“So, in order to reduce the incidence of VAI in patient who are ventilated hence increasing their mortality this latest method that I`ve put on trial for this past 2 years has shown a tremendous reduction in the morbidity and the mortality of the case study” suara Hana Aishah bergema di segenap dewan.
Pembentangan thesisnya berlansung selama hampir dua jam. Debaran di dadanya tidak boleh dia ungkapkan. Seminggu lepas , kesibukannya untuk memastikan pembentangan thesisnya sesempurna mungkin. Alhamdulilah , dengan izinNya Hana Aishah dapat menjawab soalan – soalan yang diutarakan professor – professor yang hadir.
“I`m very proud of you Hana. Keep this up, you`ll surpass me” pujian daripada ketua jabatannya , Professor Angel membuatkan segala kepayahan yang dia perlu lalui untuk sampai ke tahap itu berbaloi.
Wanita dalam usia awal 50an itu amat susah untuk dia fahami pada awal pertemuaan mereka. Satu wanita yang amat mementingkan kesempurnaan sekaligus menjadikan kehidupan anak – anak buahnya stress sepanjang masa tetapi apabila Hana Aishah dijemput menghadiri jamuan Thanksgiving di rumah bosnya , dia faham mengapa wanita itu mempunyai personality seperti itu.
“I`m a career woman who have a family. Having a family shouldn’t be an excuse for you to fall back. Why does since the early time, man are the one who has been given the chance to have both? Why can’t women do the same? I have 5 kids, a loving husband but look at me now. At the top of my career ” perbualan mereka di laman belakang banglo wanita itu benar – benar membuka mata Hana Aishah.
Dia teringat impiannya yang dimatikan demi seorang lelaki bernama suami. Lelaki pertama yang dia cintai , menutup jalan menuju ke cita – citanya tanpa bertanya walaupun sepatah kepadanya. Sungguh Tuhan itu Maha Adil. Impiannya yang dipadam daripada hidupnya oleh lelaki itu , Tuhan berikan kepadanya semula. Peluang kedua yang diberikan kepadanya tidak akan dia sia – siakan.
“I want you to propose your research to JH Medical School. They have this elite fellowship programme that I want you to enrolled. It’s a parallel programme so when you grad, you`ll have your subs together” mereka sedang berjalan menuju ke unit rawatan rapi semasa Angel memberitahu cadangannya.
“But I heard it’s difficult to get in plus I just sat for their entrance exam. The requirements are scary” Hana Aishah meluahkan kegusarannya.
“Nothing’s comes easy Hana but I know you have what it takes. It`ll be double the trouble but once your cross it, it`ll be rainbow” Angel menepuk bahunya sambil memberi Hana Aishah semangat.
Sewaktu dia bermula di situ, entah berapa banyak kali dia diperli wanita itu kerana tidak mampu membuat tugasan semudah memasukkan jarum ke tangan pesakit. Setahun dia terperap di penjara lelaki itu , setahun yang mematikan segala semangatnya. Tetapi demi Adam , dia meneruskan langkahnya dan hasilnya wanita yang sama memerlinya adalah insan sama yang memujinya sekarang.
“Prof Angel. I was looking for you” suara yang sentiasa suka merosakkan mood Hana Aishah.
“Yes Emery. Anything?” mereka sedang menuju ke pejabat Angel yang berada di ICU itu.
“Well. First of all , I`d like to invite you to my new year`s eve party” suara ceria Ember memberitahu Angel yang baru melabuhkan punggungnya. Hana Aishah ikut duduk bertentangan dengan wanita itu.
“I clearly told everyone; I don’t mix my work with personal life. So, no. Anything else?” Hana Aishah mengigit bibir bawahnya menahan daripada menertawakan Ember.
Ember wanita asli negara itu yang cantik dan bijak tetapi entah mengapa ada sahaja benda yang wanita genit itu tidak berpuas hati dengan Hana Aishah. Mereka sama – sama memasuki program kepakaran dalam bidang bius tetapi semenjak pertama kali mereka bertemu , wanita itu sudah menunjukkan sisi sebenarnya. Hana Aishah bersyukur juga kerana sekurang – kurangnya wanita itu tidak hipokrit dan berpura – pura baik dengannya.
“Oh. Errr. I want to update you regarding my latest research” wajah cemberut Ember jelas kelihatan walaupun nadanya di maniskan. Panas hati dia saat itu melihat Angel yang tidak mengendahkannya dan sibuk meneliti kertas di atas mejanya. Dan seperti petrol yang membarakan api di hatinya , musuh ketatnya sedang duduk di hadapan ketua jabatan mereka menyaksikan segalanya.
“Ember. How many times do I have to tell you. I have assign everyone a respective day in a month for you guys to approach me regarding any research of yours. So do not barge into other people`s slot. Its rude” suara Angel sudah naik satu oktaf.
“But she`s done and mine is ….” Kata – katanya dipotong laju oleh Angel.
“You are too much Ember and you just lost your slot for this month. Out” Ember melangkah keluar sambil menghentakkan tumit kakinya kuat. Bergema satu bilik itu dengan bunyi kasut tumit tinggi Ember.
“I was having a good day and then this” Hana Aishah tersenyum pendek mendengar keluhan wanita itu.
“Sorry about that. So, where were we?” Hana Aishah melihat wajah wanita yang sudah mulai berkedut itu. Rambut yang diwarnakan coklat gelap itu sudah dijaluri uban – uban yang semakin lebat.
“About JH elite programme you were telling me arlier” Hana Aishah mengingatkan wanita yang dia pasti ada banyak perkara yang perlu difikirkan tetapi tetap meluangkan masanya membantu Hana Aishah.
“Ahhh. Yes. I want to propose few thing in regards of that. You need to make a good first impression. I`ll arrange a meet up with a friend of mine there. I think we can really bring your research to a new level” Hana Aishah tersenyum lebar mendengar kata – kata ketuanya yang penuh harapan dan semangat itu.
Hampir terbabas asarnya kerana terlalu asyik berbincang tentang kertas kajiannya. Nasib baik penggera telefonnya berbunyi menandakan waktu yang menghampiri maghrib. Kelam kabut dia menuju ke bilik yang disediakan pihak hospital untuk staf dan pesakit menunaikan kewajipan masing – masing. Tidak kiralah anda beragama apapun , mereka boleh menunaikan kewajipan di Interfaith Room.
“I need you to submit this thesis before end of this month. No more delay young lady?” Hana Aishah menelan air liurnya kesat saat teringat arahan ketuanya itu. Beg susu yang dipimpinnya itu dikemaskan saat dia menanti Scott yang akan menjemputnya petang itu.
Selalunya cepat sahaja mereka datang mengambilnya tetapi hari itu terlampat pula. Di perhentian bas itu Hana Aishah meneruskan kerjanya di laptop. Tangannya sibuk menaip cuba mengingati segala tips yang diberi Angel sebentar tadi.
“The first rule of presenting is you need to know what you are selling. That is when you will either convince them to listen to the long boring details or for them to not even bother” pesanan Angel sebelum dia naik ke pentas dan membentangkan Thesis nya sebentar tadi.
Entah berapa banyak kali dia menaip sebelum memadam semula. Terkumat kamit mulutnya mencuba untuk menyedapkan ayat di bahagian thesisnya. Bibirnya digigit – gigit kegeraman. Dalam sejuk beku cuaca di luar hospital itu , dia meneruskan usahanya. Masa berlalu tanpa dia sedari dan dia masih lagi merangkak – rangka merangka ayat.
“Kalau abang ada kan senang. Aishah suruh abang je type kan” secara automatik keluhan itu melintasi bibirnya. Masa terhenti sejenak. Kenapa tiba – tiba mindanya lari mengingati lelaki yang membuatkan hatinya tidak mampu merasai cinta lagi. Lelaki yang membunuh cita – citanya.
***************************************
Bibir Hana Aishah digigit – digigit kegeraman. Geram betul Hana Aishah dengan dirinya. Sudah hampir dua jam dia duduk di hadapan PC suaminya tetapi dia masih tidak mampu menyusun kata. Yang dia mampu buat adalah slide pertama yang berisi tajuknya dan namanya sebagai pembentang.
Plastik nachos di atas meja mahagoni itu diambil sebelum dia medongakkan wajahnya. Serpihan – serpihan yang tersembunyi di sudut – sudut plastik itu digoncangkan ke dalam mulutnya. Stress betul dia apabila tiada isi yang keluar. Sudahlah idea tidak mahu keluar daripada mindanya , sekarang plastik nachos itu pula mengecewakannya.
“Stupid Nacho and stupid brain” Hana Aishah mencampak plastik itu sebelum menyembamkan wajahnya di atas meja mahagoni itu. Haruman yang dapat dia bau saat itu menenangkannya. Keluhan berat dilepaskannya dan seperti dirancang kaki empunya haruman itu melangkah masuk
“I can hear your sigh from downstair” gurauan yang diikuti dengan tawa itu membuatkan air mata Hana Aishah bertakung.
“Tak nak kawan dengan abang” Hana Aishah mencebikkan bibirnya sambil merenung suaminya. Fakhrul yang hanya berseluar pendek tanpa baju makin kuat tawanya melihat wajah comel isterinya yang sudah hampir menangis itu.
Dia menghampiri Hana Aishah sebelum dengan mudahnya tubuh Hana Aishah diangkat dan diletakkan di atas ribanya. Wajah Hana Aishah yang cemberut dengan air mata yang sedang bergenang menanti masa untuk gugur itu dipandangnya dengan senyuman lebar.
“Abang suka senyum kan kalau Aishah in touble. You don’t love me” Hana Aishah yang sedang duduk di riba Fakhrul itu menuduh sayu.
“Habis dah” Fakhrul bertanya sambil tangannya mengelus paha Hana Aishah yang dibaluti Fabrik hari itu. Salah pilihan bajunya hari itu. Walapun singlet yang dipakai Hana Aishah itu menyedapkan matanya , tetapi bahagian kaki itu terlalu tertutup.
“If you mean habis dah my slide. Then no. Faham tak no” Fakhrul menahan tawanya apabila melihat air mata isterinya yang sudah mengalir.
“I mean kenapa Aishah kena present lagi for paeds. Aishah dah habis kot that posting. I hate them for doing this to me” Hana Aishah menyembamkan wajahnya ke dada Fakhrul.
“Sayang. That’s compulsory right. Mana boleh sayang skip presenting your cme” sebab itu kalau cakap kena berpada. Akibat ayat Fakhrul itu , menyeringai dia apabila Hana Aishah mencubit pinggangnya.
“Abang memang kan. Suka seksa Aishah. Bukan salah Aishah lah. Leader tu yang miss nama Aishah. Not my fault” Hana Aishah membentak.
“Sayang cubit lah kuat mana pun , I wont support you on this. Sayang should be responsible. You shouldn’t take your logbook likely sayang. It`ll come bite you at this juicy ass later in the day” selaras dengan bebelan Fakhrul , tangan lelaki itu sudah turun ke bahagian belakang isterinya.
“Bencilah cakap dengan Abang. Aishah tahu la , memang Aishah lembap lepas tu pemalas lepas tu tak pandai . Like you told me multiple time in the past. Dah lah. Go. Let me rot with this slides” Hana Aishah menolak dada suaminya sebelum cuba membangunkan dirinya daripada pendudukannya.
“Hana Aishah, don’t put word in my mouth. Abang tak cakap pun sayang macam tu” Fakhrul menarik Hana Aishah duduk kembali. Matanya merenung tajam ke dalam mata Hana Aishah yang kesedihan.
“Abang jangan kacau Aishah. Aishah nak buat slides” suara isterinya sudah berjauh hati. Fakhrul sudah kenal sangat. Dia merenung Hana Aishah yang merenung ke tangan isterinya yang digenggam erat itu.
“Sayang stuck dekat mana. Abang tolong, ok?” Fakhrul menarik isterinya ke dalam pelukan. Dia dapat merasakan esakan isterinya semakin kuat.
“I hate paeds. Aishah tak suka. Kenapa Aishah kena go back there. I… I…” tersekat – sekat suara Hana Aishah meluahkan rasa.
“Kenapa sedih sangat ni. Its not like they ask you to repeat your posting. Sayang pergi present and then that’s the end of it” Hana Aishah masih dengan esakannya.
Fakhrul menolak tubuh isterinya sekaligus merenggangkan pelukan mereka. Wajah Hana Aishah yang sudah dibanjiri dengan air mata itu dikesatnya menggunakan telapak tangannya. Dia kucup perlahan bibir itu.
“Sayang rest dulu. Nanti start balik. You`re just exhausted” cadangan Fakhrul dibalas dengan nguapan besar Hana Aishah sebelum dia membaringkan kepalanya di bahu Fakhrul.
Senyuman lebar terukir di bibir Fakhrul apabila tidak sampai beberapa minit dengkuran halus Hana Aishah kedengaran.
Semenjak semalam lagi dia sudah mendengar bebelan isterinya yang tidak berpuas hati apabila dipanggil semula untuk menyelesaikan CME yang tidak dibentangnya sewaktu di Jabatan Paediatrik itu. Sejujurnya dia rasa kedua – dua pihak salah tetapi dia diamkan sahaja. Entah mengapa Hana Aishah benci sangat dengan jabatan Paediatrik. Kalau jabatan Orthopaedik dia fahamlah kerana saat – saat Hana Aishah di situ hanya penuh dengan penyeksaan daripada Fakhrul.
Apabila matahari mulai turun barulah mata Hana Aishah tercelik. Dia menggeliat di sofa di pejabat mini Fakhrul. Selimut di tubuhnya dipandang pelik. Bila masa pulak dia berbaring sambil berselimut di situ. Matanya melihat pula langit oren yang menandakan matahari yang sedang terbenam itu.
Senyuman lebar terukir di Hana Aishah apabila tubuhnya terasa segar tidak seperti sewaktu dia sedang duduk menyiapkan slide pembentangannya. Mengingatkan pembentangannya , rasa geram yang tadi pergi muncul kembali.
“Hana Aishah. You need to present for CME next Thursday considering you haven’t present yours during the posting” suara lelaki yang membuatkan dia terlibat dalam kemalangan sampai bahu kanannya patah.
Bencinya dia dengan lelaki bernama Khatib itu. Nama yang membawa maksud yang indah tetapi diberi kepada lelaki sekeji manusia itu. Untuk bertembung dengan lelaki itu dia benci. Dia pasti ini semua angkara lelaki tidak guna itu. Sedangkan pakarnya yang menjadi mentornya sudah memberinya pelepasan kerana dia dapat menjawab soalan yang diutarakan sewaktu rondaan pagi dengan lengkap , bagaimana pula timbul isu CME nya.
“Kau baik doa , anak kau tak jadi junior aku. Memang seksa hidup anak kau aku buat” Hana Aishah menyumpah lelaki itu. Tetapi itu semua hanya seketika apabila mengingatkan slidenya yang tidak siap lagi.
Kelam kabut dia bangun sebelum dia mendudukkan dirinya di atas kerusi empuk milik suaminya itu. Rambutnya yang kusut itu diikat kembali sebelum dia menekan punat di PC itu. Matilah dia hendak menyiapkan slide itu. Sudahlah pembentangannya pada hari esok.
“What the…” Hana Aishah terkejut melihat slide yang tadinya baru ada satu sekarang sudah ada 43. Matanya terbuntang saat melihat slide yang sudah lengkap dan sempurna itu. Dia menggosokkan matanya beberapa kali.
“Ya Allah. Ya Allah” Hana Aishah sudah meloncat kegirangan. Syukurnya tidak terhingga. Melihat slides itu , dia tahu gerangannya siapa.
“Abang. Abang!” Hana Aishah melaung kuat sambil kakinya melangkah laju menuju ke bilik tidur mereka. Bunyi pancuran air daripada bilik mandi itu membawa kakinya menuju ke situ. Dia menolak pintu yang tidak dikunci itu.
“Don’t lock the bathroom. Abang tak suka” tabiat Fakhrul yang dia tidak suka tetapi sudah terbiasa.
Dia menolak pintu itu sebelum wap daripada air panas yang sedang membasahi tubuh Fakhrul itu menyapa tubuh Hana Aishah. Dia tersenyum lebar sebelum melangkah menuju ke tempat mandian. Pintu kaca itu dibuka sebelum kepalanya dihalakan ke dalam.
“I thought sayang hate it when abang barge while you were bathing” Fakhrul membersihkan sabun di rambutnya sambil memerli Hana Aishah. Tetapi tiada balasan. Tidak sampai seminit , dia mendengar pintu kaca itu ditutup.
“That rules apply to you only. I can barge in anytime I want” Fakhrul sudah tersenyum melebar saat Hana Aishah memeluk tubuhnya daripada belakang. Satu per satu kucupan menghiasi belakang badannya.
“If I know this is what it takes to get you into the bath with me would’ve done all you slides” Hana Aishah tersenyum tika ini oleh itu usikan suaminya tidak diendahkan. Semakin lama , semakin meliar tangan Hana Aishah. Fakhrul memusingkan tubuhnya memandang Hana Aishah.
“Thank you. You don’t know how much this means to me” Hana Aishah meluahkan rasanya ikhlas. Fakhrul dapat melihat anak mata coklat yang digemari itu menyembunyikan sesuatu.
“You are hiding something” tona suara suaminya berubah.
“Can we not talk about it. I`m happy now and I want to make you happy. Please” mata Hana Aishah lunak memandang Fakhrul. Fakhrul dapat menangkap getaran yang cuba diselindung Hana Aishah saat itu.
“You know I hate when you are hiding things from me” kalau tadi Hana Aishah cuba menyembunyikan perasaaannya , Fakhrul dengan jelas lagi bersuluh meluahkan ketidak puasan hatinya.
Wajah Hana Aishah yang tadi merenung suaminya terus dilarikan ke bawah tapi menyedari pemandangannya saat itu terus dia melarikan pandangannya ke cermin kaca yang memisahkan tempat mandian itu dengan keseluruhan bilik air yang lagi besar daripada bilik tidurnya di Subang Jaya.
“Tadi abang nampak macam pandang tempat lain. Laju betul bertukar arah” Fakhrul mengusik isterinya sekaligus mengubah suasa di dalam kamar mandi itu.
“Mana… mana ada. Eeee tak nak lah bagi hadiah macam ni” Hana Aishah mencebikkan bibirnya menyebunyikan malunya. Dia pasti pipinya sudah merah. Kakinya yang mahu melangkah keluar itu terus dihentikan suaminya.
“I miss you since yesterday. You`re so busy with slides. Sayang tak layan abang pun” suara suaminya yang seperti berjauh hati dengannya mengusik tangkai hati Hana Aishah.
“I`m sorry. Aishah mintak maaf. Abang maafkan Aishah tau” Hana Aishah memeluk tubuh Fakhrul erat. Kerana sibuk mahu membalas dendam dengan lelaki tidak guna bernama Khatib sampai dia terlupa melayan suaminya.
“I`m so stupid. Was so busy trying to balas dendam to an ass who is nobody until Aishah lupa Abang. Sorry ok?” mata merenung ke dalam anak mata hitam yang dahulu amat dibencinya tetapi sekarang menjadikan dia angau.
“Boleh. But…” Hana Aishah sudah tersenyum simpul apabila mendengar kata – kata suaminya. Fakhrul yang sudah habis mandi itu , menyambung mandiannya sekali lagi. Sepanjang hari itu , Hana Aishah menghabiskan masanya melayan suaminya yang satu. Terus dia lupakan segala tentang kerja. Fokusnya pada Fakhrul sahaja dan saat itu Hana Aishah faham apa yang dikatakan Hariz sewaktu dia keguguran anak pertama mereka.
“Fakhrul is a like a lost bee. He has been on his own since I`ve known him. He sheltered himself from the herd for so long thinking that he was protecting himself but how come a bee can survive without the queen. Right now, you are the queen bee and he`d do anything to keep you by his side. Sometimes he will hurt you but trust me when I say he didn’t mean it. He is just scared this current Queen Bee will leave him like how all the Queen Bees did. He won’t tell you anything but he will expect you to take whatever he gives because that’s what Queen Bee do. She takes everything without a say” kata – kata Hariz dengan senyuman pahit lelaki itu saat mereka memandang ke arah Fakhrul yang sedang sibuk memasak lauk pantang ajaran nenek Hana Aishah waktu itu kerana itulah syarat untuk membawa Hana Aishah pulang ke banglo suaminya.
*********************************************
Lamunan Hana Aishah terhenti saat bunyi hon kereta kedengaran. Air mata yang mengalir tanpa dia sedari itu dikesat sepantas kilat. Tidak mahu Scott menangkap dia dalam keadaan itu kerana sejujurnya dia sendiri tidak tahu macam mana mahu menerangkan kepada lelaki itu. Secepat mungkin Hana Aishah menutup laptopnya dan memasukkan ke dalam begnya. Kakinya melangkah berhati – hati menuju ke kereta Mercedes milik Scott.
“Mi” sejurus Hana Aishah membuka penumpang di sebelah Scott suara yang menjadi kegemarannya menyambut.
“Go sit at the back. I`m so mad at him today. That boy is the reason why we are late” Hana Aishah menahan tawa melihat wajah cemberut kedua – dua lelaki penting dalam hidupnya itu.
“What did you do to Papa Scott, Muhammad Adam” saat mendengar ayat ibunya terus bibir Adam dicebikkan.
“Don’t you dare Adam” Scott menjeling ke arah Adam dan tidak sampai sesaat satu kereta itu bergema dengan raungan Adam.
“Ala ala baby Umi. Come here my nyawa” Hana Aishah dengan cekapnya membuka carseat Adam sebelum mengangkat anaknya. Adam yang memakai baju tidur beruang yang tebal itu sudah menangis teresak – esak.
“What happens Scott?” Hana Aishah menahan tawanya saat melihat wajah Scott yang masih masam itu.
“Yes, yes wait. Oh gosh. Soo impatience this boy” perhatian Hana Aishah terus beralih pada Adaam. Anak lelakinya sedang bersusah payah menolak blaus yang dipakainya untuk mencapai apa yang dicarinya daripada pagi tadi.
“That’s what he wants since morning and do you know how difficult it was. He makes a really big fuss today. Don’t want bottle milk, don’t want puree. Just want Mi Mi Mi” Scott yang sudah menggerakkan keretanya itu memandang ke arah Hana Aishah daripada cermin hadapan kereta.
“You miss Umi is it baby?” Hana Aishah mengelus pipi Adam yang sedang menyedut rakus. Lapar sangat gayanya.
“I`m sorry baby. Umi have to work. I need to feed you. I need to build a good life for you” Hana Aishah memberitahu anaknya sebak.
Dia tahu , terlalu banyak masa yang dia hilang kerana mengejarkan kerjanya tetapi hakikatnya dia perlu mencari wang untuk membina masa depan Adam. Adam hanya ada dia sahaja. Itu juga tujuan dia mahu mengikuti program yang disarankan Angel. Supaya dia dapat membina satu kehidupan yang lebih baik untuk Adam.
“Just give me few more years ok nyawa. Few more years and then we`ll get to spend more time together” air mata Hana Aishah bertakung merenung mata Adam yang sembap.
Kalau datang mood anaknya itu , sepanjang hari anaknya tidak akan makan selagi dia tidak pulang. Hari ini nasib Scott pula terpaksa melayan amukan anaknya yang mahukan Hana Aishah. Adam sudah hampir memasuki 2 tahun setengah dan masih menyusu badan.
Hana Aishah seperti dapat mengagak mengapa Adam amat sukar untuk putus susu kerana itu adalah satu – satunya masa di mana perhatian Hana Aishah hanya untuk Adam. Tiada gangguan kerja mahupun urusan lain. Hanya Hana Aishah dan Adam.
“I`m so sorry for all the time that I miss. I`m sorry for the milestone that I didn’t celebrate with you. I wish every second if things were different. If your Babah is here” Scott terdiam mendengar kata – kata Hana Aishah.
“Umi took that away from you. I took your babah away” air matanya mengalir lebat. Adam merenung ibunya dengan anak mata hitam yang membuat tidur malam Hana Aishah tidak lena.
“Don’t hate me please. I`m just protecting you” Hana Aishah mengucup ubun – ubun Adam.
“Hana. What happen?” Scott akhirnya bersuara.
“I`m so bad Scott” Hana Aishah bersuara sebak.
“Hey I was just joking about being mad with him. You know I love him right?” Scott menyambung. Bimbang sekiranya kata – katanya membuatkan Hana Aishah merapu sebegitu.
“He is my son Hana. I can never get mad at him” Scott memegang tangan Hana Aishah apabila lampu isyarat bertukar merah.
“That’s the problem Scott. Neither you nor both Em and Mika is his father. That’s the truth that I can’t never erase” Hana Aishah mengesat air matanya sambil tersenyum pahit.
“I don’t need to donate my sperm to be a father. I just need to be there for him and love him. Like how I`m doing. So no, you`re wrong. Adam is my son” Hana Aishah membuangkan pandangannya ke luar jendela kereta. Salji yang turun semakin lebat itu dipandangnya sayu.
“What actually happen Hana? Why suddenly you`re mentioning him” Scott meneruskan perjalanannya tetapi sesekali matanya memandang ke arah Hana Aishah. Kesunyian Hana Aishah menggusarkannya.
“Because no matter how I try to deny it , he is Adam`s babah and I`m depriving both of them of each other” Scott terdiam mendengar kata – kata Hana Aishah.
“He is going to hate me for it” Hana Aishah mengusap pipi montel Adam yang sudah melelapkan matanya tetapi mulut itu masih laju menyusu. Setiap inci anak itu mengingatkan Hana Aishah pada hakikat sebenar seperti saat dia melihat air mata tadi yang mengalir sudah mengering di pipi yang berwarna kemerahan
Pertama kali dia melihat pipi lelaki itu merah apabila Hana Aishah dengan beraninya menyalami tangannya sebelum mengucup pipi Fakhrul di tempat kerja mereka. Pagi itu sewaktu Hana Aishah berdebar memulakan pembentangan, tiba – tiba suaminya muncul dan seperti magik segala kegusaran yang sedang dia rasai hilang. Lancar sahaja mulutnya membentang seperti mana diajar suaminya malam sebelumnya. Soalan yang ditujukan dibalas yakin. Dan diakhir pembentangan sambil dia merenung ke dalam mata Khatib yang memandang tidak berpuas hati, Hana Aishah menyalami suaminya sebelum mengucup pipi suaminya kanan dan kiri.
“I`m trying to find something from me that you inherited but everything just looks exactly like your Babah. Everyday you just look more and more like him” Hana Aishah berbisik perlahan tetapi masih dapat didengari Scott.
*********************************
“Thank you angah” Puan Sri Maria mengusap rambut anak lelakinya yang sedang mengurut kakinya.
“Your muscles are all tight. Mama tak exercise your limb ke?” Fakhrul sedang duduk di atas katil di bilik ibu bapanya.
“Malas nak pergi every week to that rehab. Boringlah” Fakhrul memandang wajah ibunya. Mungkin dia tidak rapat dengan mamanya seperti mana dia rapat dengan ibunya tetapi dia tahu ibunya sedang menyembunyikan sesuatu.
“Papa mana” Fakhrul bertanya selepas beberapa minit suasana sunyi.
“Busy” sepatah Puan Sri Maria menjawab.
“You`ve been going to rehab alone is it?” kebisuan yang menjadi jawapan Fakhrul membuatkan persoalannya berjawab walaupun tanpa bicara.
“Along tak ikut?” Puan Sri Maria masih lagi membisu.
Pagi tadi sewaktu Puan Sri Maria menelefonnya bertanya khabar, dia dapat menangkap kesunyian di sebalik suara itu. Kerana itu selepas habis pembedahannya petang tadi , dia terus menuju ke mahligai itu.
“Angah dah makan?” Puan Sri Maria terus mengubah hala perbualan mereka.
“Havent” Fakhrul menjawab pendek sambil tangannya mengurut kaki Puan Sri Maria yang semakin mengecil kalau hendak dibandingkan dengan tubuh mamanya yang masih tegap. Kesan akibat strok itu membuatkan Puan Sri Maria berkerusi roda setahun lebih.
“Muscle mama dah atrophied. You need to exercise more. Nanti angah bawakkan protein supplement untuk mama and I`ll tell Mak Zah to put more protein in your meal” Puan Sri Maria tersenyum gembira mendengar keperihatinan anak lelakinya itu.
“Mama suruh Zah masak tadi. I didn’t know you are coming. Kalau tak mama dah masak favourite Angah” Fakhrul meneruskan urutannya. Dia biarkan sahaja mamanya berbicara. Pelbagai cerita dia dengari senja itu.
Dia pernah berada di tempat itu dan sakit itu masih dia rasai. Apabila jiwa kecilnya mahu bercerita ceritera hari itu disekolah tetapi tiada siapa yang sudi mendengar. Akhirnya dia belajar untuk diam membisu. Menyimpan segala rasa dan pengalaman di dalam lubuk hatinya kerana buat apa bercerita jika tiada yang sudi mendengar.
“Just put the records there. Make sure you flip the page that I need to sign” belum sempat dia menunjukkan buku prestasinya , arahan dikeluarkan dulu. Tujuannya bukan mahukan tandatangan , hanya perlukan kata – kata pujian daripada papanya. Lama kelamaan , dia belajar untuk menyimpan segala rekod prestasinya di dalam sebuah kotak. Tersimpan rapi tanpa ditunjukkan pada sesiapa.
“Today ada kenduri doa selamat dekat rumah Datin Sri Imah. Tapi mama tak larat nak pergi plus I`ll be going alone. So, mama cancel la” Puan Sri Maria menyambung cerita.
“Mama nak buat tahlil next week. Birthday Adam kan” Fakhrul terus berhenti mengurut.
“Nanti Angah datang” Puan Sri Maria mengusap rambut ikal mayang anaknya itu.
“Angah nak mandi kejap. Dah nak masuk maghrib” Fakhrul beralasan. Kakinya sudah melangkah menuju ke laci antic di sudut almari mekap mamanya.
“Angah tidur sini boleh malam ni. Teman mama” Fakhrul hanya diam membisu. Memang jawapannya akan tidaklah tetapi dia perlu berhati – hati memberitahu mamanya. Takut nanti wanita yang sedang menanggung sesuatu itu lebih sakit.
“Along dah jarang balik. Idora alahan teruk baby second ni” Puan Sri Maria menebalkan muka meminta. Kesunyian yang dia rasai semenjak setahun lebih ini benar – benar menyesakkan.
“Papa busy. He just came back from London so he`ll be home late at least for a couple of weeks” Puan Sri Maria menjulurkan kakinya ke lantai. Lega sikit dia rasa apabila sudah diurut sebegitu.
“Angah teman mama ye?” permintaan kedua yang Fakhrul masih tidak jawab.
Puan Sri Maria melihat anaknya yang sedang berdiri di laci antik tadi. Keras tubuh itu tidak bergerak.
“Angah” Puan Sri Maria memanggil sekaligus mengejutkan Fakhrul daripada lamunannya. Dia menutup laci antic itu sebelum berjalan menuju ke arah mamanya.
“Mama nak turun bawah ke nak stay here?” Fakhrul bertanya sambil memeluk mamanya sebelum didirikan.
“Allah. Lega mama dapat berdiri” Fakhrul mengambil tongkat yang tersangkut di celah katil itu sebelum dia membantu mamanya berdiri sendiri denga menggunakan tongkat.
“Mama nak freshen up also. Nak solat maghrib. Nanti angah nak turun , Angah bawak mama sekali boleh” Fakhrul menganggukkan kepalanya sebelum kakinya melangkah keluar daripada bilik tidur yang jarang sekali dia ziarah.
Kenangan zaman kanak – kanaknya yang sunyi kembali mengasak. Dia benci ke situ kerana mahligai itu mengingatkan pada kesunyian yang dia rasai setiap saat dia di situ. Jarang sekali dia akan tidur. Tetapi malam itu dia terpaksa. Setelah melihat isi laci antic mamanya dia menjadi buntu.
“Kenapa sayang tak ada. Its not lonely with you here” Fakhrul memandang tudung sarung milik isterinya yang dibiarkan tersadai di rangka katil kelamin mereka di mahligai itu. Seperti setiap kali Hana Aishah akan lakukan sejurus masuk ke kamar mereka itu. Tudung sarung kegemaran isterinya itu akan ditanggal sebelum disidai pada rangka katil kayu jati itu.
“Come back please. Everything is so messed up here” mata Fakhrul dipejam rapat saat dia terbayang isi sampul surat putih di dalam laci ibunya.
Share this novel
hi dear...update plz....
hi dear..salam.maghrib. update lg, plzz.....
best dear. x puas i baca. nk up lg, ble x....x sabar i nk tunggu adam meet her babah @london.....plz dear....