19

Romance Series 93218

Alahan demi alahan yang ditanggung Aayra sepanjang tempoh 3 bulan kandungannya ini telah membuatkan tubuhnya semakin kurus. Selera makannya terganggu. Apa sahaja yang melalui tekaknya, pasti akan dimuntahkan kembali. Tidak cukup dengan itu, bau makanan juga mampu membuatkan tekak Aayra berasa loya. Kebelakangan ini dia kerap berasa letih dan kurang sihat. Namun mengikut kata doktor, keadaan itu adalah normal bagi ibu mengandung sepertinya. Mengikut kata doktor lagi, alahan itu hanya akan dirasainya untuk fasa first trimester sahaja. Selepas dari fasa itu, alahan Aayra akan hilang dengan sendirinya. Walaupun begitu, doktor tetap menasihati Aayra supaua mengambil makanan yang berkhasiat demi kandungannya. Apatah lagi saat ini tumbesaran bayi di dalam kandungannya itu sangat penting. Jadi Aayra tidak boleh membiarkan perutnya kosong tanpa diisi makanan.

Bau aroma makanan yang begitu kuat menusuk hidung telah membangunkan Aayra dari lenanya. Matanya dipisat - pisat sebelum kelibat suaminya dicari. Rasa mual di tekaknya semakin menjadi - jadi. Tanpa menunggu lebih lama, Aayra segera berlari - lari anak menuju ke kamar mandi namun belum sempat dia menutup pintu, Aayra terlebih dahulu memuntahkan segala isi dari dalam perutnya sehingga memenuhi ruang lantai. Semakin lama tubuhnya semakin lembik. Akhirnya dia terduduk di hadapan bathtub dengan wajah yang pucat. Tidak semena - mena, air matanya mengalir membasahi pipi. Perasaannya menjadi sebak secara tiba - tiba. Berkali - kali Aayra mengesat air matanya namun semakin dia mencuba, semakin laju air mata itu merembes keluar.

Harraz melangkah masuk ke kamar mereka bersama senyuman di bibir. Dulang yang berisi makanan masih utuh ditatangnya. Tidak sabar dia ingin menjamu isteri kesayangannya itu dengan masakan dari air tangannya sendiri. Namun senyumannya itu mati sebaik dia menyedari kelibat isterinya tiada di atas katil. Jantung Harraz tiba - tiba berdegup laju. Perasaan kurang enak mula melandai dirinya. Dia segera meletakkan dulang makanan di atas meja lalu kakinya melangkah ke segenap pelosok ruang kamar bagi mencari Aayra. Tiba - tiba telinganya menangkap bunyi tangisan dari dalam kamar mandi. Harraz bergegas menuju ke situ.

“Sayang!!!" Laung Harraz sebaik melihat keadaan diri Aayra.

Harraz langsung mendekati isterinya. Bau hanyir kesan dari muntah Aayra sebentar tadi langsung tidak dipedulikan lagi. Dia benar - benar risau melihat keadaan Aayra seperti itu. Sebaik mendapatkan isterinya, tubuh Aayra diangkat lalu dipapah menuju ke bathtub. Kemudian dia mengarahkan Aayra agar duduk di dalam bathtub itu terlebih dahulu sebelum dia membantu mencuci sisa - sisa muntah Aayra. Setelah memastikan semuanya sudah kembali bersih, Harraz segera mendapatkan Aayra. Wajah isterinya itu benar - benar kepucatan.

“Sayang, what's going on actually? Are you ok? Muka sayang pucat sangat ni. Kita pergi klinik ok?" Soal Harraz risau.

Aayra menggeleng lemah. Air matanya dikesat perlahan.

“Sayang ok. Cuma sayang tak tahan je bau masakan tadi tu. Rasa loya sangat - sangat. Sayang minta maaf, abang. Sayang takde niat nak buat abang risau." Ujar Aayra perlahan.

“It's ok, sayang. I'm understand. Tapi betul ni sayang tak nak pergi klinik?" Soal Harraz lagi.

“Tak nak. Sayang ok. Abang jangan bimbang ya?" Aayra cuba meyakinkan suaminya.

Harraz mengangguk perlahan. Sejujurnya dia sangat bersimpati dengan keadaan isterinya. Dia tahu Aayra sangat letih berhadapan dengan situasi ini. Jika diberi pilihan, mahu saja Harraz yang menanggung rasa itu. Namun apakan daya. Dia tidak mampu untuk mengubah keadaan. Harraz hanya mampu berdoa semoga isterinya terus diberi kekuatan sepanjang tempoh kandungannya itu.

Sebaik membersihkan diri, Aayra pantas mendapatkan Harraz di dapur. Digagahkan jua kakinya melangkah ke situ bagi membantu suaminya. Aayra tidak mahu mengambil kesempatan di atas alahan yang ditanggungnya itu dengan membiarkan suaminya melalukan semua kerja rumah. Sebagai seorang isteri, itu semua adalah tanggungjawabnya walaupun Harraz ada melarang. Namun bagi Aayra selagi kudratnya mampu, dia tetap akan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

“Abang." Panggil Aayra lembut. Pinggang suaminya dipeluk dari belakang.

“Eh, sayang dah siap? Lapar eh? Kejap ye abang panaskan semula mushroom soup ni untuk sayang. Nanti boleh makan dengan roti." Ujar Harraz yang tampak begitu lincah menyiapkan sarapan buat isteri kesayangannya.

“Tapi sayang tak lalu la abang. Tekak ni rasa tak sedap je." Ujar Aayra pula.

“Sayang.. Sayang kenalah makan sikit. Kesian dekat baby dalam perut ni. Dia perlukan zat tau untuk membesar. Kan doktor dah pesan hari tu? Makan sikit ok?" Pujuk Harraz lembut.

Aayra mengangguk perlahan. Ada benarnya kata - kata suaminya itu. Dia tidak boleh terlampau mementingkan dirinya sendiri. Kesihatan bayi dalam kandungannya lebih penting sekarang ini. Tanpa membuang masa, Aayra turut membantu suaminya di dapur. Walaupun ditegah, namun Aayra tetap berdegil untuk menolong suaminya. Suasana di ruang dapur tika ini kedengaran riuh rendah dengan gelak tawa mereka. Sesekali Harraz dilihat begitu galak menyakat Aayra.

****************************************

Pada petang itu, Aayra dan Harraz dikejutkan dengan kehadiran Ezmal ke rumah mereka. Sejak mereka berkahwin, inilah pertama kali mereka bersua muka kembali. Ezmal kelihatan sedikit kurus berbanding dahulu. Wajahnya juga kelihatan agak cengkung sehingga membuatkan Aayra hampir tidak mengenalinya. Bagi Aayra, Ezmal yang berdiri di hadapannya saat ini ternyata sudah jauh berbeza dengan Ezmal yang dikenalinya suatu ketika dahulu. Tidak semena - mena memori bersama lelaki itu suatu ketika dahulu kembali menerjah ke kotak fikirannya.

“Ezmal!!!" Suara Harraz berkumandang di ruang tamu rumah mereka.

Serta - merta lamunan Aayra terhenti. Wajah Harraz dan Ezmal dipandang lalu bibirnya turut mengukir senyuman. Langkah kakinya mula mendekati mereka lalu perlahan - lahan lengan suaminya diraih sebelum punggungnya dilabuhkan di atas sofa empuk itu. Pandangan Aayra dan Ezmal bersatu namun ianya hanya seketika cuma. Entah mengapa dia berasa agak kurang selesa untuk bertatapan dengan lelaki itu. Perasaan janggal begitu menguasai dirinya. Barangkali kerana mereka sudah lama tidak bertemu. Jadi keserasian itu sudah mula pudar ditelan dek zaman.

“Kau apa cerita sekarang? Lama betul kau bawak diri ke Rusia tu. Dah macam orang patah hati je aku tengok." Soal Harraz memulakan perbualan.

Ezmal tidak terus menjawab. Sebaliknya dia hanya tersenyum. Lama dia mendiamkan diri sebelum pandangan kembali terarah kepada Harraz.

“Aku macam ni la. Tak ada apa yang menarik sangat pun untuk dikongsikan. Busy je memanjang dengan keje tu. Mana ada masa nak have fun or enjoyed. Ni aku balik ni pun sebab aku dah rindu sangat dengan mummy and daddy. Alang - alang aku kat KL ni, itu yang aku datang melawat korang tu. By the way, tahniah!! Tak lama lagi dah jadi daddy lah kau kan?" Ucap Ezmal.

Harraz tersenyum bahagia lalu bahu Aayra dipaut penuh mesra. Tanpa segan silu dia mencium dahi Aayra dengan penuh romantis di hadapan Ezmal. Aayra menunduk malu. Wajahnya sudah kemerahan menahan malu. Wajah Ezmal langsung tidak berani ditatap.

“Amboi!! Kot ye pun nak beromantis bagai, tak payahla tunjuk depan aku. Jealous doh!!" Ujar Ezmal bersama senyuman sengetnya.

Harraz tertawa lucu. Aayra langsung bangun lalu meminta diri ke dapur. Dia sengaja memberi alasan untuk ke dapur bagi menyediakan minuman buat Harraz dan Ezmal. Walhal dia berasa malu saat disapa begitu oleh Ezmal.

“Itulah. Orang suruh kahwin, kau yang tak nak. Entah berapa lama lagilah la kau nak peram hubungan kau dengan Ramona tu. Kesian aku tengok dia tu doh." Balas Harraz.

Ezmal tersenyum sinis. Entah mengapa saat mendengarkan nama Ramona, hatinya terasa seakan bosan. Hampir seminggu dia berada di sini, Ezmal langsung tidak pergi menemui tunangnya itu. Malah dia langsung tidak memberitahu akan kepulangannya ke tanah air kepada Ramona. Bagi Ezmal, Ramona tidak lagi penting buatnya. Sebaliknya ada seseorang yang lebih penting di hatinya saat ini dan orang itu sudah pastilah Aayra. Rindunya terhadap Aayra terubat sebaik menatap wajah wanita itu sebentar tadi. Tanpa Ezmal sedari bibirnya menguntum senyum dalam diam.
Harraz yang menyedari akan senyuman itu pantas menegur.

“Lain macam je aku tengok senyuman tu. Ada apa - apa berita gembira untuk aku ke ni? Jangan - jangan kau balik KL ni sebab nak kahwin dengan Ramona tak?" Harraz mula menyerkap jarang.

Buntang mata Ezmal mendengar telahan Harraz. Mana mungkin dia menghwini Ramona dalam masa terdekat ini sedangkan hatinya belum bersedia untuk memperisterikan gadis itu. Sepantas kilat Ezmal menggeleng kepala tanda menafikan telahan Harraz.

“Jangan nak merepeklah, Raz. Aku tak ready lagilah nak kahwin. Banyak benda lagi yang aku perlu fikirkan selain dari kahwin tu." Balas Ezmal.

“Tapi sampai bila, Mal? Kau tak kesian ke tengok Ramona tu? Dah lama sangat dia tunggu kau tahu tak?" Kali ini nada Harraz sudah berbaur serius.

Sejujurnya telinganya sudah letih untuk mendengar luahan hati Puan Sri Elise. Setiap kali bertemu, pasti perkara yang sama sahaja yang dibincangkan oleh Puan Sri Elise. Tidak henti - henti ibu saudaranya mengadu akan hal ini. Puas juga dia memujuk Puan Sri Elise agar sabar menantikan keputusan Ezmal.

“Biar Allah yang tentukan semuanya, Raz. Lagipun aku tak rasa pun Ramona tu dah bersedia nak jadi isteri aku. Hidup asyik nak enjoyed je kejenya. Nanti - nanti kalau dah kahwin tanggungjawab entah ke mana, rumahtangga entah ke mana." Balas Ezmal dengan nada yang sama.

Kedua - dua wajah lelaki itu sudah bertukar tegang. Masing - masing seakan sedang menanggung beban yang sangat berat. Aayra yang baru muncul turut kelihatan pelik melihat reaksi masing - masing. Namun dia tidak berani untuk menyoalnya. Sebaik dia meletakkan dua gelas berisi jus oren ke atas meja, Aayra kembali melabuhkan punggung di sisi suaminya. Saat ini pandangan matanya bertembung dengan Ezmal. Lelaki itu mengukir senyuman kepadanya.

“Bila due Aayra?" Soal Ezmal membuka bicara. Raut wajahnya juga sudah kembali tenang.

“In Shaa Allah, bulan 4 ni kalau tak ada apa - apa masalah." Balas Aayra lembut.

"Congrats again!! I'm so happy for both of you. Tak sabar nak jumpa anak saudara I ni nanti. Mesti handsome macam uncle dia ni." Seloroh Ezmal sambil menunjukkan ke arah dirinya.

Aayra dan Harraz tertawa mendengar. Masing - masing mencemikkan wajah tanda tidak bersetuju. Ezmal turut tertawa melihat reaksi Aayra dan Harraz. Jelas terpancar kebahagiaan di wajah masing - masing. Namun jauh disudut hatinya, dia sedikit kecewa. Seharusnya dia yang merasai kegembiraan serta kebahagiaan itu bersama Aayra. Tapi apakan dayanya, semuanya sudah terlewat. Aayra bukan miliknya lagi. Kebahagiaan Aayra sudah tertulis untuk Harraz. Suka atau tidak, dia harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience