dia kalau nak dibandingkan dengan En Khalish tu." Lisa membalas yakin sedangkan dalam hati, hanya dia yang tahu.

"Eleh.. berlagak la kau.. kau bukan couple dengan Rafiq pun kan? Baru rapat dah claim boyfriend.. tibe-tibe dia ade pompuan lain, merane la kau.." Intan berkata bagaikan memerli Lisa.

Sememangnya wanita itu rapat dengan Rafiq, penyelia bahagian mereka tapi Lisa dan Rafiq sekadar rapat saja. Tak lebih dari itu pun sebenarnya. Hanya Lisa saja yang menggunakan status girlfriend Rafiq untuk meyakinkan Yuni dan Intan.

Lisa tak menjawab kata-kata Intan. Dia hanya merengus geram sebelum keluar dari pantri ke mejanya sambil membawa cawan berisi air yang telah dibancuh tadi.

Semasa dia melalui koridor ke bahagian pejabatnya, pintu bilik mesyuarat di depannya terbuka.

Lisa memberhentikan langkah apabila ramai ketua bahagian dan kakitangan tinggi keluar dari bilik berkenaan. Senyuman dan anggukan mesra diberikan pada setiap yang melintasinya tapi dia terpaku apabila figura seseorang keluar bersama En Azri.

Umar Khalish.

Hanya En Azri saja yang tersenyum padanya tapi Khalish hanya memandangnya dingin sekilas sebelum berjalan dengan megahnya melintasi Lisa.

Arrogant.

'Mak aihh.. betul la cakap dorang.. kacak bergaya jugak Khalish ni sebenarnya.. haih.. aku dah tak ada peluang kedua ke?' desis hatinya.

Figura itu dilihat dari mula keluar pintu mesyuarat tadi hingga hilang dari pandangannya. Dalam tak sedar dirinya diperhatikan oleh seseorang.

"Kau suka die ke?"

~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Tak sabar.. aku tak sabar.." Shira menyanyi entah apa-apa. Dia mengemas fail-fail di atas mejanya dengan senyuman sentiasa.

"Woi pengantin. Amboi.. baru kawin dah tak menyempat ek kau.. nak jumpa laki la tu." Tina menyakat.

"Ala you ni.. biarlah sama dia. Baru kawin saja kan.. mestilah tara bole tinggal lama-lama ma.." Mei menyampuk perbualan mereka sebelum mengenyit mata pada Tina.

'Dua-dua sama je. But it's okay cuz Shira lagi suka adalah!!'

"Banyak la kau orang.. Sorry geng.. aku nak jumpa Abang Khalish, nanti ape-ape hal roger. Kau Mei, jangan jual mahal sangat. Bukannya mahal pon. Tu si Joshua tu macam syok kat kau.. jangan lama-lama." Shira meminta diri sambil mengambil tas tangannya. Sempat lagi dia mengusik rakan-rakannya yang ada.

"Manyak la you.. itu laki I tanak la." balas Mei geram sambil memeluk tubuh. Mulutnya memuncung.

Terhambur jua gelak-tawa ketiga-tiga rakan itu. Apabila sudah memegang title 'isteri' memang banyak yang perlu dikorbankan.

Sebab itu walaupun Shira tahu sedikit sebanyak jalan kehidupannya juga akan berubah menjadi seorang 'isteri' dia masih cuba mengekalkan apa yang dia ada kini. Hubungan..prestasi dan banyak lagi.

Tiada lagi banyak masa bersama rakan-rakan, tak boleh keluar sesuka hati, pergaulan antara lelaki amatlah terbatas dan banyak lagi cara hidupnya perlu diubah. Tapi Shira tak kisah, dia sudah bersedia dengan semua itu.

Kini tumpuannya hanya satu..

Si Suami Schizo..

Shira menuruni lif ke tingkat pejabat Khalish. Kata lelaki itu pagi tadi, dia akan menghadiri mesyuarat di bahagian department nya di tingkat bawah daripada tingkat department Shira.

Tak sangka pula insiden tutttt itu berlaku sebelum waktu kerja tadi. Jadi kini niat Shira adalah untuk.....

Membalas Dendam.

'Habislah abang..muahaha' Shira sudah ketawa setan dalam dirinya apabila memikirkan idea kotornya.

Kaki dilangkahkan melalui laluan ke pejabat Khalish di hujung tingkat. Beberapa orang pekerja bawahan Khalish yang bertembung dengannya semua memberikan senyuman manis.

Entah mengapa mood Shira terlampau baik pula hari ini. Jadi tanpa menjenguk Khalish terlebih dahulu, dia ke pantri ingin membuat minuman untuk Khalish.

Tapi perbualan beberapa orang wanita di dalam pantri itu menghentikan langkahnya. Setiap bicara mereka didengar teliti apabila dia menangkap nama suaminya disebut-sebut.

'Abang Khalish ada hubungan ke dengan dia? Melepas? Apa maksud diorang ni?' telinga mendengar, otak mentafsirkan maklumat.

Shira mula menjadi inspektor paling berpengalaman dalam mengkaji situasi.

'Aku rasa dia ni ex abang.. ya, aku yakin sangat.. something happened dan dorang clash. Then aku kawin dengan abang.. so dia melepaslah..'

Spekulasinya betul segalanya. Shira masih setia mendengar sehinggalah gadis itu hendak keluar dari pantri.

Shira pantas berpura-pura bersandar pada dinding di lorong ke stor bersebelahan pantri agar tak tertangkap mendengar perbualan mereka.

Perempuan tadi keluar dari pantri sambil membawa sebiji cawan di tangannya. Shira mengintai dari tepi dinding bagaikan penyangak.

Kemudian pintu mesyuarat berhadapan perempuan itu terbuka dan staff-staff yang terlibat pun beransur-ansur keluar.

Shira masih acah-acah melihat phone sambil mata masih tepat mengintai perilaku perempuan tadi. Tajam.

Instinct nya kuat mengatakan perempuan itu punya "sesuatu" yang tak elok. Hurmm..

Tiba-tiba buah hati intan payung Shira memunculkan diri. Sut set soft pink ditubuhnya sangatlah menarik dan smart dipadankan pula dengan wajah si pemakai yang bersih dan kacak.

Shira tersengih sendiri di balik pokok hiasan di tepi lorong, mengintai. Tapi sengihan kerang busuknya tak lama setelah matanya kembali tertancap pada perempuan bername tag KHALISA tadi.

'Woi minah! berani kau scan laki aku atas bawah atas bawah ek? Tengok apa sampai tak berkelip mata. Haishhh...tak boleh jadi ni. Jeles aku dah membuak dah ni.' Dia merengus seorang diri. Daun-daun pokok ditangannya diramas-ramas bagi hancur.

"Eii!!" jeritan geramnya cuba ditahan.

Bagi meng'control' amarah dan cemburu membutanya, Shira membontoti langkah si suami bersama En Azri tadi, sesekali dia menoleh memandang Lisa yang sedang berbual dengan seorang lelaki yang dia tak nampak raut wajahnya kerana membelakangi pandangan.

'Hmm.. u all tak penting. hubby I je penting.. So. lantaklah.. ' tak berfikir panjang Shira terus ke pejabat Khalish.

Sidiq, si abang sepupunya sedang masih lagi di meja kerja walaupun sudah waktu lunch.

"Woi Diq!" sergah Shira sambil menepuk meja Sidiq.

"Eh mak! Kau ni memang nak makan kasut saiz 8 ke apa ha? Kau nak apa ni? Dah shuh..shuh.." baru saja dia mengangkat wajah, wajah gembira Shira menyapa pandangannya..

Menyiksakan..

"Ala.. aku baru sampai je kot. Ni nak tanya.. Abang Khalish ada dalam tak?" tanya Shira sambil sesekali kepalanya terjengul-jengul ingin melihat ke dalam tapi cermi gelap one way itu menghalangnya.

"Ada.. pi la masuk. Sekarang waktu lunch, bukan waktu kerja dah.." Sidiq memberi green light pada Shira.

Gadis itu apa lagi, memanjanglah senyuman manisnya.

'Thanks abang Sidiq! Shira masuk dulu ye.." Shira melambai gedik sebelum perlahan-lahan menolak kaca blur berat bilik pejabat itu.

Susuk tubuh Khalish di carinya. Pintu ditutup dan Shira mula mengelilingi pejabat si suami.

'Wow..cun gile.. exclusive semua.'

Mana tidaknya dari hujung bilik ke hujung bilik lagi, semuanya menggunakan barangan kayu dan bertemakan taman yang sangat elegant. Ada pasu-pasu kaktus kecil dan banyak..

Bukan

Terlalu banyak buku..

Semuanya tebal-tebal belaka, entah apa yang ditulis pun Shira malas mahu berfikir. Yang dia tahu sekarang di mana suaminya ye? Hmmm..

Sedang dia di bahagian tepi rak buku, kelihatan seorang lelaki memakai kemeja putih dan berseluar slack pink.

'Okay.. pink tu sah-sah la laki aku.. hihihi' Shira ketawa tanpa suara sebelum perlahan-lahan mendekati Khalish.

Si suami sibuk membelek buku tebal sambil berdiri membelakanginya. Shira berfikir sebentar.

'Apa aku nak buat kat kau ek.. ?' tubuh ideal Khalish dari belakang ditiliknya.

Sexy.

Hot.

Urgh..

'Hey, bia la laki I' Hohoho..

Ting! Mentol sudah menyala di atas kepalanya. Dengan langkah berhati-hati Shira merapati Khalish tanpa lelaki itu sedari.

Ideanya datang,

'Oo.. tadi raba punggung orang.. sekarang..'

Pap!

"Hey!!" Sekelip mata Khalish terloncat kecil berpaling menatap Shira di belakangnya yang tersengih kambing. Tanda peace ditunjukkan pada Khalish. Comel.

Khalish sudah bad mood. Buku yang terjatuh tadi diambilnya kembali di kaki sebelum dia memandang kembali Shira.

"Kau nak apa?" tanyanya dingin.

"Shira---'' Dia melangkah perlahan-lahan ke arah Khalish yang bersandar pada dinding sambil memeluk tubuh. Berlagak.

"Shira nak abang.." sepertimana Khalish, Shira juga mula memeluk pinggang lelaki itu sambil tangannya mula nakal di bahagian belakang.

"Ja.. janganlah.. Ap.. Apa yang kay buat ni?" serta-merta dia terperangkap di dalam pelukan miang si isteri.

Tangan Shira cuba dialihkan pada tubuhnya tapi keras betullah!!

"Oo.. tadi siapa yang raba Shira tadi dalam lif ha..? Tahu pun malu.. bukan abang suka ke ha?" Shira mula menduga. Dadanya sengaja dirapatkan dengan Khalish sehingga kedua tubuh itu bersentuhan.

Khalish cuba menolak bahu Shira tapi dia lemah.. dia penat.. dia tak mampu..

Shira mula merapatkan wajahnya dengan wajah Khalish, lelaki itu mula memaling ke tepi pantas sambil menutup mata. Segan..

Malu..

Deruan nafas hangat si isteri terasa di cuping telinganya. Sesekali halkumnya mula naik turun laju apabila bibir itu mula mengucup rahangnya sambil tangan bermain liar di belakang tubuh.

'Am dead..' Khalish tergamam pada kedudukannya. Tak mampu berganjak wapau seinci. Perlakuan Shira di luar pemikirannya. Tapi sedikit sebanyak dia juga turut hanyut dalam tingkah wanita itu.

Shira mula menggigit-gigit perlahan cuping telingan kanan Khalish dan sesekali kedengaran tawa halusnya.

"Abang tahu tak.. Shira baru tahu sesuatu tentang abang hari ni..." romantik saja suaranya bertutur. Syahdu.

".. penting sangat.." sekali lagi rahang Khalish dikucupnya sayang sebelum mata mereka bertentangan.

Khalish kaku. Dia tak bersedia lagi dengan semua ni.

"Rupa-rupanya.."

Khalish menunggu bicara seterusnya dari Shira.

"Abang tak ada punggung. Punggung abang flat. Rata." tuturnya selamba.

'Apakah..'

*Srry fr wtg. Enjy it.

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-07-06 11:22:43 

hans.awak lelaki ke perempuan..kdg kdg nma x sama dgn c pnulis

Mimie Harmiza
2020-07-06 11:02:26 

tabu tu mcm polos.x thu apa2.lebih kurang cmtulh.hehe

Mimie Harmiza
2020-07-06 11:02:26 

tabu tu mcm polos.x thu apa2.lebih kurang cmtulh.hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience