BAB 31

Romance Completed 67139

            ADARA menyelesakan diri di dalam pelukan hangat milik suaminya. Tangan kekar Aiden memeluk pinggang isterinya sepanjang malam. Adara berbaring di atas dada bidang Aiden yang tak berbaju. Selimut diturunkan sehingga paras pinggang.

Adara sudah terjaga lama tapi tidak mahu mengejut Aiden yang masih lena diulit mimpi. Telinganya ditekap pada dada Aiden. Mendengar rentak jantung suaminya yang membuatkan yang tenang.

Nafas hangat Aiden yang sesekali menerpa wajahnya membuatkan Adara memejam mata. Jarinya bermain-main pada wajah tampan Aiden yang masih lena. Dari alis mata Aiden yang sempurna turun pula pada puncak hidung mancung milik suaminya.

Adara menguntum senyuman. Memikirkan dirinya yang bertuah mempunyai suami sekacak Aiden. Dia melarikan jarinya pula pada rahang tajam yang licin tanpa kumis tebal.

Rambut Aiden yang kini jatuh menutupi dahinya yang luas diraup Adara ke belakang. Baru sekarang dia boleh memerhatikan raut wajah Aiden dengan lebih dekat.

Tanpa amaran, Aiden menarik tubuh Adara rapat lagi pada tubuhnya apabila merasakan kehangatan tubuh Adara hilang.

“Mengada." Bisik Adara perlahan sambil tersenyum. Perlahan-lahan, tangan Aiden yang berada di pinggangnya diambil. Sebentuk cincin perkahwinan mereka yang tersarung pada jari Aiden direnung penuh minat oleh Adara.

“Belongs to Adara Qalyssa only. Adara's.”

Adara membaca tulisan yang diukir khas pada cincin yang dipakai Aiden. Pada pergelangan tangan suaminya pula kelihatan seutas getah rambut milik Adara.

Membuatkan Adara tersentuh apabila Aiden sentiasa mempunyai sesuatu yang mengingatkan dirinya kepada suaminya.

How can she not love him?
When all he does is just making her fall in love all over again?

Adara mengerling pada cincin yang tersarung pada jarinya pula. Dia tersenyum sendiri melihat ukiran yang ditulis di situ. Tangannya disulamkan pada tangan Aiden.

“Once mine, forever be mine - Aiden's.”

Anak mata Adara melirik pula pada dada Aiden yang berbalut. Tangannya naik mengusap lembut kawasan tersebut. Wajah Aiden dipandang. Adara mendekatkan bibirnya pada sisi wajah suaminya ingin menghadiahkan ciuman di situ.

“What a great way to start my day with.”

Aiden menarik wajah Adara. Meninggalkan ciuman di seluruh wajah Adara membuatkan Adara melepaskan tawa halus. Belakang kepala Adara diusap lembut oleh Aiden.

“Morning, love.” Bisik suara garau Aiden pada tepi telinga Adara. Tangan kasar Aiden merayap masuk ke dalam baju Adara. Mengusap belakang badan isterinya.

“Morning too, handsome.” Adara berbaring di atas badan Aiden dengan berhati-hati. Tak mahu menyakitkan bahagian tubuh Aiden yang cedera.

Kedua belah tangan Aiden memegang sisi tubuh Adara. Mengangkat tubuh kecil isterinya naik ke atas tubuhnya dengan lebih mudah.   Tangannya direhatkan pada tulang pinggul Adara.

“How's your sleep?” Soal Aiden lembut. Sebelah tangannya diletakkan di belakang kepalanya. Adara menongkat dagu memandang Aiden. Tak lama kemudian, bibirnya naik mengukir senyuman kecil.

“Perfect.” Aiden bergumam perlahan, senang hati dengan jawapan Adara. Jarinya bermain dengan rambut panjang Adara yang jatuh pada dadanya. Wangian syampu yang dipakai menusuk ke dalam hidungnya.

“Still scared?” Tanya Aiden ingin tahu keadaan Adara selepas kejadian lepas. Tahu trauma yang dihadapi isterinya ketika usia Adara masih muda dahulu.

Kejadian yang menimpa Aiden berkemungkinan mengembalikan trauma Adara semula. Membuatkan Aiden semakin risau.

“A little. But, I'm fine.” Adara cuba menyakinkan Aiden. Tahu Aiden risaukan dirinya. Tak dapat dinafikan dia masih terkejut dengan apa yang terjadi. Tapi sekarang dia perlahan-lahan cuba membiasakan diri dengan semua ini.

Tahu risiko menjadi isteri kepada Aiden yang terdedah kepada bahaya sepanjang masa. Tak kira daripada Iqbal sendiri mahupun pembunuh bapanya dahulu yang kini memburu dia.

Kerana pada akhirnya Adara tahu. Aiden sentiasa akan lindungi dia.

“Kalau mimpi buruk lagi, abaikan okay? I'm still here. Itu cuma mainan tidur. Langsung tak bawak makna apa-apa. It's just a nightmare.”

Pesan Aiden tak mahu Adara terus memikirkan mimpi yang menghantuinya. Adara mengangguk kecil.

“Don't let them in inside your head okay, love? Remember, monster doesn't sleep under the bed but they live inside your head. So don't let them win over you.” Aiden mencium tangan Adara.

“Thank you.” Ucap Adara ikhlas dari hati. Menggunakan masa ini untuk berterima kasih pada Aiden. Dia lebih memilih untuk menghargai kehadiran Aiden di sisinya.

“My pleasure, sweetheart. Kalau sakit or anything, bagitahu aku. Do let me know where it hurts. So, I know where to love you the hardest.” Aiden memagut dagu Adara ke atas. Bibirnya mengucup lembut dahi Adara membuatkan Adara memejamkan mata. Menikmati belaian Aiden pada dirinya.

“Give me hugs, love. You're already get your kisses.” Aiden mendepakan tangan. Menunggu Adara masuk ke dalam pelukannya. Keningnya diangkat sebelah. Adara tersengih kerang.

“Ei gedik!” Ejek Adara. Tetapi dia juga yang memeluk tubuh Aiden bagai tak mahu lepas. Tubuh kecil molek milik Adara elok saja menghempap Aiden. Aiden mengetatkan pelukan. Bibirnya mencium bahu Adara yang terdedah.

“Just for you.”

?•????? ?????•?

     “KAU, lain kali ada plan bagitahulah awal-awal. Ini tak! Tiba-tiba, boom! Meletup! Tak kesian ke dekat Adara? Bazir air mata dia je nangis. Aku dah pesan kan awal-awal bagitahu dulu dekat Adara. Kau degil! Kau, daripada elok hidup ni. Ada jugak aku humban dalam api betul-betul bagi mati.” Bebel Aryan tak henti seperti mak nenek kepada Aiden.

Aiden langsung tak mengendahkan Aryan. Pandangannya tetap pada Adara yang sedang mencuci lukanya. Sesekali wajah Adara  berkerut setiap kali melihat lukanya, Aiden akan memegang tangan Adara menandakan bahwa dia tak apa-apa.

Dia sudah lali dengan semua ini. Luka tembakan, tikaman, semua pernah dia rasa. Adara berhati-hati membalut luka Aiden yang kelihatan mengerikan itu. Walaupun sudah kering, luka Aiden yang masih terbuka itu membuatkan Adara sendiri yang seram.

“Aryan, aku okay. Sekurang-kurangnya Aiden selamat kan? Itu yang paling penting.” Tegur Adara mula bersuara. Kasihan pula tengok Aryan yang tak henti membazir air liur memberikan nasihat pada suaminya.

Padahal bukannya Aiden kisah pun. Adara pun tak cakap apa-apa. Aryan pulak yang melebih-lebih. Siapa yang isteri siapa sekarang ni?

“Adara, aku bukannya apa. Tapi tengoklah suami kau ni. Orang cakap tak nak dengar. Semua risaukan dia tapi dia. Dah lah penat aku bercakap. Macam cakap dengan tunggul!” Perli Aryan sedas kepada Aiden. Aiden melemparkan pandangan tajam.

“Apa jeling-jeling? Nak fight?” Aryan mula cari gaduh. Aiden hanya sekadar memandang kosong pada Aryan. Kadang-kadang dia lebih suka bekerjasama dengan Irsyad yang tak banyak bercakap seperti dirinya. Memudahkan urusan.

“Ary, apa bising-bising ni? Tu dekat depan rumah ada orang cari. Entah perempuan mana cari Ary. Berapa kali aunt cakap, jangan bawak perempuan balik rumah aunt kan?” Ucap Puan Rossa sambil bercekak pinggang. Kepala digelengkan beberapa kali mengenangkan sikap Aryan.

Bukan apa, tapi Aryan selalu memberi alamat rumah Puan Rossa kepada semua perempuan yang bersama dia. Katanya hanya isterinya sahaja yang layak datang ke rumah dia.

Itupun kalau dia dah beristeri. Hmm.

“Arabella kot yang datang. Tak pun Melissa. Eh Aurora rasanya.” Teka Aryan cuba mengingat sebaris nama perempuan yang bersamanya semalam.

“Nobody cares, Aryan. Just go.” Aiden menudingkan jari pada pintu rumahnya. Adara yang sudah siap merawat luka Aiden, mengambil tempat di sebelah suaminya. Aryan memincingkan mata ke arah Aiden sebelum pergi.

Deringan Iphone milik Aiden yang berbunyi menarik perhatian Aiden serta-merta. Sebelah tangannya menarik pinggang Adara agar terus duduk bersamanya. Manakala sebelah lagi menjawab panggilan daripada Dayyan.

“What's up?” Soal Aiden daripada hujung talian. Adara hanya memandang Aiden yang sedang berbual di telefon. Tak tahu nak buat apa. Jari Aiden yang bermain pada pinggangnya membuatkan dia berasa geli.

“Aiden, stop doing that.” Bisik Adara tak mahu menganggu perbualan antara Aiden. Aiden mengukir senyuman kecil.

“Keep quiet, love.” Aiden meletakkan jari telunjuknya pada bibir Adara yang terasa lembut pada jarinya. Hujung bibir Adara diusap lembut oleh Aiden.

“Nothing. Everything is under control. Kau okay tak dekat sana? Aryan tak cakap apa-apa pun dekat aku.” Tanya Dayyan ingin tahu. Aris yang berada di sebelahnya duduk berehat. Rahangnya masih terasa sakit dek tumbukan daripada Iqbal.

“Perfectly fine. Aris, macam mana dengan dia?” Tanya Aiden mahukan kepastian tentang keadaan Aris yang diupah untuk mengikuti Iqbal sebelum ini. Adara melentokkan kepalanya pada bahu Aiden. Terasa ingin tahu apa yang dibincangkan oleh suaminya.

Lagipun dia kenal Aris. Lelaki itu pernah diupah oleh Iqbal untuk menjadi pengawal peribadinya dahulu sebelum berkahwin dengan Aiden.

“He's fine. Hidup lagi. Cuma teruk jugak dia kena belasah dengan Dani.” Dayyan menilik sebentar kesan lebam pada wajah Aris yang boleh dikatakan agak tampan itu.

“Mana Irsyad?” Tanya Aiden ingin tahu keberadaan pengawal peribadinya. Dayyan mengerling ke arah Irsyad yang berada di luar bersama Adila. Aris yang sedang menuam lebamnya dengan ais turut memandang ke arah Irsyad.

“Irsyad, dia dengan Adila. Entah lah apa hubungan dia orang berdua. Aku pun tak tahu. Yang aku tahu Adila yang selalu panggil Irsyad tolong dia itu ini. Nenek Adara ada dekat dapur dengan Mak Jah. Semua selamat dekat sini. Jangan risau.” Panjang lebar Dayyan menerangkan.

Aiden memandang Adara mahukan jawapan apabila mendengar kata-kata Dayyan. Adara hanya mampu angkat bahu. Nak buat macam mana. Kawan dia, Adila memang minat dekat Irsyad.

“Love, can you bring me a cup of hot coffee please?” Pinta Aiden kepada Adara tiba-tiba. Adara mengangguk tanpa banyak kata. Dia segera bingkas berdiri.

“Less sugar kan?” Tanya Adara mahukan kepastian. Tak silap dia Aiden tak suka benda yang manis. Terutamanya sekali makanan dan minuman. Aiden angguk. Adara mengorak langkah ke dapur.

Ekor mata Aiden menghantar pemergian isterinya dengan pandangan. Panggilan yang masih disambungkan ditukar menjadi panggilan video.

“Macam mana dengan King? Who is he?” Soal Aiden kali ini dengan nada serius. Hujung matanya melirik kepada Adara yang masih di dapur sesekali. Dayyan memandang ke arah Aris.

“Aku... Aku tak kenal dia siapa. Aku tak pernah nampak dia sebelum ni. Tapi Dani memang kenal siapa King.” Cerita Aris yang berada di tempat kejadian apabila King mendedahkan identitinya. Aiden diam sedang memikirkan sesuatu.

“Dia memang kenal semua musuh aku. Dayyan, tolong Aris kenal pasti identiti King.” Arah Aiden tak lama kemudian. Dayyan mengumam perlahan tanda mengiyakan.

“Kerah skuad polis kau cari Dani secepat mungkin. Cari orang yang bersubahat dengan Dani. Continue report his activity.” Sambung Aiden kepada Dayyan dan Aris. Irsyad yang baru tiba di situ memgambil tempat di sebelah Dayyan.

“Irsyad, handle papa. Report semua kerja haram dia to polis. I don't care whatever he wants to do, he deserves it. Is that clear?” Arah Aiden tegas kepada Irsyad. Mahukan keadilan untuk Puan Rossa yang merana apabila mengahwini bapanya, Tuan Malik dahulu.

“Clear, sir.” Ucap Irsyad, faham langsung tak membantah. Dayyan hanya beriak biasa. Tahu Aiden dapat menyelesaikan semua perkara ini dengan mudah. Sahabatnya itu sudah lama berkecimpung dalam dunia gelap ini memberikan mereka kelebihan.

“Good. Got to go. Anything, report immediately.” Pesan Aiden terakhir sebelum menamatkan panggilan tersebut. Aryan mengambil tempat di sebelah Aiden.

“Kau tak ada syak sesiapa ke?” Soal Aryan pelik. Dia sendiri tak dapat meneka mana-mana musuh Aiden yang begitu berdendam dengan lelaki itu.

Aiden menyandarkan tubuhnya ke sofa. Kepalanya menoleh menghadap dapur. Ingin melihat Adara yang ralit membuat air minumannya.

“I don't know. But, I will find him no matter what.”

???????•°?°•?? ??????

     “NAH, elok-elok panas lagi tu.” Adara menghulurkan secawan kopi yang diminta Aiden tadi. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Aiden. Tubuhnya mengiring ke arah suaminya.

“Thanks, love.” Aiden menyambut huluran Adara. Tangannya mencari tangan Adara mahu mengenggam erat di dalam genggaman tangannya. Tangan Adara dibawa ke atas riba Aiden. Sementara, tangan Aiden direhatkan pada paha Adara.

“Aiden,”

“Hmmm...”

Aiden pandang Adara serta-merta. Tahu ada sesuatu yang diinginkan oleh isterinya. Adara memeluk lengan Aiden. Pandangannya dilarikan daripada suaminya.

“Kita nak buat apa sekarang?” Tanya Adara perlahan. Dia menalakan pandangan pada genggaman tangan Aiden yang bersulam dengan tangannya.

“What do you want to do? We can do whatever you want. I don't mind.” Aiden memaut bahu Adara rapat pada tubuhnya. Membuatkan Adara terjatuh pada dada Aiden. Tangannya menahan dirinya daripada jatuh tersembam.

“Apa-apa je? Tapi kau tak sihat lagi.” Adara meniup lembut dada Aiden yang berbalut. Membuatkan Aiden menahan nafas.

Tangan Adara naik mengusap tempat luka tersebut. Aiden lantas menangkap tangan Adara. Dia menelan air liur melihat tindakan spontan isterinya.

“Don't do that, love. I'm still a man. And you're just keep tempting me. I'm afraid I can't control myself around you anymore.” Adara terdiam. Terlupa pula pada kesan dirinya terhadap Aiden.

“Sorry.” Adara menjauhkan dirinya daripada Aiden. Membuatkan Aiden mengerutkan wajah. Dia pantas memeluk pinggang Adara menghentikan tindakan isterinya.

“Hey, it's okay. Stay close to me.” Aiden menepuk lembut ribanya. Mahu Adara berbaring di situ. Adara pantas mengikut saja kata Aiden.

Kepalanya diletakkan pada riba Aiden. Sementara, rambutnya dielus lembut oleh suaminya membuatkan Adara terbuai dengan sentuhan Aiden.

“I'm doing fine with you by my side. Aku takkan ceraikan kau ikut kontrak kita sebelum ni. I don't need them anymore. All I need is you. So don't worry. We both need a rest. Especially you, love.” Aiden menundukkan badan mahu mencium dahi Adara.

Adara menyorokkan wajah. Senyuman bahagia kini terlakar di wajahnya. Rasa senang hatinya mendengar kata-kata Aiden yang sudah memberikan kata putus pada hubungan mereka sekarang.

“Kita berdua pergi bercuti nak? Tak nak jauh-jauh. Dekat sini pun tak apa.” Cadang Adara sudah mula teruja. Aiden mengangguk bersetuju. Hujung bibir terangkat mengukir senyuman apabila melihat wajah comel Adara.

“How about a honeymoon just only for two of us, sweetheart? ”

Updated ! Sorry for not updating early, I'm not feeling well >< Hope you understand, I will try my best to update more Till complete okay, love? Stay tune & stay safe<3 Enjoy your day (◍•ᴗ•◍) Lots of love , -ftnfzyyy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience