“Ok kalau macam tu. awak tak nak jawapan tidak saya bagi jawapan okay. Boleh?”
“Serius?”
“Yes.”
“Okay. Saya memang mahu dengar itu.”
“Awak ni macam tak teruja je. Tenang sangat.”
“Tenang sangat bagus. Thanks sayang. Lunch saya datang. Jangan lupa pakai cincin tu. Saya tak nak sarungkan. Saya tak nak sentuh awak dan saya akan sarung cincin lepas ijab kabul. Okay? Love you.”
Talian dimatikan. Senyuman mekar di bibir Farikha . Sekali lagi bunga lily itu dicium. Kotak baldu merah yang terselit bersama kad tadi dibuka. Cincin bertahtakan berlian itu sangat cantik dipandang. Dengan berhati-hati Farikha menyarungnya.
Hatinya yakin ini pilihan yang tepat. Edison tidak pernah mengambil kesempatan atau sentuhnya. Tidak seperti Farid.
Harap ini cinta terakhirnya. Kekal bahagia selamanya.
BERITA tentang pertunangan Farikha dan Edison sudah tersebar ke seluruh Malaysia. Semua siaran TV, majalah dan surat khabar menyiarkan berita ini. Mereka hanya bertunang enam bulan selepas itu mereka akan bernikah.
Panas hati Diha melihat berita ini. ingat dia sudah berEdison a menakluki Edison . Lelaki kaya dan popular. Apabila di saping Edison dia akan rasa disegani tetapi sekarang kenapa pereka fesyen itu menjadi pilihan Edison . Ah, kacau. Semua kacau!
Surat khabar itu direyukkan. Suasana restoren yang agak sunyi menambahkan lagi rasa sakit hatinya. Macam mana mereka boleh bercinta? Ini satu benda yang sangat-sangat tak logik. Setahu aku dia orang jumpa sekali. Maknanya Edison selalu ke butik itu. Ah, tak guna punya Edison . Bisik hati Diha .
Tiba-tiba ada orang yang menegurnya. Diha menoleh. Siapa ni? Ouh, Farid pelakon baru. Kacak juga. Ada apa dia nak jumpa aku ni? Sekali lagi hati Diha berbisik.
“Boleh saya duduk?” tanya Farid.
“Sure. Duduklah.”
“Nampak seperti sedang marah.”
“Mana ada. Saya okay. Ada apa saya boleh bantu?”
Farid tersenyum sinis. Badannya disandarkan dan dia berpeluk tubuh. Matanya tajam merenung wajah Diha . Diha pula semakin tidak selesa.
“Apa pandang-pandang? Kalau rasa tak nak cakap apa-apa, lebih baik awak bla. Atau saya yang bla.”
“Wo, wo.. relax. Jangan marah-marah. Awak cintakan Edison kan? Kalau awak nak dia saya boleh bantu.”
Terhenti langkah Diha . Berkerut dahinya. Apa ni? Siapa dia?
“Siapa awak? Macam mana awak nak bantu saya? Kenapa awak nak bantu saya?”
“Wow, terlalu banyak soalan. Sesak nafas saya. tak nak bagi saya minum?”
Farid terus memanggil pelayan dan memesan air. Sementara menunggu dia sengaja mendiamkan diri. Sengaja mahu menyeksa perasaan Diha .
Beberapa minit kemudian, air sudah tiba. Perlahan-lahan Farid menyedut airnya. Dia kembali menyandarkan badan dan merenung Diha . Bosan Diha menunggu Farid ini.
“Kalau awak saja main-main sudahlah. Saya ada banyak kerja berbanding melayan awak.”
“Nanti dulu. Saya tak main-main. Okay. Serius. Saya tahu awak cintakan dia then saya boleh tolong awak dapatkan dia. Awak dapat dia saya dapat Farikha .”
“Farikha ?”
“My ex-fiancee. But I do love her.”
“Whatever. So how?”
Farid senyum sekali lagi. Idea dia sudah kukuh tersemat di mindanya. Apabila dia membaca berita ini hatinya sangat panas. Dia tak mahu Farikha jatuh ke tangan orang lain.
Farid mendekatkan kepalanya dan Diha menghulurkan telinganya. Terangguk-angguk Diha mendengarnya. Bagus. Sangat seronok.
“Okay?” tanya Farid.
“Really good. Bila nak mula?”
“As soon as possible.”
Share this novel