Bab 13

Romance Completed 13562

Hakim memandu keluar dari bengkel bersama Aqisha di sampingnya. Sudah hampir sejam mereka berada di bengkel Aiman kerana adegan pertemuan kembali dengan sahabatnya itu.
Dia memandang sekilas ke arah Aqisha yang sejak masuk dalam kereta tadi hanya membuang pandang ke arah luar tingkap kereta dan enggan bersuara.

"Riana? Are you okay? Tak selesa ke dengan kereta ni? Kalau tak selesa i tukar kereta ni dengan Limousin.."

Hakim memecahkan suasana krik-krik selama 30 minit dengan idea pertukaran kereta yang dirasakan agak mustahil.
Okay apa kereta ni? Kereta Aiman ni selesa sahaja tempat duduknya. Jenuh jugak memujuk si Aiman meminjamkan kereta dia dengan pelbagai pujuk rayu. Katanya kereta ini isteri dia la intan payung dia la emas permata yang tak boleh dijual beli la. Eleh Aiman pun satu hal, pinjam je pun.. bukan nak jual. Haiiii la.... kau lagi teruk dari perkataan "jiwa raga" aku tadi Man. Gumam Hakim dalam hati.
Hakim menoleh ke arah Aqisha.
Masih belum ada jawapan dari Aqisha. Gadis itu masih setia menghadap tingkap kereta.

"Hmm agaknya pemandangan di luar lagi indah daripada manusia yang berada di samping you ni kut.. Takpela i nak makan hati.. Daripada i bercakap dengan tunggul, baik i menyanyi."

Hakim merendahkan volume radio di kereta Aiman dan mulai menyanyi Lagu Aiman Tino bertajuk Permata Hati.

Lihat diri ini
Tatap mata ini
Adakah aku pendusta cintamu
Renungkan aku di dalam hati ini
Adakah aku insan yang engkau cintai
Mana kau campakkan hatiku
Hati yang ku berikan padamu kasih
Semua jawapannya ada padamu
Kudisini kan setia menunggumu oh kasihku
Mesti pun maut mendatang menjemputku

Selesai sahaja bait lagu itu dilafazkan, Hakim melirik ke arah Aqisha, melihat reaksi gadis itu. Nampaknya, kali ini dia berjaya meraih tumpuan Aqisha.
Pandangan mereka bertaut untuk seketika apabila Aqisha segera melarikan pandangannya kembali ke luar tingkap.
Hakim mulai mengeluh hampa.
Susah benar nampaknya meraih tumpuan gadis itu.. Volume radio kembali dikuatkan. Masing-masing melayan emosi yang bersarang di hati mahupun fikiran. Tanpa sedar mereka tiba di pekarangan rumah Aqisha.

"ni ke rumah you, Riana?"

"yes. Ni rumah i. Thanks Hakim sebab sudi hantarkan i dengan selamat ke destinasi.."

Pintu kereta dikuak Aqisha namun dengan pantas lengannya diraih. Aqisha yang ternyata terkejut dengan tindakan Hakim segera memandang Hakim dengan seribu satu persoalan.

"you lupa bagi i number you. Macam mana i nak call nanti???"

Aqisha tersengih. Dia lupa bahawa dia belum memberikan Hakim nombornya.

"Ops! Sorry. Terlupa. Pinjam telefon you jap.."

"pinjam? Ambik sekali pun takpe. Simpan sebagai kenangan."

Hakim tersenyum simpul dan menyerahkan telefon bimbitnya. Sejurus selepas Aqisha mendail nombornya, telefon bimbit segera bertukar tangan kembali.

"thanks. I'll call you."

"okay.."

Pintu kereta ditutup. Aqisha mengiring deruman kereta Hakim dengan pandangan sehingga kereta itu benar-benar hilang dari pandangan.

"Not bad. At least dapat jugak merasa duduk bersebelahan jejaka tampan."

Langkah diatur masuk ke dalam rumah. Sesekali kepalanya dipanjangkan ke rumah sebelah. Mencari gerangan babun di sebelah rumahnya. Tetapi ternyata, hampa. tengku Emran tiada di rumah. mungkin dia sedang sibuk bekerja, bisik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience