BAB 2

Humor Completed 16697

Skirt crochet warna cream paras lutut itu disarungnya. Baju pink di-tuck in. Stilleto pink-suede 3 inci itu dijinjit. Beg laptop disangkut pada bahu sebelah kanan, handbag pada bahu sebelah kiri. Scrunchie rambut warna pink juga dililit pada pergelangan tangan. Aih Syiqin, barbie girl ke hari ni? Pink je semuanya.

Asyiqin turun dari tangga. Semua dah ada dekat meja nak makan, breakfast.

“Morning Ammi, Daddy. Lia, passkan gardenia tu.”

Asyiqin duduk di kerusi di sebelah Amalia. Daddynya sudah memandang anak dara dia yang ni, gardenia jugak yang dia nak. Ammi dia dah siapkan capati dia tak mahu pulak.

“Syiqin, Ammi dah buat capati tu, makan. Dhal pun ada, yogurt pun ada.Penat Ammi kamu bangkit pagi masak.”

Itu dia, Mr Yusuff dah sound. Ish, doktor ni sorang, sama je dengan Ammi. Sesuai sangat kahwin, sama padan. Membebel je kerja.

“Entah penji (akak), Ammi woke up at 5 you know, uli tepung atta, penji selalu macam tu.”

Asyiqin menarik muka. Amalia ni pun, kecik-kecik pun nak ambil port. Jentik telinga karang. Memang anak manja Ammi dia ni, selalu je buat macam tu kat penji dia ni.

“Ala, itu Adam makan gardenia tu tak ada nak komen pulak. Asyik Syiqin je kena. Memang anak lelaki tak akan kena. Korang ni gender biased tau.”

Asyiqin ujar geram. Adam, adik lelaki dia tu pula buat muka selamba, memang Ammi adore engkau, tapi kau jangan ingat kau tu raja kat rumah ni okeh.

“Penji jealous dengan paijan(abang) Adam eh. Ammi kan sayang kita semua sama rata, kan daddy?”

Amalia ni, ada je dia nak tambah. Mak nenek betul. Memang Ammi kena kahwinkan dia cepat-cepat, baru cepat berambus dari rumah ni. Hah. Aman dunia Asyiqin nanti.

“Betul tu Lia, Ammi sayang sama rata. Kan sayang?”

Daddy dah mula buat romantik dia. Ammi yang tengah sibuk buat capati atas dapur tu angkat bahu saja. Selalu macam ni time breakfast, adegan sakat menyakat. Gurau biasa-biasa je, even Asyiqin pun tak maksudkan apa dia cakap tadi. Budak baik, takkan nak prejudis sebegitu sekali.

“Anak Ammi semua Ammi sayang. Suami pun saya sayang. Syiqin, Ammi tapaukan capati okay? Dah lewat dah kan?”

See, Asyiqin makan gardenia nak alas perut. Dah lewat dah ni, nanti jalan jammed. Ammi dia ni kalau bab makan memang understanding, tapau lagi senang. Pukul 12 nanti makanlah.

“A’ah, almost lewat dah ni. Ammi memang understanding.”

Ammi Asyiqin buat tak layan saja, dah tak layan pujian kut.

“Nak Ammi lagi understanding, bawa balik menantu sorang.”

Kata Ammi sambil meletakkan paperbag yang berisi tupperware capati itu ke hadapan Asyiqin. Asyiqin pula buat muka. Lagi sekali, dia tak sanggup masuk perihal kahwin ni. Not yet ready.

“Kalau Syiqin bawa menantu, Ammi dah tak boleh manja dengan Syiqin tau.”

Asyiqin mencari helah. Kena divert Ammi jauh-jauh dari topik kahwin, tengok daddy dia, cool je dia kahwin ke tak, Ammi je duduk paksa-paksa. Tak best la macam ni.

“Ammi dah ada daddy nak manja tau.”

Eish Ammi ni, menjawab je kerja. Tak sah kalau tak jawab apa yang Asyiqin cakap. Baik kau blah Syiqin, pergi kerja cepat-cepat. Escape from here.

“Malas. Okay Ammi. I have work to catch-up with.”

Asyiqin pun bangkit dari duduknya. Mata Ammi sudah terbuntang. Tengok skirt Asyiqin lah tu.

“Aih margayi me! Mati Ammi ni, Syiqin, ni bukan crochet yang Ammi jahit skirt labuh tu ke? Kenapa tinggal separuh saja ni? Baki dia mana? Seksi sangat tu, kamu ingat cantik sangat tunjuk lutut tu? Daddy, tengok anak kita ni.”

Asyiqin dah agak dah, Ammi dia ni mesti saja ada masalah dengan apa yang dipakainya. Tak pernah betul apa yang Syiqin pakai ni. Memang betul, ni crochet yang Ammi jahit jadikan skirt labuh, tapi, skirt tu kaki dia dah kena paku kat mana entah, dah terkoyak, so Asyiqin potonglah, jadikan skirt paras lutut. Tak salah kan? Tak membazir. Re-use apa.

“Bawah dia kena paku, Ammi. Dah koyak, Syiqin suka kain dia, so Syiqin modify la sikit-sikit. Okay, pergi dulu.”

Asyiqin berkata selamba sambil mencium pipi Amminya. Daddy dia pun tak kisah dia nak pakai apa, Ammi je selalu over. Bukan kena paku pun,tapi rimaslah, panjang sangat skirt tu.

“Haih, cubalah pakai baju kurung ke, punjabi suit ke pergi kerja tu, sopan sikit. Ini tak, skirt je yang dia pakai, kalau tak skinny jeans tu. Kamu ingat kamu kurus keding ke Syiqin, macam papan? Kamu suka sangat tayang aset dekat jantan ye.”

Itu dia, ustazah dah mula dah. Memang Asyiqin ni agak voluptuous, tak keding macam orang lain, lepas tu pakai pulak macam tu memang saja tayang free lah kan? Kesian dekat makhluk Tuhan yang berkaum Adam ye, tergugat sekejap.

“Ammi, mana tak tumpah kuah kalau bukan ke nasi? Ammi dulupun masa jumpa Daddy pakai sari kan?Kan? Ingat Syiqin tak tahu? Sari tu lagi seksi tau dari skirt ni.”

Asyiqin menjawab malas. Ammi dia sudah bercekak pinggang. Aduhai, dia pergi ungkit pula zaman tak cukup ilmu agama dulu-dulu.

“Daddy, tengok anak dara ni. Menjawab je mulut, eh Syiqin, mere bhaat yadh rakhna, ingat Ammi pesan ni, itu zaman dulu-dulu, baru lepas kena jajah, mentaliti pun masih 50-50, tapi sekarang ni dah merdeka, tak payah nak ikut sangat fesyen trend sekarang ni, banyak mengarut je.”

Ammi mula balik. Asyiqin dah pandang jam di tangannya, hadoila, lewat dah lepas ni. Ammi, Ammi.

“Save it Ammi dearest, pause dulu, petang karang sambung balik yeah? Love you, bye!”

Asyiqin cepat-cepat melarikan dirinya. Tapikan, Ammi cakap tu ada betulnya, bilalah kau nak mula pakai sopan-sopan Syiqin oi? Tutup aurat, pakai tudung. Muka tu dah cantik, pakai tudung lagi cantik.

Ammi dia sudah menghentakkan kaki ke lantai. Inilah masalah budak ni, aku kahwinkan jugak dengan typical Pakistani family, baru kau tahu nak pakai punjabi suit siang malam.

“Abang rasalah, you biarkan saja si Syiqin tu. Biar bakal suami dia tegur sendiri nanti.”

Daddy akhirnya bersuara setelah Asyiqin berlalu pergi. Ammi pula sudah pandang pelik dekat suami dia tu. Masih handsome tau, biarlah bukan Pakistani pun, tapi hidung laki dia ni mancung. Dahlah putih melepak, keturunan Bugis kut. Dia pun tak pernah ambil tahu, kahwin pun menentang pilihan keluarga, memang betul kata Syiqin, memang Syiqin ikut perangai dia dulu-dulu. Degil.

“Apa abang cakap ni?”

Ammi duduk kembali di sisi Daddy. Amalia dengan Adam pula sudah licin membedal capati di dalam pinggan masing-masing. Kenyang dah lah tu. Setelah itu mereka berdua bangkit dan meninggalkan Ammi dengan Daddy sahaja di meja itu.

“Reen ingat abang saja-saja suruh Syiqin kerja dengan magazine tu? I have plans la dear. Shahran and Vanidah, that’s their company. Mereka yang rekomen Syiqin dulu.”

Ammi masih blurr. Apalah Mr Yusuff dia ni nak sampaikan?

“Reen tahulah semua tu, tapi apa kena mengenanya dengan semua ni?”

Encik Yusuff sabar jelah. Tak habis lagi explain ni, dah sampuk bini tercinta ni.

“Shahran and Vanidah berkenan dengan Asyiqin. Nak buat menantu. Tapi diam-diam dulu. Ini kita sahaja yang tahu, even anak teruna mereka pun dah tahu tau. Dia dah tengok gambar Asyiqin tu. Masalahnya Reen, abang doubt sangat yang Asyiqin tu suka dekat lelaki ada Pakistani blood ni.”

Ammi kalau boleh nak gigit kuku. Memang awal-awal kena reject macam ni. Tapikan, tadi dia dah tunjuk gambar lelaki tu dekat Syiqin, tak nampak pula macam Syiqin tak minat. Syiqin just cakap ‘eh taklah Ammi’.

“Actually, Reen dah tunjuk gambar Shahid dekat Syiqin tadi. Tapi dia cakap tak.”

Aish. Complicated betul. Shahid tu bukan main baik punya budak, highly-educated, handsome, semua Syiqin tolak. Cari bangla satu baru tau. Bangla pun ada yang handsome tau. Jangan main.

“Alah, itu baru tengok gambar, hari ni, Shahid masuk kerja tempat Syiqin, abang harap sangat mereka berdua ni jumpa tau. Manalah tahu, tengok real-life si Syiqin ni boleh terpaut.”

Encik Yusuff berkata dengan penuh harapan. Siapa yang tak mahu tengok anak sendiri kahwin. Tambahan pula, lelaki tu dari keluarga yang baik-baik. Bonus point tu tau.

“Kita doakan saja Abang.”

Ammi pun berkata dengan penuh pasrah. Asyiqin, janganlah duk reject choice Ammi kali ni, almost perfect dah tu tau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience