Bab. 03

Family Completed 223671

BELUM sempat summayah menjejakkan kakinya masuk kedalam rumah. Satu sosok tubuh sudah menghalang nya didepan pintu dengan tatapan tidak dapat ditafsirkan oleh summayah.

  "Seronok sangat ke dekat luar tu sampai tak fikirkan orang dekat rumah ni? Atau maya lupa yang maya ni ada suami?.. " ucapan itu yang tiba-tiba saja keluar dari mulutnya buatkan summayah sedikit tidak faham dengan apa yang sudah dikatakan suaminya.

  "Assalamualaikum abang, boleh maya masuk kedalam dulu?.. " ucap Summayah sebelum menyalami tangan suaminya dan terus melangkah masuk kedalam diekori oleh suaminya.

  "Maya! Kenapa tak bagitahu abang yang maya keluar ha?.. Tahu tak abang risaukan maya.. Tolong lah jangan buat abang macam ni.. Tolong jangan rumit kan lagi keadaan! " Ujar Amsyar lagi pada isteri nya sebaik saja mereka sudah berada di ruang tamu.

  "Maya memang nak bagitau abang dah tadi, tapi abang sibuk layan bakal isteri abang tu, lagipun maya dah bagitahu mama untuk bagitahu pada abang yang maya nak keluar jumpa fatihah kawan maya. Maya nak jumpa dia untuk jemput dia ke majlis perkahwinan abang.. Tak salahkan maya jemput dia untuk ada pada majlis abang, "

  "Lagipun, maya takkan kuat untuk menghadapi semuanya sendiri. Abang.. Walaupun maya terpaksa menerima semua tu, tapi hati maya tetap sakit! Hati maya akan hancur abang.. Maya takkan sanggup lihat abang berkahwin lagi! Maya takut kehilangan abang, maya hanya ada abang sorang.. Maya takut dengan pernikahan abang lagi sekali. Akan membuat maya diketepikan!.. " Ujarnya panjang lebar sebelum mengambil langkah pergi dari situ. Dengan air matanya yang sudah memerah menahan tangisnya.

Amsyar yang melihat kepergian Isterinya hanya diam terkeluh. Entah kenapa hatinya juga merasa sakit melihat isterinya mengatakan semua itu. Dia takut dengan keputusannya untuk berkahwin lagi sekali akan membuatkannya kehilangan isteri nya.

HARI sudah pun berlalu, dan hari yang paling ditakutkan summayah sudah pun tiba. Kini tidak lama lagi suaminya akan berkahwin lagi sekali. Dan dia pun akan dimadukan. Entah pasrah atau redha dengan ketentuan itu summayah masih mahu berharap bahwa itu tidak akan pernah berlaku. Tapi sudah menjadi takdir hidupnya menghadapi semua itu.

  "Abang.. Nak maya tolong?.. " Pinta maya pada suaminya yang seperti kesulitan memperbetulkan kain songket nya.

  "Sayang sure?.. "

Summayah hanya mengangguk perlahan sebelum melangkah mendekati suaminya dan perbetulkan songket dan pakaian pengantin lelaki yang tersarung pada tubuh suaminya itu.

  "Sayang kenapa awak nangis?.. Tolong jangan buat abang macam ni sayang.. Abang takkan mampu tengok saya nangis lagi.." Soal Amsyar sedikit risau melihat isterinya menitiskan air mata sambil membetulkan pakaiannya.

  "Maya sendiri pun tak tahu sehancur apa maya nanti lepas tengok abang berkahwin dengan orang lain lagi.. Maya tak sanggup abang, maya tak boleh terima kenyataan yang abang akan berkahwin lagi.. " Tuturnya dengan esakan kecil. Kalau ikutkan hatinya dia tidak mahu melihat perkahwinan itu. Tapi dia juga tidak mampu untuk pergi dari situ.

  "Abang percaya sayang. Allah itu sebaik-baiknya perancang, semoga ada sinar kebahagiaan dalam hubungan kita selepas ini. Dan abang akan pastikan yang mama akan berbaik dengan sayang. Ingat apa yang abang cakap, didalam hati abang hanya ada sayang. Dan takkan ada sesiapa yang boleh menggantikan tempat itu. "

Summayah hanya mengangguk perlahan dengan air matanya yang tidak berhenti membasahi pipinya. sebelum mereka saling berpelukan untuk kesekian kalinya sebelum suaminya itu akan bernikah sebentar lagi.

  "Tolong jangan tinggalkan maya bang.. Maya hanya abang sorang.." Ucap Maya di dalam dakapan suaminya. Sebelum pintu bilik mereka diketuk dari luar.

  "Amsyar!.. Cepat keluar pengantin perempuan dah sampai dah" Panggil encik kamarul dari luar bilik.

   "Baik paa!.. "

  "Sayang.. Abang pergi dulu ye.. Tolong jangan sedih lagi, abang nak lihat senyuman sayang sebelum abang pergi.. " Ujarnya sambil menyentuh lembut wajah isteri nya sebelum pergi dari situ.

Sedangkan Summayah hanya mengangguk perlahan sebelum Mengukirkan senyuman nipis. Memandang kepergian suaminya.

  "Jangan Hukum aku dengan kehilangan lagi ya Allah, banyak sangat aku hilang dalam hidupku.. Aku tak mampu lagi kalau aku akan kehilangan suamiku.. " Ucapnya sendiri sambil menangis terduduk di situ. Dia sudah tidak mampu menahan kesakitan yang teramat di dalam hati. Dia tidak sanggup keluar dari bilik dan menyaksikan hari yang paling memeritkan bagi dirinya.

* * *

Puan Salwa yang melihat kemunculan anak lelaki nya. Terus saja berdiri dari duduknya dan mendekati anak lelaki nya untuk dibawa ke arah tok kadi yang sudah pun berada di situ diikuti dengan pengantin perempuan dan beberapa tetamu yang sudah hadir disitu.

  "Dah Amsyar cepat duduk! tok kadi dah tunggu dah tu.. " Arah Puan Salwa pada anak lelaki nya itu.

Sedangkan Amsyar menjengah kepala mencari keberadaan isterinya itu. Mana mungkin dia mulakan akad tanpa menunggu isterinya yang belum keluar dari bilik lagi.

  "Amsyar! Kamu tunggu apa lagi? Cepatlah tok kadi dah hulur tangan dah tu" Ujar encik kamarul pada anak nya.

  "Kejap pa.. Am tunggu maya keluar dulu, mana maya? Kenapa dia tak ada? " Jelas Amsyar sambil matanya meliar di sekeliling tempat itu. Tapi langsung tidak melihat kelibat isterinya hanyalah Tetamu yang datang saja memenuhi ruangan itu.

  "Amsyar boleh tak mula kan je dulu, pasal isteri kamu tu pandai-pandai lah dia keluar nanti!.. Yang kamu nak risau sangat dah kenapa haa.. " Bisik Puan Salwa pada anaknya itu. Dahlah sudah ramai tetamu yang datang. Tak pasal-pasal dia malu nanti kalau sampai anaknya itu tidak jadi mengahwini shuhada.

  "Betul apa yang mama kamu cakap tu Am, Kamu uruskan hal penting dulu. Pasal isteri kamu tu nanti Am uruskan kemudian. Mungkin Maya perlukan masa untuk tengok kamu nikah. Jadi kamu mulakan dulu, nanti isteri kamu tu keluar lah. " Sampuk Encik kamarul.

Sedangkan riak wajah shuhada sedikit cemas menunggu akad nikah itu belum berlangsung lagi. Entah kenapa hatinya sedikit susah hati. Dia takut Amsyar akan berubah pikiran untuk tidak jadi berkahwin dengan dia lagi. Dah lah ramai orang yang datang ke majlis pernikahan nya. Tak pasal-pasal jadi malu kalau sampai tidak jadi berlangsung.

  "Tak boleh ayah, mama.. Am tak boleh teruskan kalau isteri Am tak ada dalam majlis pernikahan Am.. Selagi Maya tak keluar selagi tu lah Am akan tunggu sampai dia ada! " Tekan Amsyar. Mana mungkin dia mengetepikan keberadaan isterinya demi kepentingan orang lain.

  "Eh! Am tak payah nak berdiri dari tempat duduk Am eh! Jangan nak malukan mama!.. Pasal isteri kamu tu biar mama saja yang pergi panggil dia. Am duduk sini jangan pergi mana mana!, ingat Am jangan malukan mama depan ramai orang macam ni!" Arah Puan salwa dihadapan anaknya. Sedari melihat anaknya itu hampir berdiri dari duduknya untuk memanggil isterinya. Sebelum Puan salwa berdiri dari duduknya untuk mengambil alih mencari beradaan menantu nya itu.

Baru saja summayah hendak keluar dari bilik. Tiba-tiba saja terpancul wajah tidak puas hati ibu mertuanya di depan pintu biliknya

    "Kau ni memang suka buat masalah kan? Kau tak susahkan aku memang tak sah! Kau dengar sini eh. Kalau sampai perkahwinan anak aku tak jadi. Aku akan salahkan kau dan sampai mati pun aku takkan terima kau jadi menantu aku. Kau hadam apa yang aku cakap ni! " Amarahnya langsung tanpa memikirkan lagi perasaan menantu nya itu.

Summayah yang masih berdiri di hadapan pintu hanya mengerutkan keningnya tidak faham dengan apa yang sudah terjadi sampaikan mak mertuanya itu semarah itu padanya.

     "Mama.. Maya buat apa sampaikan mama marah pada maya macam ni? " Tanyanya masih tidak dapat faham punca mak mertuanya itu memarahinya.

    "Eh kau tak payah nak tunjuk baik depan aku lah! Aku tahu kau tak puas hati dengan aku sebabkan aku kahwinkan  suami kau dengan perempuan lain. Sebab tu kan kau berdendam sangat dengan aku kan?. Perempuan macam kau ni memang aku dah kenal sangatlah! " jerkahnya sambil menunding jari pada menantu nya itu.

   "Ya allah ma.. Maya tak pernah berniat macam tu, maya dah anggap mama macam mak kandung sendiri. Sumpah demi Allah maya langsung tak ada rasa dendam dan berniat tidak baik pada mama.. Maya sangat sayang kan mama lebih dari diri maya sendiri.. " Ucap maya sebelum meraih tangan mertuanya itu.

    "eh lepaskan tangan aku lah!.. " tengking nya sebelum menepis kuat tangan menantunya itu buatkan summayah jatuh tersungkur ke lantai

    "Maya!.. " Jerit Fatihah yang baru tiba disitu. Sebelum berlari mendekati sahabatnya itu yang sudah jatuh terduduk di hadapan mertuanya.

    "Ya allah makcik! Apa yang kejam sangat sampai buat kat menantu macam ni! Tak puas lagi ke makcik dah musnahkan rumah tangga mereka, sekarang ni makcik nak buat apa lagi? Nak bunuh dia? " Bentak Fatihah pada ibu mertua sahabatnya itu. Dia sudah tidak menahan rasa sabarnya melihat perilaku mertua pada menantunya itu.

    "Ti..tihah berhenti.. Jangan.. " Halang Summayah sambil cuba berdiri dari duduknya dengan bantuan dari sahabatnya itu.

    "Maya dia dah melampau awak tahu tak! Aku tak pernah jumpa lagi manusia kejam macam ni!. Apa dia ingat dia orang lebih tua, dia boleh buat apa yang dia suka macam tu?!.. "  Bantah nya.

Sedangkan Puan salwa hanya mengendahkan saja amarah Gadis itu. Sambil memutarkan bola matanya malas.

    "Eh kau dengar sini eh!.. Aku nak kau keluar, dan tengok majlis perkahwinan suami kau tu! Kalau sampai kau tak keluar pergi majlis tu.. Kau akan tahu sendiri apa yang aku boleh buat! "  Ujarnya sebelum berlalu pergi dari situ.

Sedangkan Fatihah hanya berdecit geram memandang kepergian orang tua itu. Sebelum Fatihah cuba menenangkan Summayah yang sudah menangis didalam pelukkan nya..

    "Maya.. Kau sabar maya. Aku tahu bukan mudah untuk kau terima semua tu. Tapi tolong jangan lemah hadapi semuanya. Aku tahu kau boleh.. Kau kan masih ada aku untuk jadi orang yang boleh kau luahkan semuanya."   Ujar Fatihah sambil mengusap lembut belakang tubuh sahabatnya itu.

    "Mahal sangat ke kebahagiaan ni, sampai aku tak dapat menikmati nya?.. Aku hanya ingin bahagia bersama suami ku tanpa siapa siapa.. Dan aku mahu suamiku selalu ada disamping ku dikala aku masih berjuang untuk berikan apa yang dimahukan nya.. Aku pun ingin memberikannya kebahagiaan dengan kehadiran zuriat di rahim ku.. Tapi aku tidak tahu kenapa semua itu terjadi padaku.. Hikss..hiks.. " Esaknya didalam pelukkan sahabatnya itu. Dia sudah tidak berdaya lagi untuk menangisi apa yang sudah pun terjadi.

    "Allah takkan berikan ujian sebesar ini tanpa sebab maya, everything must be a reason. Kalau dia suami yang baik. Dia takkan cari perempuan lain untuk kebahagiaan dia. Takkan disebabkan dia tahu awak tak mengandung zuriat dia. Sampai kan dia rela hati ikut cakap mak dia kahwin dengan perempuan lain? Lelaki apa macam tu? Itu kemahuan ke atau nafsu semata-mata?!  Siapa saja je yang tak nak ada anak maya. Saya tahu dalam hati awak tu pun sangat inginkan anak. Tapi belum rezeki untuk kamu lagi. Ramai je orang dekat luar sana berkahwin tiga empat tahun belum dapat anak tapi elok je hidup bahagia. Ni kau dengan dia baru kahwin setahun lebih macam ni dah cari perempuan lain. "

   "Aku cintakan dia tihah..  Aku takkan boleh hidup kalau aku akan kehilangan dia.. " Tuturnya lembut. Dengan matanya yang sudah hampir bengkak dan wajah yang sudah pucat tidak bermaya.

    "Maya!.. Tolong dengar cakap aku! Kau kena kuat! Kau kena buktikan dekat mereka yang kau tak selemah yang mereka pikirkan. Dah kita keluar pergi majlis tu sekarang. Aku rasa suami kau pun tunggu kau ada dalam majlis tu.  Lagi lagi mak mertua kau tu. Aku rasa dia pun tak senang duduk selagi kau tak ada dalam majlis tu. Kau dengar sendiri kan apa yang dia cakap dekat kau. Dia tu memang takkan puas selagi kau tak mati tersiksa depan mata dia. "

* * *

Sedangkan Amsyar masih menunggu isterinya ada disitu. Seperti yang dikatakan nya dia tidak akan meneruskan perkahwinan itu selagi isterinya belum ada disitu.

    "Am.. Orang ramai dah lama tunggu tu, Am tak payahlah nak tunggu isteri am tu. Nanti kalau semuanya dah selesai pandai-pandai lah dia nak tengok kamu kahwin. Am tak kesian dekat shuha ke? Dia dari tadi tunggu am mulakan akad tu. " Pujuk Puan salwa. Sedari dari tadi mereka menunggu Summayah ada dalam majlis tu. Tapi menantunya itu belum muncul muncul.

     "Tak apalah ma.. Biar Am sendiri yang pergi jumpa maya! " Ujar Amsyar. Dan baru saja lelaki itu ingin berdiri dari duduknya. Terlihat kelibat isterinya yang baru keluar dari situ bersamaan dengan sahabatnya. Sebelum Amsyar tersenyum nipis dan menarik nafas lega. Melihat isterinya ada disitu.

    "Haa..tu pun isteri kamu!. Nak tunggu apa lagi? Cepatlah mula kan akad nikah tu. Orang lain pun dari tadi dah menunggu. " Arah Puan salwa pada anak lelaki nya itu sedari menantu nya itu sudah pun ada disitu.

    "Boleh kita mula kan sekarang? " Pinta tok kadi yang dari tadi sudah berada disitu. Sebelum Amsyar mengerling ke arah isterinya yang duduk tidak jauh dengan nya. Dan terus berjabatan tangan dengan tok kadi.

Sedangkan Summayah hanya mengukirkan senyuman manis dengan air matanya yang berkaca menahan tangisnya.

Dan dengan sekali lafaz saja suaminya itu sudah bergelar suami kepada orang lain. Membuatkan air mata yang ditahan nya tadi laju saja menuruni pipinya. Berasa sangat sakit dihatinya melihat suaminya menyarungkan cincin pada perempuan itu. Jiwa dan raga nya bagaikan ditusuk berulang kali. Disaat mereka bergembira dengan perkahwinan itu. Manakala dia terpaksa menahan kesakitan yang teramat. Apakah ini yang dinamakan bahagia di atas penderitaan orang lain?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience