Bab 2: Menemukan Ketenangan

Romance Completed 5051

Pagi itu, suasana di sekitar kabin Sofia begitu memukau. Salji menutupi hutan pinus dengan lapisan putih yang tebal, menciptakan pemandangan yang mempesona. Matahari pagi baru saja mulai terbit, sinarnya yang lembut menembus celah-celah di antara pepohonan, memberikan kilauan indah pada kristal-kristal salju.

"Hari yang indah untuk menulis." ucap Sofia sendirian dengan senyuman. 

Dia membuat secawan kopi dan duduk di meja tulisnya. Dia mula menaip, tetapi masih merasa kaku jarinya. Dia mula buntu.

"Baiklah, Sofia. Fokus. Engkau boleh melakukannya!" 

Dia menaip dalam beberapa kata, tetapi kemudian berhenti dan menghela nafas. Hampir dia hendak menampar  laptopnya itu, namun dia memejam mata agar merasa erti kesabaran.

Sofia membuat keputusan untuk mengunjungi kafe yang disebut oleh Noah semalam. Dia berjalan ke desa dan menemukan kafe "Winter’s Warmth," yang terlihat sejuk mata memandang, cantik dengan dekorasi Natal yang indah. Terlihat penduduk desa berjalan dengan tenang, mengenakan jaket tebal dan selendang, beberapa di antaranya menyapa satu sama lain dengan senyuman dan salam mesra.

"Wah, It's really a beautiful place!" ucap Sofia dengan teruja.

Sofia menolak pintu kafe dan loceng kecil yang tergantung di pintu berbunyi. Suasana di dalam kafe sangat hangat dan mesra. Dinding kayu dihiasi dengan pelbagai hiasan Krismas, meja disusun dengan kemas dengan lilin kecil yang menyala, dan aroma kopi segar menggoda deria baunya.

Noah yang sedang bekerja di belakang meja, dia melihat Sofia masuk dan tersenyum.

"Sofia! Selamat datang di "Winter’s Warmth". I'm glad to see you here!" Noah menyambut kedatangannya dengan senyuman yang mesra.

"Thank you, Noah. Saya terfikir saya akan mencuba coklat panas yang awak cadangkan pada hari semalam." jawab Sofia dengan senyuman lalu mengambil tempat duduk, dekat jendela yang memberikan pemandangan langsung ke luar, di mana salju terus turun dengan lembut.

"Of course! I will be right back." balas Noah dengan reaksi yang gembira.

Selang beberapa minit kemudian, Noah membuatkan coklat panas untuk Sofia dan membawanya ke meja.
 
"Ini dia, coklat panas istimewa kami. Ada rahsia kecil di dalam resepi ini." ujar Noah dengan senyuman yakinnya itu.

Sofia mencuba dengan perlahan-lahan dan anak matanya bersinar menunjukkan bahawa coklat panas istimewa itu ternyata sedap daripada biasa.

"Wow! Ini luar biasa! Terima kasih, Noah."

 Mendengarkan respon Sofia yang positif itu, Noah tersenyum melihat reaksi Sofia itu. Noah ingin melanjutkan percakapan mereka berdua, tetapi Noah menghormati privasi Sofia, dan tidak akan mengganggunya.

-

Beberapa hari kemudian, akhirnya Noah berani menegur dan mengajak Sofia berbual.

"Hei, saya perasan awak sering datang ke sini. Saya membuatkan awak kopi ini, istimewa untuk awak." Noah tersenyum mesra ketika dia meletakkan cawan di atas meja Sofia.

Sofia mendongak, agak terkejut tetapi juga tersentuh oleh perhatian Noah.
"Terima kasih, tetapi saya telah minum tiga cawan hari ini. Mungkin saya memerlukan sesuatu yang lebih kuat untuk menyingkirkan writer’s block ini."

Noah tertawa. "Kopi nombor empat mungkin boleh menjadi keajaiban. Or maybe you need to take a break from writing. Bagaimana kalau kita berjalan-jalan sebentar? Udara segar boleh membantu."

Sofia mengerutkan kening, bingung dengan tawaran spontan itu.
"Jalan-jalan? Tapi saya mempunyai deadline..."

Noah mengangkat bahu.
"Kadang-kadang, inspirasi datang apabila kita tidak menjangkakannya. Come on, ten minutes only. Saya berjanji saya tidak akan menculik awak lebih lama daripada itu."

Sofia tersenyum, sedikit terhibur oleh semangat Noah.
"Alright, ten minutes only."

Mereka berjalan keluar dari kafe dan mula berjalan menyusuri jalan-jalan kecil di sekitar kafe. Noah bercakap tentang perkara ringan, cerita lucu tentang pelanggan kafe, dan sedikit tentang dirinya. Sofia merasakan berat di bahunya perlahan-lahan hilang.

"So, what are you writing?" tanya Noah setelah beberapa saat.

Sofia mengeluh.
"Novel baru. Tetapi idea saya seolah-olah kering. Saya rasa seperti saya berjuang menentang tembok yang tidak dapat ditembusi."

Noah mengangguk, faham.
"Menulis adalah seperti berkebun. Kadang-kadang, kita hanya perlu menunggu benih tumbuh. Jangan terlalu memaksa diri awak sendiri. Setiap penulis yang hebat mesti pernah mengalami writer’s block."

Sofia memandang Noah, terkejut dengan pandangan itu.
"Awak benar-benar faham, ya?"

Noah tersenyum lagi.
"Saya mungkin bukan seorang penulis, tetapi saya tahu bagaimana rasanya tersekat. Kita semua mempunyai detik-detik itu."

Apabila mereka kembali ke kafe, Sofia berasa lebih ringan. Noah memberinya keyakinan baru dan perspektif yang berbeza. Mereka berhenti di hadapan kafe, Sofia merasakan sesuatu yang berbeza.

"Terima kasih, Noah. It really helps," kata Sofia dengan tulus.

Noah mengangguk.
"Anytime, Sofia. If you need a friend to go out or just chat, I'm always here."

Sofia kembali ke kafe dan duduk di mejanya. Dia membuka komputer ribanya dan mula menaip, merasakan inspirasi mengalir kembali. Noah kembali ke kerjanya di belakang kaunter, tetapi matanya kadang-kadang melirik Sofia.

Hari-hari berlalu, dan setiap kali Sofia datang ke kafe, Noah sentiasa berada di sana dengan secawan kopi dan senyuman. Perbualan mereka semakin panjang, daripada perbualan kecil kepada perbincangan mendalam tentang kehidupan dan impian.

Suatu hari, apabila kafe itu hampir ditutup dan mereka berdua adalah satu-satunya yang tinggal, Noah mengumpulkan keberanian untuk bertanya,
"Sofia, saya tahu awak sibuk menulis, tetapi awak nak tak, keluar makan malam dengan saya? No pressure, just dinner."

Sofia terdiam seketika, menatap mata Noah yang penuh harapan.
"Noah, saya ... Saya belum bersedia untuk menjalin hubungan lagi. Hidup saya terlalu kucar-kacir sekarang."

Noah mengangguk, mengerti.
"Saya faham, Sofia. Tidak perlu tergesa-gesa. Saya hanya mahu meluangkan lebih banyak masa dengan awak, mengenali awak dengan lebih baik. Tiada tekanan."

Sofia tersenyum, merasakan hatinya sedikit lembut. "Baiklah, makan malam sahaja. Tiada tekanan."

Sofia memandang Noah dengan rasa kagum. Lelaki itu yang memiliki sepasang mata berwarna coklat yang mendamaikan, rambut berwarna coklet tua dengan sedikit gelombang namun terlihat rapi. Noah memiliki senyum yang menawan, dengan gigi yang putih dan tersusun rapi.

Ketika mereka berdua sampai di sebuah kedai makan yang berada di hujung desa itu, mereka memesan makanan. Sambil menunggu makanan, Noah ingin mengenali Sofia dengan lebih rapat lagi.

"Tetapi, boleh saya tahu, selain awak nak cari idea di sini, pasti ada perkara lain yang buat hati awak terdetik ingin ke sini, bukan? Maaf Sofia, jikalau saya menyibuk hal peribadi awak, saya cuma ingin mengetahui sedikit tentang awak..." ucap Noah lagi dengan ucapan yang perlahan dan menyenangkan.

Sofia senyum. Dia tidak menunjukkan reaksi sedih atau marah. Sebaliknya, dia merasa senang. Mungkin kerana suasana di kedai makan itu mempengaruhi moodnya pada malam itu.

"Awak benar. Menulis adalah hidup saya, tapi setelah kehilangan Daniel, dia adalah suami saya, saya merasa seakan-akan sebahagian dari diri saya ikut hilang." jawab Sofia lagi.

Noah diam sejenak, mungkin agak terkejut melihat wanita di depannya itu, tampak seperti tidak berpunya dan tidak sangka Sofia pernah berkahwin. Adakah Noah patut meneruskan perbualan itu? Bimbang akan membuat wanita itu sedih kembali.

"Saya mengerti perasaan itu. Kehilangan seseorang yang kita cintai meninggalkan bekas yang mendalam. Tapi, awak tidak sendirian, Sofia. Orang-orang di sekitar kita, meskipun baru, boleh membantu kita menemukan jalan untuk sembuh."

Sofia memandang Noah dengan mata yang mulai berkaca-kaca.
"Terima kasih, Noah. Kata-kata awak sangat bermakna bagi saya."

Noah tersenyum.
"Kita semua memiliki cerita masing-masing. Saya sendiri pindah ke sini setelah kehilangan orang yang sangat bererti bagi saya. Kafe ini adalah cara saya untuk memulai kembali, memberikan kehangatan dan kebahagiaan kepada orang lain."

Sofia terkejut mendengar pengakuan Noah.
"Awak juga kehilangan seseorang?"

Noah mengangguk pelan.
"Ya, Clara, bekas tunang saya. Kami berpisah kerana perbezaan yang tidak dapat diselesaikan. Kafe ini adalah cara saya untuk bangun dan mencari matlamat baru."

Sofia merasakan ikatan emosional yang kuat dengan Noah. Mereka berbagi pengalaman pahit, dan itu membuatnya merasa lebih dekat dengannya.
"Saya tidak tahu awak juga melalui masa susah."

Noah tersenyum tipis.
"Kita semua memiliki masa-masa sulit, Sofia. Tapi, itulah yang membuat kita lebih kuat dan lebih bijaksana. Kita hanya perlu belajar untuk bangkit dan menemukan kebahagiaan baru."

Sofia merasa hangat di dalam hati.
"Terima kasih, Noah. Berbual dengan awak, membuat saya merasa lebih baik. Saya merasa ada harapan untuk menemukan diri saya kembali."

Noah mengulurkan tangannya dan menyentuh tangan Sofia dengan lembut.
"Awak tidak keseorangan, Sofia. Di sini, kita boleh menyokong satu sama lain dan mencari kebahagiaan baru bersama."

Terlihat seorang wanita anggun melihat pertemuan itu dari sebuah kereta yang parking di tepi jalan. Perasaan tidak senang mula muncul secara tiba-tiba.

Resepi Coklat Panas Istimewa. Bahan-Bahan: 2 cawan susu penuh krim 1 cawan krim berat (heavy cream) 100-gram coklat gelap, cincang halus (pilih coklat dengan kandungan koko tinggi untuk rasa yang lebih pekat) 1/4 cawan gula (sesuaikan dengan selera, boleh kurang atau lebih) 1/2 sudu teh ekstrak vanila 1/4 cawan air Secubit garam Krim putar (whipped cream) untuk hiasan Serbuk koko atau coklat parut untuk taburan (optional) Arahan: Panaskan Susu dan Krim: Dalam sebuah periuk sederhana, panaskan susu dan krim dengan api sederhana. Jangan sampai mendidih, cukup hingga panas dan mulai mengeluarkan buih kecil di tepi periuk. Cairkan Coklat: Dalam mangkuk tahan panas, satukan coklat gelap cincang dengan air. Letakkan mangkuk di atas periuk berisi air mendidih (kaedah double boiler) dan kacau hingga coklat sepenuhnya cair dan licin. Jika anda tidak mempunyai mangkuk tahan panas, anda boleh cairkan coklat dalam mikrowave dengan suhu rendah dan kacau setiap 30 saat sehingga cair. Campurkan Coklat dan Susu: Setelah coklat cair, tuangkan campuran coklat ke dalam periuk susu dan krim yang panas. Kacau rata hingga semua bahan tercampur dengan baik dan coklat panas menjadi berkrim. Tambahkan Gula dan Vanila: Masukkan gula dan sejumput garam ke dalam campuran. Kacau hingga gula larut sepenuhnya. Kemudian, tambahkan ekstrak vanila dan kacau rata. Sajikan: Tuangkan coklat panas ke dalam cawan saji. Hias dengan krim putar di atasnya dan taburkan sedikit serbuk koko atau coklat parut jika suka. Nikmati: Nikmati coklat panas ini semasa masih hangat. Ia sangat sedap dinikmati bersama biskut atau kek kegemaran anda!

Share this novel

DHIA AMIRA
2024-08-01 23:16:53 

pm resepi... xleh ss. nk try buat...nexxx


NovelPlus Premium

The best ads free experience