Rizqin berjalan sendirian di lorong sunyi itu. Dia sendiri tidak tahu mana arah yang hendak dituju.
" Woi! " jerit seorang lelaki.
Rizqin memandang ke arah pemilik suara itu. Terdapat tiga orang lelaki di hadapannya.
" Kenapa kau lalu sini? Ini tempat aku " lelaki itu berjalan mendekati Rizqin.
" Tempat kau? " Rizqin ketawa sinis.
" Bapak kau punya lorong ke ha? " Rizqin memandang tajam ke arah lelaki itu.
" Biadap. Kau ajar dia " arah lelaki itu.
Dua orang lelaki tadi terus menyerang Rizqin. Dengan pantas dia menumbuk wajah Rizqin. Rizqin tidak berdaya untuk melawan. Apatah lagi tangannya masih berbalut akibat dia menumbuk cermin di biliknya.
" Hoi! Tak guna " Luna berlari pantas sempat dia mencapai kayu di tepinya.
Luna terus memukul lelaki itu dengan menggunakan kayu. Lelaki yang dari tadi hanya melihat terus menyerang Luna.
Dengan pantas Luna menendang perut lelaki itu. Dia menarik tangan Rizqin lalu terus berlari meninggalkan lorong itu.
Rizqin yang terpinga-pinga itu hanya mengikut.
*****
Luna berhenti di taman. Termengah-mengah dia gara-gara melarikan diri daripada gangster itu.
Luna memandang lelaki di hadapannya itu. Wajah lelaki itu seperti pernah dilihat olehnya sebelum ini.
" Kau ni Mamat samdol yang haritu kan? " soal Luna.
Rizqin memandang tepat pada wajah Luna. Aishh tak habis-habis dengan Mamat samdol.
" Haa betul lah kau ni. Confirm 100% " Luna menelek lagi wajah Rizqin.
" Iya iya memang aku pun " jawab Rizqin.
Dia mengeluh perlahan. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia marah kerana mulut Luna yang tiada insurans tu tapi apabila mengenangkan Luna sudah pun menyelamatkannya daripada gangster itu tadi dia tidak jadi untuk marah.
" Terima kasih sebab tolong aku. Terror jugak kau belasah mamat tu tadi ea " .
Luna ketawa kecil.
" Mestilah. Tengok kaki lah kan. Kau pun satu bengap sangat. Yang pergi lalu dekat lorong tu buat apa. Punyalah banyak jalan dekat situ jugak kau nak lalu " .
Rizqin mencebik. Sampai hati dia cakap aku bengap.
" Mana lah aku tahu. Aku pun baru pertama kali lalu jalan tu aku manalah tahu apa-apa " .
" Tu lah kau. Nasib baik heroin sampai cepat kalau tak, arwah dah kau kat situ " .
" Ishh biadab lah mulut kau ni " .
Luna ketawa lagi.
" Nama kau apa? " soal Luna.
" Cuba teka. Muka hensem macam aku ni mesti lah nama sedap kan " .
Luna mencebikkan bibirnya. Menyampah!
" Mana lah aku tahu. Kau ingat aku nenek sihir ke nak main teka-teka ni. Bagi jer lah tahu. Buang masa aku jer nak teka-teka " bebel Luna.
Rizqin ketawa.
" Nama aku Danial Rizqin. Panggil Riz jer " .
Luna tiba-tiba ketawa.
" Kau gelak apahal? " soal Rizqin.
" Nama punya lah panjang, panggil Riz jer " .
" Eh suka hati aku lah nak nama panjang mana pun. Tahu lah kau jealous nama aku lagi sedap. Nama kau apa? Jap aku teka.. Haa mesti Aminah. Tak pun Halimah, ataupun.. " .
Pap!
Luna memukul bahu Rizqin. Haa kan dah kena.
" Sakitlah weh! " Rizqin mengusap bahunya.
" Padan muka kau. Sesuka hati jer nak teka-teka nama aku. Dah lah semua nama orang tua. Apa kau ingat mak bapak aku takda taste ke nak bagi nama orang tua kat aku " .
" Habistu nama kau apa? " .
Share this novel