MURAM sahaja wajah Adam bila dapat berita tentang keadaan mummy.Sebelum ni baba dah bagitahu mummy jatuh tangga cuma keadaan tidak begitu serius.Entah kenapa tiba-tiba mummy tak boleh jalan terus.Kedua belah kaki tak dapat digerakkan.
"Mummy Adam sakitkan.Kenapa Aisyah tak nak ikut Adam balik sana?"umi mula menyoal bila tengok Adam sudah siap mengemas beg pakaiannya.
.
"Bukan Aisyah tak nak ikut cuma takut mummy Adam tak selesa bila nampak Aisyah."
"Umi bukan nak masuk campur.Tapi seeloknya Aishah kena melawat ibu mertua.Aisyah isteri Adam, nanti apa pula orang cakap."nasihat umi.Dia tahu Aisyah takut nak pergi, lagi pun hubungan Aisyah dan Adam baru saja dalam proses pemulihan.
Aisyah terdiam mula memikirkan kata-kata umi.
"Tapi umi...mummy Adam tak suka kan Aisyah.Kalau sakit dia makin teruk lepas nampak Aisyah macam mana?"
"Umi yakin ibu mertua Aisyah tak akan buat macam tu.Tak apa Aisyah pergi dulu.Kalau ada apa-apa hal bagitahu Habib.Dia akan ambil Aisyah dekat sana."pujuk umi lagi.
Longlai langkah Adam.Bukan dia tak sayangkan mummy tapi dia juga sayangkan hubungannya dengan Aisyah yang baru nak pulih.Adam pandang ke arah Aisyah yang sedang berbual dengan umi.Serba salah dia nak tinggalkan Aisyah.Nak di ajak pergi takut Aisyah tak sudi.
"Abi,Adam balik dulu."sambil menyalami tangan abi.
"Hati-hati bawa kereta."pesan abi.
Adam berpaling ke arah umi.Dia senyum segaris.Aisyah di sebelah umi masih diam memikir.
Lemah rasa kaki Adam nak masuk dalam perut kereta.
"Tunggu dulu.Saya ikut.."Aisyah berkata sambil bergegas naik ke bilik.
Aisyah masukkan saja baju mana yang ada depan mata.Tak sampai sepuluh minit dia dah siap mengemas apa yang patut.
Nampak kelibat Aisyah terus Adam ambil beg pakaian di tangan Aisyah.Adam senyum tipis.Air muka berubah sedikit ceria.Semangatnya kembali.Tak dapat dinafikan lagi.Dalam hati sudah terukir kegembiraan walaupun tak banyak.
"Terima kasih sudi temankan abang balik dan melawat mummy."
"Sama-sama.Mungkin ini kali terakhir saya jumpa mummy."mendalam maksud Aisyah.
Adam terdiam.Jalan yang bertali arus di pandangnya sepi.Dia tak akan biarkan Aisyah pergi.Macam mana cara sekali pun Adam tak akan biarkan Aisyah pergi dari hidupnya.
Setelah memandu lebih kurang dua jam mereka sampai di rumah Dato Rais.Sunyi saja rumah tiga tingkat ini di awal pagi.
"Jom masuk."ajak Adam.Aisyah ikut belakang Adam.
Menapak saja ke dalam rumah,Aisyah disambut oleh Dato Rais dan Aidil.Penuh senyuman Dato Rais bila melihat Aisyah.Dah lama mereka tidak bersua.Terbit perasaan bersalah di hati Dato Rais.
"Aisyah sihat?"itu yang keluar dari mulut Aidil.Tidak dipeduli akan Adam yang berdiri di samping Aisyah.
"Alhamdulillah.."dengan senyuman.
"Sayang duduk dulu.Abang nak nak letak beg dekat dalam bilik.Nanti kita pergi tengok mummy."
Zap!macam kejutan eleterik Aisyah rasa.Adam sengaja kan.
Aidil hanya pandang Aisyah sekilas.Tahu Aisyah tak selesa.Tambahan Adam asyik jeling dari ekor mata.
Tak sampai lima minit Adam turun kembali.Dia duduk bersebelahan dengan Aisyah.Aidil pula buat tak faham bahasa.Nasib ada baba kalau tak Adam dah sergah Aidil tadi.
"Jom kita jumpa mummy."Tangan Aisyah ditarik lembut mengikut langkah kakinya.
Datin Mazni ditempatkan di bilik bawah.Senang untuk mereka uruskan.Adam ketuk perlahan pintu sambil tangan Aisyah tidak dilepaskan.
Kelihatan Datin Mazni terbaring lemah di atas katil.Adam tunduk mencium tangan mummy.Mata mummy bergerak-gerak di sebalik kelopak mata yang tertutup.Perlahan mata nya terbuka.
"Adam.."serunya dalam nada lemah.
"Maafkan Adam,mummy."Adam turut sebak melihat keadaan mummy yang terbaring lemah.Menurut baba tadi kaki mummy sukar digerakkan.Mummy dah tak boleh nak uruskan diri sendiri.Hanya terbaring atas katil.Nak ke bilik air pun baba atau bibik yang membantu.
"Mummy,Adam balik dengan Aisyah."sambil menarik Aisyah mendekati katil mummy.
Wajah mummy yang tadi sedikit ceria bertukar marah.Muka dipalingkan ke arah lain.Aisyah sudah menjangka kan hal itu.Sebab itu dia berasa berat nak masuk menjenguk mummy.Terang-terang mummy tak suka akan dirinya.
"Mummy...."seru Adam perlahan sambil melurut tangan mummy.
"Adam kan tahu mummy tak suka.Kenapa bawak dia balik sini!"
"Mummy kenapa cakap.macam tu.Macam mana sekali pun mummy kena terima Aisyah.Adam sayangkan Aisyah."
"Mummy cakap tak suka kan.Kenapa Adam tak faham!"bentak mummy.Suara sedikit kasar.
"Adam nak tahu kenapa mummy benci sangat dengan Aisyah.Apa salah Aisyah pada mummy?"Adam pula naik geram.Ingatkan mummy dah boleh terima Aisyah.
Datin Mazni terdiam.Dia marah sebab Aisyah masuk dalam keluarga dia.Aisyah bukan menantu pilihan dia.Lepastu ramai pula yang suka kan Aisyah termasuk Adella sekarang ni.Apa yang lebihnya Aisyah di mata semua orang pun dia tak tahu.
"Adam sayangkan Aisyah.Adam tak akan tinggalkan Aisyah.Lagipun..."Adam diam sesaat dua.
"...Aisyah..Aisyah dah mengandungkan anak Adam."
Datin Mazni memandang tajam Adam dan Aisyah bersilih ganti.Aisyah nak bersuara tetapi Adam pantas menghalang.Terus di tarik tangan Aisyah keluar dari bilik Datin Mazni.
Share this novel