22

Short Story Completed 49967

Perut sudah kenyang, tunggu apa lagi? Tidurlah...

Amboi, senang hidup aku kan? Makan tidur je sekarang. Usai sahaja makan, aku dan Farish terus menuju menaiki anak tangga tanpa ke tempat lain lagi.

Kami berdua jalan sambil berpimpingan tangan. Sangat manis! Sesekali dia memandang ke arahku, dan aku memandang ke arahnya sambil tersenyum kelat.

Entah kenapa, aku jadi semakin sayang kepadanya.

Pintu kamar dibuka oleh Farish lalu dia menyuruhku untuk masuk dahulu. Aku ikut sahaja arahannya itu.

Aku merebahkan tubuhku di atas tilam empuk secara menelentang. Mataku dipejamkan lembut.

Bau aroma bunga ros segar memenuhi ruangan bilik ini membuatkan aku terasa lebih aman. Rasa seperti di spa dan sedang melakukan terapi minda.

Tak semena-mena bahagian belakang badanku terasa hangat dan sedikit berat. Aku menoleh sedikit ke kiri.

Rupanya Farish sedang menindih tuduhku dari belakang dengan lembut sekali. Ahh, terasa amat selesa.

"Sayang... I love you." Bisiknya pada cuping telingaku.

Tiba-tiba jantungku berdegup pantas dan nafasku mula naik turun. Aduh, perasaan apakah ini!

"You sayangkan I tak?" Ucapnya dengan nada romantis kepadaku.

Aku terdiam sesaat. Aku berfikir.

"I tanya you ni, you sayangkan I tak?" Soal Farish Mikael kepadaku lagi sambil tersenyum tajam dalam keadaan samar-samar cahaya.

"Sayang..." Balasku lancar. Tak semena-mena aku menolehkan wajahku ke arahnya dia turut terkesima dan menolong aku untuk beralih arah untuk memandangnya.

Kini kami berpandangan mata, dengan rakus aku mencium bibirnya. Farish turut membalas ciumanku itu. Aku memegang kepalanya dari belakang supaya dia dapat menciumku dengan lebih dalam serta bermain lidah dengan manja. Di samping itu, aku mengusap rambutnya dengan manja sekali. Dia pula mengunci tubuhku dengan pelukkan hangatnya.

Aku mendesah kegersangan... Bersedia untuk aksi seterusnya walau tanpa dipinta oleh Farish Mikael...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience