Bab 19 : Terbuka Hijab

Horror & Thriller Completed 71148

"Dia juga bukan milik kau. Hahahaha." Tiba-tiba kedengaran satu suara garau berkata-kata lalu ketawa mengilai.

Syafiq yang sudah beberapa kali mendengar suara itu, se?ikit ketakutan. Dia tahu, suara itu pasti dari lembaga hitam yang sering muncul di dalam mimpi dan juga mengganggu lenanya.

"Aku tidak mengatakan bahawa dia adalah milik aku. Dan hakikat yang kau harus tahu, dia adalah milik Allah swt. Kau juga adalah makhluk ciptaan Allah, maka kau juga adalah kepunyaan Allah." Balas Ustaz Kamal dengan nada yang serius.

Ustaz Kamal kemudiannya memasukkan tangan kanannya ke dalam kocek bajunya, lalu mengambil seutas tasbih yang tersimpan elok di situ. Mulutnya terus bergerak laju, membaca ayat suci Al Quran tanpa henti.

"Aku telah berjanji dengan budak ni yang aku akan ada di sisi dia selamanya. Malah dia juga telah berjanji untuk tidak meninggalkan aku di dalam hidupnya. Hahaha." Kata lembaga itu lagi.

Syafiq yang kelihatan buntu, bangun dari tempat duduknya itu lalu mendekati Ustaz Kamal. Cik Jah dan Encik Hafiz pula masih duduk di atas katil Alif, masing-masing cuba bertenang dan tidak mengeruhkan keadaan.

"Perjanjian diantara kalian tidak pernah wujud. Kerana kau hanya mempergunakan budak ini demi kepentingan kau sendiri. Tidak cukup dengan golongan kau sendiri yang akan dibakar di neraka kelak, kau cari lagi anak cucu Adam untuk kau heret sekali bersama kau dekat neraka sana." Marah Ustaz Kamal.

"Hahahaha, kau sendiri tahu betapa lemahnya iman anak cucu Adam bukan? Aku tidak perlu bekerja keras. Cukup sekadar membiarkan mereka leka dengan mainan dunia. Hahaha." Balas suara garau itu penuh sombong.

Ustaz Kamal tidak terus membalas kata-kata lembaga itu. Dia diam lalu memandang sekeliling bilik itu. Suasana gelap menyekat pandangan Ustaz Kamal. Lalu diteruskan bacaannya itu lagi, kemudian Ustaz kamal meniup kuat ke arah setiap penjuru yang ada di dalam bilik itu.

Dengan serta merta, lampu kembali menyala seperti biasa. Cik Jah, Encik Hafiz dan juga Syafiq, masing-masing mengecilkan sedikit anak mata kerana silau dengan cahaya yang baru muncul itu. Namun Ustaz Kamal kelihatan seperti biasa, dengan mulutnya masih bergerak membaca sesuatu.

"Syafiq, ingat satu pesan Ustaz. Kalau Alif muncul, jangan pergi dekat dia. Itu bukan Alif yang kamu kenal. Faham!" Kata Ustaz Kamal serius pada Syafiq.

"Tapi Ustaz, saya masih tak fahak semua ni." Jawab Syafiq ingin tahu perkara yang sebenar.

"Alif sebenarnya.." Belum sempat Ustaz Kamal menghabiskan kata-katanya itu, kedengaran nyaring suara Cik Jah menjerit.

"Ussssss tazzzz. Cuba tengok dekat sebelah dinding sana tu." Kata Cik Jah ketakutan.

Tangan Cik Jah menggigil, kakinya tidak lagi mampu berdiri. Encik Hafiz pula sudah pengsan di sisi Cik Jah. Mungkin kerana itu adalah kali pertama dia melihat makhluk itu di depan mata.

Syafiq yang turut mendengar kata-kata Cik Jah itu turut menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Cik Jah. Alangkah terkejutnya dia apabila dia mendapati Alif sedang kaku berdiri di situ.

Terlupa akan pesanan Ustaz Kamal itu tadi, Syafiq mulai berjalan menuju ke arah Alif. Syafiq yang sudah mencari Alif dari tadi, lega apabila roomatenya itu telah muncul di depan matanya itu.

"Syafiq, ingat pesanan Ustaz tadi!" Kata Ustaz Kamal kuat.

Langkah Syafiq terhenti. Dia yang sudah berada di tengah-tengah di antara Ustaz Kamal dan Alif kaku seketika. Difikirkan kembali apa yang Ustaz Kamal katakan. Saat itu tiba-tiba Alif berkata

"Syafiq, tolong aku Syafiq. Aku takut. Aku perlukan kau dengan aku. Kau mesti janji jangan tinggalkan aku. Tolong aku syafiq." Rayu Alif dengan penuh kesedihan.

Syafiq yang tidak mampu melihat roomatenya itu kesedihan, terus melupakan kata-kata Ustaz Kamal itu tadi. Dihampirinya Alif laju, lalu dipeluk erat tubuh roomatenya itu.

Entah kenapa, Syafiq merasa lain apabila memeluk Alif kali ini. Tubuhnya tidak seperti selalu, malah kesejukan dapat dirasai apabila dipeluknya tubuh itu. Syafiq yang memegang belakang badan Alif merasa kebasahan. Diangkat tangannya perlahan lalu dilihatnya.

Alangkaha terkejutnya Syafiq apabila mendapati, tangannya dipenuhi ulat dan nanah kebusukan. Dia menolak tubuh yang dipeluknya itu lalu dia menjerit ketakutan.

Itu bukan Alif, tetapi itu adalah satu lembaga hitam yang tersenyum kaku melihat Syafiq. Lembaga itu lah yang selama ini menggangu harinya, malah lembaga yang sama yang membuat Alif tidak ada di dalam biliknya.

Syafiq menggigil ketakutan. Dia terjatuh lalu tersungkur di atas lantai. Ustaz Kamal yang cuba menghalangnya dari tadi, berlari mendapatkan Syafiq. Dibantunya perlahan untuk Syafiq bangun, lalu disuruhnya Syafiq berdiri di belakang tubuhnya.

"Kenapa kau kacau budak ni selama ni?" Tanya Ustaz Kamal sekali lagi.

"Sebab dia percayakan aku! Hahahaha!" Jawab lembaga itu sambil ketawa mengilai.

Ustaz Kamal yang sudah tidak tahan dengan permainan lembaga itu, seakan membisikkan sesuatu ke tasbih nya itu. Kemudian dia memejamkan matanya lalu, menghembuskan nafasnya ke arah lembaga itu.

Dengan sepantas kilat, lambaga itu menghilangkan dirinya. Ustaz Kamal memandang sekali lagi ke sekeliling bilik itu lalu, menghampiri Syafiq.

"Itu bukan roomate kamu Syafiq, itu lembaga yang cuba mendampingi kamu. Kamu kena kuat, jangan mengalah. Baca segala ayat yang kamu tahu dalam hati. Faham?" Kata Ustaz Kamal pada Syafiq yang kelihatan tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya tadi.

Tiba-tiba Cik Jah menjerit sekali lagi. Kali ini tubuhnya terangkat tinggi. Cik Jah seakan-akan terapung di atas udara. Jeritan dan pergerakan Cik Jah meriuhkan suasana di dalam bilik itu. Cik Jah yang ketakutan memanggil manggil nama Ustaz Kamal dengan sepenuh hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience