VS24

Drama Completed 85759

Hujung 'Handle' enjin Yamaha 'Enduro 40' terus dipulas laju. Sampan kayu sepanjang 12 kaki dengan lebar 4 kaki dipandu oleh Daim membelah sungai hingga masuk ke laut.

Bola mata menari-nari melihat pulau disekeliling untuk mencari jejak Eva.

Sesekali wajah memandang keatas. Langit makin gelap, bila-bila masa sahaja hujan akan turun.

Daim tak punya banyak masa lagi, dia perlu mencari Eva dengan kadar segera.

Gengaman tangan kirinya terus kuat pada 'Handle' enjin yang melekat di sampan itu. Sesekali, 'Handle' dipusing ke kiri dan ke kanan dengan perlahan untuk mengarah perjalanan sampan.

Pulau-pulau kecil disekitar dipusing namun masih tiada arah pertunjuk tentang keberadaan diri Eva.

Daim terus memandu jauh meninggalkan Tembeling River kira-kira enam batu nautika dari sungai atau 10 kilometer jaraknya.
Sebuah pulau yang agak besar di hadapan dipandang tajam.
Seperti tiada berpenghuni kerana dikellilingi oleh hutan belantara yang tebal.

Daim tak tahu apa nama pulau tersebut. Namun gerak hatinya menyuruh beliau kesana.

'Handle' enjin ditolak kekiri sedikit menyebabkan sampan sedikit senget untuk memusing pulau. Sementara tangan terus memulas laju membenarkan sampan bergerak dengan lebih pantas.

Dari jauh kelihatan sebuah sampai yang dilabuhkan kepersisir pantai tanpa sebarang bayang manusia.
Keraguan mula menjengah
Pulau tersebut dipenuhi pokok besar yang menghijau dan tiada tanda boleh dijadikan kawasan berumah mahukan sekadar untuk berkelah.

Sampan yang kelihatan juga adalah sampan yang biasa digunakan nelayan untuk menangkap ikan.

Hati Daim makin tak keruan.
Pulasan pada 'Handle' di perlahankan. Dia tekad untuk menyiasat.

Semakin hampir dirinya ke persisir semakin jelas sampan itu diperhati.

Ketika Daim melabuhkan sampannya disebelah. Suis enjin dimatikan. Lantas kaki menurun pada gigi air dan mendekati sampan yang terbiar itu.

Sebuah tas tangan berwarna merah masih berada didalam sampan.
Daim makin karget. Dia sedar, tas tangan itu adalah milik Zizie. Tapi mana pondan tu pergi?

Jika dia hilang, Eva pasti ekor sekali.
Mata tajam terus menghadap hutan tebal dihadapan.
Kaki menyusur gigi air dan naik ke pasir pantai yang masih memutih.

Telefon bimbit didalam poket seluar diambil, nombor Eva didial. Namun seperti tadi , telefon wanita itu dimatikan.
Sekali lagi jari Daim meleret ke skrin untuk mendail nombor Eva sebelum membawa telefon ke telinganya.

Bangg!!

Bahu Daim terangkat saat diri terkejut mendengar bunyi seakan tembakan. Telefon bimbit yang dipegangkan terjatuh di atas pasir.

"Arrrghhh!"

Kali ni telinga Daim dapat menangkap jeritan wanita seperti suara Eva.

Oh No!
"Evaaaa!!!!"
Kerongkong Daim membesar meluah nama isteri, lantas kaki pantas menyusur semak memasuki hutan dihadapan.

Jantung berlari pantas lebih pantas dari derap kaki Daim yang menyusup masuk tanpa mengira tubuh menghentam dahan-dahan pokok yang melintang perjalananya
Usahanya hanya satu, iaitu menyelamatkan Eva. Dia pasti suara jeritan tadi adalah dari isterinya.

"Evaaa!" Sekali lagi Daim menjerit kuat. Mata melilau sekeliling.

"Daimmmm!!!"

Langkah Daim mati saat namanya dilaungkan. Betul sangkaanya, suara jeritan tadi adalah dari Eva Natasha.

Bannngg!!!

Sekali lagi bunyi tembakan kuat menerjah alur telinga Daim. Wajah dipusing, bunyi tembakan itu dari arah kirinya.

Segera Daim mengatur langkah menuruti bunyi tersebut. Semakin kakinya menghampiri, semakin telinga menangkap suara desah Eva.

Dan akhirnya langkah Daim mati ketika melihat susuk tubuh lelaki yang tidak bergerak lagi, terbaring dilantai tanah dengan berlumuran darah merah dan pekat.

Ketika wajahnya diangkat, 30 meter dihadapan terpandang susuk Eva yang berteluku diatas tanah sambil kedua tanganya terikat dan dihadapan wanita itu terpacak tubuh Zizie berdiri sambil mengacukan Glock 17 kearah isterinya.

Lutut Daim hampir longlai.
Wajah diraup sekali.
"Apa kau dah buat ni Zizie?!"

Daim pasti lelaki yang terbaring berdekatan kakinya sudah mati ditembak oleh senjata yang berada ditangan Zizie.

"Im..."

Wajah Daim dikalih pada bola mata sayu milik Eva. Suara mendayu wanita itu benar-benar meruntunkan hatinya.

"Ha ha ha! jumpa juga kau dengan Eva ye? Bagus lah, boleh aku tanam mayat korang sekali kat sini."

Tawa Zizie makin merangkul amarah pada jiwa Daim
"Lepaskan Eva. Zizie."

"No! hari ni aku akan membuat perhitungan antara korang berdua! dah lama aku tunggu saat ni! Ha ha ha!"
Suara lelaki yang tidak lagi dikepit oleh Zizie, bergema memecah sunyi hutan.

"Zizie, kau nak apa sebenarnya? Turunkan pistol kau, kita bawak berbincang."
Daim mengendurkan suara untuk memujuk. Sesekali bola mata melirik kearah Eva yang terus tunduk menahan takut.

"Orang macam kau boleh bawa berbincang ke Daim? 10 tahun lalu, aku pernah merayu mintak berbincang dengan kau. Ada kau pandang aku?"

Serentak mata Eva dan Daim memandang kearah Zizie.

"Apa maksud kau Zizie?"
Eva bersuara walaupun ayat yang keluar dari bibirnya agak lemah.
Dia dan Zizie sepatutnya pulang ke chalet apabila Zizie mengadu sakit dan pening. Mereka berdua menaiki sampan seorang lelaki yang menyatakan dirinya adalah penduduk disekitar ini.

Sepuluh minit perjalanan, Eva perasan arah sampan yang mereka naiki tidak membawa ke hulu Sungai Tembeling malahan makin jauh ke laut.

Ketika Eva bersuara menyatakan tindakan salah pemandu itu kepada Zizie, terus pondan itu tergelak besar.
Maka tahu lah dia kini Zizie berkomplot dengan pemandu sampan itu untuk menculik Eva jauh ke sebuah pulau kecil.

Takutnya hanya tuhan yang tahu. Lebih-lebih lagi bila Zizie dengan beraninya menembak mati pemandu lelaki tersebut apabila mereka bergaduh tentang perkara yang Eva sendiri tak pasti.

Tembakan Zizie tepat mengenai dada pemandu sampan sehingga lelaki itu mati serta merta.

Tubuh Eva terus mengigil sedangkan Zizie ketawa terbahak-bahak melihat mayat pemandu itu mengelupur sebelum menghembuskan nafas.

Mata Eva terus menatap sayu kepada Zizie. Watak pondan itu benar-benar mengelirukan Eva.
Zizie saat ni bukan Zizie yang lembut seperti dulu.

Zizie menjeling tajam kearah Daim. Dendamnya pada lelaki itu masih hangat membara walau sudah sepuluh tahun ia berlalu.
"Kau lupa siapa aku Daim Akli?"

Kening Daim bercantum mencari makna ayat Zizie.

Sekali lagi Zizie sembur tawa sebelum meneruskan kata-katanya.
"Aku Zamari satu-satu anak kepada pak cik Zain, lelaki yang kau tuduh melanggar Danish sehingga mati!"

Lutut Daim kembali longlai, badanya hampir jatuh namun tapak tangan cepat menekan tanah menyeka badan dari terjatuh.
Perlahan tubuh didirikan semula sebelum kembali memandang susuk Zizie.

Tangan kiri Zizie menyebak rambut lurusnya kebelakang kepala, renungan tajam diberi kepada Daim.
"Kau boleh lupa pada aku, sedangkan aku tak pernah lupakan kau Daim, kau penyebab bapak aku dipenjara, kau juga yang sebabkan bapak aku mati."

"Zizie aku rasa kau salah sangka kat aku. aku tak kenal kau."
Kaki Daim cuba selangkah kedepan.

"Back off Daim Akli! Atau aku pecahkan kepala Eva!"
Zizie semakin menegakan lengan mengacu hujung Glock 17 pada kepala Eva.

Eva memaling muka, mata dipejam erat, nyawanya kini dihujung senjata milik Zizie.

Pantas kaki Daim kebelakang semula.
"Aku minta maaf Zizie, tolong jangan apa-apa kan Eva. Kalau kau dendam dengan aku. Kau boleh lakukan apa sahaja pada aku. Tapi aku mintak tolong kau lepaskan Eva, dia tak bersalah."

"Tak bersalah kau kata?! Sebab kau ngan Danish berebutkan betina ni sampai bapak aku jadi mangsa faham tak!!"

Daim mati kata, nampaknya Zizie tahu segala yang pada dia dan Danish.

"10 tahun lalu, kau lupa ke bila seorang budak lelaki berumur 12 tahun datang kat kau dan merayu-rayu mintak gugurkan tuduhan pada bapak dia sebab melanggar Danish sehingga mati. Sedangkan member kau tu mabuk dan sengaja nak menempah maut. Masa kejadian tu takde saksi lain selain kau, tapi kau sikit pun tak hiraukan aku, kau bagi tahu pada polis yang bapak aku melanggar Danish."

Dada Zizie berombak kencang! Segala kenangan sedih 10 tahun lalu terus menjadi dendam kesumat dalam dirinya.
Daim, Eva Danish. Tiga-tiga manusia itu adalah sejarah hitam dalam hidupnya!

"Kau silap Zizie, aku cerita perkara yang sebenar pada polis. Aku tak tuduh bapak kau, polis pun tahu Danish dalam keadaan mabuk malam tu. Dan masa polis siasat, dia nampak tayar lori pikap bapak kau terseret jauh waktu brek sebab bapak kau pun bawa laju masa tu. Bapak kau sendiri mengaku kat polis pemanduan dia malam tu melebihi had laju yang ditetapkan."

"Sebab bapak aku kejar masa nak ambik aku kat sekolah! kau faham tak!!! "

Daim bungkam, mata terus menyorot keadaan Zizie yang makin turun naik dadanya menahan marah.

"Kau langsung tak endah kan rayuan aku Daim. Kau tahu tak bapak aku ada kanser masa dipenjarakan. Sepatutnya dia menjalani kimoterapi tapi tak sempat hingga keadaan dia makin teruk. Masa dibicara, bapak aku dikenakan hukuman 15 tahun penjara kerana melanggar hingga membawa kematian. Tiga bulan bapak aku merana dalam penjara sampai dia tertekan dan mengantungkan diri tanpa sesiapa pun sempat selamatkanya. Aku tak sempat pun jumpa bapak aku, masa bapak aku mati pun semua urusan pengebumian diuruskan oleh pihak penjara. Sedar-sedar bapak aku dah dikuburkan. Kau rasa tak macam mana perasaan aku masa tu Daim?!"

Suara Zizie terus bergema kasar seiring guruh yang mula berdentum dilangit.

Eva semakin takut, badan makin mengigil kuat.

"Aku mintak maaf Zizie, aku tak tahu."

"Kau tak tahu atau kau taknak ambik tahu langsung Daim? Sebab kau sibuk kejar bahagia dengan Eva!"
Zizie menjeling sekilas kepada Daim di sebelah kanannya.

"Kau tahu tak Im. Aku takde sesiapa selain bapak aku. Masa bapak aku dalam penjara lagi, jabatan kebajikan ambik aku untuk tinggal kat rumah anak yatim, mulanya memang aku taknak. Tapi bila aku jumpa Akilah, aku nekad untuk stay."

Makin bulat mata Daim mendengar kenyataan Zizie

Zizie pula terus menghembur gelak melihat aksi Daim.
"Kenapa? kau terkejut bila dengar aku kenal Akilah? Hurgh! Dendam aku sama je bila aku pandang muka Akilah, dalam hati memang nak tikam je adik Danish tu, tapi aku rasa aku masih boleh mempergunakan Akilah, memandangkan dia masih kecik. Aku pujuk Akilah dan dari Akilah aku tahu semua cerita korang, dan aku juga yang tanamkan dalam diri Akilah untuk terus membenci kau Daim"

"Zizie! Daim tak salah! Daim pun tertekan dengan semua ni. Kau tak sepatutnya terus berdendam dengan dia, cara kau salah Zizie!"

"You shut up Eva!"
Mata Zizie merona memandang Eva.
"Kau pun betina murahan tahu tak Eva! Aku dah sedia elok jodoh kau dengan Lukas supaya kau boleh menjauhi Daim. Tapi kau gatal jugak nak teruskan hubungan dengan jantan tak guna ni!"
Makin dekat hujung Glock 17 diacu kepada dahi Eva.

Halkum Daim terus bergerak pantas, bola matanya turun kebawah dan menangkap sebilah pisau rambo yang berada dalam gengaman pemandu sampan yang telah kaku itu.
Perlahan tubuhnya ditundukkan sedikit dan mencapai pisau tersebut.

"Zizie, jodoh aku memang dengan Daim. Kau takde hak nak halang perasaan aku. Walau aku tak tahu sangat kisah kematian Danish, tapi aku pasti Daim tak bersalah. Tolong lah Zizie, lepas kan kami."
Pipi Eva dah basah dengan air mata. Dia amat takut, namun dalam masa yang sama dia ingin betulkan sangkaan buruk Zizie selama ni.

Kerana pandangan Zizie terarah pada Eva, Daim mula mengatur langkah perlahan menghampiri dua susuk dihadapanya.

"Sebelum kejadian tu, Aku pun tak kenal korang bertiga. Tapi sebab korang lah, hidup aku jadi merana! dan sebab dendam aku pada kau dan Daim, aku sanggup ubah fizikal aku semata-mata untuk mengaburi mata korang! Bukan aku tak sakit hati bila orang hina pondan macam aku! Tapi orang takkan faham apa yang aku dah lalui!"

Berkali-kali kepala Zizie digeleng mengenangkan segala yang berlaku pada dirinya.
Dia yang masih tak sedar akan kehadiran Daim, terus menatap tajam kepada Eva.
"Hidup aku merana selama 10 tahun, kau ingat senang-senang aku nak maafkan korang berdua, hah?!"

Pakk!
Arggh! Bang!!
Zizie menjerit sebelum tembakannya dilepaskan keudara!
Lantas Glock 17 ditanganya terlepas dan jatuh menimpa kakinya.

Pisau rambo berukuran 20 inci panjang sudah terbenam dalam pada lengan kanan Zizie.

Semua itu perbuatan Daim.

Pantas wajah Zizie dikalih kearah Daim yang berdiri disebelahnya.

"What are doing. Stupid Bloody shit!"
Suara garau Zizie bergema tinggi, bola mata dah merah menikam seluruh wajah Daim.

"Kau yang sengaja nak main api dengan aku Zizie!"
Seraya melempias amarah yang disimpannya sejak tadi.
Bukk!
Daim mengangkat buku limanya dan menumbuk kuat sisi dahi Zizie sehingga pondan itu rebah ke tanah.

Serta merta Eva bangun dan berlari ke belakang Daim. Ikatan pada kedua tangannya dihurai dengan pantas dengan giginya.

Daim tak puas, kaki kanan ditarik kebelakang sebelum melayang kuat mengenai pinggang Zizie.

Pondan itu menjerit kesakitan saat merasakan seakan organ dibahagian abdomennya bergegar kuat akibat sepakan dari Daim.

Bukk!
Kali kedua kaki Daim hinggap di pinggang Zizie menyebabkan baringan pondan itu sedikit teralih.
"Aku paling benci orang yang gunakan kekerasan pada Eva!"

Zizie mendongak wajah memandang mata bulat Daim seraya menyembur tawa, jari kiri sempat menyeka darah yang mengalir dari sisi bibirnya.
"Kau bukan setakat menghalang sesuatu terjadi pada Eva, tapi kau jugak menghalang orang yang ikhlas cintakan Eva sampai kau sanggup bunuh kawan baik kau sendiri."

"Aku tak bunuh Danish lah sial!!!
Penumbuk Daim diangkat tinggi melepasi kepalanya.

Eva yang melihat aksi Daim, laju meraih pinggang suaminya dari belakang bagi menghalang tindakan lelaki itu.

Badan Daim mengelupur mintak dilepaskan apabila pelukan Eva makin kuat. Kalau boleh dia nak bunuh Zizie sekarang jugak!

"Enough Im! kita keluar dari sini!"
Eva mengemaskan lilitan tangannya pada pinggang Daim, dia tak mahu lelaki itu menggunakan kekerasan. Kerana dengan kekuatan yang Daim ada, dia boleh membunuh Zizie dengan kejamnya.

"Im... please..."
Eva terus merayu.

Dada Daim turun naik mencari nafas supaya sekata, agar amarahnya dapat dikurangkan. Kalau bukan kerana halangan dari Eva, memang pecah dah muka plastik pondan tu dikerjakan!
Tapak tangan meraup muka sebelum tubuh dipusing menghadap Eva.
Kedua bahu wanita itu digengam.
"Kita keluar dari sini"

Eva mengangguk.

Lengan isterinya dicapai erat oleh Daim sebelum membawa wanita itu pergi.

Bibir Zizie makin merengus menahan sakit akibat tikaman. Pandangan dihala kepada Eva dan Daim yang dah beberapa langkah menjauhinya.
"Sial kau!!!"
Dengan kuat, tangan Zizie menarik keluar pisau rambo yang masih terbenam pada kulit dan isinya hingga mulut menjerit kuat menahan perit!.

Zizie tak mahu berputus asa, dendam harus dibalas!
Glock 17 warna hitam diambil dari tanah dengan tangan kirinya dan.

Bang!
Peluru dilepaskan kearah Daim. Namun tidak mengena, mungkin kerana dia meggunakan tangan kiri menyebabkan pengangan sedikit kekok.
"Shit!"

Seraya mendengar tembakan dilepaskan, Daim tak tunggu lagi. Lengan Eva terus diraih melewati hutan mencari jalan keluar.

Mereka harus segera menjauhi Zizie. Pondan itu bukan sebarangan. Kalau dia berani tembak pemandu sampan tadi, tak mustahil Daim dan Eva akan menjadi mangsa seterusnya.

Bangg!!

Sekali lagi terdengar bunyi peluru ditembak keudara.

Bahu Eva tersentak, segera kedua matanya ditutup, dan membawa pergelangan tangan ke wajah. Dia benar-benar ketakutan.

Daim menoleh saat terasa Eva memberhentikan langkahnya. Tubuh isterinya dipandang sayu.
"Eva! kita kena keluar dari sini, Zizie bahaya. Dia ada gun, bila-bila masa je kita akan tertembak."

Kedua mata Eva dibuka, pandangan Daim dititip mencari kekuatan.

Daim faham.
Kedua bahu Eva dirangkul dan kembali menarik wanita itu untuk segera melangkah keluar. Segala dahan yang melintang perjalanan, dilanggar Daim tanpa menghiraukan kesakitan pada dirinya. Apa yang penting, dia perlu selamatkan Eva.

Bunyi dentuman guruh makin kuat dan kerap. Awan terus berarak hitam.

Sekali lagi terdengar bunyi tembakan dilepaskan keudara sambil suara Zizie menjerit-jerit memanggil nama Eva dan Daim.

Kedua pasangan itu tetap meneruskan langkah, hingga tiba di pesisir pantai.

Daim merampas lengan Eva dan membawa wanita itu mengharung air menuju ke sampan yang digunakannya sebentar tadi.

"Daimmm!!!"

Sewaktu Daim menolak tubuh Eva memasuki sampan. Wajah menoleh susuk Zizie yang sudah berdiri di persisir pasir.

Jeritan pondan itu turut membuat Eva merasa gerun.
Zizie tak ubah seperti Raksasa, segala sifat lembut nyah itu hilang serta merta.

Daim tak hirau jeritan Zizie. Setelah pasti, tubuh Eva masuk kedalam sampan, Diam turut memaut tepi sampan dan memanjat masuk kedalam.

Bang!
Zizie terus melepaskan tembakan sebarang.

"Eva tunduk!"
Daim mengarahkan Eva seraya tangan kanannya menarik tali enjin untuk menghidupkannya.
Sesaat selepas dihidupkan, 'Handle' enjin dipusing kekanan menyebabkan muka sampan berbentuk V menghala ke laut, lantas hujungnya dipulas dan dengan laju sampan belayar jauh meninggalkan Zizie yang masih terpekik-terlolong memanggil nama Daim.

Bunyi tembakan masih terus kedengaran.

Saat sampai ketengah laut, Daim melepas keluh.
Tubuh Eva yang masih tunduk dihadapannya dipandang, tangan kanan terus memusing hujung 'Handle.'
"Kau okay Eva?"

Perlahan Eva mengangguk kepala, namun wajah masih ditunduk. Renik peluh sudah mula membasahi pipinya. Dahi dikerut.

Mata Daim memandang pulau kecil yang ditinggalkannya tadi. Dia pasti Zizie takkan dapat mengejarnya lagi.
Namun Daim tetap melajukan enjin sampannya supaya dapat membawa dia dan Eva ke tempat yang benar-benar selamat.

Rintih hujan mula jatuh mengenai wajah Daim, segera matanya memandang langit. Awan gelap perlahan bergerak, Daim pasti hujan akan turun lebat sebentar lagi.
Dan dia harus cepat untuk sampai kedarat.

Laut luas diperhati, Daim tak pasti mana arah tujunya sekarang ini. Tanah darat terus dicari, namun dia masih tak tahu kedudukan sampannya berada kini.

Mata sekali lagi melirik kepada Eva, wanita itu masih tunduk.
"Eva kau okay?"

Eva telan liur.
Wajah diangkat tangan kiri masih memegang lengan kanan.

Daim terus memerhati, saat matanya melabuh pada lengan kanan Eva, kelopak dibesar. Darah merah yang mengalir diperhati. Terus Adrenalinnya meningkat kembali.
"Kau luka Eva?"
Dia ingin mendekati wanita itu, namun kerana tangannya masih mengawal enjin. Tubuh terus dibekukan di hujung sampan.

Peluh makin banyak mengalir di dahi dan belakang Eva, matanya sedikit berpinar. Jantung laju mengepam darah. Angin kuat yang menyapa tidak sedikit pun menyejukan tubuhnya.
Bola mata sekali lagi diangkat dan menitip sayu kepada suaminya.
"A.. aku.. aku kena tembak Im."

"Hah?!"
Mulut Daim membulat, serta merta 'Handle' enjin dilepaskan dan mengesot menghampiri isterinya.
Wajah yang ditutupi rambut itu diselak, baru lah Daim perasan muka Eva dah pucat, bibir merahnya hampir menjadi putih, peluh merintih lebat disisi dahi.

Macamana Eva boleh kena tembak?
Soalan itu mati dihujung lidahnya.

Segera baju t-shirt yang dipakai Daim, dibuka dan membalut lengan wanita itu untuk menghalang darah dari terus mengalir.
Dia pun buntu memikirkan apa tindakan yang harus dilakukan ketika ini.

Hujan sudah mula lebat menyimbah laut dibawah, Daim dan Eva masih ditengah air yang membiru.

Daim dah buntu, tubuh Eva dibawa kedalam pelukannya.
Dia cuba mencari telefon bimbit didalam poket, namun tidak dijumpai. Daim lupa yang telefon terjatuh saat ingin menyelamatkan Eva tadi.
Keluhan dilepas berat.

Tanpa sedar sampan bergerak menjadi semakin lambat dan akhirnya berhenti berlayar.
Daim pandang kearah enjin. Pelukan tubuh Eva dileraikan dan bandan diesot kehujung sampan.

Tali pesawat ditarik bagi menghidupkan enjin, namun tiada bunyi. Kali kedua Daim mencuba, masih sama. Enjin tak dapat dihidupkan.

Tanganya membuka penutup atas Enjin Yamaha 'Enduro 40', paras minyak diperhati. Lantas bibir Daim menghembus nafas panjang.
Enjin itu kini sudah kehabisan minyak!

Apa lagi yang harus mereka berdua lakukan?

Mata Daim cuba mencari pengayuh disisi bot berkenaan, nasib ada satu.
Pantas tangannya mengapai dan mula menguak pendayung pada air laut yang semakin deras akibat hujan yang makin lebat.

Sampan mula bergerak kembali walaupun agak perlahan.

Sekali lagi susuk Eva dipandang.
"Eva kau sabar ye, aku akan bawa kau ke darat."
Dia cuba memberi peransang kepada Eva, sedang sebenarnya hati Daim sendiri terus kalut.

Eva mengangguk lemah. Tiada kesakitan yang dirasakan saat ini, hanya kepalanya terhuyung -hayang mengikut rentak sampan bergerak membelah ombak.

Hujan terus membasahi, tanpa menunjukan tanda untuk berhenti. Eva dan Daim sudah kebasahan namun usaha Daim mengayuh sampan ke darat masih diteruskan.

Dari jauh matanya menangkap sebuah pulau yang agak besar, Diam tak pasti pulau apa.
Tapi dia dapat melihat beberapa buah sampan yang berlabuh di persisir tanpa bayangan manusia.
Daim pasti pulau itu berpenghuni.

"Kita nak sampai ke darat dah Eva."
Daim cuba memberi kekuatan kepada isterinya namun Eva tidak menjawab.
Mata kembali menoleh kearah isterinya, tubuh Eva dah terbaring dilantai kayu.

Segera Daim memasukan pengayuh kedalam bot dan mendapatkan Eva, tubuh wanita itu digoncang kuat.
Eva kaku.

"Eva. Bangun Eva! jangan main-mainkan aku!"
Perasaan Daim bersilih ganti, tangannya masih terus mengoncang tubuh Eva.

"Eva bangun Eva! Jangan tinggalkan aku!"
Badan Eva digerak lagi, namun Eva masih membisu. Kedua mata wanita itu terpejam kemas.

"Evaaa!!!"
Diam menjerit sekuat hati, air mata jantanya mula gugur.

Tiba-tiba.

Splassshhh!

Ombak besar dari tepi mengulung datang dan menebalikan sampan, sehingga Daim dan Eva terhumban kedalam laut gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience