Bab 18

Romance Series 59136

Bab 18

Masuk ni, sudah hampir seminggu Syafik bertapa di rumahku. Selama seminggu juga aku perhatikan gelagatnya, mahu melihat perubahan apa lagi yang berlaku dalam diri Syafik. Satu per satu yang aku lihat hampir 360 darjah berbeza dari dirinya yang dahulu.

Dia bangun awal, menolong masak di dapur, membasuh pakaian dia sendiri, dan pandai menguruskan Irfan. Aku sendiri terkaku melihat perubahan Syafik.

Namun, selama seminggu juga Syafik masih tidak membuka suara menyatakan hasratnya datang ke mari. Aku jadi curiga dengan Syafik. Apa niat yang dia cuba sembunyikan.

Sedang aku asyik memerhatikan Syafik, bahuku ditepuk dari belakang. aku tersentak kerana terkejut. Nenek ni perlu ke buat aku terkejut macam tu. Nasib tak melatah, kalau tak kantoi aku tengok si Syafik dari tadi.

“Pandang apa tu?” tanya nenek.

Aku memuncungkan ke arah Syafik yang sedang memberikan anaknya susu. Kesian, kecil – kecil lagi terpaksa belajar minum susu formula. Sedangkan khasiat susu ibu sangat penting untuk bayi seperti Irfan. Tapi siapa aku nak melatah bab ni. Mama si Irfan patutnya tahu sendiri, bukan dengan rela serahkan anak dia.

“Pandai Syafik jaga anak dia.”

Pujian nenek tidak dapat aku nafikan. Hampir seminggu memerhati, Syafik hanya meminta tolong jagakan ketika dia mahu mandi, ke tandas dan solat sahaja. Selebihnya dia uruskan sendiri. Aku jadi kagum melihat dia dalam diam.

“Mia,” aku meloleh nenek. “Orang kata, bila sesuatu yang besar muncul atau terjadi dalam hidup kita, benda tu yang mengubah seseorang. Sama ada menjadi lebih baik ataupun sebaliknya. Tapi semestinya perubahan tersebut sebab kehendak sendiri.”

Ayat nenek dapat aku tangkap maksudnya. Dia mahu mengatakan si Syafik. Semenjak munculnya Irfan dalam hidup, Syafik berubah. Itu satu perkara yang aku tak dapat sangkal.

“Tapi nek, tak mungkin dalam masa singkat seseorang tu boleh berubah.”

Nenek menjeling aku. Tiba – tiba aku teringat kisah silamku. Aku menggigit bibir, aku merepek apa ni? Manusia boleh berubah, dan takkan pernah kekal sama. Buktinya si Daniel.
Aku meneluh berat. Mungkin jelingan nenek mahu memberitahu tentang seseorng yang berubah dalam hidupku. Tapi aku tak rasa dia berubah. Daniel sememangnya dari awal tidak menyukai diriku. Hanya sekadar kawan.

Menjawab jelingan nenek tersebut, aku hanya sekadar mengangguk. Tidak mampu berkata lebih. Sememangnya nenek selalu betul dalam perkara sebegini.

“Nek, kejap lagi Mia nak keluar. Adam ajak jalan.”
Dia tersenyum mengusik. Terasa panas pipiku apabila disakat walaupun dari senyuman. Aku tahu apa yang nenek fikirkan. Ish!

“Nenek!”

“Apa?” nenek tertawa apabila tahu dia berjaya mengenakan aku. Geram pula aku jadinya. Sengaja betul nenek ni. Dah tahu aku malu kalau kena sakat macam tu, lagi dia buat. “Tapi nenek berkenan sangat dengan budak Adam tu. Baik orangnya. Kalau dia ajak kahwin, laju setuju tau. Jangan tangguh. Orang macam tu tak datang bergolek.”

Aku menggeleng mendengar ucapan nenek. Ada – ada saja nenek aku ni. Jauh dia fikir, sedangkan aku sendiri tak yakin Adam akan melamar aku. Kalau betul dia melamar, patut ke aku setuju macam cadangan nenek?

Yelah, lelaki macam Adam. Lengkap pakej. Berupa, berkerjaya, dan berperibadi baik. Dia pun dah mula rapat dengan nenek aku. Jadi bukan susah nak terima. Tinggal cakap ya jer.

Tapi aku betul – betul suka dia ke? Entah, tu persoalan aku sendiri tak mampu nak jawab.

“Tu ada kereta berhenti depan rumah. Adam kot.”
Aku berhenti berkhayal sebaik sahaja mendengar nama Adam. “Apa nek?”

“Amboi, nenek membebel dari tadi, kamu duk berkhayal. Sebut Adam bukan main segar terus yer.” Lenganku dicubit perlahan.

Aku mengusap kesakitan lengan yang menjadi mangsa nenek. “Apa nenek ni? Tak salahkan? Bukan nenek nak sanggat ke dia jadi cucu menantu nenek.” Aku mengajuk.

“Sengaja betul budak ni. Dah pergi cepat. Lama karang dia tunggu.”

“Bye nek!” aku menyalam tangan nenek dan segera menggapai beg tangan yang ada di atas meja.

Sejujurnya, aku sendiri tak dapat menyorokkan rasa terujaku mahu bertemu dengan Adam. Ke mana agaknya kali ni dia nak bawa aku?

“Hai,” aku menegur setelah berada di dalam perut kereta. “Okey, hari ni nak ke mana?” langsung aku bertanya.

Adam hanya mampu menggelengkan kepala. “Ye pun teruja tengok muka aku, paling tidak pun pakailah seatbelt ni dulu.” Tangan Adam menarik seatbelt untukku. Malu aku jadinya. Nampak sangat teruja sampai benda asas pun aku boleh lupa.

Mia. Malu sikit. Cuba berperangai elok depan Adam ni.

“Maaf, terlupa.” Aku memberi alasan.

“Dah tu hari – hari bawa kereta takkan boleh lupa?” sindiri Adam. Aku dengan pantas mencubit lengan Adam. Sengaja betul dia ni kan. “Orang nak memandu ni, dia cubit pula.”

“Padan muka, siapa suruh suka sangat nak menyakat.”

“Dah tu, bila sakat awak, seronok. Nampak pipi awak merah. Malulah tu.”

Sekali lagi tanganku mencubit kuat lengannya. Kali ni tiada perikemanusiaan untuk Adam. Biar dia rasa sakit hati aku kena sakat. Baru puas sikit hati ni.

Adam mampu tertawa. Tidak berani menyambung, mungkin khuatir aku akan mencubit dia lagi.

“Kita nak pergi mana ni?” soalku melihat Adam memandu. Wajahnya begitu fokus dan kelihatan serius. Aku terasa seperti mahu mengambil gambarnya ketika itu. Mungkin macam ni muka Adam ketika tengah dalam persidangan makhamah.

Sememangnya berbeza dengan Adam yang aku kenal, suka menyakat dan sentiasa tersenyum sinis.

“Lebih baik ambil gambar dari tenung macam tu. Dapat jadi pengubat rindu.”

Aku tersentak. Baru tersedar aku memandang dia lama. Mia, janganlah nampak sangat. Malulah kau buat perangai macam ni.

“Dah tu, awak tak jawab persoalan Mia lagi.”

“Yang mana satu?” soal Adam.

“Kita nak pergi mana ni?”

Adam terdiam memikir. Aku tahu dia sebolehnya tidak suka memberitahu lokasi ketika membawaku keluar. Tapi aku pula sebaliknya. Aku tak suka kalau langsung tak tahu lokasi tujuanku. Sekurangnya aku dah bersedia rapid an sesuai dengan tempat nak dituju.

“Kakak aku nak jumpa kau.”

Jawapan ringkas Adam sudah cukup berupaya membuatkan aku membulatkan mata merenung Adam. Seperti tidak percaya dengan percakapannya.

“Pusing balik!” arahku.

Aku segan. Tu sahaja yang mampu aku ucapkan.

“Kenapa?” Adam seperti terkejut dengan riaksiku. Wajahnya cuba disorokkan rasa cemas yang mulai terpancar.

“Malu.”

Adam tertawa mendengar jawapanku. Kepalanya digelengkan dan dia masih cuba untuk fokus memandu.

“Tak kelakar yer. Patutnya awak kena minta izin saya dulu Adam. Bukan main bawa jer!” marahku.

“Sebab aku tahu kau mesti banyak alasan dan menolak.”

Kalau yer pun, dia tak patut buat aku macam ni. Siapa jer tak malu kalau tiba – tiba dipertemukan dengan ahli keluarga dengan mengejut?

“Kau anggap jer macam pertemuan ibu bapa dan guru.”

Cakap senanglah. Aku ni yang nak kena berhadapan, bukannya dia.

“Fair kan? Aku dah jumpa nenek kau, sekarang giliran kau jumpa kakak aku pula.”

Aku mengeluh berat.

“Marah lagi?”

Okey, fikir dari sudut positif, aku memang jarang dapat jumpa Puan Qaisara sebab dia sibuk bekerja. Dia pula ibu kepada murid aku. Mungkin dari sini aku dapat kena perwatakan Puan Qaisara dan ada kebaikkannya untuk Rayyan? Aku patut fikir macam tu.

Ketepikan fakta yang Puan Qaisara tu kakak si Adam. Aku mesti boleh buat.

“Jumpa kat mana?” tanyaku setelah lama berdiam diri.

“Kat kedai makan.” Jawab Adam. “Kau okey tak ni?”

Aku menarik nafas sedalam mungkin. Fikiranku masih tidak dapat melupakan fakta yang tu kakak Adam. Macam mana aku nak hentikan rasa gemuruh nanti? “Pakaian Mia okey tak? Proper kan? Masih ada gaya guru Adam kan? Tak berlebihan kan?”

Adam sekali lagi tertawa. Geram pula aku bila tengah serius dia boleh ketawa macam tu. Ingat lawak?

“You’re perfect. Don’t worry much. Everything’s gonna be just fine.”

Cakap senanglah dia ni. Lelaki lain, perempuan lain. Perempuan ni dia punya fikir ke depan sampai boleh tembus awan.

“Hey, chill.” Adam memberitahuku. “Ni bukan perjumpaan nak bincang hantaran. Cuma nak berkenalan.”

Kelakar Adam. Kelakar sangat.

Kereta Adam akhirnya berhenti di sebuah kedai yang asing bagiku. Sememangnya dia dan kakak dia mungkin ada selera yang sama. Makan di luar. Berbanding aku sememangnya makan di rumah sahaja.

Aku menarik nafas sedalam mungkin sebelum menjejakkan kaki keluar. Dari luar sahaja aku ternampak bayang susuk wanita yang wajahnya persis Rayyan. Lagipun, aku pernah bertemu Puan Qaisara, tapi tak pernah meluangkan masa seperti sekarang. Dia selalunya professional dan sering bertanyakan perihal anaknya. Jarang kami berbual kosong. Aura wanita bekerja kuat di dalam dirinya. Aku jadi hormat akan wanita tersebut.

Sekarang, dia dihadapanku. Aku jadi gugup. Tiada hubungan antara guru dan ibu bapa ketika ini. Sekarang Puan Qaisara ialah kakak kepada Adam. Mestipun dia membawa Rayyan bersama.

“Hai cikgu,” tegur ramah Puan Qaisara. Hilang aura professionalnya. Dia kelihatan seperti seorang sepertiku. Ramah dan ibu kepada seorang anak yang ceria. “Lama dah ada niat nak borak macam ni, tapi masa tak kesampaian.” Dia menyambung.

Hilang segala tanggapanku terhadap Puan Qaisara ketika itu.

“Hai puan.”

"Ishh,” dia memotong sebelum menyambung. “Buat apa nak berpuan? Panggil jer kakak. Umur cikgu Mia lebih kurang sebaya adik saya jer.”
Aku hanya mampu mengangguk. “Puan pun, maksud saya, kakak pun panggil jer saya Mia. Lebih selesa macam tu.” Aku berbahasa.

Lama – kelamaan, aku jadi selesa berbual dengan Puan Qaisara sehingga tidak sedar masa yang berlalu dan Adam yang hanya memerhati kami berdua.

Dari satu topik ke satu topik berubah. Baru aku tahu Puan Qaisara orangnya tidak seperti aku gambarkan. Mungkin dia letih dan baru pulang bekerja, jadi itu factor dia kelihatan serius selama ini.

“Bila – bila masa, datang rumah akak. Tapi waktu hujung minggu jer lah. Akak selalunya sibuk. Kesian Rayyan, selalu bibik tolong jagakan.”

Puan Qaisara mnegusap wajah anaknya penuh kasih sayang. Melihat mereka, aku jadi impikan untuk memiliki anak sendiri. Mesti seronok, ada anak aku, berlari, bermain kat halaman rumah, lepas tu aku cuma memerhati dengan suamiku saat itu.

Mataku merenung Adam. Dengan laju fikiranku terhenti dari bayanganku. Kejap, aku bayangkan Adam jadi suami aku? Sah otak aku tak betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience