Bau ubatan mula menusuk ke hidung. Perlahan lahan aku membuka mata. Aku dapat melihat sesusuk tubuh yang amat aku kenali duduk di atas kerusi sambil membelakangi aku. Hamka.
"Rose kat mana?" Entah mengapa soalan bodoh itu yang keluar dari mulutku. Padahal aku sudah tahu bahawa aku berada di hospital ketika ini.
Dia yang mungkin terkejut kerana aku telah pun sedar segera berpaling sebelum beralih semula kepada posisi asal. "Hospital." Jawabnya sepatah. Kemudian, dia mengambil segelas air kosong di atas meja kecil bersebelahan dengan katilku dan menghulurkannya kepadaku.
Aku mencuba untuk bangun, tapi gagal kerana kepalaku terasa sakit. Seperti ada tangan yang mencengkam kuat di sekitar kepalaku. Hamka masih seperti tadi, langsung tidak memandangku sebaliknya hanya memandang kosong ke lantai yang dihiasi mozek.
Tak nak tolong aku untuk bangun ke?
"Kalau tak boleh bangun, jangan paksa." Ujarnya tanpa sebarang senyuman di bibir.
Aku yang berkecil hati dengan layanannya terhadapku menghentikan cubaan untuk bangun. Dia meminta diri untuk memanggil doktor. Aku hanya mengangguk perlahan, sudah tidak larat rasanya untuk menggerakkan sendi sendi di anggotaku ini.
Layanan Hamka kepadaku tadi terus dilupakan apabila seorang doktor lelaki dan dua orang jururawat datang untuk memeriksa tekanan darahku. Selesai pemeriksaan, doktor lelaki yang dikenali dengan nama Doktor Syafiq memberitahuku bahawa aku sudah boleh pulang ke rumah petang ini.
***
"Rose." Panggil Hamka lembut apabila kami sudah berada di dalam Mercedez Benz miliknya.
"Ya?" Sahutku lalu memandang ke arahnya. Ternyata dia turut memandang ke arah wajahku. Serta merta terasa darah menyerbu ke muka.
Dia memalingkan badannya ke arahku lalu berkata, "Hamka minta maaf sebab tadi tak tolong Rose bangun." Ujarnya sambil mata tidak lepas dari memandangku. "Hamka lelaki, kita bukan ajnabi. Jadi Hamka takde hak nak sentuh Rose."
Oh, jadi sebab itulah Hamka tak tolong aku tadi. Habistu kenapa Hamka tak pandang aku?
"Hamka tak pandang Rose tadi, sebab Rose tak pakai tudung." Hamka mengeluh perlahan. Kali ini dia sudah mengalihkan pandangannya ke depan, bersedia untuk memandu. "Hamka takde hak nak tengok aurat Rose."
Oh, jadi sebab tulah.
Aku mengangguk tanda faham selepas semua persoalanku terjawab. Dia tak ada hak.
"Hamka." Aku memandang wajahnya yang sedang kusyuk memandu. Wajahnya mempunyai iras Pak Mid, membuat semua jiwa yang melihatnya tenang.
"Ya Rose? Ada apa?" Katanya tanpa memandang ke arahku.
"Kenapa Hamka lepaskan Rose haritu?" Peristiwa malam itu kembali menerpa ke ingatan itu. Aku masih ingat, wajah itu. Wajah yang melepaskan aku. Tanpanya, aku tak tahu apa nasibku sekarang. Mungkin sudah meringkuk di dalam penjara.
"Entah. Hamka pun tak tahu kenapa." Dia menjawab tanpa sebarang reaksi di wajah.
Aku yakin, itu bukanlah jawapan yang sebenarnya. Jadi, aku memilih untuk mendiamkan diri. Mungkin belum masanya lagi untuk aku mengetahui jawapan kepada soalanku itu.
Setibanya di rumah, aku mencari kelibat Mak Mah. Habis satu rumah dijenguk Mak Mah dan juga Pak Mid. Tidak juga aku berjumpa dengan mereka. Takkan lah waktu macam ni mereka masih terperap dalam bilik. Hendak bertanya Hamka, dia sudah lama masuk ke biliknya yang berada di sebelah bilikku. Takut pula nak diganggu. Sudahnya aku mengambil keputusan untuk merehatkan diri memandangkan masih terasa sisa denyutan di kepala.
Aku hanya tersedar apabila pintu bilik diketuk. Dengan kepala yang masih berat, aku gagahkan diri untuk membuka pintu. Dikuak sedikit daun pintu untuk melihat gerangan yang mengetuknya.
Mak Mah rupanya. Aku melebarkan bukaan pintu.
"Rose dah makan?" Tanya Mak Mah. Keprihatinannya sedikit sebanyak mengubat rinduku pada ibu.
Ibu, adakah ibu baik baik saja di sana?
Aku hanya mengelengkan kepala untuk menjawab soalan Mak Mah. Selepas menyuruh aku bersiap siap untuk solat Maghrib berjemaah, Mak Mah turun ke biliknya yang terletak di tingkat bawah.
Aku mencapai tuala untuk mandi di bilik air yang terletak di sebelah bilikku. Baru saja hendak memulas tombol pintu bilik air, tombol itu dipulas dari dalam.
Hamka.
Dengan jelas aku dapat melihat bentuk badannya yang sasa dihiasi dengan six pack. Mataku tak berkelip melihat tubuhnya itu.
Syaitan mula menjentik nafsuku. Aku mengaku, aku ketagih dengan belaian dan sentuhan seorang lelaki. Mana mungkin kenikmatan itu dapat aku tinggalkan begitu saja. Iman yang masih setipis plastik Mydin mudah saja koyak, lebih lebih lagi apabila melihatkan hidangan di depan mata.
Dadaku turun naik dengan laju, seiring dengan laju degupan jantungku tika ini. Masa bagai terhenti buat seketika.
Aku yang hanya berkemban turut menarik perhatian Hamka. Dengan jelas aku dapat melihat dadanya yang tidak dibalut sebarang fabrik turun naik dengan laju. Kami bagaikan di dunia sendiri.
Hatiku meronta ronta inginkan sentuhan daripada Hamka.
Hamka, sentuhlah aku.
Belailah aku.
Aku merindui sentuhan dan belaian seorang adam, Hamka. Aku rindu.
Hamka bergerak setapak ke arahku. Dia yang agak tinggi membongkokkan badan lalu mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Dari jarak sedekat itu, aku dapat melihat dengan jelas wajahnya yang licin tanpa sebarang jerawat. Namun, terdapat parut kecil seperti kesan torehan di pipi sebelah kanannya.
Untuk seketika, aku bagaikan dibuai satu perasan indah. Ya, indah sekali. Hamka, dia begitu berbeza jika dibandingkan dengan lelaki lain. Langsung tidak sama seperti mana mana lelaki yang meniduri aku sebelum ini. Renungannya, percakapannya, semuanya mampu menggetarkan naluri kewanitaanku.
Dia semakin mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Bibirnya yang kemerahan tanda tidak menghisap rokok aku tenung. Entah mengapa, aku membuka sedikit mulutku untuk menyambut bibirnya.
Bibir kami hampir bertaut sehingga...
"Hamka, Hamka."
Panggilan Pak Mid memeranjatkan kami. Hamka segera menyahut panggilan Pak Mid.
"Turun cepat. Maghrib dah nak masuk. Ajak Rose sekali." Jerit Pak Mid dari bawah.
Dia memandang wajahku seketika sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas kuat. Marahkan dia padaku?
Aku mula menyumpah seranah pada diri sendiri. Bodoh kerana tidak dapat mengawal perasaan. Mungkin pelacur seperti aku selamanya akan menjadi pelacur.
Air mata mula menitis di pipi. Aku akan beredar dari sini. Aku sedar aku bukan siapa siapa di rumah ini, malah tiada ruangpun buatku di dalam rumah ini.
Aku tekad, aku akan pergi malam ini juga.
Terima kasih Pak Mid, kerana sudi mengambil Rose.
Terima kasih Mak Mah, kerana sudi jaga Rose.
Terima kasih Hamka, kerana sudi lepaskan Rose.
Dan,
Maafkan Rose, Hamka.
Share this novel