Bab 17

Drama Completed 35637

Malam itu selepas solat Isyak, Tiara dan Puan Wardah berbual kosong kerana sudah lama mereka tidak bersua.

"Ibu tengok baik je Hadi tu. Apa yang Ara benci sangat dia?" tanya Puan Wardah

"Dengan ibu ye lah, ibu tak tengok lagi dia dekat universiti macam mana. Poyo teramat" kata Tiara

"Itu maksudnya dia tak ada lah teruk sangat. Sebab dia pandai hormat orang tua. Ibu rasa dia okey je" kata Puan Wardah.

Mereka dua beranak sedang mengopek ikan bilis di meja makan.

"Ye lahh. Suka hati ibu lah nak rasa apa pasal dia" kata Tiara. Malas dia nak cakap pasal Hadi. Lagi lagi dengan ibunya.

"Tapi kan, macam mana Hadi tu boleh nak tumpang kan Ara ek? Macam Ara cakap, dia poyo dekat universiti. Ibu tengok gaya dia tu macam dia popular dekat universiti" kata Puan Wardah

Tiara yang mendengar baru tersedar tentang perkara itu.

"Haah kan? Aku tak pernah terfikir pun pasal tu. Hadirah cakap yang Hadi tak akan bercakap dengan perempuan sembarangan. Habis tu aku ni? Siap aku tumpang kereta dia lagi" kata Tiara dalam hati.

Setakat ni, Hadirah dan Farhan tak tahu lagi yang Tiara pernah naik kereta Hadi.
Dia termenung buat seketika.

"Ara! Ara dengar tak ibu cakap apa ni?" tanya Puan Wardah bila melihat anaknya itu termenung

"Hah? Dengar. Ara dengar" Tiara tersedar dari lamunan.

"Boleh pulak dia termenung. Ingat siapa? Hadi?" usik Puan Wardah

"Ish! Apa ibu ni? Tak ada lah. Ni, ibu ada pergi outstation lagi ke?" Tiara mengubah topik.

"Ibu balik ni 2 minggu je. Lepas tu ibu kena outstation balik" 

Terhenti Tiara mengopek ikan bilis bila mendengar kata-kata ibunya.

"Ibu kena pergi outstation lagi? Alaaa. Kenapa ibu je asyik pergi outstation. Pekerja lain tu tak payah pergi ke outstation ke?

"Pergi jugak. Tapi, nak buat macam mana. Ni dah kerja ibu" 

"Hmm, ye lahh. Kali ni berapa lama pulak ibu pergi outstation?" 

"Mungkin… 2 bulan?" kata Puan Wardah. Dia pun rasa bersalah untuk cakap perkara itu pada Tiara. Tapi dia terpaksa kerana itu sudah menjadi kerja dia.

"2 bulan?!" Tiara terkejut mendengar jawapan ibunya.

"Kali ni ibu bukan pergi satu tempat je. Banyak tempat. Sebab tu lah sampai dua bulan" terang Puan Wardah

Tiara sudah tiada mood nak mengopek ikan bilis itu. Dia akan duduk dekat rumah tu sorang-sorang selama 2 bulan!

"Ara, ibu nak buat macam mana? Ibu pun terpaksa jugak pergi. Ara ingat, ibu suka ke nak tinggal Ara sorang dekat rumah? Setiap hari ibu doa supaya Allah sentiasa lindungi Ara" kata Puan Wardah cuba menenangkan anak daranya itu.

Tiara yang pada mulanya nak marah, tak jadi nak marah. Dia tahu, ibunya bukan pergi bercuti suka-suka. Tapi pergi kerja. Cari rezeki untuk mereka sekeluarga. 

Timbul perasaan geram dengan abangnya itu. Patutnya, abang dia yang sara mereka sekeluarga bukan ibu. Abang dia, Luqman yang jadi ketua keluarga sekarang. Ini main lepas tangan je. 

"Okey… Ara faham ibu cari rezeki untuk kita satu family" kata Tiara perlahan.

"Hah, macam tu lah anak ibu" kata Puan Wardah sambil tersenyum memandang anaknya itu
//
Pagi itu, seperti biasa Tiara datang awal. Tiara datang dengan perasaan yang gembira kerana dia sudah sarapan sebelum datang universiti. Puan Wardah yang masakkan.

Ye lah, sebelum ni kalau Tiara pergi universiti selalu tak sarapan. Masa first day Tiara nak pergi universiti sahaja dia masak sarapan. Lepas tu, dia dah malas nak masak.

Setelah Hadirah dan Farhan datang, Tiara bercerita yang ibunya pulang semalam.

"Korang tahu tak? Ada hikmah jugak kenapa kita tak jadi pergi jalan-jalan semalam. Mak aku balik dari outstation" cerita Tiara teruja.

"Ye ke?" tanya Hadirah terkejut. Ye lah, dia menipu Tiara yang dia dan Farhan ada hal semalam.

"Haah. Aku balik semalam tengok tengok kereta mak aku dah ada depan rumah"

"Alhamdulillah" kata Hadirah

"Nasib baik ada jugak benda yang boleh buat Tiara happy semalam lepas kitaorang tak jadi jalan" kata Farhan dalam hati.

"Tapi, mak aku balik 2 minggu je. Lepastu outstation balik 2 bulan" kata Tiara sedih

"Alah, tak apa. Mak kau kerja. Kitaorang kan ada" kata Hadirah

Farhan pun tersenyum.

Mereka pun sambung berbual kosong sementara menunggu Prof Yusuf masuk.

Hadi yang berada di situ memasang telinga mendengar Tiara bercerita.

"Aku pun ada" desis Hadi dalam hati.

"Rupanya, ada hikmah jugak aku suruh diaorang semua balik rumah semalam. At least, Tiara happy" kata Hadi dalam hati.

Entah kenapa bila dia nampak Tiara gembira, dia turut gembira juga.
//
Nia yang baru sampai mengambil tempat di sebelah Amelia yang sedang sibuk berselfie.

Dihempas nya beg tangannya di atas meja.

"Wowo! Relax Nia. Kau bukan lambat sangat pun. Dr Maria pun tak muncul lagi" kata Amelia

Amelia yang nampak Nia seperti marah itu bertanya lagi.

"What's up girl? Kenapa kau macam marah ni? What's wrong with you?" tanya Amelia

"Kau tahu tak semalam aku call Hadi 10 kali dia tak angkat langsung. Tak call balik pulak tu. Jarang tau dia macam ni. Selalu nya Hadi angkat je call aku" cerita Nia

"So? Kenapa dengan dia? Dia ada problem ke?" tanya Amelia

"I don't know. But, you know what? Haritu aku nampak dia dengan sorang perempuan dekat Starbucks. Starbucks yang dekat dengan universiti kita ni" kata Nia

"Who's that girl? His sister?" tanya Amelia sambil fokus dengan telefon nya. Gayanya seperti malas nak layan Nia.

Nia melihatnya dengan pandangan yang tajam.

"Bukan adik dia. Kalau adik dia, buat apa aku cerita dekat kau" 

"Lepastu, siapa? Hadi bukan orang yang nak keluar dengan perempuan sembarangan. I think, kau pun tak pernah minum Starbucks dengan dia kan?" 

Nia hanya diam tetapi hati penuh dengan geram. Dia tak boleh nak lawan sebab memang fakta yang dia tak pernah minum dengan Hadi. 

"So that's the point! Perempuan tu macam budak universiti!" kata Nia

Terus terhenti Amelia melihat telefonnya apabila mendengar kata-kata Nia.

"Are you serious? Student perempuan universiti keluar minum dekat Starbucks dengan Ikhwan Hadi? Kau tak tersalah nampak kan?" tanya Amelia

"No! Aku tak salah nampak. Aku yakin yang aku nampak tu Hadi" kata Nia 

"Lepastu, siapa perempuan tu?!"

"I think that girl is Tiara" 

"Tiara? Whose Tiara?" tanya Amelia. Dia terlupa apa yang Intan pernah cerita kepada Nia dan dia.

"Ingat tak yang Intan nak jumpa dengan kita sebab nak report something. Kan dia cakap yang ada student law baru yang Hadi buli tu. Kan nama dia Tiara" kata Nia cuba untuk mengingatkan Amelia kembali.

"Oh yeah! I just remembered. Tapi, kan Hadi buli dia. Macam mana pulak dia boleh keluar dengan Hadi?" tanya Amelia

"Itu aku tak tahu. Yang penting sekarang ni, I want to know that girl" kata Nia bertekad

"Yeah, I think you should do that. Sebelum Hadi makin rapat dengan dia? Kau kena ingat yang Hadi is yours" kata Amelia 

"Yeah, I know. Hadi is mine. No one can take him from me" kata Nia penuh yakin.
//
Selepas kelas Nia dan Amelia habis, mereka bergegas pergi ke bilik tempat pelajar undang-undang belajar.

Mereka melihat yang student law masih ada kelas lagi.

Tujuan Nia ke situ bukan untuk berjumpa dengan Hadi tetapi dia ada tujuan lain.

Dia nampak seorang student perempuan baru keluar dari bilik itu. Lantas dia panggil perempuan itu.

"You! Sini kejap!" panggil Nia 

Budak perempuan itu terkejut yang dia dipanggil oleh Nia Natasha. Dia menunjukkan dirinya.

"Ye lah kau, siapa lagi aku panggil. Ada orang ke sebelah kau?" kata Nia.

Lantas, perempuan itu pun cepat-cepat pergi ke arah Nia. Takut Nia marah. Nia menarik perempuan itu ke tempat yang terselindung sedikit. 

"Aku nak tanya kau sikit ni. Tapi kau jangan cerita dekat orang lain apa yang aku tanya kau. Kalau aku dapat tahu, aku cari kau. Faham?" kata Nia memberi amaran.

"Faham" jawab perempuan itu.

"Kau kenal Tiara?" tanya Nia berterus terang

"Tiara? Kenal. Dia pun student law jugak. Dia baru pindah…"

"Tak payah lah cerita kisah hidup dia dekat aku. Aku tanya kau kenal dia ke tak. Tak payah lebih lebih" kata Nia memotong kata perempuan itu.

Terus terdiam perempuan itu mendengar Nia memarahinya.

"Kau kenal dia kan? Dia… Dia rapat dengan Hadi ke?" Nia teragak-agak untuk tanya.

Perempuan itu rasa bersalah untuk jawab. Memang Tiara agak rapat dengan Hadi. Tapi nanti kalau dia cakap perkara sebenar, mengamuk pulak Nia nanti. Tapi kalau dia tipu, Nia cari dia pulak nanti. Fikirannya bercelaru.

"Oi! Aku tanya ni. Kau dengar ke tak? tanya Nia lagi.

"Dengar" jawab perempuan itu

"Habistu, jawab lah" kata Amelia yang sedari tadi senyap.

"Errr, Tiara… Tiara rapat lah jugak dengan Abang Hadi" jawab perempuan itu.

Panas hati Nia mendengar jawapan perempuan itu. Ikut hati nak dia cekik sahaja perempuan itu tetapi dia perlu jaga air mukanya.

"Tapi, bukan ke Hadi buli perempuan tu. Benda tu betul ke tak?" tanya Amelia

"Itu betul jugak. Abang Hadi suruh Tiara belikan dia makanan. Tapi lepas tu, Abang Hadi macam rapat pulak dengan Tiara" cerita perempuan itu.

Turun naik nafas Nia menahan marah. Nampaknya, dia sekarang ada pesaing. Kalau tidak sebelum ni, Hadi rapat dengan dia je. Sekarang muncul pulak Tiara dari entah mana ni. 

"Okey. Kau boleh pergi sekarang. Ingat! Jangan cerita dekat siapa siapa" Nia memberi amaran sekali lagi.

Perempuan itu mengangguk dan pergi dari situ.

Nia tidak mahu mintak tolong dengan Intan lagi kerana malu. Nanti mesti Intan memandang rendah kepada dia.

Kerana Intan pernah beritahu dia tentang perkara ini tetapi dia berlagak. Endahkan sahaja.

"Oh my god! Aku tak percaya yang Hadi boleh rapat dengan perempuan tu. Betul lah tindakan Intan bagitahu kau haritu. Kau memang patut risau kalau kalau diaorang boleh rapat" kata Amelia 

Nia yang sudah sedia geram itu bertambah lagi geram apabila mendengar kata-kata Amelia itu.

"I don't care! Aku nak jumpa perempuan tu harini jugak!" kata Nia tetap dengan pendirian nya.

Amelia yang melihat Nia bersikap begitu tersengih.

"Yeah, that's my friend, Nia Natasha" kata Amelia dalam hati.
//
"Arghh! Lain macam kelas harini. Lama kemain. Angin prof okey sangat ke tu" kata Hadirah setelah melihat prof melangkah keluar.

"Biar lah. Kau jugak yang dapat extra ilmu" balas Farhan
Hadirah mencebik mendengar kata-kata Farhan.

Ada saja yang tak kena bila dia cakap. Bila Tiara yang cakap, tak ada pulak dia nak balas.

"Jom lah kita balik. Aku tengok kau dah stress betul ni" gurau Tiara

"Jom! Balik!" kata Hadirah gembira.

Semasa mereka sedang berjalan, mereka ada berselisih dengan Hadi.

"Bye Tiara" kata Hadi dengan bersahaja kepada Tiara.

Terkesima Tiara dengan tindakan Hadi itu. Bukan Tiara sahaja, sekali dengan Hadirah dan Farhan.

"Abang Hadi tu okey ke tak tu? Dia cakap… Dia cakap bye dekat kau! Tiara!! Dia cakap bye dekat kau!" kata Hadirah teruja. Macam Hadi cakap bye dekat dia pulak.

"Bye je kan? Bukan cakap apa pun" kata Tiara acuh tak acuh. Dia masih terkejut dengan kata-kata Hadi.

"Tiara! Ucapan bye daripada Abang Hadi umpama ucapan tahniah daripada perdana menteri kau tahu tak?!" kata Hadirah melebih-lebih.

"Weh, rilek sudah lah. Yang kau kecoh sangat apahal? Aku pun boleh cakap banyak kali lah bye" kata Farhan dengan suara mendatar.

"Bye daripada kau buat apa. Tak ada function" kata Hadirah.

Tiba-tiba, perbualan mereka terhenti apabila dua orang gadis muncul di hadapan mereka. Salah seorang gadis di hadapan mereka adalah Nia Natasha.

"Kau ni ke Tiara?" tanya Nia tanpa segan silu

"Ye , kenapa?" tanya Tiara. Tiba-tiba je datang entah dari mana lepastu tanya pasal orang.

"Kau kenal aku?" tanya Nia

"Kenal" jawab Tiara sepatah. Malas nak layan perempuan tak tahu malu macam ni.

"Bagus lah kalau kenal. Senang kerja aku. Okey, straight to the point. Orang cakap kau rapat dengan Hadi. Betul ke?" tanya Nia

Tiara yang mendengar soalan Nia itu pelik. Soalan jenis apa minah ni tanya ni.

"Tak ada lah rapat mana. Biasa je. Macam student yang lain lah" jawab Tiara.

"Menipu! Kau jangan buat macam aku tak kenal Hadi tu lah. Dia bukan jenis yang senang rapat dengan mana-mana perempuan" 

"So, apa kena mengena dengan aku?" kata Tiara lagi.

Hadirah yang melihat Tiara itu kagum. Sedikit pun Tiara tidak gentar. Padahal dia sedang bercakap dengan Nia Natasha.

"Berlagak betul" kata Nia

"Cakap dekat diri sendiri ke tu?" kata Tiara pantas.

Geram Nia dengan perangai perempuan tu. Tapi dia perlu fokus dengan apa yang dia nak cakap.

"What ever. I just want to remind you to stay away from Hadi. Tak payah nak rapat sangat dengan dia. Kalau kau ada niat nak try Hadi, aku cakap awal-awal. Sorry but kau memang tak akan dapat Hadi. Dia tak pandang kau. Tapi, kalau kau macam bajet bajet suci sebab ye lah Hadi pernah suruh kau macam macam kan dulu. Aku nasihat supaya kau stop lakonan sampah kau tu. Disgusting. Kalau nak berlakon, please berlakon depan lelaki lain. But not Hadi. So, that's all I want to say. Just, stay away from Hadi" kata Nia dengan penuh berlagak.

Kemudian, dengan tak malunya dia dan Amelia meninggalkan mereka bertiga.

Tiada kata-kata yang mampu Tiara cakap waktu itu. Haritu Intan tuduh dia. Sekarang Nia pulak. Diaorang ingat Tiara hadap sangat ke dengan Hadi tu? Sikit pun tak ada. 

Farhan bengang dengan sikap Nia yang menuduh Tiara bukan bukan. 

Hadirah pula masih terkejut dengan kedatangan Nia.

Tambah pula bila Nia 'sound' Tiara. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba je melulu.

Tiara hanya diam sahaja. Kalau dia bercakap nanti, macam macam perkataan kesat yang keluar daripada mulut nya. Jadi, baik dia diam. 

"Jom lah kita balik. Tiara, nak aku hantarkan tak?" pelawa Farhan.

"Tak apa. Aku balik sendiri. Bye korang" kata Tiara kemudian berjalan ke bus stop. 

"Gila punya Nia" kata Hadirah selepas melihat Tiara pergi. Itu sahaja yang mampu dikatakan nya.

"Dah lah, jom lah balik. Kau balik dengan kereta kau kan?" tanya Farhan

"Haah"

"Kalau macam tu aku balik dulu. Bye" kata Farhan kemudian pergi ke keretanya.

"Bye" balas Hadirah.

Tiara pula berharap yang Hadi tak akan muncul di hadapannya buat masa sekarang. Kalau muncul jugak, memang dia maki cukup cukup Hadi tu. Walaupun bukan salah Hadi, entah kenapa Tiara rasa semua ini berpunca daripada dia. 

"Mulai harini, aku dah tak nak ada kaitan langsung dengan kau, Ikhwan Hadi" kata Tiara perlahan dengan fikiran yang masih terbayang bayang peristiwa Nia menerjah nya tiba-tiba. Rasa sakit di hati nya tak payah kata. Rasa sakit hati sangat-sangat. 

thankyou sebab sudi bace :):) sorry atas kekurangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience