Chapter 2

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.2 Cassandra?

OLYN POV

Aku membaling bola di tanganku ini tepat masuk ke dalam jaringnya. Fikiranku melayang-layang. Sudah seminggu aku tinggalkan Olala , tapi aku masih mendapat mimpi yang sama. Aku memicit pelipisku.

Sigh.. Sejak akhir-akhir ini , aku antibodyku juga menjadi semakin lemah , badanku senang kena sakit dan aku akan cepat demam apabila terkena air hujan. Aku merasakan tenagaku seperti ditarik sesuatu.

Aku mengambil bola tadi dan membalingnya lagi. Tapi kali ini bola itu tidak masuk malah melantun ke arah bertentangan. Aku berlari mengejar bola itu. Bola itu berhenti betul-betul di hadapan sebuah pokok besar.

"Hi!" aku mengangkat kepalaku dan melihat seorang gadis berumur mungkin sebaya denganku sedang tersenyum. Aku memiringkan kepalaku. Pelik melihat rambut putih dan mata birunya. "Ni bola awak?" Tanyanya. Dia mengambil bolaku lalu menghulurkannya kepadaku.

"Yeah , ni bola aku.." aku mengambil bola itu dari tangannya.

"Hebatlah awak main ," katanya kemudian tersenyum. Aku kemudiannya berjalan ke bangku di tepi gelanggang. Gadis misteri ini tidak beranjak dari tempatnya.

"Siapa nama kau? Tak pernah nampak pun sebelum ni ," tanyaku. Aku memang kurang bersosial , tapi aku kenal semua wajah jiranku. Tapi wajah dia.. nampak familiar walaupun aku tak pernah kenal dia.

"Nama saya , Cassandra. Saya datang sini dengan kembar saya , Isabella" Katanya , dia duduk di sebelahku.

Eh , sejak bila dia ada dekat sebelah aku? Mungkin masa aku tengah betulkan lengan baju aku tadi agaknya.. Aku cuba berfikiran positif.

"Nama awak siapa?"

"Nama aku , Fazlin. Tapi aku lebih suka orang panggil panggil aku , Olyn." Aku tersenyum kepadanya. Dia mengangguk. "Mana kembar kau? Dia tak cari kau ke?" Aku memandangnya.

"Dia.. Dia tak pernah kesah pun pasal saya.." Katanya. Dia terlihat sedih. Keadaan menjadi hening.

Aku tidak mahu bertanya kepadanya kenapa kembarnya membiarkannya. Tidak mahu kesedihannya bertambah lagi. Aku hanya duduk diam. Keadaan tidak canggung pun diantara kami. Aku tak faham kenapa. Sebelum ini , keadaan pasti akan jadi awkward jika aku duduk bersama orang yang aku tidak kenali.

"Kenapa awak tak sambung?" Aku memandang Cassandra dengan kening kiri terangkat. "Sambung main bola maksud saya" oh , thats make a sense..

"Ughh , aku penat." Kataku bluntly.

"Penat? Kenapa? Awak ada sakit ke? Atau awak penat bermimpi?" Tanyanya. Huh? Mimpi..? H.. How she know!?

"Aku rasa penat je , maybe sebab saya main basketball 3 jam tanpa henti?" Aku mengangkat bahuku tanda tidak tahu. Aku cuba membuang fikiran negatif.

"..adakah awak just fikir mimpi itu mainan tidur?" Dahiku berkerut.

"Maksud kau?" aku memandang Cassandra dengan pandangan pelik.

"Kadang-kadang , mimpi akan menjadi nyata tau.."

Aku menelan ludahku. "Who are you , Cassandra?" tanyaku.

"I thought you know who I am.." kata Cassandra. Aku menjadi ketakutan. Cassandra tersenyum pahit. Aku melangkah ke belakang beberapa langkah. Takut melihat wajahnya. "Kenapa , Olyn? Awak takut?"

Dia berjalan mendekatiku. D.. Dia gadis tu!! Gadis misteri yang selalu muncul dalam mimpi aku tu!! K.. Kenapa dia boleh ada dekat sini!? Aku tengah bermimpi ke sekarang ni!? Ta.. Tapi mata dia warna biru , bukan merah..

"Awak tak bermimpi , Olyn" Cassandra berkata dengan sedih. "Ini bukan imajinasi.." Aku mengertak gigiku. Badanku menjadi kaku dan juga lemah.

"Apa kau nak!? Kenapa kau ganggu hidup aku!?" Aku menjerit dengan sekuat tenagaku.

"I'm not.." aku memandangnya tidak percaya. "Okay , maybe I am.." Cassandra berdiri. "But , Olala will die , Olyn" katanya. Dia mendekatiku. Aku menggeleng.

"If Olala die , then I'll die too!" Kataku. Aku merelakan diri juka gadis ini ingin membunuhku. Lebih baik dia bunuh aku sekarang daripada aku terpaksa tanggung kesedihan melihat kematian Olala nanti.

"Saya bukan seperti yang awak sangka Olyn! Saya cuma nak bantu awak! Bantu awak selamatkan rakan-rakan awak!" katanya separuh menjerit.

"I don't believe you!!" Jeritku.

"You have too!" katanya. "I wanna help you.."

"Kenapa?" aku sudah menjadi agak berani sekarang. Walaupun tubuhku masih lemah.

"Saya adalah semangat persahabatan Olala ," Aku memiringkan kepalaku. Aku tak faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.. "Saya lahir disebabkan hubungan persahabatan Olala yang kuat. Dia jahat , dia lahir dari perasaan dengki dan tidak puas hati Olala."

"Siapa 'dia' tu?" aku semakin tidak faham.

"Isabella" Isabella? Kembar dia kan? "Ya , Isabella. Kembar saya. Kami dilahirkan berbeza sifat. Saya dilahirkan untuk menguatkan lagi persahabatan , manakala Isabella dilahirkan untuk memecah belahkan persahabatan.." Aku rasakan dunia seperti berputar dengan laju. "Awak tak boleh jauhi Olala , awak kene selamatkan Olala.." Cassandra memegang tanganku.

Aku memandang Cassandra. "I..I still don't believe you.." suaraku memecah. Tanganku menggigil.

"Olyn tolong , hanya awak sahaja yang dapat tahu kehadiran kami. Hanya awak sahaja yang boleh melihat kami.." katanya.

"Mana dia?" aku melihat kiri dan kananku.

"Somewhere.. She must be hiding ," Aku kembali memandang Cassandra. "Please Olyn , if Olala die , I'll die too. Saya pasti akan dijatuhi hukuman kerana tidak dapat membantu Olala" katanya dengan sedih.

Tiba-tiba aku merasakan pandanganku menjadi gelap. Aku merasakan sakit yang teramat dikepalaku. Aku menggeleng kepalaku untuk menghilangkan rasa sakit itu.

"Tolong Olala , Olyn.." ayat itu yang aku dengar untuk kali terakhir sebelum aku jatuh pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience