Bab 15

Romance Completed 21373

"Iris.." harkat dipanjangkan. Rayyan mengambil tempat duduk di sebelah Iris. Isterinya hanya diam sambil memandang lantai. Tidak dihiraukan lelaki disebelahnya.
"Awak tak payahlah ambil hati dengan apa yang diaorang cakap tadi."
"Awak dah kahwin dengan Nia ke?" tanpa disedari, dia telah melontarkan soalan itu kepada Rayyan. Terkedu Rayyan jadinya. "Mmm... mana ada! Saya tak pernah kahwin dengan dialah." ujar Rayyan tegas. Dia berkecil hati apabila ditanya soalan sebegitu.
Iris memandang wajah Rayyan. "Kalau awak nak kahwin dengan dia pun saya tak kesah." Lagi sekali hati Rayyan terguris dengan percakapan isterinya.
"Kenapa awak tak pernah memahami saya? Tak habis-habis fikir pasal Tania. Saya ni ada awak fikirkan?! Kenapa paksa saya untuk sukakan perempuan yang saya memang tak suka. Saya cintakan awak je. Itupun awak tak tahu ke?!" akhirnya Rayyan berjaya meluahkan rasa cintanya terhadap Iris tetapi dalam keadaan yang bukan dikehendakinya.

Lelaki itu terus keluar dari bilik tersebut. Niat mahu memujuk tetapi dia pula yang berkecil hati.

Iris terdiam mendengar luahan hati Rayyan. Arghh!! Sekarang ni dia pula dihimpit rasa bersalah. Memang betul kata Rayyan. Dia tidak pernah memikirkan lelaki itu. Yang dia tahu ialah dia tidak mahu melukai Tania tetapi perasaan suaminya yang sepatut dijaga pula yang tidak dihiraukan dan dilukai.
**********************
Namapaknya Rayyan memang melancarkan perang dingin terhadapnya. Sudah seminggu balik ke Malaysia tidak pula lelaki itu menghubunginya. Semasa di lapangan terbang juga suaminya itu dingin sahaja layanannya.
Nombor Hajah Laila dihubunginya.
"Assalamualaikum umi." kedengaran suara Hajah Laila menjawab salamnya. Mereka bertanya khabar masing-masing. Tiba-tiba satu soalan yang ditanyakan oleh Hajah Laila membuatnya terdiam seribu bahasa.
"Kamu dengan Rayyan tu ada masalah ke? Dia tu diam je umi tengok. Kamu ni tak elok buat suami macam tu. Ada masalah bincanb elok-elok." Hajah Laila menasihatkan anaknya.
"Dia ok ke umi?" risau pula Iris jadinya. "Entahlah. Nampak pucat je muka dia. Lepastu senyap je. Semua tengah risaukan dia ni. Kamu balik ya?" Makin tak tentu arahlah jadinya Iris apabila mendengar khabar Rayyan.
"Eerr.. nanti Dya book tiket. Suruh dia makan ubat tau umi. Jangan banyak sangat buat kerja. Assalamualaikum." Iris terus menekan end call lalu melayari laman sesawang untuk menempajph tiket. Risau betul dia dengan Rayyan.
"Waalaikumsalam." Hajah Laila di Malaysia tersengih. Rayyan disebelah ketawa. 'Sayang juga awak kat saya ya Iris?'
"Plan kita berjaya. Hi 5 umi." Dia menepuk tangan uminya. Seronok Hajah Laila melayan kerenah menantunya sekarang. Takdelah serius je seperti dulu.
Sebenarnya Rayyan tak sakit pun. Ini adalah salah satu cara untuk memujuk Iris balik bercuti panjang. Sudah lama isterinya itu tidak balik ke Malaysia. Nampaknya dia kena memikirkan plan seterusnya.
*********************
Iris mengemas barang-barang yang diperlukan dan masukkan ke dalam beg. Baju Izhan dan keperluan Izhan juga dibawa bersama. Rasa bersalah bertimpa-timpa selagi tidak menemui Rayyan.
"Wei, Naila. Aku dengan Iz nak balik Malaysia ni. Husband aku tu time ni nak sakit pula. Kau ok kan duduk sorang? Kalau tak, kau jemputlah kawan-kawan teman ke apa. Ea?" Iris bercakap tetapi tangan dan matanya tertumpu pada barang yang mahu dikemasnya.
"Aku ok je. Macamlah aku ni budak darjah 2 sampai kau nak risau sangat. Don't worrylah." Naila juga membantu Iris memasukkan barang Izhan ke dalam beg Spongebob nya. Bukan banyak sangat pun. Kalau tak cukup boleh beli.
"Bila kau gerak balik?"
"Flight aku pukul 3 petang esok. Kalau sir tanya aku mana kau cakaplah laki aku sakit so kena balik." sempat lagi wanita itu menitipkan pesanan ringkas kepada rakannya. Sepatutnya dia perlu menyiapkan beberapa projek sebagau sukarelawan. Tapi dah ada kes macam ni tak boleh dielakkan.
"Yela.. careful nanti."
"Yep, boss"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience