Bab 16

Romance Series 59136

Mataku memerhati sekeliling dapurku. Satu per satu idea terlintas di fikiran saat melihat lauk – lauk yang ada. Ikan, pucuk manis, labu, udang, dan ada sayur. Boleh masak macam – macam juga dengan lauk ni.

Satu per satu aku keluarkan dan meletakkan ianya di atas meja. Tanganku tangkas memotong dan mencuci semua bahan masakan. Okey, lauk yang ada dalam fikiran aku sekarang masak lemak pucuk manis dengan labu. Nak kenakan dengan ikan goreng? Macam sedap juga. Udang tu aku buat udang salut tepung. Apa lagi?

Sambal memikir, mataku sesekali melihat susuk tubuh Adam yang berada di ruang tamu bersama anak buahnya. Terasa bibirku terukir senyuman melihat dia melayan ramah nenek bersama anak buahnya. Gelak tawanya mendengar cerita dari nenek kedengan tidak kekok. Seperti mereka telah lama berkenalan.

Aku kembali fokus dengan masakkanku.

Tadi aku tak dapat nak sembunyikan rasa maluku kerana reaksiku. Adam, seperti biasa melihat aku begitu tadi dibalasnya dengan senyuman sinisnya. Jadi dengan rasa malu, aku hanya mampu meminta diri dari mereka dan mengemas barang – barangku untuk pulang.

Laju langkah aku ambil meninggalkan mereka. Aku nak segera pulang, kalua boleh nak menyorok terus bawah meja. Malu!

Tiba di kereta, aku tidak segera menghidupkan enjin, tapi memilih untuk menghilangkan rasa maluku dahulu. Aku kecewa dengan diri sendiri. Kaluau benda spontan macam tu terjadi, maksudnya aku memang beria nak keluar makan dengan dia lah kan maksudnya?

Kenyataan tu sahaja dah buat aku malu.

Tok. Tok.

Aku mengangkat muka ketika mendengar cermin tingkapku diketuk. Wajah Adam sambil mendukung Rayyan berada di hadapanku. Aku mengeluh berat. Dia orang terakhir aku nak tengok sekarang ni. Kalau boleh tak mahu jumpa langsung.

Pintu kereta aku buka, menunggu perkataan yang bakal keluar dari mulutnya.

“Cakap setuju nak keluar makan.”

Perlu ke dia ungkit tentang tu sekarang? Macamlah tadi dia betul – betul ajak. Mesti sekadar ajak – ajak ayam. Jadi tak perlu kot dia nak datang sekarang ni.

“Aku serius ni.”

Adam menurunkan Rayyan dari dukungannya. Wajah si kecil Rayyan kelihatan kebingungan melihat aku dan Adam. Mukanya seperti cuba untuk memahami situasi sekarang.

“Tak perlu kot,” jawabku.

Dia tertawa. “Kau yang cakap nak tadi.”

“Faham tak tu tak sengaja. Riaksi tak sengaja.”

“Bukan ke riaksi tak sengaja tu maksudnya kau betul – betul nak?” aku membuka mulut untuk membalas, tapi tiada kata yang keluar. Tiada satu pun ayat yang mampu aku bidas. Dan melihat senyumannya yang menandakan dia menang sahaja membuatku geram dengan diri aku sendiri yang tak mampu nak membidasnya. “Jom lah.”

Aku menghela nafas berat. Cuba untuk menenangkan diriku. Fikir rasional Mia, takkan kau nak gaduh dengan Adam depan anak buah dia? Anak buah dia pula murid aku pula tu. Jangan malukan diri sendiri lagi. Jadi matang Mia.

“Tak mahu. Restaurant awak bawa nanti tak kena dengan selera Mia macam hari tu.”

Aku memberi alasan kukuh. Hari tu makanan western memang tak kena dek tekak aku. Jadi dia takkan terus memaksa aku kan?

“Percayalah kali ni mesti kau akan suka. Aku bawa kau makan kat…”

“Yakinnya yang saya akan suka makanan kat situ?” aku mencelah.

Adam membuka mulut untuk membalas. Namun seketika kemudian dia menutup mulutnya. Tidak mampu membalas persoalanku. Dia hanya tersenyum, dan kemudiannya mengangkat bahu.
Melihat diam Adam, aku membuka mulutku, “Macam mana kalau Mia yang jemput awak.”

Adam kelihatan tertarik dengan pelawaanku.

“Maksud?”

“Mia nak jemput Encik Adam dengan Rayyan datang rumah. Biar Mia masak untuk korang. Macam mana?” entah dari mana datangnya keberanianku untuk mempelawa Adam. Ketika itu aku tidak terfikir seandainya nenek berfikiran tentang hubungan aku dengan Adam.

Jadi begitulah puncanya Adam akhirnya berada di sini. Lagipun dia ada meminta aku masakkan untuk dia. Salah satu cara mudah untuk menunaikan hajatnya itu kan?

Sesekali aku memerhati mereka yang masih rancak berbual di ruang tamu. Hendak sahaja aku ikut serta perbualan mereka. Tertanya – tanya apa yang menarik sehingga tawa mereka boleh kedengaran hingga ke dapur.

Fokus Mia, kau kena cepat selesaikan masakan ni. Lagi kau berkhayal, lagi lambat siap.
Aku terasa lengan bajuku ditarik lembut oleh seseorang. Aku melihat ada tangan kecil memegang hujung lengan bajuku. Aku memberikan senyuman kecil kepada Rayyan.

“Yer?”

“Rayyan nak tolong cikgu boleh?”

Pantas aku menggelengkan kepala. “Bahaya, cikgu tak boleh bagi.”

“Tapi cikgu mesti penat masak sorang – sorang kan?” tangan kecil Rayyan menyentuh lembut mukaku. Dia mengusap – ngusap dengan lembutnya. Hatiku terasa satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Sayang yang teramat sangat saat melihat si kecil Rayyan menunjukkan prihatinnya kepadaku.

Tanganku mengusap kepala Rayyan, spontan mulutku mencium dahinya. “Cikgu tak penat kalau Rayyan janji habiskan makanan cikgu masak ni.” Segera si kecil tersebut menganggukkan kepalanya. Aku merangkul lembut tubuh kecil tersebut dan memeluknya. Rasa sayangku terhadap kanak – kanak tak pernah hilang. Ini antara punca aku memilih kerjayaku sebagai seorang guru tadika. Jiwaku sememangnya lebih dekat kepada mereka.

“Rayyan,” suara garau dari sisiku menyampuk. “Tak mau kacau cikgu. Jom kita bersembang dengan nenek.” Adam menghulurkan tangannya ke arah Rayyan.

Si kecil Rayyan segera berlari ke arah pak ciknya dan melambaikan kepadaku. Comelnya dia ni.

Okey, fokus balik. Sikit lagi nak siap. Lepas tu tinggal hidang dan makan. Harap – harap makanan aku masak ni kenalah dengan selera mereka. Lauk kampung jer mampu. Tengok dari gaya, aku tahu Adam semestinya penggemar makanan western. Mungkin kerana itu dia membawa aku ke makanan ala barat hari tu.

Berbeza 360 darjah aku dengan Adam.
Selesai menghidang, aku memanggil mereka semua untuk menjamu selera.

“Nenek marah dengan Mia ni.” aku mengangkat muka mendengarnya. Semua jadi berhenti makan kerana menunggu nenek menyambung ucapannya. “Dah lama kenal Adam kenapa tak pernah kenalkan dekat nenek?”

“Lagi – lagi dengan anak murid kamu ni. Comel.” Nenek meyentuh kepala Rayyan yang kembali khusyuk makan.

Rayyan seperti cuba mengotakan janjinya. Dia asyik bertambah makan. Aku jadi gembira melihat dia sebegitu. Terasa dihargai.

“Mia tak ada masa nak kenalkan. Lagipun kita orang pun sibuk dengan kerjaya.” Jelasku.

“Molek sangat kawan kamu ni Mia.” Okey apa maksud nenek ni? “Tambah lagi Adam.”

“Yer nek.” Jawab Adam. Tangannya menyenduk lagi nasi dan lauk – lauk. “Cucu nenek memang pandai masak. Mesti menurun dari neneknya yer?”

“Pandai kamu meneka. Dari kecil dia ni suka berkepit dengan nenek nak belajar masak tau.” Nenek menjelaskan. Aku sekadar mendiamkan diri. Terasa sekadar mahu mendengar perbualan mereka.

“Mia mesti manjakan nek?” sakat Adam. Mataku membulat mendengarnya. Berani dia tanya macam tu depan nenek!

Nenek tertawa. “Sangat.”

Jawapan nenek sememangnya tidak membantu. Aku mengeluh berat. Agak – agaknya mesti banyak rahsia aku terbongkar sepanjang memasak. Apa yang mereka sembangkan agaknya?

“Suatu hari nanti taulah macam mana manjanya Mia ni.”

Adam terbatuk mendengar ayat nenek. Aku mengangkat kepala dan memandang mereka berdua. Apa maksud nenek ni? Sejak bila pula aku manja?

Dengan bangganya aku lebih suka digelar seorang yang berdikari. Aku mampu berdiri atas kaki sendiri selama ni, sememangnya dengan bantuan nenek. Sebab aku tak mungkin boleh berada hingga tahap sekarang ni tanpa nenek.

Tapi manja? Kat mana manja aku? Merepek!

“Suatu hari nanti yer nek.”

Adam memandang aku. Aku menjelingnya geram.

“Jangan asyik nak menjeling sangat, nanti dari mata turun ke hati.”

Kali ini aku memandang nenek geram. Langsung tak mahu menyokong aku pula kali ni. Memang nenek ni suka nak sebelahkan orang luar ke? Geram pula aku jadinya.

“Erghh,” Rayyan merengek. Semua mata berubah ke arah Rayyan. “Cikgu, Rayyan dah kenyang sangat. Tapi nak makan lagi sebab cikgu masak sedap sangat.”

Semua jadi tertawa melihat telatahnya. Aku turut jadi terlupa dengan pertengkaran kecil yang berlaku tadi. Sememangnya Rayyan seumpama orang tengah tanpa dia sedari. Dari suasana dingin menjadi ceria kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience