BAB 2

Romance Completed 2053

Seakan tidak percaya dengan tekaan hati sendiri, aku hampir ketawa. Mana mungkin aku suka dia. Padahal, kami berdua hanyalah senior-junior. Lagipun, hakikat itu diakui sendiri oleh dia.

Entah mengapa, tetapi ingatan ku asyik teringatkan pertemuan petang tadi. Teringatkan suaranya sahaja, sudah cukup untuk membuatkan aku terbang dan jatuh tenggelam di dunia fantasi sendiri.

Oh tidak, Fir! Kau dah semakin parah.

Aku menepuk dahi sendiri. Masih tidak percaya. Aku menggeleng kepala berulang kali. Mata dipejam. Perlahan-lahan, satu wajah yang tidak asing mula terbentuk. Mataku terbuka luas.

Ya Allah, janganlah engkau menguji hamba-Mu ini sebegini rupa. Aku masih ada kerja yang perlu diutamakan sekarang ini.

Cermin mata ku, dibuka dan diletakkan di tepi. Ku raup wajahku sebelum berdoa kepadaNya agar mempermudahkan segalanya untukku pada malam ini.

Baru sahaja hendak menyambung kembali kerja ku, bahu aku ditepuk seseorang. Aku menoleh dengan lambat.

“Runsing nampak, Fir. Kenapa?” Jiji, rakan sekatilku duduk di sebelahku. Fail dan pensilcasenya diletakkan di atas meja. Nampak gayanya yang penat, mungkin dia baru sahaja habis kelas malam.

“Runsing? Mana ada.” Aku berdalih. Dia ni, boleh baca sangat fikiran aku waktu tak diperlukan. Aku membetulkan dudukku supaya menghadapnya.

“Ye ke? Dari tadi aku perhatikan kau, bro. Punyalah tengah syok menulis, then tiba-tiba berhenti. Lepas tu, kau geleng kepala berulang kali. Lepas tu pula, tampar pipi sendiri berkali-kali. Macam orang tak betul pula aku tengok.” Fail berwarna hijau miliknya dibuka dan sehelai kertas dikeluarkan. Dihulurkan kertas itu pada aku. “Nah, aku ambilkan ini untuk kau.”

Tangan kanan menyambut kertas yang dihulurkan. Dahiku berkerut. “Dekat mana kau ambil ni? Lecturer ke yang bagi?” Aku segera membaca isi kandungan kertas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience