BAB 14

Drama Completed 5869

“Assalamualaikum,kenapa ma,” jawab Fezrol dingin.

“Waalaikumsalam. Fezrol bila nak balik sini? Perempuan tu dah nak nikah bulan depan,”

“ Fezrol tak akan balik ma,”

“ Tapi kenapa?” suara Datin Mariam mula menjadi sayu apabila anak lelaki yang dirindui menjawab begitu

“ Sebab Kak Issabella tak balik sana. Kan tadi atuk dah cakap segala majlis dibuat disini jadi Fezrol tak akan balik,”

“Atuk tak bermaksud macam tu sayang. Diorang tipu Fezrol tu,majlis akad nikah buat dekat sini sayang,” pujuk Datin Mariam.

“ Fezrol tak pekak ma. Fezrol ada dekat situ,depan atuk. Atuk cakap macam tu depan Fezrol sendiri,” selepas berkata begitu Fezrol terus memutuskan talian.

Datin Mariam dihujung talian menangis apabila Fezrol memutuskan panggilan. Menyesal rasanya membuang Laila.

“Kenapa Mariam ? Menangis sampai dengar dekat bilik ayah,” tanya Tengku Hafizi apabila melihat menantunya meratap disisi telefon.

“ Semua salah ayah,kalau ayah bagi majlis buat dekat sini mesti keadaan tak jadi macam nie,” marah Datin Mariam sambil ditenangkan oleh suaminya.

“ Apa salah ayah sampai kamu nak marah ayah,” tengking Tengku Hafizi.

Datin Mariam menyandarkan diri didada Datuk Badlyshah,meratap atas segala perkara yang terjadi,” Kalau ayah tak letakkan syarat tadi,mesti Fezrol dah balik sini,”

“Alah..budak tu mana tahu kita buat syarat tu. Kamu cakap lah Dato Ikhmal tu menipu,” Tengku Hafizi berkata dengan bongkak sambil duduk di kerusi yang ditinggalkan menantunya itu.

“ Masalahnya Fezrol ada dekat situ,dia ada depan ayah,” tambah Datin Mariam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience