Bab 12

Horror & Thriller Completed 7874

BAB 12

Waktu itu adik juga ada di bilik dengan aku dan esoknya kami cuti. Jadi aku dan adik menonton filem dari laptop. Sejak kejadian tempoh hari, mama dan papa sudah berpesan supaya tidak sekali-kali meninggalkan adik keseoorangan.

Waktu itu kalau tidak silap jam 10 malam. Aku sangat ingat malam itu. Entah kenapa speaker dari laptop Aku keluar suara bising. Padahal biasanya tidak seperti itu. Jadi Aku cuba untuk membetulkannya.

Mungkin juga kerana speaker yang sudah lama, terkadang terdengar suara seperti radio bising mencari siaran. Dan kadang-kadang muncul suara gangguan, seperti..., aku menelan ludah, seperti suara orang berbisik. Speaker aku tidak pernah seaneh ini. Aku cuba melihat di laptop apakah tidak sengaja membuka aplikasi lain atau sebagainya. Tetapi tidak. Hanya filem itu yang aku buka di skrin.

Suara bisikan itu semakin keras. Tetapi anehnya suara bisikannya semakin lama sepertinya semakin jelas walaupun tidak ada maknanya. Suaranya terdengar seperti "Hish...shas...hish...".

Kerana mahu mengetahui bunyinya, aku mendekatkan telinga ke speaker lagi mencuba mendengar apa yang diperkatakan sebenarnya. "Hish...Hiiih...Hissh...” lalu tiba-tiba suara jeritan wanita kedengaran keluar dari speaker dan di waktu yang sama lampu bilik aku mati! Berpelukan kami dua beradik di atas katil akibat terkejut.

Mujurnya hanya dalam beberapa saat lampu menyala kembali. Seperti elektrik tidak stabil. Namun, jeritan apa tadi? Lebih tepat sebelum mati lampu? Ketika sedang sibuk menduga-duga, tiba-tiba mata aku tertuju ke jendela kamar aku. Ada bayangan berdiri di depan kamar. Tetapi hanya sesaat, kemudian bayangan itu tidak kelihatan lagi.

Entah kenapa tiba-tiba saya teringat cerita adik tentang wanita berpakaian putih yang sering dilihatnya. Memang tempat ini berhantu?Ketika itu juga Mama memanggil suruh aku dan adik segera keluar dari bilik dan turun ke bawah. Dalam ketakutan, aku dan adik pun turun ke bawah.

Saat di bawah, aku lihat wajah mama sangat pucat.

"Ada apa?"

"Kamu tak nampak ke kakak masa keluar bilik tadi?" tanya mama agak gementar.

"Nampak apa?"

"Takkan kamu tak nampak? Tak rasa sesuatu pun ketika kamu berlari turun tadi?"

Aku teringat suara speaker yang aneh dan jeritan diakhiri mati lampu sekejap tadi. Jadi aku pun menceritkan hal itu kepada mama. Mama pun seperti berfikir sesaat, kemudian melihat aku seperti ada yang mengganggu fikirannya. Mungkin mindanya sedang berfikir sama ada ingin memberitahu aku atau tidak.

“Ada apa sebenarnya ni ma?” soal aku kebingungan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience