Bamm!!
"Pergi! Aku tak mahu lihat wajah kau!"
Drake menghempas pintu kuat. Nafasnya turun dan naik dengan laju kerana marah.
"Maafkan Fea. Fea tak sengaja" rayu Fea dari luar pintu bilik.
Ceklek! Pintu bilik terbuka. Terpancul wajah bengis Drake sambil mencerlung tajam ke wajah Fea.
"Maaf? Berapa kali kau nak cakap perkara yang sama, hah!? Hey, aku benci tengok muka kau. Dengar suara kau saja pun dah buat aku menyampah!" Tempik Drake dihadapan wajah Fea.
"Hey, aku nak kau repair balik kereta kesayangan aku yang dah kau calarkan." bentak Drake menyinga.
Fea tunduk memandang lantai.
"Tapi..Fea tak ada duit nak repair." suara Fea sayu. Dia akui salahnya. Skuter yang dinaikinya hilang kawalan lalu melanggar belakang kereta BMW 8i milik Drake. Itulah punca kemarahan Drake padanya.
"Kau tak payah nak tunjuk muka sedih kau depa aku. Kau dengan perempuan tu sama je, perampas!" Kata-kata kesat Drake membuat Fea mendongak. Airmatanya jatuh saat ungkapan itu dilemparkan terhadap mendiang ibunya.
Setiap kali mereka bergaduh, setiap kali itu jugalah Drake mengungkit hal yang sama.
"Apa yang buat abang benci sangat dengan ibu? Ibu kan dah tak ada" tangis Fea sedih.
Drake senyum mengejek.
"Dari dia hidup sampai dia mampus, tak habis-habis menyusahkan keluarga aku" bidas Drake geram.
"Drake!"
Pang!! Wajah Drake terpaling ke kanan akibat tamparan kuat yang singgah di pipi kirinya.
Fae menangkup mulutnya dengan kedua tangan kerana terkejut dengan tindakkan Reynard.
Rey berdiri tepat dihadapan anak lelaki tunggalnya.
"Biadap! Perempuan yang Drake cakap tu isteri papa, ibu kamu" tegur Rey dengan nada suara yang agak keras.
"Ibu tiri" tekan Drake cuba mengingatkan lantas berlalu keluar.
Rey terdiam.
**
15 tahun lalu
Laman belakang mansion Rey terhias indah dengan belon berwarna biru dan putih. Meja dan kerusi disusun pada nada warna yang sama. Pelbagai jenis makanan terhidang tak kiralah dari pelbagai jenis snek untuk kanak-kanak dan juga pelbagai hidangan makanan dan minuman. Tak ubah seperti syurga makanan.
Di tengah² meja, ada sebiji kek berukuran 60cm, dimana bahagian atasnya terletak beberapa patung dari siri Avangers yang diperbuat dari fondan.
Di hadapan gerbang menghala ke laman, tertera banner wajah Drake sempena hari lahirnya yang ke 10 tahun.
Ramai tetamu yang hadir. Semuanya rakan sekolah Drake dan juga rakan dari tempat kerja Rey.
Drake yang baru turun, kemas dengan sut berwarna hitam. Dia berjalan keluar ke laman, bertembung dengan papanya Reynard.
"Drake, ke sini sekejap" arah Rey sambil tersenyum lebar.
Drake berjalan menghampiri sekumpulan dari rakan kerja papanya.
Kedatangannya disambut dengan ucapan hari lahir dari mereka sebelum tatapannya jatuh pada susuk seorang wanita.
"Drake, kenalkan ini Laura." Drake memandang wanita itu dari atas hingga ke bawah.
Wanita itu berkulit putih bersih, berambut perang dan beralun separas pinggang tersenyum sambil menghulurkan tangan salam perkenalan kearahnya.
"Hai Drake. I'm Laura" Tanpa syak, Drake menyambut salam wanita itu.
"Bakal isteri papa" celah Rey.
Kata-kata terakhir Rey mampu membuat darah Drake menyirap.
Tangan Laura yang masih berada dalam genggamannya dihempas kuat sebelum berlari masuk ke dalam bilik.
Permainan gundam yang ada diatas meja semuanya dihempas dan pecah ke lantai.
Dia langsung tidak menyangka yang ulangtahunnya pada kali ini musnah gara-gara wanita itu.
Tidak ada sesiapa yang boleh gantikan tempat ibunya, Gia.
Kenapa papanya harus menikah lagi sedangkan hidup mereka sudah bahagia. Walaupun Gia sudah meninggal 4 tahun lalu, itu tidak bermakna tempat ibunya harus diganti.
Baginya, tidak ada sesiapa yang layak untuk gantikan tempat ibunya.
**
Fea duduk termenung di sebuah kerusi panjang berhadapan tasik yang berada di belakang mansion. Sesekali kelihatan ikan koi berenang-renang dengan gembira. Alangkah bagus jika dia hidup sebagai ikan. Jauh dari segala masalah. Langsung tidak perlu fikirkan tentang kehidupan seperti hidup sebagai seorang manusia. Perlu belajar, bekerja dan harus tanggung pelbagai jenis masalah.
Sejak dia lahir sampailah sekarang, hubungannya dengan Drake tidak pernah baik. Apa jua yang dia buat, salah dimata abangnya.
"Fea" Rey berdiri tepat dibahagian belakang Fea lalu menyentuh lembut bahu anak gadis itu.
"Papa" suaranya kedengaran sayu dan sedih.
Rey mengeluh. Dia duduk disisi anak gadisnya. Satu tangannya memeluk erat bahu Fea.
"Maafkan papa." suara Rey garau.
Fea menoleh. Matanya berkelip menatap wajah Rey. Sungguh usia lelaki itu sudah separuh abad, namun luarannya tidak kelihatan seperti itu. Tubuhnya, penampilannya, raut wajahnya seperti lelaki yang berusia 40an. Masih kelihatan muda dan tampan.
"Papa tak salah. Kenapa papa yang harus minta maaf?" suara Fea sedih.
Rey menoleh dan tersenyum. Dia begitu sayangkan kedua anaknya. Dia bersyukur kerana dikurniakan sepasang cahayamata walaupun dari dua isteri yang berbeza, namun keduanya itu adalah darah dagingnya.
"Salah Fea. Memang patut pun Abang Drake marahkan Fea." suaranya perlahan.
Rey mengusap lembut rambut di belakang kepala Fea dengan penuh kasih sayang.
"Macam mana pun, Fea harus bertanggungjawab" tingkahnya pantas.
Dahi Rey berkerut sambil menatap wajah manis anaknya.
"Fea akan cari kerja, kumpul duit untuk repair kereta abang dan buat abang maafkan Fea semula" ujarnya yakin.
Rey terkekeh ketawa dengan kata-kata anak gadisnya.
"Kenapa papa ketawakan Fea" rengek Fea kesal.
"Kenapa nak kerja? Kad yang papa bagi tu mana, kenapa tak guna duit dalam tu untuk repair kereta abang?" suara Rey sekadar memberi pendapat.
Fea terbengong. Dia sepertinya berfikir panjang sebelum meneruskan kata-katanya.
"Fea takkan guna duit dalam kad tu untuk baiki kereta abang. Fea bertekad untuk kerja dan kumpul sendiri duit. Fea akan gunakan duit hasil dari titik peluh Fea sendiri untuk repair kereta abang. Fea nak abang appreciate usaha keras Fea dan lepas tu, barulah abang akan maafkan Fea" Fea yakin dengan keputusannya.
Rey sekali lagi terkekeh ketawa. Bekerja? Kerja apakah yang mampu anaknya buat? Selama ini, anaknya itu tidak pernah keluar dari kepompongnya. Tidak pernah keluar dari mansion setelah pulang dari kuliah. Bagaimana anaknya itu hendak berdepan dengan dunia diluar sana?
"Boleh ke anak papa ni kerja, hmm?" suara Rey lembut.
Fea tersentak. Dia mencebir bibir dengan sindiran Rey.
Dia mengecilkan matanya sambil menatap kearah Rey. Kemudian tersenyum.
"Papa dah lupa ke, Fea pandai masak. Fea boleh buat cupcake. Hah, tak pun, Fea boleh cari kerja di kedai bakery." suaranya gembira.
Rey mengangguk perlahan. Dia tidak nafikan itu. Anaknya itu sering ke dapur, membantu tukang masak memasak didapur. Anak gadisnya ini memang berbakat dalam bidang masakan. Tak salah jika anaknya mencuba.
Rey memandang Fea dan tersenyum. Fea tak ubah seperti ibunya Laura. Tidak malu untuk bekerja dari bawah walaupun sekadar kerja biasa.
"Baiklah, papa percaya dengan anak papa. Apa saja keputusan Fea, papa ikut."
Raut wajah Fea berubah ceria.
"Tapi...papa ada satu syarat" suaranya tegas.
Fea menadah wajahnya dihadapan Rey dengan teliti.
"Kalau Fea ada masalah, cepat-cepat beritahu papa" tekannya.
"Baik Tuan" Fea mengangkat tangan, lalu tabik ke arah Rey.
Keduanya berdekah ketawa.
Bersambung..
Hai reader semua.. Kembali lagi dengan penulisan terbaru saya, Love & Revenge. Diharap semua enjoy dengan jalan ceritanya. Jangan lupa tinggalkan komen dan pendapat untuk saya juga ya. Selamat membaca buat reader² semua
Share this novel