Bab 10

Romance Series 106380

HAMPIR dua hari Juwita dan Zailani tidak bercakap. Walau dah bermacam usaha yang Zailani lakukan namun, Juwita tetap buat tak tahu.

"Nok, sampai bila kau nak boikot aku. Ala... tak bestlah macam ni. Hari tu kan dah janji nak pergi beli hadiah birthday mak. Kalau kau merajuk macam ni, terpaksalah aku pergi sorang-sorang." Zailani pura-pura merajuk.

Juwita jeling Zailani yang masih setia berdiri di depannya sambil tayang muka cemberut.

'Alahai... buruknya rupa kau ni Zai. Aku malas nak cakap dengan kau sebab nak kau tu sedar. Nampak gayanya memang takkan sedar kot kau ni,' bebel Juwita dalam hati. Dia sedaya upaya mengeraskan hatinya.

"Takpelah nok. Lepas ni aku takkan cakap dah dengan kau." Zailani berjauh hati. Dia segera melangkah menuju ke tempatnya.

Namun, makin dia sakit hati apabila Juwita buat tak tahu. Nampak gayanya terpaksalah dia pergi sendirian mencari hadiah buat emaknya.

Sepanjang hari itu, Zailani langsung tidak mendekati Juwita. Dia sudah tidak mahu lagi memujuk Juwita. Biarlah gadis itu terus dengan egonya.

Zailani sedang berkemas untuk pulang ketika Juwita menghampirinya.

"Esok pukul dua kau ambil aku dekat rumah, jangan lambat walau seminit pun." Juwita terus melangkah meninggalkan Zailani. Tersenyum lebar Zailani ketika itu. Terasa ingin melompat riang.

Zack memerhatikan dari jauh. Dalam hati dia menyumpah Zailani. Telah sekian lama dia cuba menarik perhatian Juwita namun, Juwita langsung tidak mengendahkannya. Tapi hadir Zailani di pejabat mereka, dengan mudah saja Juwita bermesra.

"Kau tahulah nasib kau nanti. Juwita akan tetap jadi milik aku." Zack melangkah pergi dengan satu azam yang tersemat di hati.

Zack melihat Juwita masih lagi di parkir kereta. Segera dia menghampiri Juwita.

"Hai, tak balik lagi?" Zack cuba beramah mesra. Namun tindakan Zack hanya mendapat jelingan tajam dari Juwita.

"Tak payah sombong sangatlah sayang. Nanti jatuh cinta pula dekat I." Zack ketawa.

"Aku doa Allah jauhkanlah aku dari jantan tak guna macam kau ni. Tak rela aku," bidas Juwita kasar.

Zack hanya ketawa walau hatinya terasa sakit sangat dengan kata-kata Juwita.

"Lagi you berkeras, lagi I suka. I memang suka yang kasar-kasar ni, mencabar sikit. Lagi you lari dari I, lagi I seronok kejar you. Okeylah baby. I chaw dulu. Take care dear." Zack berlalu pergi sambil ketawa.

Dia tahu Juwita menahan marah. Bukan dia tak kenal dengan sikap Juwita. Suka sangat berangin satu badan. Sebut je Juwita Finance. Siapa tak kenal. Salah sorang orang kepercayaan bos.

Bukan tu je, Juwita memang pekerja kesayangan bos. Juwita juga yang membongkar satu kes pecah amanah yang dilakukan oleh salah sorang pegawai pemasaran.

Satu bangunan ni kenal siapa Juwita tapi sehingga kini, tiada siapa dapat membongkar apa yang Juwita lakukan bersama pengarah syarikat. Boleh dikatakan setiap dua minggu sekali mereka akan keluar bersama ketika waktu kerja.

Malah ada desas desus yang mengatakan Juwita adalah perempuan simpanan. Namun sehingga kini, tiada bukti sahih.

??????

SEPERTI yang dijanjikan, Zailani tiba lima minit awal di depan rumah Juwita. Junaidi yang menyambut kedatangannya segera memanggil Juwita.

Terpesona dia seketika melihat penampilan Juwita. Skirt kembang biru laut dipadankan dengan blous berwarna putih cukup mempesonakan.

"Bang, tutup mulut tu. Masuk lalat nanti," bisik Junaidi ke telinga Zailani.

"Kakak kau cantik sangat." Zailani menyentuh lembut bahu Junaidi. Meremang bulu roma Junaidi dibuatnya.

'Ish... janganlah dia ni songsang. Naya pulak aku nanti.' Junaidi segera kalih tangan Zailani.

"Jangan risau, I straight okey. Belum ke tahap berselera lagi ngan jantan walaupun badan kau ni memang selera adik-adik kurita." Sengaja Zailani mengusik Junaidi.

Bagai lipas kudung Junaidi menghilang ke dapur. Zailani ketawa gelihati melihat keletah Junaidi. Takut sangatlah dia pun.

"Mak, Ju keluar dulu ye mak." Juwita melaung dari muka pintu. Berkerut dahi Zailani dibuatnya.

"Oi anak dara... pergilah jumpa mak kat dapur tu. Bukan jauh pun, terjerit-jerit kalah bini tarzan." Juwita mencerlung.

"Diamlah kau. Kang aku tak nak teman baru tahu," marah Juwita. Kelihatan Zaitun keluar dari dapur.

"Apa kecoh-kecoh ni Ju? Tak malu ke dengan tetamu?" soal Zaitun lembut. Juwita hanya tersengih.

"Bu, Ju pergi dulu. Kalau sampai lepas maghrib Ju tak balik, ibu report polis ye. Cakap kurita ni culik Ju." Sempat lagi Juwita berseloroh. Buntang biji mata Zaitun dan Zailani mendengarnya.

"Apa ni Ju? Tak baik cakap macam tu. Kalau aku nak culik kau, dah lama aku culik tau. Pergi jual kat Siam." Zailani tak mahu kalah. Mereka sama-sama ketawa.

"Dah pergi cepat. Jangan balik lambat ye." Sempat lagi Zaitun berpesan.

"Saya pinjam Juju ye mak cik. Esok lusa atau minggu depan, saya pulangkan semula Juju." Ketawa besar Zailani melihat wajah cemberut Juwita.

"Kau memang nak kenakan, Zai?" Berlari Zailani masuk ke dalam perut kereta.

"Eleh... macamlah selamat lari dalam kereta. Ju pergi dulu ye ibu." Tangan Zaitun diraih lalu dikucup lembut kekura tangan Zaitun. Zaitun mengusap lembut bahu anaknya.

Lama dia tak lihat Juwita keluar sendiri bersama teman-teman. Sejak peristiwa itu, Juwita benar-benar mengasingkan diri. Andai saja masa dapat diundur.

Dia rindukan kelembutan Juwita. Dia rindukan Juwita yang dulu. Namun, semua itu seakan mustahil untuk dilihatnya.

Juwita berubah menjadi seorang yang sangat sukar diduga. Malah dia menjadi seorang yang sangat pembengis dan tidak mesra alam. Hanya dengan orang tertentu saja Juwita akan bergelak ketawa.

"Menung apa tu bu?" Teguran Junaida mematikan lamunan Zaitun. Tersenyum dia memandang anak gadisnya itu.

"Tak ada apa sayang. Cuma happy tengok Kak Long nak keluar." Ada mutiara jernih di tubir mata Zaitun.

"Kita doakan yang baik-baik bu. Doa ibukan tiada hijab." Junaida cuba memujuk. Dia yang sentiasa mendengar keluh kesah Zaitun mengenai sikap Juwita. Junaida memeluk erat tubuh Zaitun.

Walau apa pun sikap Juwita, mereka sentiasa terbuka menerimanya. Kerana dia telah banyak berkorban demi mereka.

"Abang Zai tu hensem kan bu? Tapi sayang lembut. Kalau tak, dah sesuai sangat dengan kak long. Tengoklah senang je dia pancing kak long keluar." Junaidi yang sedang memegang jus oren ketawa sendiri.

"Kau ni Idi. Kalau kak long dengar, naya kau." Junaida menolak bahu Junaidi.

"Hoi... nasib baik tak tumpah. Ibu tengok Ida ni. Main tolak-tolak pulak." Junaidi mula kepit kepala Junaida. Dilukunya dahi Junaida.

"Hoi... apa main kepit-kepit ni? Dah la ketiak bau baeng." Junaida kepit hidung. Geleng kepala Zaitun dibuatnya. Melihatkan tiada tanda-tanda mereka akan berhenti, Zaitun segera memiat telinga kedua anaknya itu.

"Ampun bu..." ucap mereka serentak.

"Dah tu. Pergi siapkan kerja sekolah. Kang kak long kau balik tak siap, mengamuk pulak dia." Masing-masing bertempiaran lari masuk ke dalam bilik mendapatkan  buku-buku sekolah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience