Rate

BAB 3 - AYKPS - QIRANA QADRI

Romance Completed 138316

"Qalif fikirkan apa? Termenung teringatkan siapa?"

"Eh, nenek... Takde siapa nek... Saja melihat keindahan alam ciptaan Tuhan..." Nenek melabuhkan punggungnya di bangku kayu bersebelahan Qalif. Bahu Qalif diusap perlahan.

"Apa yang Qalif fikirkan? Qalif teringatkan Qaseh?" Qalif menghela nafas.

"Maafkan Qalif, nek... Qalif..."

"Nenek faham... Sabarlah Qalif... Qalif doa banyak-banyak."

"Qalif tak pernah berhenti berdoa. Qalif rindukan Qaseh. Kalaulah Qalif dapat jumpa Qaseh sebelum dia pergi, tentu Qalif tak kehilangan Qaseh. Haish... Macamanalah keadaan Qaseh sekarang ni, nek? Macamana pelajaran Qaseh? Qaseh ok ke kat luar? Qaseh makan apa?"

"Qalif tak nak pulang ke rumah Qalif?"

"Entahlah nek. Qalif tak terfikir langsung nak jumpa muka-muka manusia hipokrit tu..."

"Tak baik, Qalif cakap macam tu. Macamanapun, itu tetap keluarga Qalif. Mama papa Qalif. Adik-adik Qalif..."

"Ya, nek. Qalif tahu. Tapi, hati Qalif belum mampu nak maafkan dorang. Entahlah nek..."

"Qalif, segala yang berlaku, ada hikmahnya Qalif... Nenek percaya, mama papa tentu dah berubah..."

"Entahlah nek... Qalif tak pasti... Qalif dah tak mampu nak tengok wajah sorang-sorang dalam rumah tu. Hati Qalif sakit sangat."

"Qalif..." Bahu Qalif diusap perlahan.

"Qalif takkan maafkan dorang, selagi Qaseh tak kembali ke rumah tu... Cukuplah, selama ni Qaseh menjadi hamba di rumah sendiri. Qalif tak sanggup nak tengok Qaseh diseksa. Bukan mental aje nek... Tapi mental Qaseh turut terjejas. Dan sebab itulah, Qaseh tinggalkan rumah tu." Nenek masih setia mendengar.

"Sepatutnya, Qalif temankan Qaseh masa hari pendaftaran kemasukan ke universiti... Tapi, Qaseh dah keluar awal dari rumah tu... Qalif dah pergi universiti tu... Tapi..." Qalif menghela nafas berat.

"Entah di manalah Qaseh tidur... Macamanalah Qaseh masa hari pendaftaran tu? Allah..." Sekali lagi Qalif mengeluh.

"Qalif... Nenek tahu Qaseh tu tabah orangnya. Nenek pasti, Qaseh tentu mampu nak harungi hidup sendirian."

"Macamana nenek tahu? Sedangkan selama ini, nenek tak duduk dengan kami..."

"Qalif... Nenek tahu semua yang berlaku dalam rumah tu. Siapa keluarga Qaseh? Siapa mak dan ayah Qaseh... Nenek tahu, nenek kenal sangat."

"Macamana nenek tahu? Maksudnya nenek kenal ibu bapa kandung Qaseh?" Nenek mengangguk perlahan.

"Nenek...?"

"Mama Qaseh tu dulu, pernah duduk dengan nenek sebelum dia sambung belajar kat luar negara."

"Betul ke nenek?"

"Mama Qaseh, Qirana tu, anak Tuan Qadri... Orang paling kaya kat kampung ni dulu... Atok kamu jadi pemandu pada Tuan Qadri. Sampailah, suatu hari tu, kedua orang tua Qirana meninggal dunia disebabkan kemalangan yang dirancang seseorang..."

"Maksud nenek?"

"Ya, Lif... Kematian orang tua Qirana, disebabkan kemalangan yang dirancang."

"Ma... Macamana nenek tahu...?"

"Takpelah, Lif... Satu hari nanti, akan terbongkar juga rahsia ni... Err... Lepas kedua orang tua Qirana meninggal dunia... Atok kamu mendapat wasiat untuk menjaga Qirana dan ada sebahagian wasiat akan diserahkan pada Qirana apabila dia dah mencapai umur 25 tahun..."

"Apa yang berlaku selepas tu, nek?"

"Kat rumah inilah, Qirana... Maaf... Nenek dah biasa panggil Qirana, dengan nama panggilan Ana..." Qalif mengangguk faham.

"Qirana, nenek jaga macam anak nenek sendiri. Kesian Qirana... Umurnya masa tu, baru menjangkau 5 tahun, masa kematian kedua orang tuanya."

"Maksudnya, Aunty Qirana membesar bersama-sama mama?" Nenek mengangguk.

"Tapi, kenapa mama macam tak suka je dengan Aunty Qirana? Maksud Qalif... Qalif perasan, mama macam tak gemar je dengan nama Aunty Qirana, disebut-sebut... Kenapa nek?"

"Maafkan nenek, kalau kata-kata nenek ni menyakitkan hati Qalif..."

"Apa yang nenek cuba nak sampaikan?"

"Nenek harap, Qalif tak salahkan nenek..."

"Nek, apa maksud nenek ni? Qalif tak fahamlah..."

"Mama Qalif tu berkecil hati dengan nenek dan atok sebab lebihkan Aunty Qirana kamu..."

"Kenapa pulak?"

"Aunty Qirana tu sebaya dengan mama kamu dan disebabkan Aunty Qirana dah dibawah jagaan nenek dan atok, jadi kami sekolahkan Aunty Qirana kamu sama-sama dengan mama kamu. Tapi, mama kamu busuk hati dengan Aunty Qirana kamu."

"Kenapa?"

"Aunty Qirana kamu tu bijak... Selalu dapat tempat pertama dalam kelas. Menjadi perhatian para guru... Lagi-lagi sebab Aunty Qirana kamu tu cantik. Sebab tu, mama kamu cemburu..."

'Patutlah, Qaseh bijak... Mama dia bijak pandai...'

"Dari kecil dampai dewasa, mama kamu cemburukan Qirana.... Macam-macam mama kamu buat untuk sakitkan hati Qirana sampaikan Qirana hampir dilanggar kereta selepas ditolak mama kamu ke jalan raya... Nasib baik kereta tu tak laju..."

"Ya Allah... Betul ke nek? Kenapa mama kejam sangat..."

"Susah nenek nak cakap, Lif... Mama kamu tak pernah bersyukur. Selama ini nenek dan arwah atok kamu pelihara dia macam anak kami sendiri... Dari kecil sampai dewasa... Segala kemahuan mama kau, atok cuba penuhi..."

"Nanti! Nenek cakap mama..."

"Ya, Lif... Mama kamu, bukan anak kandung atok, nenek... Atok dan nenek jumpa mama kamu di tepi kandang lembu hujung kampung sana..." Nenek menundukkan kepalanya...

"Nenek dan atok tidak dikurniakan dengan anak... Tapi, Alhamdulillah... Kami tetap bahagia... Sampailah, kami bertemu dengan mama kamu... Hidup kami dilimpahi rezeki hari demi hari. Sayangnya kami pada mama kamu, tak mampu diungkap dengan kata-kata."

"Segalanya berubah apabila kehadiran Qirana dalam keluarga... Mama kamu mula memberontak ketika berumur 12 tahun. Macam-macam yang dia buat semata-mata nak menjauhkan diri Qirana dari kami semua... Dan disebabkan itu, atok menghantar mama kamu masuk asrama dan Qirana kami jaga seperti biasa. Tapi, mama kamu larikan diri dari asrama... Demi menjaga keselamatan Qirana, atok masukkan Qirana ke sekolah berasrama penuh memandangkan dia merupakan pelajar yang bijak pandai..."

"Sampailah meningkat dewasa... Perangai mama kamu masih sama. Busuk hati, dengki... Qirana mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran dan mengikut wasiat... Qirana akan menyambung pelajarannya ke universiti yang telah ditentukan di dalam wasiat."

"Mama?"

"Huh! Budak tu belajar tak pandai, malas... Baru habis belajar, dah gatal nak kahwin... Nasib baik tak jadi dengan si penagih dadah tu..."

"Kemudian nek? Apa yang berlaku?"

"Mama kamu mengamuk sebab atok hantar Qirana belajar ke luar negara... Sedangkan atok hanya mengikut wasiat dan segala perbelanjaan ditanggung oleh sebuah yayasan dibawah nama Yayasan Qadri... Milik keluarga Qirana sendiri..."

"Mama kamu lari dari rumah... Puas atok dan nenek pujuk... Tapi, dia tetap macam tu... Degil dan keras kepalanya tak boleh nak diajar lagi... Nenek dah tak tahu nak cakap apa, sampailah mama kamu kembali dengan perut boyotnya... Dan Qirana kembali ke Malaysia selepas menghabiskan pelajarannya. Sekali lagi mama kamu buat hal..."

"Allahuakhbar... Nenek... Mama mengandung... Mana anak dalam kandungan mama? " Qalif meraup wajahnya...

"Mama kamu gugurkan..."

"Ya, Allah... Apa mama dah buat ni? Qalif tak sangka macam tu sekali perangai mama. Ya Allah... Malunya Qalif, nek... Malu sangat..." Nenek tersenyum kelat.

"Qalif hanya mendengar cerita nenek... Nenek dan atok yang berhadapan dengan tohmahan dan kejian orang kampung, lagilah... Tak tahu mana nak letak muka ni. Qirana pulang dengan niat nak menjemput nenek dan atok ke majlis perkahwinan yang sudah diaturkan dan tertera di dalam wasiat."

"Kahwin? Aunty Qirana kahwin dengan siapa?"

"Sepatutnya, mengikut wasiat, Qirana akan dinikahkan dengan sepupunya sendiri. Tapi, mama kamu... Mama kamu masih dengan perangai busuk hati dan dengkinya... Mama kamu memburukkan Aunty Qirana, kononnya Aunty Qirana dah ditebuk tupai..."

"Ya Allah, mama..." Tergamam Qalif... Begitu kejamnya mama Qalif pada mama Qaseh...

"Jadi, nenek... Jadi ke Aunty Qirana kahwin...?"

"Tak... Dan wasiat ditarik balik dari Aunty Qirana. Segala harta yang ditukarkan ke atas nama Qirana, dimasukkan ke Yayasan Qadri. Tapi, Qirana tetap bersabar... Kesabaran Qirana meletus akhirnya, apabila sepupu yang sepatutnya berkahwin dengan dia, rupanya mengahwini mama kamu..." Melopong mulut Qalif...

"Mama... Allahuakhbar... Maksud nenek... Papa ni sepatutnya... Allah..."

"Ya, Lif... Qirana terlalu sedih. Tapi, Qirana tak macam mama kamu. Dia tetap bersabar... Dan mama kamu duduk di rumah agam, milik Tuan Qadri. Tapi, tak lama... Rahsia mama kamu terbongkar apabila papa kamu, mahukan wasiat yang masih menjadi milik Qirana..."

"Papa? Wasiat?"

"Hurm... Papa kahwin dengan mama kamu sebab dia ingat mama kamu adik Qirana... Bila rahsia dah bocor, wasiat serta-merta ditarik balik. Dan mereka berdua dihalau dari rumah agam tu."

"Tapi, macamana dengan Aunty Qirana?"

"Aunty Qirana kamu mendapat semula wasiat dan dia menjadi pemilik Yayasan Qadri dan Qadri Holding... Papa kamu jadi kejam... Macam-macam dia buat semata-mata mahukan Qadri Holdings... Sehingggalah, Aunty Qirana bertemu jodoh dengan Uncle Eizlan, salah seorang anak pemegang saham di Qadri Holdings... Dan sekali lagi... Qirana menjadi mangsa amukan mama kamu... Mama kamu menuduh Qirana menyebabkan anak dalam kandungannya mati..."

"Mati?"

"Sebenarnya takpun. Mama kamu tak mengandung. Tapi, dia sengaja memfitnah Qirana. Itupun papa kamu yang bagi cadangan bodoh tu..."

"Jadi, betullah mama tak mengandung...? Dan Qalif...?"

"Qalif betul-betul nak tahu siapa Qalif?"

"Nek, apa yang nenek cakap ni? Siapa Qalif ni, nek?" Nenek merapati Qalif. Bahu Qalif diusap perlahan. Cucu yang hadir bukan dari darah dagingnya...

"Qalif... Qalif bukan cucu nenek... Bukan cucu atok.. Tapi, kami sayangkan Qalif macam darah daging kami sendiri."

"Apa nenek cakap ni? Qalif bukan cucu nenek, atok? Jadi, siapa Qalif sebenarnya?" Sekali lagi bahu Qalif diusap. Nenek semakin sebak melihat keadaan Qalif.

"Sebenarnya, Qalif bukan anak kandung mama papa..." Menggeletar tangan Qalif. Tubuh terasa bagaikan mahu jatuh ke bumi. Cepat-cepat Qalif memegang bangku yang didudukinya.

"A... Apa betul ke, nek?"

"Ya, Lif... Nenek minta maaf sebab rahsiakan semua ni... Ini semua demi keselamatan kita semua..."

"Apa maksud nenek? Qalif tak faham... Qalif betul-betul tak faham..."

"Tengku Qalif Qushairi Bin Tengku Qamarul Qhaseef bin Tengku Qadri Qhairullah... Tengku Qaisarah Qamelia binti Tengku Qamal Qashaf..."

"Si... Siapa tu nek? Kenapa nama Qalif..."

"Itu nama Qalif yang sebenarnya..."

"Nama Qalif? Apa yang nenek mengarutkan ni..."

"Qalif sebentar... Nenek akan serahkan sesuatu pada Qalif..." Nenek meninggalkan Qalif yang masih terpinga-pinga. Qalif hanya menurut segala kata nenek. Nenek keluar dari bilik dengan memegang sekeping sampul surat bersais A4.

"Ini untuk Qalif... Rahsia yang selama ini nenek dan atok sembunyikan dari pengetahuan semua... Qalif tengoklah sendiri..."

"Apa ni, nek...?"

"Qalif tengoklah sendiri..." Perlahan-lahan tangan Qalif menyambut huluran sampul surat. Dengan berhati-hati, Qalif mengeluarkan isi dari dalam sampur surat yang diterimanya dari nenek. Melilau mata membaca setiap perkataan yang tertera di atas kertas bersaiz A4 itu.

"Nenek...?" Berulang kali Qalif memandang kertas di tangannya dan wajah nenek. Menggigil tangan Qalif.

"Nenek tahu, Qalif tentu terkejut. Tapi, apa yang nenek dan atok lakukan adalah demi kebaikan Qalif sendiri... Dan nenek rasa, dah tiba masanya Qalif tahu siapa diri Qalif sebenarnya... Siapa keluarga Qalif... Siapa Qaseh sebenarnya?"

"Qaseh? Kenapa Qaseh? Kenapa nenek sebut nama Qaseh?"

"Qalif... Nenek nak Qalif dengar baik-baik. Dengar apa yang nenek nak katakan. Keselamatan Qaseh terletak pada Qalif. Hanya dengan mengahwini Qaseh, Qaseh dapat diselamatkan. Qalif dapat semula segalanya hak Qalif dan Qaseh..."

"Nek... Apa semua ni...? Qalif.. Qalif tak faham..."

"Dengar Qalif... Dengar apa yang nak nenek cakap... Qalif dengan Qaseh sepupu... Qaseh pemegang Yayasan Qadri dan Qadri Holdings... Hanya dengan mengahwini Qaseh, semua wasiat akan jatuh ke tangan Qaseh dan bukan orang lain."

"Nek, Qalif peninglah... Qalif betul-betul tak faham..."

"Cari Qaseh... Sebelum Qaseh jatuh ke tangan orang lain. Mama dan papa Qaseh tak tahu rahsia wasiat ni... Mama papa Qalif juga tak tahu yang Qalif ni anak mereka..."

"Maksud nenek?"

"Anak Shamiza dan Qaider meninggal dunia ketika dilahirkan dan Shamiza tidak sedarkan diri akibat komplikasi yang dia hadapi selama sebulan dan selama sebulan jugaklah, neneklah yang menjaga mama Shamiza kamu dan kebetulan juga ibu bapa kandung Qalif meminta atok dan nenek menyelamatkan Qalif."

"Selamatkan Qalif dari siapa?" Nenek serba-salah nak cakap... Tapi, kebenaran perlu didedahkan. Nenek tak sanggup nak melihat sandiwara Shamiza dan Qaider. manusia tamak haloba. Kerana harta benda, mereka sanggup

"Papa Qaider kamu..."

"Hah? Papa? Kenapa?"

"Wasiat..."

"Ya Allah... Kenapa? Allahuakhbar..."

"Maafkan nenek, Lif... Nenek dah janji dengan arwah atok kamu... Nenek perlu pulangkan hak Qalif dan Qaseh..."

"Nenek..."

"Ya, cu..."

"Maafkan Qalif... Maafkan Qalif sebab dah susahkan nenek dan arwah atok... Qalif janji, Qalif akan cari Qaseh sampai dapat... Qalif janji akan selamatkan Qaseh. Jaga Qaseh... Nenek doakan Qalif, ya..."

"In shaa Allah, setiap doa nenek tak pernah lekang nama Qaseh, Qalif, mama dan papa kamu..."

"Terima kasih nenek sebab dah banyak berkorban untuk Qalif... Untuk Qaseh... Walaupun kami bukan darah daging nenek..."

"Jangan cakap macam tu, Qalif... Nenek dan arwah atok sayangkan Qalif... Qaseh... Kami tak pernah membeza-bezakan cucu-cucu kami... In shaa Allah..."

"Terima kasih, nek... Qalif terhutang budi pada nenek dan arwah atok." Nenek melebarkan senyuman.

"Tapi, Qalif tak tahu mana nak cari Qaseh, nek..."

"Qalif tak cuba cari dia kat tempat dia belajar?"

"Dah nek! Tapi, takde siapa tahu kat mana Qaseh sekarang ni..."

"Maksud Qalif?"

"Qaseh dah tak duduk dalam asrama... Dia duduk kat rumah sewa dengan kekawan dia."

"Qalif tak tanya kekawan Qaseh? Kot-kot dorang tahu pasal Qaseh?"

"Dah, nek... Banyak kali dah... Sampai Qalif terpaksa tunggu kekawan Qaseh kat pondok pengawal keselamatan, tanya seorang demi seorang. Dan semua cakap tak kenal... Qalif nak cakap macamana lagi..."

"Mungkin nama, dorang tak tahu... Macamana kalau Qalif tunjukkan gambar Qaseh? Nenek yakin, mesti ada seorang dua yang kenal..

"Ya Allah, nenek! Macamana Qalif boleh tak terfikir semua benda tu? Thank you nenek... Thank you... Qalif ingat nak ke Penang, esok..." Qalif mencium pipi nenek kiri dan kanan. Tersenyum lebar nenek melihat keceriaan di wajah cucunya. Qalif dah terlalu banyak menderita dan tiba masanya Qalif merasai apa itu bahagia dan nenek tahu, perasaan Qalif pada Qaseh.

"Yelah. Tapi, hati-hati... Jangan sampai terbawak-bawak perasaan tu... Ingat! Qaseh tak tahu kisah sebenar. Qalif kena mainkan peranan...!"

"Baik, nenek. Qalif janji..." Sambil melangkah masuk ke rumah...

"Qalif! Kandang macamana? Kolam kamu...?"

"Nanti, Qalif minta tolong dengan paksu...!" Laung Qalif dari dalam rumah. Tergeleng-geleng kepala nenek.

"Moga ada sinar bahagia buat cucu nenek..." Nenek bermonolog seorang diri. Nenek tahu apa yang berlaku pada Qalif. Nenek tahu segala cerita yang berlaku. Siapa Qaseh dan kenapa Qalif dibuang keluarganya sendiri.

New chapter updated... Enjoy reading... Rahsia Qalif, Qaseh dan Qirana terbongkar sudah... Apa yang akan berlaku selepas ini... Nantikan chapter baru di episod akan datang... Follow Nurul di Ig Nurul_MataPena78...

Share this novel

Anisa Prayet Anis
2022-06-06 08:26:42 

mcmne nk tebus coint. dh byr online


NovelPlus Premium

The best ads free experience