Bab 48

Romance Completed 207871

"Lega saya bila dah dapat jawapan macam ni" kata Intan sewaktu mereka berjalan keluar dari restoran.

Carlos menghantar Intan hingga ke keretanya.

"Awak tak payah dengar cerita mengarut macam tu. Saya dan Caden lelaki sejati, bukan spesis makanan" kata Carlos lagi.

"Spesis makanan?" Intan tak faham

"Kunyit!" ketawa Carlos dengan kata-kata sendiri.

Intan turut tersenyum.

"Okeylah, thanks tau sudi jumpa saya dan belanja saya makan" ucap Intan.

"Anything for you my dear" ucap Carlos.

"Amboi.. Ayat manis.. Kalau perempuan lain dengar, cair." tegur Intan.

Alangkah bagus kalau perempuan itu adalah awak. Tapi, saya tahu itu tak mungkin terjadi.

Asalkan awak bahagia, dah cukup buat saya Intan walaupun saya hanya dapat pandang sahaja. Luah Carlos dalam hati.

"Hey.." panggil Intan lalu menepuk lengan Carlos.

Terkejut Carlos.

"Saya panggil tak dengar. Tadi cakap saya yang berangan, dia pun sama" usik Intan

Carlos hanya mempamirkan senyuman dengan lesung pipitnya itu.

"Okey pretty, hati-hati. Sampai pejabat call or whatsapp saya" pesan Carlos.

"Okey, saya pergi dulu" kata Intan lalu membolos masuk ke dalam kereta dan bergerak pergi.

Mata Carlos mengikut kereta Intan hingga hilang dari pandangan. Baru langkah kaki hendak dibuka, Carlos seakan nampak seseorang yang dia kenali kelam kabut menaiki kereta dan terus berlalu. Cleine!

Carlos ingin mengejar tetapi memikirkan dia ada urusan penting, terpaksa di batalkan.

Intan terus memandu menuju ke IPK Selangor. Sebaik sampai, Intan terus menuju ke tingkat bawah untuk mengambil senjatapi dan megazine peluru yang tertinggal tadi.

Setelah itu dia menuju ke pejabat dan sewaktu melintas bilik mesyuarat dapati sudah ada beberapa anggota yang berada di bilik itu menanti mesyuarat.

Awalnya budak-budak ni, bagus betul.

"Puan, saya call Puan tapi tak dapat" panggil Salim

"Ye ke, tak dengar la pulak bunyi call, ada apa?" soal Intan

"Metting yang nak buat petang ni diawalkan. Lagi lima belas minit nak mula" terang Salim.

Patutlah dah ramai dalam bilik mesyuarat.

"Okey, thanks. Saya pergi pejabat sekejap ambil buku" balas Intan.

Sebelum Intan terlupa, telefon diambil lalu nombor Carlos didail.

"Hai Carlos. Awak tengah drive ke? Saya nak bagitau, saya dah sampai office"

"Okey.. Hati-hati memandu" pesan Intan

Talian diputuskan. Tersenyum apabila teringatkan perbualannya dengan Carlos tadi.

Eh.. Kau ni Intan. Lupa ke, ada metting!

Laju langkah dibuka menuju ke pejabatnya. Senjatapi yang ada dipinggang, disimpan di dalam laci. Buku catatan diambil lalu pejabat ditutup rapat dan terus ke bilik mesyuarat.

Macam penting sangat je, tiba-tiba buat awal pulak.

Waktu Intan sampai, Aniq dan Syam telah pun mengambil tempat masing-masing.

Intan kemudian menuju ke sebelah kiri Syam dan melabuhkan duduk di situ.

"Kata pukul 1400hrs, kenapa buat cepat pulak?" bisik Intan pada Syam di sebelah.

"Tak pasti. Mungkin ada ada maklumat baru" jawab Syam pula.

Apabila Tuan Yunus dan Tuan Saiful masuk, mesyuarat dimulakan. Hampir jam tiga petang baru mesyuarat selesai.

Mujur Intan dan makan tengah hari dengan Carlos, jika tidak, mahu berbunyi perut.

Ada operasi lagi berikutan serbuan berjaya di ketiga-tiga tempat tempoh hari. Kat mana pulak..

Intan kemudian melangkah masuk ke pejabatnya dan merehatkan diri di sofa.

Teringat pulak perbualan dengan Carlos, siapa lah agaknya gadis bertuah yang dah berjaya memikat hati Carlos.

Tok tok tok

Ada saja yang kacau, nak rehat sikit pun tak boleh. Ish

"Masuk"

"Wei Intan, sihat dah ke?" soal Shira lalu melabuhkan duduk di sofa tepi Intan.

"Sihat. Tiba-tiba je muncul kat pejabat aku" tegur Intan.

"Amboi.. Semenjak ada boyfriend handsome, sombong" usik Shira sambil senyum.

Tegak badan Intan. Boyfriend mana pulak dia ni. Berkerut dahi.

"Boyfriend apa pulak kau ni?" soal Intan.

"Lelaki yang datang ambil pakaian kau hari tu la." kata Shira.

"Ambil pakaian? Ambil pakaian nak pergi mana? Ish, tak faham la aku" tanya Intan pula. Ambil pakaian pergi mana pulak.

"Kau ni, hari tu kena tembak kat lengan ke kat kepala?" marah Shira.

"Agak-agak la.. kalau kat kepala, ke dalam tanah dah aku" balas Intan pula.

"Hari tu masa kau masuk hospital, ada satu lelaki ni datang rumah minta aku tolong packing baju-baju kau. Katanya kau nak pakai."

"Aku tanya dia siapa tapi tak jawab. Senyum je. Handsome plus sado kau. Mana dapat boyfriend macam tu, aku nak juga" Shira dah senyum gatal.

"Jap, jap. Cuba kau decribe sikit lelaki tu macam mana. Aku takut silap orang je" pinta Intan.

"Amboi, ramai sangat ke boyfriend kau ni" tanya Shira tidak percaya.

Laju tangan Intan menampar paha Shira.

"Okey, okey, garang nau. Lelaki tu tinggi, kulit sawo matang, handsome, sado, rambut hitam faux hawk. Hm.. Apa lagi." kata Shira sambil dagu diketuk dengan jari.

"Ada lesung pipit tak?" soal Intan lagi.

"Tak ada, kenapa. Salah orang ke? Ah, sudah" Shira dah risau.

"Tak.. Betul la tu." jawab Intan.

Caden la yang datang ambil. Hari tu tanya tak jawab.

"Betul la boyfriend kau. Segak. Nampak macam orang ada-ada je" korek Shira sambil lengan Intan digosok-gosok.

"Eh.. Yang kau ni macam ulat beluncas dah kenapa" Intan menolak tangan Shira.

"Tapi hari tu kau duduk mana dua minggu? Takkan dengan suami pulak. Kau bukannya kahwin lagi sebab ayah kau cakap kau tak ada kat rumah dia" kata Shira lagi.

"Kau call ayah ke?" Shira ni biar betul.

"Tak.. Hari tu terserempak kat bawah. Dia datang jumpa Tuan Saiful dengan Tuan Yunus" terang Shira yang sudah tersandar pada sofa.

"Eh, aku tanya betul ni. Kau tinggal mana masa cuti sakit hari tu?" tanya Shira lagi.

"Rumah suami aku la.." jawab Intan selamba.

Tertegak duduk terus Shira.

"Biar betul kau ni, dengan boyfriend yang ambil baju tu ke?" soal Shira.

Dia ni kalau bab menggosip memang sesuai jadi auntie union, elok la berkawan Aishah tu.

Ingat pulak pada diaorangkan..

"Oit! Makcik. Ingat suami ke?" tegur Shira.

"Ish, dah la. Kau keluar. Aku nak balik. Penat" badan Shira ditolak dari sofa.

"Menghalau. Takkan nak balik masak untuk suami pulak" gurau Shira sambil ketawa

"Haah, nak masak untuk suami" jawab Intan.

Hilang terus ketawa Shira. Biar betul dia ni. Kahwin tak ajak aku..

"Dah, dah. Tak payah buat muka pelik. Aku nak balik ni. Shuh shuh.." halau Intan.

Setelah mengambil kunci kereta dan jaket, Intan terus meninggalkan pejabat untuk pulang ke rumah.

Hm.. Betul juga, aku tak pernah masak untuk Caden semenjak kahwin. Suruh Kak Sal cuti masak hari ni.

Cam best je..

Boleh la masak untuk dia hari ni. Singgah kedai beli barang.

Pantas pedal ditekan, laju kereta meluncur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience