Chapter 9

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.9 Holiday

Normal POV

"Apa kata , kita ajak skuad KRS bercuti sekali?" cadang Put.

"Kenapa pulak? Inikan untuk Olala." Nad terlihat tidak setuju dengan cadangan Put tadi.

"Korang , bukan kita dah janji ke nak bawak KRS buat BBQ lepas exam? Now exam dah habis , esok cuti pertengahan tahun dah mula." Timbal Put.

"BBQ lain cerita lah" Kata Yana.

"Vacation ni dua minggu tau , cuti mid year dua minggu lebih empat hari je. Mana cukup nak buat BBQ dalam masa empat hari tu. And daripada kita habiskan dua minggu percutian ni dengan mereput je dekat pulau tu , baik kita ajak skuad sekali. Tak adalah bosan dekat sana nanti"

Alyn , Ainaa dan Yaya mengangguk setuju. "So.. Macam mana , Olyn?" tanya Yana.

"Aku tak kesah ," kata Olyn dengan innocent-looknya.

Nad dan Yana mengeluh. Mereka tak dapat buat apa-apa kerana member mereka yang lain sudah setuju untuk bawa skuad KRS bersama mereka.

*

Keesokkan harinya , Olala bercadang untuk mengumpul kesemua ahli kawad kaki KRS. Tetapi hanya separuh daripada 35 orang itu sahaja yang dapat datang.

"Ini je?" Tanya Yana.

"Ini je yang dapat datang , Kak Yana. Yang lain semua , ada yang dah balik kampung and ada yang pergi bercuti dengan family ," Kata Adilla. Yana mengangguk.

Yasmin tersenyum kepada Olyn dan Put. Put membalas senyuman Yasmin manakala Olyn hanya mendiamkan diri. Yasmin mengerutkan dahinya. Dia menjangka Olyn untuk membalas senyumannya dan Put menjelingnya. Dia menyiku Ani. Ani hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Nad meletakkan ibu jari dan jari telunjuknya di dagu. "Macam ni lah , korang dah tahu kan pasal BBQ yang kita nak buat lepas exam?" Mereka semua mengangguk. "Semalam , kita orang pergi karnival , Olyn ada main game dan dia menang. Hadiah yang dia dapat , vacation ke Pulau Polvine untuk 2 minggu. So.. Sekarang ni kita orang nak tahu , korang setuju tak kalau kita orang nak bawak korang pergi ke sana sekali?"

"Gila lah kita orang kalau tak setuju!" Kata Faezah. Dia dan Engku berhigh five lalu tertawa. "Kena bayar tak?"

"Just bayar RM10 dekat Olyn" Kata Yana.

"Eh , Tak payah lah. Anggap je ni rezeki korang" Kata Olyn. Dia tersenyum tipis.

"Macam mana dengan daging BBQ?" Tanya Yana.

"Semuanya dah sediakan dekat sana.." Put mengangguk setuju dengan apa yang dikata Olyn. "Korang just perlu sediakan duit untuk shopping je"

"This is increadiblely awesome!" Dira dan Mira melompat gembira.

"Okay , aku cakap sekali je. Siapa yang nak pergi , malam ni pack barang korang. Pastikan pukul 10 pagi esok korang semua dah ada dekat stesen bas Taman Universiti." Kata Nad.

"Baik komander!" Nad terkikih. Tiba-tiba dia rindu untuk menjadi komander kepada skuad KRS.

-

"Haha , yang ni lagi gempak dari semalam.." Kata Ainaa sambil melihat ke arah 10 orang gadis yang sedang menunggu kehadiran mereka.

"Lahai , ini je ke yang nak pergi?" Yana menggaru kepalanya. Mereka tertawa.

"Daripada 35 orang , just 10 orang je yang nak pergi? Baik lah KRS.." Nad tergelak. Dia memandang Ainaa. "Alyn mana alyn?" tanyanya.

"Alyn dengan adik dia on the way.." kata Ainaa. Put sibuk menelefon Olyn yang pun masih belum sampai lagi.

"Hello? Olyn? Mana kau?"

"Sorry , Put. Aku tengah dalam perjalanan ni. Orang yang bawa mini bus ni lambat ambil aku. Dia sesat sekejap masa nak datang rumah aku tadi. Haish , dah ada GPS pun still sesat lagi.. Korang tunggu je dekat situ , lima atau sepuluh minit lagi aku sampai.."

Put tertawa mendengar bebelan Olyn.

"Baiklah , Olyn. Pastikan tak sesat lagi eh? Hahaha"

"Aku kan ada , comfirm tak sesat dah.." Put mengangguk seakan-akan Olyn dapat melihatnya.

"Kalau macam tu aku hang off okay?"

"Okay!"

"Hati-hati.."

"Baik madam!"

Put tertawa. Dia dapat membayangkan reaksi Olyn ketika berkata 'Baik madam!' tadi. Put meletak panggilan tersebut. Dia memandang Olala.

"Olyn on the way dengan mini bus yang akan kita naik." Kata Put.

"Mini bus like..van? Bukan bas biasa?" Tanya Faezah dengan blankface.

"Aku yakin Olyn sebut 'mini bus' tadi" Put mengangguk yakin.

"Orang yang buat vacation ni macam dah dapat agak je bilangan yang pergi.." kata Yaya. Ainaa mengangguk setuju.

Bersamaan dengan itu , Alyn dan adiknya tiba di stesen bas tersebut. Mereka berdua berlari anak ke arah Olala dan skuad KRS.

"Maaf kami lambat" Alyn meletakkan barang-barangnya di lantai. "Anis bangun lambat tadi"

Hanis memandang Alyn dengan sinis. "Kau yang lambat , aku pulak yang dipersalahkan.." kata Hanis. Alyn menyiku Hanis.

"Mana Olyn?" tanya Alyn.

"Kejap lagi dia sampai lah tu.." kata Yana. Alyn mengangguk.

Sepuluh minit kemudian , sebuah bas mini mewah berhenti di hadapan mereka. Olyn keluar dari bas mini itu. Dia berjalan ke arah rakan-rakannya.

"Hi?" sapanya dengan wajah bersalah.

"You're late!" Ani memberi Olyn tatapan tajam.

"Sorry ," Olyn tersengih dengan raut minta maaf. "Come on , masukkan barang korang." Mereka semua mengikuti arahan Olyn.

Put menutup boot setelah beg terakhir dimasukkan.

"Aku dah susun tempat duduk. Kita semua ada 18 orang , tempat duduk ada 23. Row belakang ada 3 tempat duduk , so yang lain ada 20. Disebabkan ini vacation aku , aku nak korang dengar cakap aku." Mereka semua mengangguk. Olala memandang Olyn dengan awe. Tak pernah mereka melihat Olyn dengan gaya yang penuh 'kewl' ini.

"Anis , Asyiqin dan Ain , korang duduk row belakang. Yang lain duduk lah tempat mana-mana yang korang nak. Tapi mesti berdua. Macam , Engku-Faezah , Aleeya-Adilla , Mira-Dira , Yasmin-Ani , Nad-Yana , Yaya-Put , Ainaa-Alyn. So now , sila lah naik ~"

Setelah semua orang sudah mengambil tempat duduk masing-masing , Olyn pula naik.

"Dah boleh jalan kan , cik?" tanya driver itu.

"Sekejap ," Olyn memandang rakan-rakannya. "Yakin ni je yang pergi?" Tanya Olyn. Mereka semua mengangguk. "Dah boleh jalan lah bang.." Driver itu menghidupkan enjin.

Olyn mengusap wajahnya. Dia berjalan ke tempat kosong dia hadapan Yasmin dan Ani. Yasmin pelik melihat wajah Olyn yang seperti tidak cukup tidur.

"Olyn? Kau okay tak?" Tanya Yasmin.

"Aku okay.." Olyn menyandarkan dirinya pada dinding bas. "Just tak cukup tidur je malam tadi"

"Serious?" Ani pula bertanya. Olyn mengangguk. "Kalau macam tu , kau tidur lah. Perjalanan ni lama kan. Nanti dah sampai RnR kita orang kejut kau" Ani menepuk-nepuk kepala Olyn.

"Aigh , mommy.." kata Olyn.

"Eh!?" Yasmin tertawa melihat reaksi Ani. Olyn hanya tersengih. Dia membetulkan posisi duduknya. Beg tangannya dipeluk dan kepalanya disandarkan pada dinding bas.

Today will be looooooong day ~ batin Olyn. Dia sigh lalu memejam matanya.

Dari kejauhan , Put memerhatikan Olyn. Put sedar akan kepenatan Olyn. Dia tidak tahu kenapa selepas Olyn dan Olala berbaik semula , Olyn sudah tidak seperti Olyn yang dulu. Olyn yang kini telah banyak berubah. Moodnya selalu swing dari baik ke buruk. Olyn juga suka bersendirian. Selain itu , Olyn selalu terlihat stres.

Put hanya mampu mengeluh panjang. Dia tidak tahu bagaimana ingin mengubah Olyn menjadi Olyn yang asal. Olyn yang sentiasa bermood baik. Olyn yang selalu menjadi penasihatnya.. Dia seperti sudah berputus asa.

Tak apa lah , asalkan Olyn still Olala. Perlahan-lahan aku akan ubah dia.. Fikir Put. Dia menguap kecil. Put melihat beban di bahunya. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

Put membaringkan kepalanya di atas kepala Yaya yang berada di atas bahunya. Beberapa ketika kemudian , dia tertidur dengan posisi itu..

--

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience