Bab 36

Romance Series 106380

ZAITUN senang melihat Juwita yang mula menunjukkan perubahan sikap. Meskipun Juwita jarang bercakap, sekurang-kurangnya masih mahu makan dan minum seperti biasa.

"Ju, tak nak masuk kerja ke?" soal Haris ketika Juwita sedang duduk di tepi kolam. Memang itulah tempat Juwita termenung.

Melihat Haris yang berdiri di sebelahnya, Juwita segera bangun untuk beredar.

"Sampai bila kau nak larikan diri dari aku? Sampai bila kau boleh mengelak?" Suara Haris kedengaran tegas. Juwita kaku. Tidak jadi meneruskan langkahnya.

"Aku tahu kau malu. Aku pun tahu kau tak rela, Ju. Kenapa nak pendam sorang semua ni? Kan ada pilihan." Juwita terdiam. Dia meramas jari jemarinya.

Air mata Juwita jatuh. Tidak mampu membendung segala perasaannya lagi ketika itu.

Ye... Haris antara sahabat yang tak pernah meninggalkannya ketika dia susah dulu. Dan kini bila tahu mereka sepupu, sikap ambil berat Haris semakin menebal.

Juwita berpaling. Lama direnungnya wajah Haris. Kepalanya menyusun kata-kata yang ingin diucapkan.

"Tak jijik ke kau dengan perempuan macam aku? Aku dah tak suci lagi. Kau rasa ada ke lelaki nak ambil perempuan kotor macam aku ni sebagai isteri?" soal Juwita sebak. Air mata yang jatuh dibiarkan. Sedikit pun tidak ditepis.

Suasana petang pada hujung minggu itu mendung. Seakan mengerti kesedihan yang ditanggung oleh Juwita.

"Ada. Walau tak ada sesiapa yang sudi, Lan sudi. Apa pun yang berlaku dulu, Ju tetap suci pada Lan." Kedengaran satu suara garau yang menjawab dari arah belakang Juwita.

Juwita terkesima. Zailani menyandar tenang ditiang gazebo. Tangannya diseluk masuk ke dalam poket seluar. Cukup tenang riak wajah Zailani.

Haris tersenyum. Entah bila si kurita ni muncul, dia pun tak perasan. Tiba-tiba je bagi ayat sweet. Mujurlah tak kena kencing manis.

"Walau macam mana pun Ju, Lan akan terima Ju sepenuh hati Lan. Ju tetap dalam hati Lan, dulu, kini dan selamanya." Juwita masih kaku mendengar pengakuan Zailani.

Haris pula sedaya upaya menahan diri dari ketawa. Tapi sayangnya, dia tak mampu. Sudahnya dia ketawa terbahak-bahak sambil menekan perutnya.

"Wei Zai, sejak bila kau jadi lelaki maskulin ni? Mana gedik kau? Hilang dah?" soal Haris bersama ketawa yang bersisa.

Zailani tahan malu. Kurang asam jawa punya Haris. Time macam ni pula nak kenakan dia. Tak apa. Ada ubi, ada batas. Ada lori, ada bas. Sikit hari, dia balas.

Tanpa menunggu lama, Juwita terus beredar. Entah mengapa dia tak sanggup berdepan dengan Zailani sebaik saja mendengar pengakuan Zailani.

"Ju boleh mengelak. Tapi Lan nak Ju tahu satu perkara, Ju tak boleh lari dari Lan. Miss Singa ni, dah jadi tawanan Mr. Kurita ni tau. Sampai bila-bila, Ju adalah tawanan hati Lan." Juwita terkedu.

Juwita hanya membiarkan air mata terus mengalir. Berharap air mata itu mampu membalut luka di hatinya.

"Ju tak nak sebab Ju, orang lain jadi mangsa. Apatah lagi jika nyawa orang lain jadi taruhan." Zailani dan Haris bungkam mendengar luahan Juwita.

Apa sebenarnya maksud Juwita? Mereka saling berpandangan. Juwita terus berlalu meninggalkan mereka.

Saat melihat tubuh Juwita menghilang, Haris segera menghampiri Zailani yang masih memandang pintu sisi rumahnya.

"Apa maksud dia?" Zailani jungkit bahu. Dia sendiri tak habis fikir apa maksud Juwita.

"Kau kata dah siasat." Haris mengeluh sebelum melabuhkan punggungnya di gazebo.

"Kau tahu Adrian bercinta dengan kawan baik Ju?" Zailani mengangguk.

"Tahu. Aku masih ingat lagi kejadian jantan tu nak pukul Ju masa dekat taman. Kebetulan aku ada di situ. Masa tulah Ju bagitahu aku yang dorang tu ex boyfriend dan ex-bff dia." Berkerut dahi Haris.

"Kau tahu Ju sayang gila dekat Maisara. Tapi siapa sangka Maisara ads niat tak baik dekat Ju." Zailani memandang Haris minta jawapan.

"Budak-budak aku dah dapatkan maklumat. Hasil dari siasatan dorang, semua ni berpunca dari dendam Maisara. Itu pun secara tak sengaja Adrian buka cerita masa dia mabuk teruk. Cuma aku tak pasti apa kaitan dendam Maisara dengan Ju." Haris buang pandangan. Dia harus cari tahu.

"Kalau kau nak tahu, semalam masa aku lepak cafe tunggu nak jumpa korang, Maisara tegur aku." Haris mula buka cerita. Zailani diam menanti cerita seterusnya.

"Dia tanya aku bercinta dengan Ju ke sebab pernah nampak aku dengan Ju keluar sama. Jadi aku iyekan je. Kau tahu apa dia cakap kat aku? Ju tu bukan perempuan baik-baik. Jadi masa tu aku pun mulakan lakonan aku." Haris tersengih.

"Mesti kau buat ayat frust, kan? Lepas tu dia pun simpati dengan kau. Betul tak?" Haris mengusap belakang lehernya seraya tersengih.

"Klise sangatlah kau ni. Buatlah benda lain. Haish... aku lepuk kang. Tadi sedap mengata aku, kan?" Haris ketawa.

"Ala... relaks lah bro. Bukan selalu pun. Tapi serius ke apa kau cakap tadi?" Haris memandang serius wajah Zailani.

"Ada nampak aku buat lawak ke? Kau yang buat lawak bodoh." Tanpa sebarang amaran, Zailani menepuk kepala Haris.

“Aduh… sakitlah bingai.” Zailani terus tertawa.

Semenjak kes Juwita pengsan hari tu, mereka semakin akrab. Ada saja yang akan menjadi bahan untuk memgenakan satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience