Chapter 8?: Never ??????

Action Completed 789

"Kamu ni memang tak guna betul,Light!" Tuan Taiyou dengan sepenuh tenaga menumbuk abang Light.Abang Light tidak dapat menahan dan ditolak ke senior Anima.Sementara itu,senior Anima sudah tidak menyedarkan diri.

"Bertahanlah,Anima"
"Saya yakin,Shirou pasti dalam perjalanan"

"Shi...rou" senior Anima masih tidak menyedarkan dirinya.Ketika abang Light bertarung,senior Anima cumalah mampu terbaring dan tidak melakukan apa-apa.Ia seperti senior Anima lansung tidak cuba untuk bangkit kembali.Bagaikan dia sudah menyerah kalah.

"....."
"Abang,saya sudah buat yang terbaikkan?"
"Jadi saya sudah boleh pergi berjumpa dengan abang kan"

Nama saya ialah Anima.Saya berumur 27 tahun.Dengan bangganya,saya merupakan ahli terhebat SOLUTION.Saya memegang rekod tertinggi sebagai ejen yang telah membunuh roh paling banyak.Hebatkan saya?Tapi entah kenapa,walaupun dengan segala pujian,kemasyhuran dan segala ganjaran yang saya dapat,hati saya terasa kosong.Saya berasa tidak cukup.Saya mahu lebihkah?Atau saya mahu benda lain?Saya memang tak tahu.

3 tahun yang lalu,

Saya dan abang sentiasa menjalankan misi bersama-sama.Hal ini kerana saya tidak selesa bekerja dengan orang lain.Jadi setiap kali ada misi,saya akan bekerja berseorangan ataupun seorang sahaja.

Shoooott
Swishh

"Kamu tidak mengapakah,Anima?"

"Kalau abang ada dekat sini,1 juta roh pun saya boleh kalahkan"

"Eeh,yelah tu"
"Nak kalahkan 50 pun kamu dah tak larat"

"A-ah,itu cumalah,errr,ya saya tidak sihat hari tu"

Kami berdua ketawa tanpa henti ketika itu.Selepas itu,kami terus menjalankan misi kami.Misi itu berjaya dijalankan dengan sangat lancar.Kalau macam ini,kami mungkin akan selesai dengan awal.Tapi macam biasalah,jika semua benda berjalan dengan lancar,pasti satu bencana akan datang pada kita.

"Arggghhh" saya diserang roh yang agak misteri bagi saya.Saya tidak pernah melihat roh seperti ini.

"Anima,pulang ke markas dan minta bantuan yang lain!" kata abang sambil mengalahkan roh tersebut.

"Tapi abang macam mana pulak?"

"Jangan risau,abang bukan lemah macam kamu"

"Ba-baiklah"
"Abang bertahan,ya"

Saya dengan segera pulang ke markas SOLUTION.Saya meminta bantuan dari ahli yang lain.Pasukan penyelamat yang mempunyai 11 ahli SOLUTION dihantar ke lokasi abang Sol.Bertahanlah abang.....

Wee-ooh,wee-ooh,wee-ooh

"Cepat,cepat!"
"Berikan bantuan segera.Degupan jantung dia makin perlahan"

Eh?

"Tuan,kita sudah kehilangan dia"
"Nampaknya encik Sol sudah tidak bernyawa"

Tak mungkin...Tak mungkinlah.Abang saya kuat tahu.Tak mungkinlah dia sudah mati.Eerrggh!!!!

"Encik Anima,maaflah tetapi kami tidak dapat selamatkan abang awak"

"jangan nak merepek lah..."
"APA YANG AWAK MENGARUT SEKARANG NI?ABANG SAYA DAH MATI?LEBIH BAIK AWAK BERITAHU PERKARA SEBENAR"

"Bersabarlah,Anima" salah seorang senior saya menahan dan cuba menenangkan saya.

"Betul tu,Anima.Bertenanglah.Ia bukannya salah mereka tu"
"Cuba fikirkan semula,jika awak tinggal dan membantu abang awak,mungkin dia masih hidup lagi" seorang ahli berkata begitu pada saya.

Kemudian,ramai mula mengeluarkan pendapat mereka. "Ye,betul tu.Kalau awak tinggal pasti ketua masih hidup"

Dan ramai lagi yang menyampuk. "Jika dibandingkan dengan tuan Sol,lebih baik Anima yang mati.Lagipun kita lebih perlu orang yang boleh bekerja dalam pelbagai situasi dari orang yang hanya ikut belakang abang dia sahaja"

"Ya,betul tu semua ni memang salah awak Anima jadi jangan awak nak salahkan orang lain" orang yang memulakan semua ini menyambung semula dan menyokong kata-kata orang yang menyokong dia.Orang itu ialah Tuan Taiyou.

"Betul tu,pergi matilah" "Awak tiada guna di sini" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah" "Pergi matilah"

Erk!!!

Selepas itu,saya berlari dari tempat kejadian.Pada hari pengebumian abang Sol,saya hanya tinggal di rumah.Sejak hari tu,saya tinggal di rumah.Setiap hari ada seorang ahli SOLUTION yang sama datang ke rumah saya dan pujuk saya untuk kembali ke organisasi.Kalau tak silap,nama dia ialah Light.Dia sebaya dengan abang saya dan pernah berada dalam pasukan yang sama dengan abang.Seingat saya,dia juga orang yang cuba menenangkan saya hari itu.

Dari dulu lagi,saya sentiasa lemah.Kalaulah abang masih hidup,dia mungkin boleh selesaikan benda ini.Saya memang patut sudah sedar yang Tuan Taiyou memang ada muslihat apabila dia dilantik menjadi ketua SOLUTION.Aaaaaa,senang sikit hati saya.Saya mungkin sudah mati sekarang ni.

"Yo,Anima"

"Ah,abang"
"Saya dah mati,ke" dengan senyuman tidak ikhlas saya menjawab panggilan abang saya yang secara tiba-tiba muncul di hadapan saya.

"Haha,awak ni memang suka melawaklah"
"Haih,awak belum matilah.Cuma pengsan sahaja tetapi mungkin jika awak tidak bernasib baik,Tai mungkin akan bunuh awak"

"Saya sudah agak yang Tuan Taiyou memang ada rancangan rahsia"
"Saya cuma tiada bukti yang kukuh sahaja"

"Haha,macam biasalah.Suka saja bagi alasan"

"Hehe,memanglah macam biasa....Tapi kita tidak boleh kembali seperti biasa dah.Rasanya Tuan Taiyou sudah hampir berjaya melaksanakan rancangannya"
"Kan bagus kalau abang yang berada di sini.Pasti akan lebih mudah.Shirou pun pasti tidak susah sekarang ni dan siapa sangka orang yang datang membantu saya ialah Light"

Abang saya senyap sahaja di depan.

"Lagipun,apa yang saya buat cumalah untuk menebus kesalahan saya yang lalu.Saya lakukan semua ini disebabkan saya mahu terus hidupkan usaha sebenar SOLUTION.Tapi kan abang saya masih tak faham apa yang saya buat tu betul ke?"

"Anima..."

"Hei,betulkah apa yang saya buat tu"
"Jawablah abang"

"Anima bertenang"

"Bertenang?Saya memang sudah bertenanglah sekarang ni.Apa yang abang merepek sekarang ni?"

"Anima ini bukan diri kamu"

"Erk,HABIS SIAPA SAYA NI!!!!"
"SETIAP HARI,SETIAP HARI SAYA KELUAR MEMBUNUH ROH DAN LAKSANAKAN IMPIAN ROH-ROH ITU TETAPI SEKALI PUN SAYA TIDAK RASA YANG PERBUATAN SAYA BETUL.SAYA TIDAK TAHU NAK BUAT APA.SAYA TAK BOLEH BUAT APA-APA.SAYA CUMALAH ORANG YANG DIMASYHURKAN DISEBABKAN USAHA YANG PALSU"

"Tapi adakah orang menghargai usaha palsu itu tahu?"

"Eh?"

"Palsu ataupun tidak,jika apa yang kamu buat itu memberi kesan yang baik pada orang ramai,ia pasti usaha yang layak diberi penghargaan"

"Heh,mereka cuma hargai hasilnya sahaja.Mana pernah ada yang menghargai diri saya macam abang"

"Kamu yakinkah"

"Apa yang abang maksudkan?"

Dia tersenyum dan beransur pergi. "Tu-tunggu abang"
"Jangan tinggalkan saya.Saya masih perlukan abang.Tolonglah tinggal.Kalau tidak boleh,bawalah saya bersama"

Abang berpusing dan menghadap saya. "Mereka yang berada di sana lebih memerlukan kamu,Anima"
"Dan juga cara kamu mengolah makna SOLUTION agak menarik juga tapi tak penat ke?"

Kemudian,saya teringat akan Light yang sentiasa datang ke rumah dan memujuk saya untuk pulang ke organisasi. "Hei, pulanglah ke SOLUTION,Anima"
"Ramai sudah lupakan apa yang berlaku bulan lepas"
"Saya yakin mereka akan terima awak" setiap hari dia datang.Dia tidak pernah mengalah mengajak saya.Tanpa sedar,sudah sebulan berlalu ketika itu tetapi dia masih datang dan memujuk saya

"Pulanglah Anima"
"Maafkanlah mereka.Mereka pun pasti akan fikir semula tindakan mereka hari itu"
"Anima,pulanglah"
"Anima,kami perlukan awak" ah,ada yang masih perlukan saya?
"Anima"
"Anima...."
"....."

.........

"BANGUNLAH ANIMA!!!!!" suara nyaring seorang budak yang baru saya mula untuk kenali terdengar dengan sangat kuat.Haha, disebabkan dialah saya dalam hal ini.ShiShi....

"Graggghh"
"Anima jika awak tidak bangun,saya akan ceritakan semua rahsia awak pada mereka"
"Jadi bangunlah,ANIMA!!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience