“ Bukan yang macam kau sangkakan. Apa yang ada dibelakang tu cuba kejar
kita.”
Muka Sam mula pucat.
“ Itu jembalang! Saja nak kacau kita!”
Sam tidak bersuara lagi.
“ Yang penting jangan bagi dia potong. Kalau tak nahas lah kita,” terang
lelaki itu dengan nada serius. Keadaan didalam teksi terang-benderang
dengan limpahan cahaya dari belakang teksi. Macam spotlight stadium.
Menjadikan Sam tersilau dan hampir tidak dapat melihat apa yang ada
dihadapan.
Seperti mengerti dengan apa yang bermain direlung fikiran anak muda itu,
pemandu tadi bersuara lagi “ Memang dia saja kasi silau supaya kita
terbabas tepi jalan. Kalau tak dapat dia akan cuba potong kereta kita.”
Dia melihat lelaki itu memaut stereng dengan kejap dan kuat. Pedal
minyak terus ditekan.
“ Dah ramai yang kena macam ni. Ada yang mati pun sebab langgar pokok.
Tak kurang jugak ada yang terhumban dalam gaung. Jalan ni memang tempat
permainan dia,” sela lelaki itu lagi. Sam pula makin tidak senang duduk
jadinya.
“ Kalau.....kalau dia potong.....apa jadi pak cik?” peluh sudah berjurai
didahinya.
Seperti tadi lelaki itu langsung tidak menoleh ketika bercakap
dengannya. “ Kalau dia potong ada benda yang menanti didepan. Dah banyak
orang yang kena. Kadang-kadang nampak orang berdiri tengah jalan. Ada
pulak nammpak perempuan melintas. Pernah juga ada orang nampak ada gaung
didepan. Macam-macam.Orang kata tempat ni memang ada puaka. Dia nakkan
darah!”
Sam tersandar dikerusinya. Nafasnya tersekat-sekat. Tanpa disedari
tangannya mencengkam tempat kusyen kereta dengan kuat.
Yang jelas cahaya terang dibelakang tetap berusaha untuk memotong
teksinya. Sam kaget. Pemandu lelaki itu terus menekan pedal minyak
sekaligus menjadikan teksinya bergerak semakin laju.
Sam terkejut apabila menyedari ada bunyi hentakan kuat dibelakang teksi.
Apa benda tu? Anak muda itu cuak. Hendak menoleh dia tidak berani.
Mulutnya mula terkumat-kamit membaca surah lazim.
Ah.....diwaktu-waktu genting begini otaknya enggan untuk membantu. Entah
kenapa langsung sepatah haram pun ayat-ayat lazim tidak mampu diucapkan.
Pelik! Sedangkan sebelum ini bibirnya lancar menyurahkan ayat tersebut
ketika dia bersolat. Benar kata orang bila berada didalam keadaan panik
dan tegang perkara yang mudah pun tidak mampu dilakukan dengan baik.
Bunyi hentakan dibelakang kedengaran lagi. Kali ini bertalu-talu seperti
ada tangan besar yang mengetuk bonet kereta dengan kuat. Serentak itu
juga dia merasakan yang badan teksi itu bergegar.
Ya Allah! Hatinya menjerit ketakutan.
“ Pak cik,” dia menyeru.
“ Jangan layan!” sergah lelaki itu tanpa menoleh. Fokusnya lebih pada
jalanraya yang gelap-gelita.
Sam dikejutkan lagi dengan bunyi sesuatu mencakar cermin belakang. Apa
pulak kali ni, hatinya berbisik cemas. Perlahan-lahan dia menoleh
kebelakang.
Terkejut apabila dia melihat ada tangan serta jari-jari runcing mencakar
permukaan cermin. Tubuhnya tidak kelihatan. Bunyi ngilu menghambat
perasaannya. Sam berpaling dan memejamkan matanya seketika. Ya Allah!
Selamatkanlah aku!
Bunyi itu hilang untuk seketika sebelum ianya muncul ditingkap sisi
dibahagian belakang. Sam segera menoleh dan kali ini dia melihat kepala
seorang perempuan berwajah pucat dan rambutnya yang panjang, menyeringai
memandang kearahnya. Lidahnya yang kehitaman menjilat permukaan cermin
berkali-kali. Meninggalkan kesan darah.
“ Pak cik! Dia ada dibelakang ni!” pekik Sam sekuat hatinya. Tidak
pernah dia merasa setakut ini. Inilah pengalaman pertamanya.
Share this novel