Fauzi memerhati kereta Razak meninggalkan Vila Besar setelah membantunya bersama Apek memapah Danish ke bilik. Setelah kereta Razak hilang dari pandangan Fauzi mengalihkan tumpuan kepada Danish.
Dia teragak-agak hendak menghampiri Danish kerana Danish berbau lain macam. Satu bau yang tidak pernah dia bau sebelum ini. Setahu dia ini bukan bau minuman keras dan Danish tidak suka minuman keras. Tapi, bagaimana perkara ini berlaku. Pening Fauzi.
Ditepuk kuat tubuh Danish. Dia tidak mampu memanggil nama Danish kerana suaranya masih tidak kembali lagi.
“Er… er… “ Danish mengeliat. Matanya terbuka sikit, suasana suram tapi dia boleh merasakan seseorang di hadapannya.
“Fauzi?” tanya Danish meminta kepastian. Matanya kabur tapi dia masih dapat menangkap anggukkan dari Fauzi. Danish cuba bangun mendapatkan tubuh dihadapannya, malang tubuhnya lemah. Diraba tangan mencari tangan Fauzi, terus ditarik kasar menyebabkan Fauzi jatuh terbaring atas katil.
“Stay… “ beritahu Danish.
“Stay… “ bisik Danish lagi sekali apabila merasakan Fauzi cuba merenggangkan rangkulannya
Mereka berdua terbaring diatas katil yang sama. Danish merangkul pinggang Fauzi dari belakang, kuat, kemas agar Fauzi tidak lari darinya malam ini. Kepalanya dilentuk betul di belakang leher Fauzi menyebabkan Fauzi terasa panas disitu apabila Danish menghembuskan nafasnya.
Lain pula bagi Fauzi, dia kaget. Dia tahu ini bukan pertama kali Danish memeluknya dalam tidur. Bertahun mereka berkongsi katil. Terakhir rasanya semasa dikolej. Permulaannya dia tidak boleh tidur kerana bau badan Danish tapi dia sangat mengantuk. Akhir mereka berdua tidur hingga ke pagi.
----------------------------------------------------
Danish terjaga dari tidur apabila terasa terik matahari betul-betul jatuh mengenai belakang badannya. Panas dan bahang. Dia membuka mata tapi tidak seperti biasa, matanya terbeliak luas. Fauzi bersama dia, dalam pelukkan dia dan masih tidur lagi. Perlahan-lahan Danish melepaskan pelukkannya lalu duduk dihujung katil. Dia kusut.
‘Fauzi?... macamana Fauzi disini?...’ monolog Danish. Dia mendongok mencari jam dinding. Pukul 12 tengah hari.
Danish cuba mengingati kejadian malam tadi. Kosong. Dia tidak ingat apa-apa. Ditenung semula Fauzi yang masih nyenyak tidur. Tidak bergerak. Deep sleep.
Danish bangun mencari tuala terus ke bilik air untuk mandi, bau badan teramat meloyakan. Danish membiarkan air mengalir membasahi tubuhnya. Dia masih memikirkan bagaimana Fauzi boleh bersamanya seingatnya dia ‘arah’ Fauzi ‘lenyap’ untuk seminggu. Dia fikir dan fikir.
‘Suara lelaki!’ Danish teringat akan sesuatu.
Pantas dia keluar dari bilik air tanpa mengelap walau setitis air hanya berbalutkan tuala menutup apa yang patut sahaja. Tangan kanannya kasar menolak Fauzi yang sedang tidur. Sebaik sahaja Fauzi membuka mata Danish terus mencekik leher milik Fauzi tanpa belas kasihan. Gulp!
“Siapa lelaki semalam?!” soal Danish bengang.
“Siapa tuan baru kau?!” soal Danish bengang lagi. Air dari rambut Danish menitis keatas muka Fauzi. Muka mereka terlalu dekat.
Belum sempat Fauzi menjawab kerana terkejut dengan tingkah Danish, daun pintu bilik Danish terbuka luas. Kelihatan Tuan Danial dan Cik Muda Zett berdiri tanpa kata melihat adegan didepan mata mereka.
--------------------------------------
“Danish?!” Tuan Danial sedikit menjerit. Zett terdiam terus, tiada kata yang keluar.
Danish melepaskan tanganya dari leher Fauzi, nampak bekas merah disitu. Fauzi mula menarik nafas dalam. Dia terbatuk beberapa kali seperti baru mendapat udara. Matanya bertembung dengan mata Tuan Danial.
“Fauzi meet me now!... Zett, Dad rasa you tunggu dibawah.” arah Tuan Danial dan dia terus berlalu menuju ke bilik bacaan. Zett juga mengundurkan diri menuruni anak tangga bertemu dengan Puan Demi di ruang tamu.
Fauzi menolak badan Danish yang masih basah menyebabkan tangannya turut basah. Dia bangun tanpa kata, dia keliru. Apa jenis perasaan yang perlu dia pamerkan sekarang, sedih?, terkejut?, geram?, bengang?. Dia baru sahaja terjaga dan masih tidak terurus. Terjaga kerana dicekik. Sebelum dia keluar dari bilik Danish, Danish memesan sesuatu.
“Fauzi, I’m still your master. A pet protect his master. Remember, you… a pet… apa yang engkau suarakan ke daddy akan tentukan status engkau dalam family ni!”
Meremang Fauzi mendengar ugutan Danish. Terasa betul menusuk ke tulang. Bagaimana dia hendak suarakan sedangkan dia tak ada suara. Sakit kepala Fauzi.
-------------------------------------------
Zett berjalan tanpa melihat apa di laluannya, hampir sahaja dia terjatuh dari tangga, tapi sempat dia memegang dinding. Dalam benaknya bermain macam-macam pertanyaan dan jawapan. Wajah Puan Demi muncul dalam penglihatannya.
“Dah jumpa Danish belum?” soal Puan Demi sambil tersenyum. Dia amat berminat dengan Zett, terutama bakal menantunya nanti.
Zett hanya mengangguk. Mukanya masih tidak percaya.
“Mum… Danish… cekik Fauzi… is Danish OK?” soal Zett tanpa lapik.
“Hmm?... err… its normal. Mungkin diorang gaduh. “ teragak Puan Demi menjawab soalan Zett. Dalam diam Puan Demi juga terkejut dengan berita itu.
“Mum, Zett… “ panggil Danish dari belakang. Kelihatan dia sudah berbaju lengkap.
-------------------------------------
Fauzi menghampiri Tuan Danial yang berdiri gah ditengah-tengah bilik bacaan setelah dijemput masuk.
“Apek beritahu I semalam kamu balik dua kereta. Kereta siapa lagi satu tu?” soal Tuan Danial.
“Ka… ka.. “ Fauzi cuba bersuara.
“SPEAK!! “ lantang Tuan Danial.
“Kawan!... “ akhirnya Fauzi bersuara. Dia amat terkejut dengan sergahan Tuan Danial.
“Beware Fauzi… friends are enemy… master is master “ Tuan Danial cuba mengajar Fauzi.
Terniang kenyataan Danish sebentar tadi ‘I’m still your master. A pet protect his master. Remember, you… a pet… apa yang engkau suarakan ke daddy akan tentukan status engkau dalam family ni’
“Dan… kenapa Danish bengang tadi?” soal Tuan Danial.
“Sebab saya tidur atas katil Tuan Muda tanpa izin” solid. bohong Fauzi.
“Betul?... “ pelik Tuan Danial. Setahu dia Danish lagi suka tidur bersama Fauzi sejak mereka membawa pulang Fauzi ke vila.
Ajaib!
“Ya Tuan Danial… “ Fauzi tegas dengan jawapannya.
“Its good news Fauzi. Danish should learn how to separate from you demi perkahwinannya” Tuan Danial merasa gembira dengan pengakuan Fauzi. Sedikit pun dia tak syak apa-apa.
“Macamana dengan wedding plan?”
“Tuan Muda dia kata dia akan diskus dengan Tuan dan Puan hari ini” beritahu Fauzi lagi.
“Patutlah Zett datang rumah… “ bebel Tuan Danial seorang diri.
“Good.. you can go Fauzi”
“Tuan… boleh saya minta 3 hari untuk rehat” Fauzi berhati-hati meminta.
“Of course can Fauzi. Danish perlu belajar… bermula dengan awak dulu… you can go”
Fauzi tidak keluar melalui pintu utama Vila Besar. Sebaliknya dia keluar mengikut pintu belakang. Dia merasa tidak terurus. Sungguh kusut. Dia tidak mahu bertembung dengan sesiapa pun. Terutama Danish.
--------------------------------------------
SEHARI BERLALU… Danish tidak nampak kelibat Fauzi. ‘Danish perlu belajar’
--------------------------------------------
DUA HARI BERLALU… Fauzi mengelak bertembung dengan Danish. ‘Danish perlu belajar’
--------------------------------------------
TIGA HARI BERLALU… Fauzi tidak mencari Danish. Danish tidak mencari Fauzi. ‘Danish perlu belajar’
--------------------------------------------
HARI SETERUSNYA
“Diana, mana Fauzi?... ” soal Danish
“Dalam bilik Tuan Danial… tadi baru ja naik lif… dah lama saya tak jumpa dia. Katanya ambil cuti 3 hari“
“Cuti ke honeymoon” perli Danish. Apa yang keluar dari mulutnya tidak sama dengan apa dilakukan oleh badannya. Langkahnya cepat menuju ke lif. Butang 10 segera ditekan. Keinginan dia bertemu dengan Fauzi melonjak.
Sampai sahaja di hadapan pintu pejabat Tuan Danial, tanpa sebarang tanda Danish meluru masuk. Kelihatan tiga orang lelaki duduk diatas sofa, Tuan Danial, Fauzi dan seorang muka baru, muda. Tiga pasang mata tertumpu kearah Danish.
“Danish?... kenapa?” soal Tuan Danial.
“Err… nothing… I want Fauzi… “
“Tak boleh Danish, dad ada kerja untuk Fauzi… belikan wedding gift kamu… “
“Wedding gift?... “ tanya Danish pelik.
“Ya… hari tu kan dah bincang dengan Zett… nak buat majlis pre-wedding dulu… dad tunggu kamu tiga hari, satu benda pun tak beli. Sebab tu dad panggil Fauzi. He know your taste, so tak perlu risau. Dad dah bagi semua senarai barang yang dia perlu beli. So, Danish just prepare yourself for pre-wedding ceremony nanti.” terang Tuan Danial sambil menghulur senarai barang yang perlu dibeli oleh Fauzi.
Danish kaget. Fauzi dan lelaki muda berlalu melepasi Danish tanpa kata.
“Danish come here, dad nak diskus mengenai export process ni… nak pilih Syarikat Airil or Puan Yuan?” panggil Tuan Danial dari sofa.
“Fauzi… esok jangan lupa dapatkan semua list guest… esok Zett akan datang rumah” pesan Tuan Danial sebelum Fauzi menutup pintu pejabatnya.
------------------------------------------
Fauzi beriringan dengan lelaki muda keluar dari kedai jam. Mereka sekarang berada di shopping mall membeli segala barang dalam senarai yang baru sahaja diberi oleh Tuan Danial.
“Matahari, Nama engkau panjang sangat nak di panggil. Pendek boleh tak?” tanya Fauzi kepada lelaki muda yang mengikut dia, mereka berjalan beriringan.
“Saya pun tak tahu.. He” balas Matahari.
“Matahari… Mata?... Hari?... tak sesuai… susah betul… Matahari pun Matahari lah nama kau” Fauzi cuba memikir tapi bila diberi nickname sedikit lawak.
“Abang Fauzi… ajar semua tau sebelum abang fly… “ beritahu Matahari.
“Mesti… jangan risau. Danish walau pun nampak susah nak dilayan tapi semua engkau boleh lakukan. “ jawab Fauzi.
“Ada tiga bulan ja nak belajar ni. Tiga bulan tak sama dengan ilmu Abang Fauzi 20 tahun” jelas Matahari membuat perbandingan. Mulai hari ini semua mengenai Danish akan menjadi tanggungjawab dia kerana Tuan Danial berniat untuk menghantar Fauzi sambung belajar di luar negara.
“Haha… cara cepat nak belajar. Kamu perhatikan sahaja kelakuan abang. Belajar dengan melihat live.” pesan Fauzi seperti memberi tips untuk menjawab ujian.
“Before that, ini phone abang. Kamu ambil. Nombor phone ni sahaja Danish tahu. Ish jangan risau, phone ni dual sim card. Abang dah ambil sim card kedua masuk dalam phone baru abang. Dulu abang guna dua nombor, satu khas untuk Tuan Muda. “ jelas Fauzi apabila melihat Matahari mengerutkan dahinya.
“Jom pergi kedai emas pula” ajak Fauzi. Tapi langkah mereka berdua mati apabila handphone di tangan Matahari berbunyi.
“Tuan Muda… “
“Angkat lah… “ beritahu Fauzi. Matahari menjawab panggilan Danish.
------------------------------------------
Danish bengang. Mengamuk dia dengan Tuan Danial. Membuat keputusan tanpa memberitahunya. Dia akan berpisah dengan Fauzi, bertahun lama. Matanya melilau mencari Fauzi di setiap kedai emas. Sampai disatu kedai dia mengecam satu susuk tubuh, itu Fauzi.
Dia berlari mendapatkan Fauzi, pantas dan kasar tangannya memusing bahu Fauzi menyebabkan Fauzi tersandar pada dinding, sakit seperti terhantuk tulang bahunya. Tanpa belas kasihan leher Fauzi diterkam. Matahari yang melihat adegan dihadapannya terkedu, hilang bicara. Cepat sahaja berlaku.
“Explain!... sambung belajar. Are you kidding me?” soal Danish garang. Fauzi memegang tangan Danish yang mencekik lehernya dengan dua-dua belah tangan, tapi Danish tidak peduli diperkemaskan lagi genggamannya.
“Danish, you told me.. huk... a pet protect his master… huk… this is my way to protect you and my place in this family” balas Fauzi sekejap batuk sekejap tidak.
“Protect konon. Kenapa mesti luar negara. Seberang… Pulau… pun ada tempat belajar… “ sinis Danish. Tangannya masih dileher Fauzi. Tajam kuku seperti menusuk-nusuk kulit Fauzi. Fauzi masih cuba melonggar tangan Danish dari lehernya.
“Did i have my right, Danish?... a cat meow, a dog bark, me just play my role. I will try my best, loyal to my master… “ balas Fauzi. Matanya tak berkelip langsung apabila menjawab soalan Danish. Danish termakan kata. Tajam jawapan Fauzi.
Pelayan disitu juga kaget. Salah seorang dari mereka cuba memberanikan diri untuk menenangkan keadaan.
“Sir… ini public. Jangan buat hal disini… kami ada guard… “ jelas pelayan disitu.
Danish memandang sekeliling. Semua mata kearah mereka. Nasiblah kedai ini tak ramai pelanggan lagi.
“Fine… lets shop!” marah Danish. Ditarik Fauzi ke satu kawasan pameran cincin. Di ambil beberapa cincin kemudian dicuba sarung pada jari Fauzi sehinggalah jumpa yang padan dan melekat kemas.
“Bungkus yang ini!... then kemana lagi Fauzi?” arah Danish kepada pelayan dihadapannya kemudian menanyakan soalan kepada Fauzi. Tangan Fauzi masih tidak dilepaskan.
“Pre-wedding Suit… “
-------------------------------------------
Matahari memakir kereta dihadapan Vila Besar. Kepulangannya disambut baik oleh Amoi dan beberapa maid. Hadiah-hadiah dibawa keluar dari kereta. Fauzi tidak bersama dia, sebaliknya bersama Danish. Sebenarnya dirinya ditinggalkan keseorang di mall. Melalui pemerhatiannya Danish betul-betul bengang dengan Fauzi.
Baginya segala peristiwa yang berlaku Di mall amat diluar jangkaannya. Hari pertama dia bekerja sudah macam-macam perkara tak masuk akal berlaku dihadapannya. Dia mula mengira apakah nasibnya nanti apabila Fauzi tiada. Mampukah dia melayan kerenah luar biasa Tuan Muda Danish.
Selesai sahaja kerja Matahari menyimpan kereta di garaj. Kemudian berjalan kaki menuju ke Vila Kecil. Dia akan kongsi vila ini bersama Fauzi selama 3 bulan. Diliihat jam didinding, pukul 9 malam. Dilihat bilik Fauzi kosong, seperti tidak bertuan. Dia mula mengemas barang miliknya didalam almari.
-------------------------------------------------
Fauzi dan Danish berdua dalam kereta. Fauzi memandu dengan senyap. Sebenarnya dia terasa sakit dibahagian lehernya. Jika bercakap akan terasa sengat disitu. Mungkin kerena dua kali tercekik menyebabkan rasa trauma dilehernya tidak hilang. Dia tidak berani memandang Danish disebelahnya. Dia teragak-agak hendak bertanya, kemana perlu dia membawa Danish sebenarnya.
“Tuan Muda… nak kemana sebenarnya?” soal Fauzi memberanikan diri.
Danish diam. Dia tidak mahu membalas pertanyaan Fauzi.
“Tuan Muda?” panggil Fauzi lagi. Danish diam lagi. Seperti merajuk.
“Tuan Muda…nak supper ke?” Fauzi cuba cara lain. Masih tidak ada jawapan, sebalik Danish mengeluarkan handphone lalu mendail satu nombor.
“Emely… I miss you… ok… jumpa sana… “
“Stop here… I need car. You can go home… “ arah Danish kepada Fauzi. Sedikit pun dia tidak melihat wajah Fauzi.
Fauzi memberhentikan kereta disebuah warung burger. Fauzi turun, Danish juga turun dan terus mengambil tempat memandu. Dihidupkan enjin kereta dan memandu terus tanpa menghiraukan Fauzi yang terkandas entah dimana.
Fauzi mengeluh. Dilihat jam ditangan, pukul 11 malam. 2 jam dia memandu tanpa arah akhirnya ditinggalkan dimana pun dia tak tahu.
“Abang Fauzi…” seorang menegur dia dari belakang.
“Adam?... “Fauzi terkejut dan terasa pelik. Jauh dari jangkaan akan bertemu Adam disini.
--------------------------------------------------
Emely sudah menempah bilik untuk Danish di kelab malam. ‘Pemutih’ juga dia tidak dilupakan. Seseorang mengetuk bilik menandakan Danish sudah sampai. Emely segera membuka pintu. Tanpa membuang masa Danish terus meluru masuk direbah diatas sofa. Dipandang syiling, niatnya hendak melepaskan rasa geram, kusut, bengang malam ini.
“Danish… don’t sleep, malam masih muda lagi… “ pujuk Emely sambil memberi air yang sudah diisi dengan ‘pemutih’.
Danish bangun tanpa syak dia terus sahaja minum air yang diberi oleh Emely. Minum dan minum. Sehinggalah dia hilang kewarasan. Emely disisi tanpa henti memberi minuman kepada Danish.
“Danish you ada problem ke?” Emely cuba memujuk.
“Yaaa… I… Fauzi… arghhh… “ balas Danish tersekat-sekat.
“Fauzi… why?”
“He leave … leave.. Tinggalkan I… “
“Apa hubungan you dengan Fauzi?” Emely cuba mengorek.
“My… my pet… everything… my life… everything” mengaku Danish. Akhirnya dia tidak sedarkan diri. Tapi mulutnya masih membebel perkara yang tidak dapat difahami lagi.
Bagi Emely pula dia amat teruja dengan info yang baru sahaja dia terima. Baru dia tahu kenapa ‘chairwoman’ mahukan dia memerhatikan Danish. Mencari kelemahan Danish.
Segala perbualannya sebentar tadi sudah dirakam dan handphone Danish yang hilang tempoh hari berada dalam simpanannya. Mana tahu satu hari ‘chairwoman’ akan naikkan status dirinya. Emely tersenyum seorang diri, kali ini memang dia mendapat tangkapan besar. Segala trick yang dia belajar sejak bekerja disini sudah digunakan keatas Danish.
----------------------------------------------------
Matahari memandang handphonenya, tertera nama Tuan Muda Danish diskrin. Dia teragak hendak angkat. Tapi dikuatkan semangat juga. Nak tak nak mulai hari ini dia akan mengadap Danish setiap hari.
“Hello… Tuan Muda… “
“Yarghhh!!... Fauzi mana?... mana?... engkau siapa?” marah Danish dihujung panggilan.
“Fauzi tak balik lagi Tuan Muda”
“Bohong… dia sebelah kau kan?... engkau tidur dengan dia kan?” balas Danish tajam.
Belum sempat Matahari menghabiskan kata. Daun pintu bilik terbuka. Kelihatan tubuh Fauzi dihadapannya.
“Engkau nak tidur sini ke?” soal Fauzi.
Pertanyaan Fauzi kepada Matahari didengari oleh Danish dihujung talian.
“Yarghhhh… Fauzi… how dare you!... aku ajar kau malam ni!” jerit Danish.
Tut… tut…
Selang beberapa minit Fauzi menerima panggilan dari Puan Yuan menyatakan Danish tidak sedarkan diri di bus stop yang sama.
------------------------------------------
Diandra memerhati kakaknya bersiap-siap cantik dan seksi dihadapan cermin. Hendak kemana pagi-pagi subuh ni. Diandra menghampiri kakaknya.
“Kak… nak pergi mana?”
“Kumpul duit Diandra…”
“Kak… sudah la kikis duit orang… “ nasihat Diandra. Walaupun dia tidak suka dengan cara kakaknya mencari duit tapi dia tidak pernah membenci kakaknya. Kerana dia tahu kakaknya berkorban banyak untuk keluarga ini.
“Akak tak kikis… akak ugut sahaja…”
“Siapa pula kali ni… “
“Zett… “ beritahu Emely tanpa rahsia. Dia tidak takut pun kalau Diandra mengetahui hal buruk tentang dirinya kerana Diandra memang tiada kuasa atau sememangnya tidak mampu untuk menghalang dirinya melakukan apa-apa. Paling kurang dia akan mendengar Diandra membebel memberi nasihat.
“Siapa Zett?” soal Diandra ingin tahu.
“Tunang Danish… engkau kenal Danish?”
“Tak.. “ bohong Diandra. Dalam diam Diandra mula memikir hendak bertemu dengan Fauzi memberitahu rencana kakaknya.
----------------------------------------------
Danish bangun dari tidurnya. Kepalanya sakit berdenyut. Badannya berbau pelik membuat dirinya terasa loya. Dia bangkit dari pembaringan. Kelihatan dirinya tidak berbaju. Seingat dia semalam dia bersama Emely. Bagaimana dia boleh pulang rumah. Dia memerah otaknya untuk mengingati peristiwa semalam. Argh, sakit.
Danish bangun perlahan dari katil. Tuala dicapai terus ke tandas untuk membersihkan diri. Dibiarkan air mengalir keseluruh tubuhnya. Sedangkan otaknya bekerja keras menyusun segala peristiwa malam tadi.
‘Suara lelaki?... Fauzi sleeping with lelaki lain!’ teringat Danish perbualan telefon dia malam tadi.
Tanpa lengahkan masa dia keluar dari bilik air hanya berkain tuala sahaja. Langkahnya pantas menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Kelihatan Amoi sedang menyediakan makanan.
“Amboi!... Tuan Muda pakai baju dulu…” terkejut Amoi melihat Danish tidak berpakaian lengkap.
“Fauzi mana Amoi?” tanya Danish.
“Garaj… dia jemput… “ belum sempat Amoi menghabiskan kata Danish melangkah laju keluar dari vila menuju ke garaj.
Kelihatan tubuh Fauzi sedang keluar dari perut kereta dari tempat pemandu. Di tangkap Fauzi kasar, menyebabkan Fauzi menyandar dibonet belakang kereta.
“Tuan Muda?” terkejut Fauzi.
“Is any man can sleep with you?” tanya Danish dalam.
“Tuan Muda kenapa ni?” Fauzi cuba mencari punca. Dia cuba melonggarkan gengaman Danish pada kolar bajunya. Tidak berjaya.
“Tuan Muda lepas lah… “ rayu Fauzi.
“Hell!... engkau tak belajar ke dari kesilapan dulu” balas Danish garang.
“Tuan Muda please.. “ rayu Fauzi lagi.
“Any man can do… aku boleh tak?” soal Danish
“Apa ni Tuan Muda… kenapa?” tanya Fauzi takut.
“Fine… no answer… let try now!”
Tanpa malu Danish mengoyak kolar baju Danish. Fauzi terkejut, matanya tidak percaya. Dia pantas dan menggunakan seluruh tenaga melawan tangan kasar Danish yang cuba mengoyak sebelah lagi kolar bajunya. Danish bergelut dengan Fauzi tanpa belas kasihan. Tepisan dari Fauzi membuatkan dia membara lagi. Tanpa belas kasihan tangan kanannya mencekik leher Fauzi. Tangan kiri cuba menarik baju Fauzi.
“Danish… oh my god…” satu suara tegur dari sebelah mereka.
“Zett… “
Share this novel