2. | DI KALA SUNYI |

Thriller Series 719

BANDAR New York. Malam itu terang bulan. Beberapa butir bintang kelihatan berkerdipan di sana sini menghiasi malam. Angin yang bertiup begitu nyaman dan bersih. Chomel yang baru berumur dua puluh dua tahun sedang sendirian untuk menikmati keindahan alam sebuah taman.
Sepasang pakaian hitam membalut tubuhnya dan sebuah beg digalasnya. Dia pandang keliling. Satu macam perasaan memalun dadanya. Keadaan di sekeliling sunyi sepi seolah-olah tidak berpenghuni. Orang-orang tidak ada yang lalu-lalang. Ternyata taman itu terlalu sepi. Bagaikan tiada penghuni.
Kesunyiannya terasa menyelinap ke hati. Dalam sunyi senyap itu tiba-tiba satu lembaga manusia berjalan beberapa tapak saja di belakang gadis itu. Namanya Jimmy Shaker. Usianya barangkali dua puluh lima. Dia mengekori Chomel. Di mana Chomel pijak, di situ jua dia pijak. Setiap langkah dan gerak orang yang diekorinya itu diamati.
Chomel berpaling ke belakang. Nampak bayang orang di celah-celah pokok. Perasaannya mendadak didorongi keinginan untuk mengatur langkah cepat-cepat sambil membetulkan letak beg sandang yang digalas pada bahunya.
Jimmy tak berlengah lagi, dia pun mempercepatkan langkahnya mengikuti jejak gadis itu. Panjang langkah Chomel, panjang juga langkah orang itu.
Langkah Chomel semakin laju. Langkahnya semakin lancar. Taat menuruti kehendak naluri. Rasa cemas mencengkam dirinya. Kegelisahan yang melemaskan itu, mencengkam pernafasannya. Beg sandangnya tercicir.
Tiba-tiba jauh di depan, tampak seorang lelaki yang berjaket kulit hitam sudah bersedia untuk menghalangnya. Dialah Pablo Ramirez.
Langkah Chomel terhenti seperti dipukau.
"What's up, girl?" Si pengancam itu menyapa Chomel.
Chomel membungkam saja. Sesuatu yang membimbangkan tergayut terang di wajahnya. Dia berpusing ke belakang.
"Come get a drink with us," kata Jimmy memberi saran kepada Chomel. Senyum rekah pada bibirnya.
Chomel diam juga.
"Yeah, you should hang out with us," kata Pablo lagi. Dia berangan-angan yang indah terhadap gadis ini. "I just want to have a nice socialble talk with you, that's all."
Chomel betul-betul sudah siap menghadapi segalanya bersama tekad yang terpacak kukuh dalam dada.
"Turn around." Tiba-tiba Jimmy dikejutkan dengan sapaan dari belakang. "I'm right behind you."
Jimmy berpaling. Apabila bertembung muka, matanya terbelalak dan mulutnya terlopong, menatap wajah Chomel. Kini lelaki itu mulai menyesal kerana telah menginginkan gadis ini menjadi mangsa jenayahnya.
Wajah gadis itu kelihatan kejam dan bengis, biji matanya merah menyala. Mulutnya yang merah terbuka dan menampakkan taring-taringnya yang tajam.
"All I can see right now is food and I'm starving," desis Chomel perlahan, antara kedengaran dengan tidak. Dia menyeringai memerhatikan gambaran yang terpancar di dalam fikirannya itu.
Spontan itu juga dia menerkam tubuh Jimmy dan membenam mulutnya ke batang leher manusia itu. Gigitan di leher. Cukup lengkap untuk membawanya ke alam lain yang abadi.
Jimmy meronta-ronta mahu melepaskan diri. Namun apakan daya. Chomel begitu bersemangat dengan apa yang sedang dilakukannya. Kemudian Jimmy menjadi mayat dan akhirnya dia terjelepok jatuh.
Chomel tidak mengendahkan Jimmy lagi.
Dia terbaring kaku. Mukanya pucat. Matanya terbeliak. Di lehernya terdapat dua lubang kecil. Dia tidak memerlukan lagi segala yang ada di dunia ini. Putus sudah nafasnya.
Chomel menoleh ke arah Pablo dengan pandangan ganas dan kejam dari jarak jauh. Matanya merah menyala, taringnya yang tajam jelas kelihatan dan dari mulutnyanya darah merah sedang menitik.
"You're carrying my next meal around with you in your veins," desis Chomel sendirian.
Tersentak Pablo pada saat itu, diterjahi oleh suatu kejutan yang maha dahsyat. Nyawanya sedang terancam. Apabila memikirkan kemungkinan ini, sekujur tubuhnya diresapi rasa takut. Dia amat takut sekarang. Hatinya cemas. Dia mesti menyelamatkan diri.
Pablo lari terus macam kucing dibawakan lidi penyapu. Beredar dari situ. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Dia terus berlari mengikut ke mana sahaja yang dibawa kakinya.
Nafasnya kian kencang berlumba keluar dari lubang hidungnya. Tiba-tiba terasa tangannya direntap dengan kuat dan kasar dari arah belakang. Dia segera menoleh. Mukanya tiba-tiba pucat.
Beberapa detik kemudian, Pablo kehabisan nafas dan darah hangat ke luar dari mulut Chomel, membasahi dagu turun ke leher. Maka berakhirlah riwayat hidup Pablo.
Keadaan menyepi.
Perlahan-lahan mata Chomel meliar menyusur ke sekeliling. Di kejauhan, dia nampak ada orang di taman itu.
Chomel memperhati dan menilai dengan penuh keraguan. Orang itu langsing dan berpakaian rapi. Dia sedang duduk di sebuah bangku panjang yang tak jauh letaknya dengan tegak, seakan-akan sudah mengira akan terjadi sesuatu. Kotnya ditaruh dengan rapi di sisinya.
Louis Pointe namanya. Ketika itu dia sedang duduk memandangi jalan-jalan yang sudah mulai sepi kerana restoran-restoran sudah menutup pintunya. Dengung dan keributan lalulintas kota juga bertambah tenang.
Kemudian dengan tiba-tiba Chomel sudah duduk di sebelahnya dengan mata yang bersinar-sinar.
"Hi, there," sapa Louis dengan tenang. Dia amat bersahaja. Dia memanjatkan matanya ke atas muka Chomel. Diamat-amatinya. Namun tidak sedikit pun dia berasa curiga atau takut akan gadis itu.
Dari cahaya sebatang tiang lampu di belakang bangku itu, Louis dapat melihat bibir Chomel masih merah dan basah dengan darah yang masih meleleh.
"Waiting for someone?" tanya gadis itu, ingin dia memastikan peranan Louis. Dia menikamkan matanya ke mata Louis.
"I've been waiting for someone who hasn't arrived," Louis menerangkan. Dia seperti endah tidak endah.
Chomel tiba-tiba sahaja menyeringai. Dia tidak mengalihkan sedikit pun matanya.
"Are you trying to frighten me?" Direnungnya wajah Chomel. "I'm not scared of you."
Sejurus kemudian bahu Chomel tiba-tiba dicuit dari arah belakangnya. Dia menoleh ke arah belakang. Louis berdiri di belakangnya.
"I believe this belongs to you." Louis menghulurkan beg sandangnya kepadanya.
Segumpal kehairanan terbangun dalam dadanya. Wajahnya seperti kurang percaya dan dia terpinga-pinga juga mulanya. Hatinya terus dipasung ragu.
"Silent and smooth. Who are you?" tanya Chomel sambil menerima pemberian Louis itu dan dia juga menyedari bahawa orang yang sedang dihadapinya ini cukup besar kekuasaannya. Itu diyakininya betul.
"A friend," satu suara menyahut dari sisinya. Sekarang Louis berada di sebelahnya. Begitu pantas peralihan itu berlaku.
Merangkaklah kesedaran ke dalam diri Chomel. Diperhatikannya laki-laki di sisinya itu.
"I know exactly who and what you are. A vampire," Chomel membuat kesimpulan. Naluri sedar semakin ketara.
Louis tidak berkata sepatah. Dia membiarkan beberapa detik berlalu sebelum berkata, "I'd like to introduce myself. My name is Louis. Louis Pointe. What's your name?"
Chomel diam tidak memberi maklum balas, memandang Louis dari kepala hingga ke hujung kaki sambil mengerutkan mukanya, seperti dia mengharapkan sesuatu inspirasi.
Louis memberikan sedikit nada persahabatan ketika dia berkata, "Hey, if you wanna play mystery lady, that's fine."
Setelah berdiam beberapa ketika, Chomel berkata, "You may call me Chomel."
"That's a pretty name. A perfect description of your beauty," ujar Louis bersungguh-sungguh.
"I'm very flattered, Louis."
"What's your last name, Chomel?"
"Just Chomel. My friends just call me Chomel."
"Now the real question is what are you?" tanya Louis, hairan.
"What am I?" soal Chomel balik.
"Am I supposed to know?" tanya Louis kepada Chomel.
"Come to think of it, no, you're not supposed to know. Okay, I'll make it as easy for you as I can. First, I'll tell you who I am not. I'm not a vampire," Chomel menjelaskan. "I am a pontianak. I'm flesh and blood but not human. Blood, human food. I can survive on either. It's complicated. You can google it."
Lebih menimbulkan tanda tanya kepadanya apabila dia sendiri tidak mengingati apa yang telah berlaku kepadanya.
"But you must feed. I saw you with them."
"Too many creeps around here."
"Every other block, there's a creep. You can always tell a creep."
"All the men I killed we're monsters."
"As long as the bad guy gets it in the end, I'm happy. You probably saved more lives than you took."
"Louis, that's what I told myself."
"You know, you're like me. I've killed people before."
"How many have you killed?"
"I don't keep track. But I never killed anyone in cold blood. I only do what is necessary. No more. If to kill is necessary, I do it without conscience. We have lots of things in common."
Chomel menggeleng kepala. "There's a difference. You know the difference between you and me?"
Louis menggeleng-gelengkan kepala, agak kurang mengerti.
"What?" Dia ragu apa yang dikatakan Chomel.
"Perhaps I can satisfy your curiousity."
Dengan tiba-tiba, muka Chomel berubah menjadi hodoh, menakutkan dan jauh daripada jelita. Sangat dahsyat. Jelmaan paling menggerunkan. Dia memandang pada Louis dengan mata yang menakutkan. Seketika kemudian, sedikit demi sedikit mukanya kembali normal.
Chomel rasa megah dengan kemampuannya. Dirinya mempunyai kelebihan luar biasa untuk memanipulasi rupa wajahnya.
"That's the difference between you and me, Louis. Interesting, don't you think?"
Lawan bicaranya menatap keheran-heranan. "No arguing that. I'll keep it in mind."
Sejenak mereka berdua terdiam, masing-masing melayani perasaan sendiri. Tetapi tidak lama selanjutnya berkata Louis, "What are you doing here at this time of night?"
"Oh, just wandering about. Lovely night we're having plus the stars out tonight. Enjoy the moment. Enjoy what life offers you. Life is short."
"You seem like you could be a New Yorker but you're not a New Yorker, right?"
"No, I'm not. I'm a tourist. I've just arrived in this country."
"So what brings you to New York? Business or pleasure?"
"Pleasure. It's the city that never sleeps."
"Will you be staying long in New York?" Louis ingin mengetahui.
"I'm just in New York... for one week."
"Is this your first visit to New York?"
"No. I was here a year ago for vacation."
Louis semakin tertarik. "Where were you? Before?"
"Lots of places. Well, I've been in so many places the last few years. I'm a globetrotter. I was more at home everywhere than just in one place. Kind of like a citizen of the world. I am a girl of all countries with no politics."
Dia sudah kerap ke luar negara. Ke Jakarta, Bangkok, Hong Kong, Tokyo, Honolulu, Los Angeles, New Orleans dan banyak lagi.
"No politics?"
"That's right," Chomel membenarkan. "I'm not on anybody's team. I am strictly on my own."
"I envy you, seeing so many places and knowing so much. Must get lonely sometimes."
"No. I have friends all over the world I can visit now and then, if I feel like it. Normal people," Chomel memberi keterangan.
"Where are you from, Chomel?"
"I'm from Malaysia. I am Malay by birth."
"You got somebody in Malaysia?"
"No, not at the moment."
"So I'm guessing you're single."
"What about you? What do you do?"
"Does it matter what I do? It doesn't make any difference any more."
Chomel mengangguk sependapat. "Quite right. The years flew by like minutes."
Selama beberapa saat tidak ada yang bicara.
"Do you live here?" Chomel menukar bualan.
"I used to. Many years ago. Sixty to be exact," Louis berkata. "I was born in France but when I came to the States, I came through New York. Is there others like you?"
"Oh, not sure. I hope to find out some day. It's what keeps me going."
"Any relatives?"
"Not that I can remember, no."
Chomel hidup tanpa mengingati sebarang memori silam termasuk siapa dirinya yang sebenar.
"So what do you remember? How far back can you remember?"
"I remember fighting the Portuguese at Malacca. That was in 1511 A.D."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience