Rate

BAB 43- DOKUMEN

Romance Completed 454604

Terdiam seketika bila Maya, melihat ada seseorang yang ada didalam bilik itu duduk bersama dengan Raif di set sofa yang ada di dalam ruangan bilik pejabat itu. Tangan yang didepakan tadi turun perlahan-lahan diletakkan di sisi tubuhnya..

'apa yang widad buat disini? dan kenapa dia boleh ada dengan manja?' Bibir Maya tersuing satu senyuman.. Mengatur langkahnya berjalan masuk kearah dua lelaki yang sedang duduk itu..

Raif meletakkan semula dokumen yang ada di pangkuannya di atas meja.. Berdiri lah dia dan berpaling mengadap kepada Maya yang sedang berjalan kearahnya..

''mama!"

" Bila mama sampai? Kenapa mama tak bagitahu manja? Boleh manja jemput mama di Airport ...'' kata Raif mesra .. Berjalan ke arah Maya dan terus memeluknya..

Manakala Widad mengambil semula dokumen yang ada di atas meja.. Dimasukkan semula kedalam briefcase kulit yang berwarna coklat yang ada disampingnya..

'dokumen apa tu? Kenapa dia simpan dokumen tu bila nampak aku masuk?' Maya yang sedang memeluk Raif, melihat pegerakkan yang sedang dilakukan oleh Widad.. Tergopoh gapah masukkan sesuatu didalam briefcase miliknya..

Pelukannya dan Raif terlerai.. Mata yang dari tadi asyik memandang kepada Widad kini beralih menumpukan seluruh perhatiannya kepada Raif yang ada di depannya..

''saja lah mama nak jumpa anak mama di office... Tak nak susahkan anak mama.. Pergi jemput mama di Airport .. anak mama sihat?'' tanya Maya menyentuh kedua pipi Raif dengan tapak tangannya.

''alhamdulillah sihat mama.. Mama macam mana.. Kak nia? Baby?'' tanya Raif..

Maya merenung kedalam anak mata Raif..

'kenapa dia nampak berbeza.. Dia ambil tahu pasal hanania.. Malah siap tanyakan tentang bayi hanania..' persoalan itu mula timbul.. Maya menarik bibirnya lebar sekali.. sehingga timbul kedua-dua pipinya yang bulat di wajahnya..

''alhamdulillah, semuanya sihat.. Kak nia sihat.. Baby dia pun sihat..'' jawap Maya.

''tuan..'' Maya berpaling dan menegur Widad yang tiba-tiba bangun dari sofa..

''Tun.. '' balas Widad menjatuhkan sedikit wajahnya kepada Maya sebagai tanda hormat kepada wanita itu..

''saya menganggukah?'' tanya Maya sopan dan lemah lembut kepada Widad.

''tak Tun.. Saya saja datang melawat manja.. Baru hari ni.. Saya ada kesempatan nak melawat dia.. Sebelum ni.. Saya tak tahu yang dia dah masuk office...'' jawap Widad kepada Maya. Dia tak mahu wanita itu mengesyaki apa-apa mengenai kedatangannya ke pejabat itu.

''oh.. Melawat manja... Saya ingat ada urusan rasmi tadi.. Sebab saya nampak tuan keluarkan dokumen .. Mana tahu ada urusan yang perlu untuk saya ambil tahu..'' kata Maya.. Wajah widad ditatap dalam.

''oh.. Ini..'' Widad menunduk dan mengeluarkan dokumen yang ada di dalam briefcase kulitnya.. Dokumen itu di hulurkan kepada Maya.

Raif yang berada di tengah-tengah diantara Widad dan Maya melihat kearah dokumen yang ada didepannya..

'kenapa uncle serahkan kepada mama?' Raif kemudiannya berpaling melihat kepada Widad yang sedang tersenyum tanpa rasa sedikit gentar pun di garis wajahnya yang menunjukkan garis garis usianya ..

Maya menunduk melihat helaian putih yang ada ditangan Widad.. Tangannya di hulurkan menyambut dokumen dari Widad.. Dia mengangkat wajahnya tersenyum kepada Widad dan kemudian berpaling melihat Raif..

'apa yang kamu berdua sembunyikan?' Maya membawa dokumen yang sudah bertukar tangan itu ke sofa.. Punggungnya dihempas lembut duduk dengan selesa di atas sofa empuk itu. Cermin mata hitam yang tersangkut di batang hidungnya ditarik keluar dan diletakkan terlentang di atas meja.

Tangannya menyelak satu helaian.. Matanya membaca dengan teliti setiap perkataan yang tecatat disitu.. Satu helaian lagi di selaknya .. Raif memandang kearah Widad yang kelihatan tenang disampingnya.. Widad mengangguk kecil dan tersenyum kepada Raif..

''tanah dimana ni Tuan?'' tanya Maya.. Mengangkat wajahnya melihat kepda Widad dan Raif..

''tanah kawan saya.. Dekat area rumah di kampung tu.. Tun berminat ke?'' Tanya Widad menarik bibirnya tersenyum melebar.. Sebelah tangannya menepuk atas bahu Raif.

'tanah? Uncle dah tukarkan dokumen tu?.. Mujurlah...' kini Raif bernafas lega.

'jangan risau manja.. ' Widad tersenyum melihat kepada Raif.. Dia dapat merasakan apa yang sedang bermain di fikiran anak muda itu..

'uncle.. Terima kasih.. Kalau lah dalangnya bukan mama sekalipun.. Manja tetap tak mahu siapa pun tahu yang manja sedang siasat hal ini.. Manja tak mahu dalang itu sedar akan hal ini..'

Widad kembali melabuhkan punggungnya di sofa.. Duduk bertentangan dengan Maya yang ada di hujung meja sana..

''buat masa ni saya tak berminat nak tambah aset apa-apa.. Tapi mana tahu kalau Manja yang nak..'' kata Maya mengangkat tangannya menunjukkan kepada Raif yang masih berdiri.. Di antara dua dan widad.

Widad mengangkat kepalanya mendongak melihat kepada Raif..

''mama.. Manja belum fikirkan lagi tentang tu.. Mungkin lepas balik nanti baru manja akan singgah tengok tapak tanah tu.. Lepas tu baru manja buat keputusan.. '' jawap Raif.. Memandang kearah Maya..

''tanah tu sebenarnya bekas tapak ladang kelapa sawit.. Tapi jangan risau.. Lot tapak tu dah diratakan.. Tanah tu pun sudah ditimbun selari dengan jalan raya.. Tak seperti sebelum ni.. Tanahnya agak kebawah sedikit..'' terang Widad..

''wah tuan.. Lepas ni tuan akan tukar bidang lah pulak yea.. Jadi broker hartanah pula nanti...'' usik Maya..

''Insya Allah .. Mana tahu satu hari nanti..'' balas Widad dengan ketawa kecil secara santai agar situasi itu tak kelihatan canggung dan menimbulkan syak wasangka dari Maya.

Selesai perbincangan mereka.. Widad meminta diri untuk pulang.. Kerana ada urusan lain yang mendatang..yang perlu dia uruskan..

Maya dan Raif menghantar pemergian Widad sampai ke hadapan pintu lif.. Sebaik saja Widad masuk kedalam kotak lif.. Dua beranak itu berpaling dan berjalan masuk semula kedalam ruang bilik kerja Raif..

''manja.. Dah selesa dengan semua ni? '' tanya Maya.. Raif menganggukkan kepalanya..

''betul ni? Manja dah tak takut nak jumpa dengan orang ramai?'' tanya Maya lagi dia yang duduk di sofa bersebelahan dengan Raif berpaling melihat ke sisinya.. Merenung kearah Raif.

''alhamdulillah .. Mama.. Raif rasa semakin baik dan selesa..'' jawap Raif dengan senyuman yang terukir di bibirnya..

'' baguslah kalau macam tu..'' ucap Maya menganggukkan kepalanya.. Belakang tangan raif ditepuk perlahan.. seperti sedang mendodoikan anak kecil..

''mama tak balik rest dulu? Mama kan baru sampai...'' tanya Raif..

Maya menarik bibirnya tersenyum... Dia segera bangun, mengangkat punggungnya yang tadinya dilabuhkan disebelah Raif.. Menghayun langkahnya menapak ke meja kerja yang telah ditinggalkan selama sebulan lebih..

Kerusi kulit yang berwarna hitam itu menjadi tatapan matanya.. Sandaran tinggi untuk meyandarkan kepala pada kerusi itu di sentuh dengan hujung jarinya..

'' rasa macam lama sangat mama tak masuk office.. Sebab itulah mama balik...'' kata Maya.. Memusingkan kerusi itu menghadap kepadanya..

''office macam mana?'' sambungnya sebaik punggungnya selamat mendarat di atas kerusi kulit itu.

''alhamdulillah semuanya okay.. Abang uruskan office dengan baik..'' jawap Raif berpaling melihat ke arah Maya yang sedang duduk ke atas kerusi penaung Syarikat itu dengan selesa . Sedangkan dia masih belum sekali pun duduk di kerusi keramat itu.. Segala urusan dilakukakannya di sofa tempat yang duduk sekarang ini.

''hah! .. Bercakap tentang abang kamu.. Mana dia?'' tanya Maya.. Bila teringatkan anak lelakinya yang seorang lagi..

''abang ada dalam bilik mesyuarat .. Ada discussion dengan staff .. Mengenai hotel yang baru kita ambil alih tu...'' terang Raif.

''kenapa manja tak masuk join sekali..?'' tanya Maya..

''hmm.. Tadi manja ada masuk.. Lepas tu keluar.. Sebab uncle datang..'' jawap Raif..

''hmmm..'' maya hanya menjawap dengan bergumam dengan kepalanya terangguk-angguk.

'macam mana dia boleh berubah sampai jadi begini? ' Maya bangun semula dan berjalan menghampiri sofa..

''mama bangga dengan manja.. Manja dah sembuh juga akhirnya.. Ni mesti sebab Inas yang sembuhkan manja kan?'' tanya Maya.. Tangannya menepuk nepuk lembut bahu Raif yang sedang duduk di sofa.

''alhamdulillah .. Mama.. Ya.. Inas banyak tolong manja untuk sembuh.. Akhirnya.. Manja sembuh..'' kata Raif.. tersenyum melebar, tambah-tambah bila menyebut nama Inas.

''hah! Mana Inas ? Mama tak nampak pun ? Dia ada di kampung ke?'' tanya Maya..

''Inas tak ada di kampung.. Dia ada di pusat rawatan.. Raif minta dia kesana untuk pulihkan Ayah..'' jawap Raif

'ayah? Kamu dah boleh terimaorang yang ada di sekeliling kamu? Ini satu perubahan yang besar ni...'

'' baguslah kalau macam tu.. Mama ingat dia ikut kamu ke sini.. Kamu kan tak boleh nak berpisah dengan dia..'' kata Maya..

''ya.. Esok manja akan pergi jemput dia..'' jawap Raif..

''mama ingat malam ni nak balik terus rumah di kampung tu.. Tak nak bermalam di rumah abang kamu.. Manja macam mana tidur rumah abang ke?'' tanya Maya..

''Manja akan balik terus ke kampung.. Jadi manja akan ikut balik dengan mama jelah nanti..'' balas Raif..

'' baguslah kalau macam tu.. Lama lagi ke meeting abang kamu tu?'' tanya Maya..

''tak pasti lah mama..'' jawap Raif.

''Mama!'' panggil Hamzi sebaik pintu bilik pejabat itu dibuka... Berpelukanlah dua beranak itu seketika. Manakala Raif yang sedang duduk di sofa sekadar melihat kearah mereka berdua..

Sambung jom... - - - >

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience