Bab 76

Romance Completed 207871

"Bring her here!" kata Caden pada Carlos sebaik kaki melangkah masuk ke bilik itu.

Tidak lama Carlos datang bersama Alice yang wajahnya sudah comot dengan make-up dan juga darah.

Alice di letakkan di tengah-tengah bilik, Caden pula sudah pun berada di atas kerusi dengan kaki disilangkan.

"You know right what I will do to you?" soal Caden, tidak menengking, hanya mendatar tetapi beku. Tajam pandangan Caden.

Alice yang sedang menunduk hanya mengangguk sahaja. Dia tahu, nyawanya tak panjang tapi dia belum mahu mati. Lalu dengan pantas Alice bangun dan menerpa Caden di hadapannya. Kaki Caden dipeluk.

"Sorry.. I'm sorry, I never do it again" janji Alice dengan bersungguh sambil mendongak memandang Caden.

Caden pantas menolak Alice yang melekap di kakinya, tidak rela disentuh Alice.

"You thought what you did a little thing?" jerit Caden. Terangkat bahu Alice terkejut.

"How many time must I told you Alice? how many? Don't you understand? Ha!" jerit Caden lantas tegak berdiri. Menggeletar tangannya menahan marah. Kalau tak fikirkan Alice ni seorang perempuan dah lama mati dikerjakannya.

Beberapa orang Caden yang berada di situ kecut perut jadinya, tidak pernah dilihat Caden marah sebegini rupa.

"Arghhh..!!" jerit Caden lalu meja di hadapannya ditumbuk geram.

Terperanjat Carlos dan yang lain-lain. Laju Carlos menghampiri Caden. Bimbang Alice hilang nyawa. Bukan kerana sayang atau risaukan Alice tetapi tidak mahu Caden menjadi pembunuh.

"What you want me to do to fix this?" soal Alice yang bergetar suaranya menahan gerun. Sungguh, walaupun sudah lama dia mengenali Caden, tidak pernah dia lihat Caden marah sebegini.

"Fix? you think you can fix all this?" soal Caden lalu kuat dia ketawa.

"So funny" ejek Caden.

"One thing. Die!" tegak Caden memandang Alice, memerah mata Caden menahan marah. Carlos sudah tidak senang duduk.

"Give me that gun!" pinta Caden pada salah seorang anak buahnya. Serba salah mahu beri atau tidak. Carlos sudah mengangkat tangan tanda jangan serahkan.

"Den, don't do that" pujuk Carlos lalu datang merapati Caden yang dilihat sudah seperti bukan dirinya lagi.

"I said, give me that gun!" jerit Caden yang sudah mencerlung memandang anak buahnya itu.

Tetapi keadaan masih seperti tadi. Tidak seorang pun yang berani menyerahkannya pada Caden.

"All right! Don't wanna give ha" kata Caden lalu dia melangkah ke arah meja lalu laci bawah ditarik dan sepucuk pistol diambil.

"You think you can stop me?" kata Caden sambil ketawa. Peluru di dalam magazine diperiksa dan dimasukkan kembali dan senjata dilocok sambil kaki melangkah menghampiri Alice di hadapannya. Lalu senjata diacu di kepala Alice.

Menggeletar tubuh Alice dengan mata yang terpejam dan air mata bercucuran.

"Don't do this Caden, I'm really sorry.. I'm promise, I never show my face after this" rayu Alice dengan air mata yang semakin banyak.

"Den, please don't do this" pujuk Carlos.

Alice sudah teresak menangis mengenangkan apa yang akan berlaku.

Caden tidak peduli, picu ditarik

'Klik'

Senyap sunyi bilik itu tidak berbunyi. Masing-masing kaku dan terkejut dengan apa yang berlaku.

+++

Sebaik Intan melihat Caden keluar dari bilik tidur, dia pantas mengatur langkah ke closet. Pakaiannya ditukar kepada yang lebih selesa. Jeans, tshirt dan tudung dicapai kemudian turut disarung bersama jaket. Mengaduh Intan sewaktu mahu memakai jaket kerana luka dilengan belum sembuh.

Telefon dan pouch bag di capai. Laju kaki melangkah ke arah pintu keluar. Sebaik pintu dibuka, terjengul wajah Fahmi dan tegak berdiri di hadapan pintu.

"Fahmi!"

"Puan"

Serentak menegur sesama.

"Puan nak ke mana ni?" soal Fahmi pelik. Lihat sahaja pada pakaian yang dipakai pasti ada sesuatu yang penting.

"Saya nak awak bawa saya ke tempat Alice ditahan sekarang!" pinta Intan pada Fahmi.

"Hah? Bawa ke sana?" soal Fahmi.

"Tapi Tuan Caden pesan jangan benarkan Puan keluar ke mana-mana" jawab Fahmi yang sudah serba salah.

"Kalau awak tak nak bawa tak apa, bagitau di mana, saya pergi sendiri" putus Intan.

"Eh.. lagi la tak boleh. Mati saya nanti Puan kalau Tuan tau" jawab Fahmi. Adui.. payah betul la dapat isteri boss yang keras kepala macam ni.

"Kalau awak tak nak bawa dan tak nak bagitau tak apa, saya boleh cari sendiri. Tepi!" marah Intan lalu menolak Fahmi le tepi tapi sikitpun tak bergerak. Tetap keras Fahmi di situ.

"Puan.. saya rasa Puan tak patut campur dalam perkara ni.." pujuk Fahmi. Nak cakap macam mana lagi la.. Silap haribulan, nyawa aku pulak yang melayang.

"Fahmi, Caden tu suami saya! macam mana pula awak boleh cakap saya tak patut masuk campur!" marah Intan.

Dengan kudrat yang ada, Intan mengilas tangan Fahmi dan menyauk kakinya hingga terlungkup Fahmi di atas lantai. Tidak sempat Fahmi mahu membalas tapi kalau sempat pun, berani ke dia nak buat. Isteri boss kot. Kalau nak mati cepat boleh la cuba.

"Puan!" jerit Fahmi pada Intan yang sudah pun berada di hadapan lift.

Ting

Baru Intan mahu melangkah masuk, lengan kirinya dipegang seseorang. Kepala ditoleh ke sisi.

"Rick" tegur Intan. Tidak menyangka akan jumpa Rick pada waktu ini.

"Sorry" ucap Rick lalu melepaskan lengan Intan yang dipegang.

"Saya panggil awak tapi mungkin awak tak dengar, jadi.." kata Rick separuh.

"It's okay. Awak buat apa di sini" soal Intan dan dalam masa yang sama Fahmi turut sampai di hadapan lift yang pintunya sudah terbuka.

"Kita pergi jumpa Caden" kata Rick.

Bulat mata Fahmi sebaik mendengar kata-kata Rick.

"Tuan Rick tau Tuan Caden ada di mana?" soal Fahmi tidak percaya.

Rick hanya tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam perut lift diikuti Intan. Manakala Fahmi masih tercegat di luar.

"Awak tak nak ikut ke?" soal Intan pada Fahmi yang sudah tegak macam tiang lampu.

Pantas Fahmi meluru masuk. Aduh.. matilah aku..

Sebaik pintu lift terbuka, Rick mendahului langkah dan berhenti di tepi tempat parking.

"Where's the car?" soal Rick pada Fahmi di sisinya.

"Ha! kereta?" soal Fahmi blur.

"Naik kereta saya" laju Intan berkata.

Alarm kereta ditekan dan berbunyi. Laju kaki melangkah menuju ke kereta Intan. Fahmi kalut mengikut dari belakang. Rick telah masuk ke ruang pemandu manakala Intan pula di penumpang hadapan. Fahmi terpaksa duduk di bahagian penumpang belakang.

Kuat Fahmi mengeluh.

"Don't worry. Bukan salah awak. Saya yang nak cari dia" kata Intan menyedapkan hati Fahmi. Fahmi yang dilihat dari cermin pandang belakang sudah kusut wajahnya.

Enjin dihidupkan lalu pedal ditekan. Laju Rick memandu. Intan menoleh ke arah Rick di sebelah. Pelik.

"What?" soal Rick sambil memandang sekilas pada Intan di sebelah.

"Awak biasa datang sini?" soal Intan. Dari apa yang dilihat, Rick seakan sudah biasa dengan jalan-jalan di sini.

"I'm used to coming here before" terang Rick. Intan hanya mengangguk.

"Jauh lagi ke?" soal Intan bimbang. Jangan la Caden melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

"You just don't worry. He's not like me" kata Rick selamba.

"What do you mean by that?" soal Intan tidak faham.

Rick tidak membalas, sebaliknya terus memandu laju. Fahmi di belakang pula sedari tadi tidak senang duduk.

"You know right, that time Lucc was shot, I'm force Caden to help us and then he look like became villain" kata Rick.

"Dia berada di tempat dan waktu yang salah tapi saya yang membuatkan dia dipersalahkan. I'm sorry. I promise, I will help Caden to clean her image" kata Rick lagi. Intan hanya diam mendengar.

"Can I ask?" tanya Rick yang kejap-kejap memotong kenderaan di hadapan. Laju memecut, tangan kiri Intan sudah naik memegang pemegang kereta. Silap haribulan, tak sempat sampai sana. Ke hospital dulu perginya

"Tanya apa?" jawab Intan dengan pandangan masih tegak di hadapan. Apa jauh sangat ni!

"Where Lucc got that photo?" soal Rick.

"Gambar yang awak beri pada saya tempoh hari?" soal Intan. Rick di sebelah hanya mengangguk.

"Oh, gambar tu diambil dengan kamera polaroid saya sebelum saya benarkan Lucc balik. Kata Lucc nak buat kenangan. Mulanya saya keberatan tetapi memandangkan esok saya dah nak balik, saya setuju je la" terang Intan.

Rick hanya mengangguk.

"We are here" kata Rick lalu kereta dihentikan di tepi jalan. Fahmi laju turun dari bahagian penumpang belakang mengekori Rick. Manakala Intan yang terakhir.

Tempat apa ni, rumah siapa? Cantik je.. macam ada orang tinggal. Kaki tetap juga melangkah mengikut dari belakang.

Sebaik tiba di pintu pagar, pagar tersebut terus sahaj terbuka dan ada beberapa orang lelaki berada di luar menunduk hormat pada Rick. Ish, tak sedap hati betul la. Tempat apa la pula ni..

Daun pintu rumah dibuka oleh salah seorang lelaki tadi, rasanya macam lelaki yang dia jumpa di seven eleven masa terlanggar pintu dengan Rick.

"Salve signora (apa khabar Puan)" ucapnya sambil menunduk hormat.

"Sì bene (khabar baik)" jawab Intan.

"Here" panggil Rick ke tingkat atas. Laju kaki Intan melangkah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience