" Argh, letihnya. Alhamdulillah, habis jugak test ni akhirnya " kata Ainul sambil meraup wajahnya. Setelah seminggu bertungkus - lumus untuk mengulangkaji bagi memastikan persediaan untuk ujian tersebut, akhirnya tamat juga ujian itu.
* kring kring *
" Hello, sara ada apa call ni? " soal ainul. Pelik pun ada, tiba tiba saja rakannya itu hubunginya sebelum ini jarang rakannya ingin hubungi dirinya itu. Kalau ada pun, kerana hal penting.
" Hehe, ainul tolong belikan soy sauce kt kedai asian tu. Bukak lagi kan? " soal sara. Sepatutnya dia ingin keluar sendiri tetapi mengenangkan kemalasan yang kuat menguasai diri , dia membatalkan saja niatnya itu. Jadi, dia terpaksa meminta bantuan ainul memandangkan rakannya itu dalam perjalanan pulang. Tanpa kicap, tak lengkap lah ayam masak kicapnya itu.
"Alah kau ni sara. Ada je kan nak membuli aku " sakat ainul geram. Masakan tidak, jam telah menunjukkan jam 10.40 sekejap dia menoleh ke hadapan, tiada sesiapa lagi yang berada di jalan utama yang dia perlu lalui dari perpustakaan ke apartment yang didiami nya bersama sara. kedai asian yang dimaksudkan sara itu tidak jauh satu jalan sahaja dengan laluan yang perlu dia lalui namun, kesejukan malam semakin mencengkam, di dalam hatinya hanya mampu membaca ayat kursi sebagai pendinding diri . Mengharapkan Allah mempermudahkan urusannya pada malam ini.
" alaa tolong lah aku ainul, tak jauh pun kedai tu. Tolong ehh klu tutup kau call je aku, aku redha" jawab sara pasrah. Dia tahu ainul sebenarnya takut untuk berjalan sendirian namun apakan daya, dia juga bukan dalam keadaan yang baik. Dia sedang selesema kerana itu lah, dia mengambil keputusan untuk memasak sendiri. Jika sebelum ini, dia akan membeli sendiri makanan untuk dirinya di kedai bawah. Maklumlah, dia tidak serajin ainul yang masak setiap hari.
" hmm yela aku belikan. Tunggu aku kat rumah nanti tau " jawab ainul sebelum mematikan panggilan tersebut.
" Ya allah, lindungilah hambamu ini ya allah. Gelap sangat ni " bisik hati ainul. Dia tidak pernah keluar rumah selewat ini bersendirian. Hari ini sahaja dia terpaksa keluar memandangkan tugasannya perlu dihantar pada malam ini juga. Sengaja, dia menyiapkan tugasannya itu di perpustakaan untuk menaikkan semangat dirinya sendiri. Jika disiapkan di rumah, pasti dia akan berasa kurang motivasi. Setelah hampir 3 jam setengah dia berhempas pulas menyiapkan tugasannya itu barulah dia boleh menarik nafas lega apabila siap di submit ke email lecturer nya.
sedang dia melalui sebuah jalan ketika dia toleh ke kanan, dia terlihat sesuatu. Dia menghentikan langkahnya walaupun mindanya mengarahkan kakinya untuk terus berjalan. Tetapi hatinya menyuruhnya berhenti dan lihat sendiri apa yang terjadi.
..................................................
Share this novel