4

Romance Series 93217

Aayra tidak tahu di mana silapnya namun sejak kebelakangan ini layanan Ezmal tehadapnya ternyata sudah jauh berbeza. Jika dahulu Ezmal langsung tidak kekok untuk berbual atau bergurau senda dengannya. Tetapi kini lelaki itu seperti sedang meletakkan jurang yang sangat tinggi di antara mereka. Masih segar di ingatan Aayra bagaimana dia cuba bergurau bersama Ezmal awal pagi kelmarin. Malangnya respon yang diterimanya sangat - sangat mendukacitakan.

Seperti hari ini, awal - awal pagi lagi Ezmal sudah didatangi oleh seorang wanita yang agak seksi penampilannya. Malah lebih teruk lagi wanita itu dengan penuh bongkaknya berlalu menuju ke bilik Ezmal tanpa bertanya apa - apa kepadanya terlebih dahulu. Aayra yang masih termangu dengan tindakan berani wanita tersebut segera mengejarnya lalu dengan kekuatan yang dia ada, Aayra cuba menghalang wanita itu dari terus masuk ke dalam bilik Ezmal.

“Hey!! What's wrong with you?? Why you stop me from entering my fiance office?" Soal wanita itu dengan penuh rasa amarah.

Aayra terkujat di situ. Sejujurnya dia langsung tidak mengetahui bahawa wanita seksi ini merupakan tunang kepada majikannya. Entah mengapa, tiba - tiba Aayra diserang perasaan takut. Mana tidaknya. Sudahlah sejak kebelakangan ini mood Ezmal agak kurang baik. Tiba - tiba hari ini dia pula yang mencetuskan masalah. Belum sempat Aayra ingin membalas soalan wanita itu, tiba - tiba kedengaran pintu bilik Ezmal dibuka dari dalam. Pasti itu adalah majikannya. Aayra gugup. Perlahan - lahan dia berpaling ke arah Ezmal.

“Apahal bising - bising depan bilik I ni? Sayang, apahal tercegat aje kat situ? Kenapa tak masuk?" Soal Ezmal serius.

“How come I nak masuk, sayang? You tengoklah apa yang PA you ni buat. Dia halang I dari masuk bilik you. What's wrong with her?" Adu Ramona dengan nada yang mengada - ngada.

Ezmal mencerlung memandang wajah Aayra. Kelihatan gadis itu seperti sedang ketakutan dan akur dengan kesalahannya. Wajahnya mula menunduk sedikit demi sedikit.

“Kenapa you halang dia masuk? Did I mentioned it? No right? So kenapa you pandai - pandai?" Soal Ezmal garang.

Aayra terkedu saat mendengar amarah Ezmal kepadanya. Dia cuba untuk memandang wajah lelaki itu namun sebaik terlihatkan renungan tajam lelaki itu, Aayra pantas menundukkan kembali wajahnya. Tubuhnya mula terasa menggigil. Jelas sekali kelihatan wajah Ezmal yang merah akibat menahan marah.

“Err... I'm.. I'm sorry Encik Ezmal. I tak tahu yang Encik Ezmal ada janjitemu dengan tunang Encik Ezmal hari ni. Kalau I tahu, dari awal lagi I dah izinkan tunang Encik Ezmal masuk. Again I'm sorry." Ucap Aayra gugup.

“For your information, selama ni I tak pernah dan tak perlu mention kepada sesiapa pun tentang hal ini. Ramona is allowed to come whenever she wants. Tak perlu minta kebenaran sesiapa pun. Jadi awak fikir awak tu siapa untuk saya beritahu tentang hal ini. Do you think you are important in my life?" Kali ini suara Ezmal sudah kedengaran mendatar namun tetap sinis di pendengaran Aayra.

Luluh hati Aayra saat mendengar herdikan Ezmal. Wajah merpati dua sejoli itu dipandang kosong. Ternyata wanita yang bernama Ramona itu sedang tersenyum sinis kepadanya. Manakala wajah Ezmal pula tidak ubah seperti seekor harimau yang sedang menunggu masa untuk menerkam mangsanya. Aayra tidak boleh terus berada di situ. Bila - bila masa sahaja air matanya akan gugur. Jadi sebelum Ezmal dan Ramona menyedari akan situasi itu, lebih baik dia segera pergi dari situ.

Tanpa pamitan, Aayra segera berlalu pergi dengan perasaan yang sedih. Dia langsung tidak menatap wajah kedua - dua pasangan itu. Hatinya hancur berkecai. Orang yang disanjung tinggi selama ini dengan mudahnya mengherdik dirinya di hadapan teman wanitanya sendiri. Betapa Aayra merasakan maruah dirinya dipijak - pijak oleh Ezmal. Aayra mencapai handbag nya di dalam laci lalu dengan langkah yang terburu - buru dia segera melangkah pergi meninggalkan ruang pejabatnya.

****************************************

“Aayra!!" Laung satu suara agak kuat.
Langkah kaki Aayra terhenti. Dia segera berpaling ke arah suara yang memanggilnya sebentar tadi. Kelihatan Harraz sedang berlari - lari anak menuju ke arahnya. Gaya lelaki itu tampak santai sekali.

“Encik Harraz! Encik Harraz buat apa dekat sini? Bukan ke Encik Harraz sepatutnya pergi ke Jepun hari ni?" Soal Aayra pelik.

“Esoklah Aayra. Hari ni kan baru 14 hari bulan. Flight saya 15 hari bulan. Eh, bukan awak ke yang tolong booked kan tiket ni untuk saya? Dah lupa ke?" Soal Harraz kembali.

Aayra menepuk dahinya perlahan. Ternyata dia terlalu banyak berfikir sehinggakan tarikh hari ini pun dia sudah lupa. Perlahan - lahan bibirnya menguntum senyuman kambing kerana menyedari akan kesilapannya sendiri.

“Haishh, muda - muda lagi dah pelupa. Itulah banyak sangat berfikir. Ni awak nak ke mana ni yang sebenarnya? Laju semacam je saya tengok. Nak kata nak keluar lunch, rasanya awal lagi. Baru pukul 10." Soal Harraz pelik.

Serta merta air muka Aayra berubah mendung. Sejujurnya dia sendiri tidak pasti ke mana arah hala tujunya. Fikirannya berserabut. Hatinya pula terluka. Jadi dia hanya mengikut sahaja langkah kakinya melangkah. Untuk dia terus berada di office dalam keadaan jiwa tertanggu begitu tidak mungkin sama sekali. Aayra bimbang jika akan ada masalah lain pula yang timbul. Soalan Harraz terus dibiarkan tergantung tiada jawapan.

Harraz mula menyedari air muka Aayra berubah saat dia bertanyakan soalan itu. Dari wajah yang ceria tiba - tiba bertukar menjadi sayu. Harraz yakin pasti ada sesuatu yang menimpa diri Aayra. Tapi apa yang berlaku sebenarnya? Mungkinkah gadis ini sedang berdepan dengan masalah cinta sehingga menganggu emosinya untuk bekerja? Tapi kalau betul dia sedang berdepan dengan masalah cinta, kenapa dia keluar terburu - buru dari pintu lif tadi? Harraz sudah mula berfikir yang bukan - bukan. Namun semua tanggapan itu dibuang jauh - jauh. Dia harus melakukan sesuatu. Jadi tanpa mebuang masa, Harraz mula mendapat satu idea untuk mengajak Aayra keluar. Bibirnya mula mnguntum senyum.

“Aayra, actually kan saya tak breakfast lagi tau sekarang ni. So why not if awak temankan saya breakfast kejap? It's ok. Soal Ezmal awak jangan risau. I'll let him know." Ujar Harraz memberi cadangan.

Aayra terdiam seketika. Otaknya ligat memikir sama ada dia ingin menerima pelawaan Harraz itu atau tidak. Jika dia tidak terima, ke mana harus dia pergi? Untuk kembali semula ke pejabatnya, itu tidak mungkin. Justeru itu perlahan - lahan Aayra menganggukkan kepalanya tanda setuju. Lagipun Aayra yakin Ezmal tidak akan mencarinya apatah lagi jika dia tahu bahawa Aayra sedang berada bersama sepupunya sendiri.

Tanpa membuang masa, Harraz segera mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket jeans nya. Aplikasi whatsapp dibuka lalu nama Ezmal dicari.

Harraz :
Bro, aku pinjam PA kau kejap.
Nak ajk dia tmnkn aku brkfst. Ok?

Seminit kemudian mesej Harraz dibaca dan Ezmal kelihatan sedang typing sesuatu.

Ezmal :
Up to you.
As long as dia balik smula ke ofis & siapkn kerja.

Harraz tersenyum gembira. Lagipun memang selama ini dia selalu mengimpikan untuk keluar berdua - dua bersama Aayra. Jujur Harraz katakan, dia sudah lama menyukai Aayra. Keperibadian yang dimiliki gadis itu benar - benar dikaguminya. Jadi peluang yang ada seperti ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Harraz tiada niat tersembunyi. Niatnya hanya ingin mengenali Aayra dengan lebih dekat lagi sahaja.

Setelah kata sepakat dicapai, Harraz membawa Aayra menuju ke ruang pakir yang terletak di tingkat GF. Bukan Harraz tidak mahu minum di coffee house yang terletak di wisma mereka itu. Cuma sebolehnya dia tidak mahu kelibat mereka dilihat oleh pekerja - pekerja yang lain. Hal ini sedikit sebanyak akan menimbulkan gosip yang bukan - bukan pula nanti. Pasti hal itu juga tidak akan digemari Aayra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience