Bab 9

Romance Completed 207871

Intan menolak troli yang mengandungi peralatan membersih di belakang Carlos. Sebaik tiba di hadapan pejabat Tuan Caden, dilihat Carlos menekan password pada papan kekunci. Oo.. Sudah tukar..

Pintu dibuka setelah bunyi beep menandakan pintu unlock. Intan yang sudah siap peralatan di tangan terus memboloskan diri sebaik Carlos tolong bukakan pintu.

"Thank you" ucap Intan sambil tersenyum pada Carlos.

"Welcome pretty" jawab Carlos dengan membalas senyuman Intan.

Berbunga-bunga hati Intan pagi ni.

Tanpa disedari ada mata yang memerhati dan mendengar gelagat mereka berdua. Bergerak-gerak rahangnya. Takkan jealous kot..

Intan kemudian memulakan tugasnya. Dimulakan dengan mengelap perabot dan barang hiasan walaupun tiada habuk yang bertandang.

Diikuti vakum carpet tebal lima inci (nak menunjukkan tebalnya carpet bilik Caden). Sofa ditepuk-tepuk dan bantal kusyen dibetulkan walaupun bantal kusyen tu tak diusik pun.

Setelah siap di bahagian luar, Intan masuk ke bilik air pula. Lantai, cermin, sinki, shower, segala maknika dalam bilik air dibersihkan. Tuala perlu digantikan.. Alamak, tuala bersih ada kat luar. Lupa la pulak.

Panjang langkah Intan keluar dari pejabat untuk mengambil tuala di troli. Sebaik mahu masuk semula ke dalam pejabat, baru teringat password pintu tak tau. Ah jem kreng!! Macam mana ni. Carlos!

Panjang tengkuk mengintai bilik bercermin Carlos. Pintu di ketuk, tapi tak buka juga pintunya. Ala... Tak ada kat pejabat ke pun dia ni. Ha, call!

Call apa nye Intan oi.. Telefon kau bukan ada atas sinki bilik air ke lepas jawab panggilan Mira tadi. Tapi kalau ada telefon pun, mana kau ada nombor Carlos. Ah sudah.. Nak buat macam mana ni. Ketuk je la pintu.

Bertabahlah ye kalau kena maki dengan pakcik cengeng tu.

Tok tok tok

Tok tok tok

Hish dia ni. Pekak ke pun. Tak kan tak dengar. Naik sakit dah tangan mengetuk.

Tok tok

Tak sempat nak ketuk kali ketiga, pintu dibuka dari dalam. Terjengul wajah masam, kelat, pahit Caden.

Atas bawah, atas bawah dipandangnya Intan lalu kepala dianggukkan seperti bertanya.

"Er.. Sorry Sir, saya terlupa tuala bersih untuk bilik air. Saya keluar ambil lepas tu nak masuk tak boleh sebab tak ada password. Nak call, telefon tertinggal kat dalam pulak tapi kalau ada telefon pun, saya tak ada nombor Carlos" kata Intan. Bersalah pulak rasa ganggu Caden yang sibuk.

"Nak buat apa dengan nombor Carlos?" soal Caden yang masih tak kelip matanya memandang Intan di depan. Seram la pulak bila si Caden pandang tak berkelip macam ni.

"Nak call mintak tolong bukakan pintu la" jawab Intan lurus.

"You are mine" jawab Caden.

"Hah?" bulat mata Intan. You are mine? Biar betik! Intan buat muka pelik.

"Password pejabat dan bilik saya. You are mine" jawab Caden lagi.

Intan masih tergangga mulut tak faham.

Caden hembus nafas kuat.

Adoi la perempuan sorang ni.. Apa yang lambat sangat.

'Tap'

Dahi Intan dijentik.

"Adoi.. Apa main jentik-jentik ni" Menjeling marah Intan pada Caden sambil dahi digosok.

"Change words to letters. That's the password" balas Caden lalu meninggalkan Intan di muka pintu.

Pantas Intan masuk, takut terkunci di luar.

Change words to letters? Karang-karang la kita change ye.

Caden kemudian kembali ke meja kerjanya dan meneruskan kerjanya yang terganggu tadi.

Apa-apa la Caden oi..

Intan melangkah laju menuju ke bilik air untuk menyambung kerja yang tergendala tadi.

Sesudah itu, Intan ke pantry pula. Tak ada apa sangat pun nak dibersihkan cuma mug hitam ni kena hari-hari cuci walaupun tak digunakan. Tak tau la apa sebab Caden nak semua dicuci walaupun tak digunakan. Pelik mamat sorang ni.

Siap juga kemas pejabat.

Intan melangkah menuju ke Caden, dilihat Caden sedang memusing dan menggelengkan kepala ke kanan kiri, membetulkan lehernya yang lenguh barangkali. Iye lah, asyik menunduk ke depan sahaja. Maunya tak lenguh. Kemudian Caden menyandarkan kepala pada headrest dengan mata terpejam.

Nak tanya ke tak payah, nak tanya ke tak payah. Serba salah Intan. Kalau tanya rasa macam ganggu pula tapi tak tanya nanti apa aku nak buat, takkan nak terpacak kat depan ni je. Dalam dok memikirkannya tiba-tiba Caden bersuara.

"Can you make me a cup of coffee?" soal Caden dengan mata yang masih terpejam. Kasihan la pulak. Mesti penat.

"Okey Sir. Tunggu kejap" jawab Intan lalu langkah dibuka menuju ke pantry.

Setelah kopi siap dibancuh, mug diletak di dalam dulang bersama wood coaster dan dibawa kepada Caden.

Eh, tak ada kat meja. Bila ditoleh, dilihat Caden sudah tersandar di sofa. Intan menukar langkah ke sofa. Perlahan mug diletakkan di atas wood coaster.

"Tuan.. Tuan Caden" panggil Intan.

Aik, dah tidur ke. Dah tu macam mana ni. Carlos pulak mana, tak nampak batang hidung.

Last-last Intan duduk di sofa bersebelahan dengan tempat Caden berada.

Nafas dihembus panjang. Baik aku tunggu, lagi pun kalau nak masuk bilik rehat, Carlos mesti ikut sekali.

Tunggu punya tunggu, last-last Intan pun hanyut sekali. Baik punya landing kepala kat bahu Caden. Amboi kau Intan, ambil kesempatan.

Caden tersedar dari lenanya. Terasa berat bahu kanannya. Bila ditoleh, dilihat wajah mulus Intan elok tersandar di bahunya.

Caden memandang kopi di dalam mug. Hm.. Mesti tak jadi kejut sebab tengok aku dah lena tadi ni.

Caden memandang jam di pergelangan tanggannya, hampir tiga puluh minit juga dia terlelap. Intan di sebelah dipandang. Penat sangat ke sampai terlena macam ni.

'Beep'

Bunyi password pintu dibuka.

Caden menoleh ke arah pintu, dilihat Carlos masuk bersama beberapa buah fail di tangan. Bulat mata Carlos memandang Intan dan Caden.

Caden memanggil Carlos ke arahnya. Carlos diminta mengambil bantal kusyen untuk diletakkan di bawah kepala Intan.

Perlahan Caden bangun sambil tangan menampung kepala Intan dan meletakkan perlahan di atas bantal kusyen. Blazernya dibuka lalu tubuh Intan diselimutkan, air cond agak kuat.

Carlos seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat. Tidak pernah lagi Tuan Caden melayan mana-mana perempuan seperti dia melayan Intan.

"Come here" panggil Caden supaya Carlos mengikutinya ke meja kerja. Mug kopi tadi turut dibawa bersama. Sebaik duduk dilabuhkan. Kopi dalam mug diteguk. Hm.. Sedap walaupun sudah sejuk.

Terkebil-kebil Carlos memandang majikannya itu. Caden yang perasan dengan pandangan Carlos lalu memandang wajah Carlos.

"What?" soal Caden.

"Aa.. Nothing Sir" Carlos tahu dia tiada hak untuk bertanya terhadap apa yang dilakukan oleh majikannya itu.

Intan menggeliat perlahan. Hm.. Wanginya bau selimut ni. Bau macam Caden. Dengan mata yang terpejam, Intan mencium-cium blazer Caden sambil tersenyum. Parah betul, tengah tidur pun boleh ingatkan Caden.

Tidur? Bukan aku tengah kerja ke. Pantas Intan membuka mata. Weh, ini pejabat Caden. Intan lihat Caden sibuk dengan kerjanya. Harap-harap Caden tak nampak la apa yang dia buat tadi. Dalam dok bercakap sorang diri, Caden menegur.

"Puas tidur?" soal Caden pada Intan tetapi matanya masih lagi pada screen lap topnya.

Kalut Intan bangun berdiri. Gila, macam mana aku boleh baik punya landing kat sofa ni. Bukan tadi aku tunggu dia bangun tidur ke. Kepala tak gatal digaru.

"Sorry Sir" jawab Intan dengan wajahnya memandang ke bawah. Iyelah, orang bersalahkan. Patutnya buat kerja, bukan membuta.

Caden diam tidak membalas.

"As a punishment, lunch with me." arah Caden.

"Hah! Lunch. Tapi kerja saya tak siap lagi. Bilik rehat Tuan pun belum saya kemaskan" Intan mengelak. Gila kau, nak makan dengan Caden.

"Are you kidding me? Kalau perempuan lain, laju aja setuju." ucap Caden lalu memandang Intan yang berdiri tidak jauh darinya.

"Adoi.. Kena jugak la ni. Kalau tak nak boleh tak?" soal Intan dengan mata yang dikelip-kelipkan.

"Nope" balas Caden lalu bangun dari duduknya.

Tali leher ditanggalkan dari kolar lalu diletakkan di atas meja. Butang kemeja tiga dari atas dibuka dan lengan baju kiri kanan dilipat hingga siku. Ni yang tak tahan ni.. Permandangan yang indah macam ni rugi kalau dilepaskan. Laju Intan menggangguk.

Share this novel

liyana
2021-02-13 09:57:43 

knp password tajuk novel


NovelPlus Premium

The best ads free experience