Bab 50

Romance Series 113890

Lebih kurang jam dua belas tengah hari Aniq, Yus, Puan Sakina dan En Nasari sampai di rumah Aniq. Selepas Yus memimpin Aniq masuk ke bilik dan menyalin pakaian. Yus terus ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari dengan dibantu Puan Sakina.

Tengah hari itu meriah meja makan dengan kehadiran Puan Sakina dan En Nasari. Petang itu Puan Sakina dan En Nasari pulang semula ke kampung. Katanya lama sangat ditinggalkan kebun dan binatang ternakan.

Tinggal lah Aniq dan Yus. Nasib juga Puan Sakina ada membantu menjaga rumah sepanjang Yus tiada kerana menjaga Aniq di hospital, jika tidak puas juga nak mengemas rumah.

Malam itu selepas makan malam, Yus mengajak Aniq berehat di ruang tamu sambil menonton tv. Aniq sudah semakin pulih cuma tangan kiri masih memakai anduh untuk menghadkan pergerakan supaya proses penyembuhan tidak terganggu.

Yus yang baru datang dari arah dapur membawa sepiring puding mangga dan segelas air suam terus melabuhkan duduk di kanan Aniq. Puding dipotong kecil dengan sudu lalu disuap ke mulut Aniq.

"Sedap tak?" soal Yus.

"Sedap sayang.. Manis macam orang yang membuatnya" balas Aniq.

Yus selang seli menyuap Aniq dan juga dirinya hingga habis sepiring lalu disuakan air suam untuk membilas rasa manis di mulut.

"Terima kasih sayang" ucap Aniq.

"Sayang.." panggil Aniq.

Yus yang baru hendak bangun ke dapur membasuh piring tidak jadi meneruskan niatnya.

"Ya, kenapa abang, nak puding lagi ke?" soal Yus lalu menoleh ke arah Aniq.

"Sayang. Abang minta maaf pada sayang atas apa yang berlaku..." Yus yang baru ingin memintas cakap Aniq tidak jadi berbuat demikian apabila jari telunjuk Aniq pantas menekan lembut bibir Yus tanda tidak mahu Yus meneruskan kata-katanya.

"Abang tahu, abang sepatutnya melindungi sayang dari bahaya tapi abang yang membawa sayang ke arah bahaya. Hm.. Lelaki yang menculik sayang tu sebenarnya sepupu arwah isteri abang, Fatin. Lelaki tu namanya Amir Othman. Dia dan Fatin memang rapat dari kecil. Abang dan Amir mula berkawan sejak dari sekolah menengah sebab masa tu Amir berpindah ke sekolah yang sama dengan Fatin"

"Semasa di sekolah, Fatin ada bercerita dengan abang bahawa dia ingin menjadi seorang doktor manakala abang pula lebih berminat menjadi pegawai polis. Abang dan Syam mempunyai cita-cita yang sama. Tapi abang tak sangka Fatin sanggup melupakan cita-citanya untuk menjadi pegawai polis. Abang dan Fatin lost contact selepas abang menyambung pelajaran ke luar negara. Abang hanya jumpa semula Fatin semasa di kantin pusat latihan. Itu pun Syam yang perasan dan tegur Fatin dahulu"

"Abang tak sangka tindakan Fatin tu menyebabkan Amir bencikan abang. Sedangkan sepanjang abang bercinta dengan Fatin sehinggalah abang dan Fatin berkahwin Amir tidak menunjukkan apa-apa kelakuan yang menunjukkan dia tak suka abang. Itu sebab abang terkejut sangat bila tengok dia malam tu. Tak mustahil lah dia boleh tahu butiran mengenai diri abang"

"Maafkan abang sayang, maafkan abang" menunduk Aniq di bahu Yus.

Lantas Yus membawa Aniq ke dalam pelukannya.

"Shh.. Abang, sayang tak pernah salahkan abang bila perkara ini berlaku" ucap Yus lalu dahi Aniq dicium sekilas.

"Tak cukup" kata Aniq tiba-tiba.

"Ha, apa yang cukup?"

"Sini pulak..." muncung mulut Aniq pada Yus. La hai.. Buat dah..

Tersenyum Yus dengan ulah Aniq. Perlahan bibir Yus menyapa bibir Aniq. Aniq seakan tidak mahu lepaskan bibir Yus. Lama sudah ditahannya. Tercungap nafas Yus setelah dilepaskan Aniq.

"Abang! Semput tau" marah Yus manja.

"Lama sangat tak rasa bibir manis isteri abang ni.." luah Aniq.

"Dah, dah. Bahu tu masih sakit. Jangan nak lebih-lebih, terlajak baru tau" ucap Yus.

"One hand stand kan boleh.." Aniq senyum gatal.

"Mengada ek.. Puasa, Doktor Aiman dah pesankan jangan nak aktif sangat, bahu belum sembuh betul lagi. Dah sihat nanti sehari semalam pun sayang tak kisah" jawab Yus selamba.

"Amboi.. Sungguh ni.. Janji.. Abang tuntut nanti" semangat Aniq bersuara.

"Ish, sayang main-main je la. Abang ni" jawab Yus. Dia ni biar betul, buatnya dia sungguh-sungguh, haru.

"Dah la. Jom masuk bilik kita tidur, dah lewat ni. Abang perlukan banyak rehat. Biar cepat sembuh" kata Yus lalu bangun menuju ke dapur sambil membawa piring dan gelas untuk dicuci.

Setelah itu, Yus kembali ke ruang tamu untuk bersama-sama masuk ke bilik bersama Aniq.

+++

Hari ini sudah dua bulan Aniq cuti sakit di rumah dan masih ada sebulan lagi. Sepanjang Aniq cuti sakit, Yus turut berada di rumah, sesekali sahaja Yus ke pejabat bagi membantu Amy. Anduh di lengan Aniq juga sudah dibuka, patutnya lagi dua minggu baru dibuka tapi Aniq sudah tanggalkannya. Bila ditanya, jawabnya sudah sembuh. Hm.. Payah orang degil ni.

"Abang... Abang..." panggil Yus.

"Mana pulak abang ni. Baru semalam buka anduh takkan hari ni dah keluar kerja. Ish, dia ni" Yus mengomel sendiri.

Tidak lama Yus dengar bunyi sesuatu dari mini gym. Aik, takkan Aniq kot. Biar betul.

"Abang, buat apa ni? Bahu tu belum sembuh betul lagikan" tegur Yus.

"Abang buat senaman ringan je sayang. Nak kuatkan balik otot tangan ni. Sayang jangan risau okey" ucap Aniq sambil mengangkat dumbbell tapi saiz yang kecil.

"Abang ni.. Jadi apa-apa nanti macam mana?" soal Yus.

Aniq hanya tersenyum pada Yus.

"Kalau macam tu biar sayang temankan abang" sudahnya Yus hanya memerhati Aniq melakukan senaman ringan petang tu. Ingat di hati ingin juga Yus work-out tapi bila fikir-fikir kembali, tak payah la. Lain kali. Ngee...

+++

Malam itu Aniq dan Yus makan makanan ringkas sahaja, spagghetti bersama ribena.

Selesai makan, Yus bangun untuk ke sinki memcuci pinggan tetapi teringat pula dengan panggilan telefon dari mummy siang tadi.

"Abang.. Tadi mummy call sayang" beritahu Yus.

"Mummy nak apa?" soal Aniq.

Sejak dari kejadian Tan Sri Mokthar terkena serangan jantung tempoh hari hubungan Aniq dengan papanya semakin baik.

"Hm.. Mummy ajak kita pergi rumah. Nak buat makan-makan." terang Yus.

"Bila?"

"Mummy cakap malam esok, boleh ke?" tanya Yus. Bimbang juga Aniq tidak suka.

"Okey" pendek saja jawabnya.

"Betul ke ni?" soal Yus tidak percaya.

"Ye sayang. Kenapa, tak percaya? Biarlah apa yang dah lepas tu biarlah lepas. Lagipun disebabkan semua ni kita dapat berjumpa dan jadi suami isteri. Papa pun dah tua lagi pun syarikat papa sekarang ada Daniel yang uruskan. Abang dah tak nak hidup dalam dendam lagi. Abang bersyukur sangat ditemukan dengan sayang, seorang wanita yang cukup sempurna buat abang." ucap Aniq lalu tangan Yus dicapai dan ditarik supaya duduk di ribanya.

"Sayang bangga dengan abang" ucap Yus.

Tubuh itu dipeluk rapat. Tangan kiri Yus naik menggosok lembut belakang badan Aniq manakala tangan kanan pula mengusap belakang kepalanya.

Lama Yus berada dalam pelukan Aniq.

"Abang.. Abang okey tak?" soal Yus.

"Abang okey, abang cuma teringat semasa sayang diculik. Abang jadi tak tentu arah, rasa seperti hilang separuh nyawa abang.. Tapi abang tak sangka, hebat juga isteri abang ni berlawan, tak termakan Tai." ucap Aniq sambil tersengih.

"Eh, mana abang tau?" soal Yus pelik.

"Abang tengok rakaman CCTV di kawasan tu la sayang. Syam dengan Azman pun terkejut tengok sayang berlawan" kata Aniq lagi sambil tertawa.

"Hm.. Baru abang tau, jadi kalau nak rasa penumbuk padu sayang ni.. Abang boleh la try" ucap Yus sambil mengekek ketawa apabila Aniq mengeletek pinggangnya. Menjerit-jerit Yus kegelian.

"Abang... Tak nak.. Geli. Okey okey.." rayu Yus yang sudah kegelian.

Tangan Aniq naik memegang dagu Yus supaya memandangnya. Perlahan bibir itu ditindih. Lama. Tangan Aniq pula sudah menjalar ke belakang badan Yus. Perlahan bibir dilepaskan. Degup jantung sudah tidak seiring.

"Sayang.. Jom tidur" ajak Aniq dengan pandangan yang sangat Yus fahami.

"Okey.. Tapi sayang nak kemas meja dulu" jawab Yus.

"Abang tolong, cepat sikit" jawab Aniq.

Sekejap sahaja meja makan sudah kemas dan dapur bersih. Laju Aniq menarik tangan Yus masuk bilik. Amboi.. Tak sabar sungguh ni.

Sebaik pintu bilik ditutup, pinggang Yus terus diraih Aniq. Sekali lagi bibir Yus disapa. Bagai tidak puas di dapur tadi. Dari bibir sudah merayap ke leher putih Yus, dicium, dijilat dan digigit manja leher itu hingga kemerahan.

"Ah.. Abang... Sayang nak ke tandas dulu.." pinta Yus yang sudah tidak cukup nafasnya.

Liat sahaja untuk Aniq lepaskan. Sebaik Yus masuk bilik air, Aniq pantas memanjat katil menunggu Yus dengan baju yang sudah ditanggalkan, hanya berseluar sahaja.

Pintu bilik air dibuka dan Yus keluar dengan wajah yang sedikit muram.

"Sayang.. Kenapa ni?" soal Aniq sebaik Yus naik ke katil dan baring di sebelahnya.

"Er... Kita tunda boleh tak?" soal Yus yang masih menunduk.

"Hey, kenapa ni?" soal Aniq pelik.

"Bendera berkibar la abang" jawab Yus.

"Hah! Bendera apa pulak malam-malam macam ni?" soal Aniq tak faham.

"Kawan baik sayang tiap-tiap bulan tu baru datang..."

"Ooo... Ingat apa la tadi. Eh! Apa sayang?" jerit Aniq.

"Ala... Lama tau abang tunggu" sambung Aniq yang baru faham.

Ketawa Yus dengan perangai Aniq.

"Ketawa ya, nak kena geletek lagi?" usik Yus lalu Aniq terus menggeletek Yus hingga hingar bingar bilik tidur tu.

Selepas penat bergurau, Aniq dan Yus baring di tempat tidur dengan Yus berada elok dalam dakapan Aniq.

"Abang, sorry..." ucap Yus sambil jarinya dimain-miankan di dada Aniq.

"Hm.. Abang nak sayang buat sesuatu ke...?" meleret suara Yus bertanya sambil tangan kanannya sudah bergerak ke perut dan semakin ke bawah tangannya menjelajah.

"It's okey sayang. Abang faham tapi lepas ni kena double, eh tak triple. Abang nak kita sama-sama rasa nikmatnya, bukan hanya abang seorang." jawab Aniq lalu hidung Yus dicium sekilas.

"Anything for you abang" balas Yus sambil mengeratkan lagi pelukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience