Rate

2

Superhero Series 1814

Hidup ini tidak seindah kita bayangkan,
Tapi sebaliknya itu tersimpan hikmahnya.

Selepas pengebumian ibu dan ayah, Riana terus menghempas pintu biliknya. Liana hanya mengeluh berat. Tubir matanya panas.

Siapa tak sedih kalau ibu ayah meninggal dalam usia muda?

Fikiran Liana teringat kembali kejadian sebelum mereka balik ke rumah.

"Adik ada keluarga lain ke?" Seorang wanita separuh abad menegurnya.

"K...kenapa?" Liana menatap wanita tersebut.

"Kak cuma nak tanya. Kalau ada nenek, atuk, mak cik atau pak cik yang boleh jagakan Liana dan Riana. Kalau tiada keluarga lain, kak dan pihak lain akan dafkarkan kamu dan adik kamu tu ke rumah anak yatim"

Liana terdiam. Dia memang tiada keluarga lain. Nenek dan datuknya sudah lama meninggal dunia. Ayah seorang saja anak tunggal. Ibu pula dibesarkan di rumah anak yatim.

"Adik?" Wanita itu melambai tangan di hadapan wajah Liana. Menarikkan Liana ke dunia realiti.

"Huh?"

"Adik dengar tak tadi?" soalnya semula.

"Err... ada, mak cik." Jawab Liana. Wanita itu senyum nipis dan menangguk.

"Mana dia?" soalnya semula. Liana berfikir untuk mencari alasan kukuh.

"Dia... kejap lagi datang"

"Ooh, okey. Beritahu mak cik kamu buat surat penjagaan." Liana senyum dan menangguk mendengar pesanan wanita tersebut, sebelum wanita itu berlalu pergi.

Bukan niat Liana menipu wanita tersebut, tetapi dia ada sebab tersendiri. Dia mahu menetap di rumahnya, di sinilah banyak kenangan indah dan perit. Jika dia dan adiknya menetap ke rumah anak yatim, siapa mahu jaga rumah ini? Dia tidak mahu sesiapa menyewa rumahnya.

Namun, dia tiada wang yang cukup untuk menanggung dirinya apatah lagi adiknya. Bekerja? Memang dia tidak layak kerana umurnya 11 tahun.

Liana mengetuk dagunya. Fikirlah Liana, fikir!

Tiba-tiba, perutnya berbunyi. Liana menggosok perutnya yang berlapik kain baju dipakai olehnya. Balik dari pengebumian tadi, dia dan Riana tidak sempat makan, hanya makan yang ringan sahaja.

Liana melangkah ke dapur, tangannya membuka kabinet dapur untuk mencari bahan masakan. Bahan masakan tinggal sedikit. Haih, boleh sampai seminggu je.

Tangannya mencapai tin, hari ini dia mahu memasak spageti yang sedap.

**

"Hiks, kenapa ibu ayah tinggalkan adik!"

Riana memeluk lututnya, matanya jatuh memandang sekeping gambar. Gambar ibu ayah, kakak dan dirinya.

Riana menggosok matanya.

"Ibu ayah!

Kenapa!

Kenapa!"

Riana mengambil bantal dan menekup wajahnya. Habis basah bantalnya dengan air mata dan hingusnya.

Tok!

Tok!

"Adik! Jom makan! Makanan dah siap ni!" Liana mengetuk pintu beberapa kali, namun Riana buat tidak endah saja.

"Adik jom!"

"Tak nak!"

"Please adik. Makanlah. Sekejap je."

Liana memujuk beberapa kali di depan pintu, mengharapkan Riana menerima pujukannya.

Riana mengeluh berat. Bising dengan pujukan kakaknya di luar bilik. Dengan perasaan malas, Riana mengagahkan diri turun dari katil dan berjalan ke pintu bilik. Pintu nya dipulas, perlahan-lahan pintu dibuka.

Liana senyum kecil apabila Riana termakan pujukannya. Sudah lama dia memujuk. Mata Riana kuyup memandang Liana.

"Jom dik makan!"

Riana terus berjalan dahulu dan pergi ke meja makan. Liana hanya dibiarkan. Liana terasa tiadakan Riana, tetapi cepat-cepat dia memujuk dirinya.

'Liana, adik sedih lagi. Tak perlu terasa Liana.'

Liana berjalan menuju ke meja makan. Kelihatan Riana sudah mengambil tempat, tunggu masa makanan dihidangkan. Liana lantas membuka tudung salji di hadapannya.

Dua pinggan spageti sudah tersedia di atas meja tersebut. Dengan pantas, Liana mengambil sepinggan spageti tersebut dan meletaknya di hadapan Riana.

Liana menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Riana. Pinggannya ditarik mendekatinya.

Tanpa basa basi, mereka mengambil garfu di sebelah pinggan. Spageti digulung dan menyuap ke dalam mulut.

Sedang ralit menjamah makanan di hadapan mereka, Liana mengangkat kepalanya dari turun ke arah wajah Riana. Air mata Riana tiba-tiba mengalir di pipi.

"Adik, kenapa? Makanan kak tak sedap ke?" Soal Liana prihatin. Riana cepat-cepat menyeka air mata di pipi. Bibirnya dicalit senyum kecil kepada Liana.

"Tiada apa-apa. Makanan kak ni sedap sangat." Riana menggeleng kepala tanda 'tidak'.

Liana menangguk dan lega melihat senyuman Riana. Kegusaran di hatinya sedikit menghilang.

"Adik, kak harap kamu terima semua ini." ucap Liana dengan nada lembut.

"Tak! Kenapa ibu ayah pergi dulu?! Kalau mereka bawa sekali adik, tak lah jadi begini!" Tengking Riana. Garfunya diletak atas pinggan. Tersentak Liana jadinya dengan tengkingan Riana.

"Hmm. Takpe lah adik. Makan dulu." Ujar Liana, sekadar meredakan suasana. Tidak mahu timbul kekecohan. Riana pantas makan spageti dengan habis, dia bangun dan meninggalkan pinggan di atas meja dan Liana yang belum habis makan.

Liana keluh berat. Tangannya menongkat dagu, garfu di tangannya dikuis spageti yang tersisa.

"Adik, kenapa lah adik tidak faham perasaan kakak."

Ucap Liana. Tangannya menyeka air mata deras di pipinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience