BAB 5

Drama Completed 236

Sedar tak sedar..SPM dah pun berlalu dan esok keputusn SPM..,tapi aku kena ambil result lambat sikit..maybe lusa..Sebabnya aku tengah bercuti dekat rumah Uncle aku di Bandung.Turun ajedari flight..aku terus ambil teksi.. pergi sekolah..excited nak tahu result aku..

Sampai tak sempat nak balik rumah.Bila sampai depan pintu pagar tu..nervous lah pulak aku rasa.Miza dah ambil result dah.Semalam aku call dia..aku tanya aku dapat berapa.Tapi dia tak nak kasi tahu..nak suruh aku menangis katanya.Isk.isk.perempuan tu saja nak menyeksakan jiwa aku.Miza kata juga dekat aku..sekolah kami ramai yang dapat cemerlang..

On the way nak pergi pejabat..aku terserempak dengan musuh ketat aku.Baru keluar dari office agaknya sebab aku nampak dia pegang slip..

“Hoi.how much you got?,”Neyo mendongakkan muka..

“Should I tell you about it,.?Rahsia..,”penuh mengada-ngada Neyo menjawab..

Aku menunjukkan penumbuk..”Sombong..Eleh.aku pun tak ingin nak tahu..Eh, ni apa ikut aku pulak neh?,”aku menyuarakan perasaan tidak senang apabila mula perasan Neyo berjalan beriringn denganku menuju ke pejabat..

“I can’t wait to see you are crying.,”menyampah betul aku.Lantak kau ler.Aku menatap berkali-kali slip di tangan..dari dalam pejabat sampai lah ke luar pagar sekolh..mataku langsung tidak lari dari memandang slip tersebut..

“I am genius.,”aku tersenyum puas..12A1.Yea!Neyo yang mendengar dari atas motor mencebik bibir..

“Ala..jangan perasan la..I am more better than you..15A1..sekarang siapa hebat?,”Neyo mengangkat keningnya..

“Tipu..mana?Nak tengok..,”aku mengambil keputusnnya..Mak eih..betul la.Teror juga budak nie..Aku ingat lagi dulu,satu kelas kecoh bila Neyo cakap dia nak ambil 15 subjek.Aku ingatkan Neyo akan slack juga beberapa subjek.

“Setakat 15A..apa yang nak dibangga..Bukan boleh bawa masuk kubur..,”aku sengaja ingin menyakitkan hati Neyo .Neyo tersenyum. menampakkan lesung pipitnya,..

“Sekarang ni..who start it first?You,.right?Eh, kenapa lambat ambil result?,”soal Neyo tiba-tiba..

“Aku ada kat Bandung..baru aje balik.Kau pulak?,”soalku pula.

“Aku?Saja malas datang awal.Nanti jadi star pulak..I know I am great..,”aku menutup telinga mendengarnya.”Eii.. tolong la..menyampah aku dengar,”Neyo ketawa melihat gelagatku..

Aku melihat jam di tangan.Lambat pula abang aku jemput..Jalan jamp kot.Kami masing-masing diam seketika.Tidak tahu apa lagi yang patut dibualkan..Wajah Neyo aku pandang sekilas.Aku rasa Neyo nie okey apa…Muka dia yang cute tu aku tak boleh nak nafikan.Tapi pelik juga,sampai sekarang dia tak ada girlfriend.Nak kata tak ada peminat…si Kalisa tu pun dulu pernah minat dekat Neyo .

Yang tak best pasal aku dan Neyo ..Sejak peristiwa malam tu, ramai budak sekolah aku ingat aku dengan Neyo nie couple..??Merepek betul..

“Lambat kau balik..tunggu siapa?,”aku memecahkan keheningan antara kami..

“Tunggu kau la..aku risau aje Fahmi bawa lari kau.,”err..serta merta aku terdiam.Dah tak tahu dah nak cakap apa..

“Kau dengan dia on lagi ker?,”Neyo bertanya serius.

“Haha..kenapa tiba-tiba babit dia lak ni?,”aku tertawa.Soalan itu kedengaran kelakar..

“It nothing..I just want to say that..if you are not with him.. Could you be my girlfriend?,”lancar sekali Neyo berkata-kata..

Pon!pon!Tidak sempat aku untuk berkata apa-apa..abang aku sudah membunyikan hon..Aku berlalu begitu sahaja.Neyo pula sekadar mendiamkan diri..Tatkala berada di dalam kereta..mataku sempat menjeling ke arahnya..Neyo sedang meraup muka..dia frust ker?Itu aku tak tahu.Aku pun tak tahu yang soalan dia tadi..serius ker or just main-main..Tak sampai 10 saat pun dia luahkan perasaan..Main-main la tu…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience